YANG WAJIB BUAT! Kursus kahwin -Done! Ujian HIV - Done! Borang nikah - lelaki (Done) Borang nikah - perempuan (Done) Surat akuan bujang - Done Tok kadi - Done
PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS Pelamin -Booked Kad kahwin - Done! Paper bag - Done! Homestay - Booked!!
HIASAN BILIK PENGANTIN Cat bilik - Done! Cadar dan bantal - Done! Langsir - Done Carpet - Done! Bunga hiasan katil - Booked! Langsir background katil -Done Pasu dan bunga - Done! Lampu tidur - Cancel
HANTARAN UTK LELAKI a) Sirih Junjung b) Kemeja / seluar c) Al- Quran d) Kasut e) Minyak Wangi f) Cincin g) kek h) Manisan
HANTARAN UTK PEREMPUAN a) Mas Kahwin dan rantai tangan b) Sirih junjung c) Handbag d) Al-quran e) Set peralatan diri f) kek
Tajuk panjang sebab hari ini entri bergambar dgn sedikit text ucapan sahaja yer...
8 March adalah tarikh hari lahir saya dan kawan baik saya yg bernama wanie... Jadi di sini saya nak kongsi hadiah yg saya berikan padanya.. ditempah khas dengan blogger yg menggunakan daya kreatif mereka untuk berniaga.. (Panjang pula mukadimahnya ni)
Ini adalah beg untuk handphone, comel sgt saya pun rasa mcm tak nak bagi jer,hehehe
Ini adalah car signage.. The only BFF (best friend forever)
Wreslet yg comel
Di samping itu, saya ada juga menempah keychain utk diri sendiri yer
Sekarang ni sana sini bercakap mengenai Filem Lagenda Budak Setan Novel Karya Ahadiat Akashah..
Saya pun tak terkecuali untuk jatuh cinta dan menghayati tiap watak dalam novel ini, sebuah percintaan yang begitu meruntun jiwa dan mengusik perasaan..
Sedikit sipnosis bg yang ingat-ingat lupa:
Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?
Wah. wah.wah Bring memory back...
Jangan lupa mari kita ramai-ramai serbu panggung wayang untuk menyaksikan Filem Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan pasangan serasinya Lisa Surihani...
Ini adalah entry melekat, scroll ke bawah untuk entry baru
Pengumuman, Pengumuman, Pengumuman!!
Sudah 3 minggu contest perkahwinan/pertunangan ini berlangsung dan ada permintaan dari yang bujang... Jadi dengan ini saya melanjutkan Contest ini selama 2 minggu lagi bagi memberi peluang kepada yang bujang untuk menyertai contest ini pula.... Jadi tarikh tutup yang baru untuk kedua-dua contest ini adalah pada:
11 MAY 2010
Kategori baru: Khas utk yang bujang
Soalan-soalan:
1. Apakah tema perkahwinan pengantin?
2. Apakah hadiah door gift yang anda dapat?
3. Hadiah apa yang anda berikan pada pasangan pengantin dan kenapa?
4. Sertakan Gambar perkahwinan yg anda saksikan (pastikan anda juga ada didlm gambar)
5. Saya mendambakan perkahwinan yang berunsurkan ................kerana.................... (tidak lebih 20 patah perkataan)
Syarat-syarat penyertaan
1. Sila tepek banner di atas
2. Sila follow saya yer...
3. Buat satu entry dengan tajuk 'nuraarin contest:saya menyaksikan perkahwinan terindah'
4. Sila tinggalkan komen dan link di entry ini.
Nota kaki:
Kepada peserta contest nuraarin perkahwinan abadi/ pertunangan terindah, harap memahami kerana tarikh yg dilanjutkan ini. harap bersabar..terima kasih
Hadiah untuk kategori bujang akan saya umumkan kemudian..
Sempena hari, seorang blooger menganjurkan Contest hari Ibu. Terima kasih Ija... kerana mengingatkan kita kepada ibu. Banyak contest yg dianjurkan lebih kepada baby, kali ini kita fokus kepada ibu pula.
Gambar bersama ibu tersayang, Pn Faridah Loo, I know that my mum look gorgeous than me and i am proud of it
Kenangan manis bersama ibu mestilah banyakkan tapi sebelum tue saya saya nak kongsi persefahaman dan keserasian yang ada antara kami.. mmg tip top..
Apa maksud saya? Contoh kalau kami menonton apa2 drama @ filem sekalipun, apa yg saya nak komen mesti mummy saya akan komen dulu.. kadang-kadang saya malas nak cakap apa2 sebb my mum mesti akan mulakan and komen apa saja yg terlintas di fikiran kami... Macam ala-ala kembar yg boleh rasa kalau kembarnya dalam kesusahan @ kesakitan..
Minat kami pun sama:
Suka menonton drama cina / kantonis, apa saja drama yg ditayangkan di tv semua kami layan
Suka layan game, saya layan game PC, mummy saya game hp
Yg penting, kami berdua sayangkan En yusuf Zubir (my father la)
Kenangan manis:
Memang kelakar.. Saya ni minat warna merah so memang banyak baju berwarna merah. One day, kami pergi shopping di The Store, saya mcm biasa pakai baju warna merah.. jalan2 dengan penuh gembira, belek-belek baju, cadar, pingan mangkuk...
Tapi tengah seronok-seronok tu, tiba-tiba seorang wanita bertanya:
'Adik, baju size M ada tak?'
'Apa hal pula makcik nie?' (kata hati saya, dengan memek muka yg konfius)
'Eh, eh, adik bukan pekerja sini ker' (sambil tengok atas bawah)
Saya buat muka bodoh jer la.. Mummy saya dah gelak2 kat tepi.. Mmg taubat nak pakai baju warna merah pergi the store lagi ..
Untuk pengetahuan semua, saya kena 2 kali pada hari yg sama di tempat yg sama...Mummy gelak sampai keluar air mata yer.... Balik cerita kat famili, pastu suruh saya terus kerja kat The store. dapat baju merah percuma untuk tambah koleksi katanya..
Kalau saya di KL sekarang ni, memang saya akan pergi ke konsert double trouble pada 1 Mei ini di Arena tertutup Bukit Kiara Equestrian & Country Resor.. Tengok konsert rock tak sama mcm tengok bola sepak sebab teruja hanya masa menjaringkan gol jer..
Kalau tengok konsert, sepanjang masa teruja, nyanyi sampai serak suara, enjoy the moment sangat.. Harga tiket pun bagi saya bukannya mahal sangat, RM70 jer... Nak dibandingkan dengan penyatuan 2 lagenda rock tanah air yg masih lagi gah di persada seni..Iaitu Search dan Wings
Ok, ok saya tahu saya seorang wanita dan tak patut mengunjungi konsert rock, tapi kalau ditemani oleh org yg sepatutnya boleh k.. walaupun tunang jer, insya allah kami akan menjaga tatasusila sebab motif utama kami, dua-dua minat rock.nak pergi dengar lagu sebab kami membesar dengan lagu rock, tak kira lah rock jiwang @ hard rock.. Tapi saya tak dapat nak pergi sebab hal2 yg tak dapat dielakkan... Harap2 lain kali ada lagi kondert macam ni
So, Mari layan lagu ini dulu, my favourite song from them, Klik SINI
Nota kaki:
Baca dengan lebih melanjut mengenai double trouble di SINI
Tujuan contest ini untuk meraikan anniversary ibubapa saya dan juga untuk saya survey/analisis hal-hal perkahwinan.
Soalan-soalannya:
Apakah Tema perkahwinan/pertunangan anda.
Hadiah kahwin/tunang paling istimewa dan kenapa?
Apakah Door gift/hadiah untuk tetamu? (yg bertunang boleh skip soalan ini, tapi kalau ada lagi bagus)
Hantaran perkahwinan/Pertunangan yang paling anda suka?
Ceritakan 3 Pengalaman manis sebelum/semasa/selepas majlis berlangsung?
Sertakan Gambar perkahwinan/pertunangan yg paling anda suka?
Saya mendambakan perkahwinan yg berunsurkan ...................... kerana ........( tidak melebihi 20 patah perkataan)
Cth 1: Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan tradisi Cina kerana saya adalah anak kacukan cina-melayu.
Cth 2 : Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan warna biru kerana kami suami isteri meminati warna itu
Syarat-syarat penyertaan:
Buat 1 entry dgn tajuk 'Nuraarin: Contest Perkahwinan abadi" (utk yg kahwin) atau 'Nuraarin: Contest Pertunangan terindah (buat yg tunang), nak masuk dua2 kategori pun boleh tapi kena buat entry berbeza yer.
Jadi follower aarin, senang sbb aarin akan update dari semasa ke semasa
Sertakan banner di atas di entry anda.
Sila tinggalkam link dan komen di entry ini
Hadiah Untuk pemenang:
Ada 2 kategori maknanya ada 2 hadiah, Aarin akan tambah lagi sekiranya penyertaan mengalakkan.
Pemenang utama berdasarkan kreativiti anda menjawap soalan no 7. (1 pemenang utk setiap kategori)
Pemenang bertuah adalah random dan akan dicabut style lama iaitu dalam balang oleh mummy dan abah saya. (1 pemenang utk setiap kategori)
Contest ini bermula dari 27 March hingga 11 May 2010
Keputusan akan diumumkan pada 14 May.
Good Luck to All!!
Nota kaki:
Kalau ada yg nak join tapi sesetengah soalan tak boleh jawab atas sbb2 tertentu, just komen dan saya akan pertimbangkan cara utk melayakkan anda..
Kalau kaum india kita boleh kenal melalui tanda di dahi atau 'Thali perkahwinan' yang diikat
Kalau kaum Cina zaman dulu2, daripada pakai baju yg mcn seluar tu dan bertocang dua, mereka akan ikat sanggul @ pakai cheong sam saja
Kaum lain pula ada pakai cincin yg berbatu atau cincin belah rotan yg agak2 mahal...
Tapi kalau macam anak mami yg suka pakai barang kemas banyak2 tu, macam mana kita nak kenal? (sorry kalau ada anak mami yg baca ni, ini cuma pandangan)
Bagi saya nak kenal lelaki yg sudah berkahwin mungkin agak senang sebab cara mereka bercakap atau melalui pergerakan, kita dah tahu (pd pandangan saya sebab saya berjaya mengesan lelaki yg mengaku belum berkahwin tapi dah ada anak 2,3 org.. dan banyak kali saya dpt kesan k)
Okay, kawan2 blogger semua mungkin boleh tolong saya huraikan masalah ini..
Aku tahu kadang2 yg aku ni emosional tak tentu pasal, kadang2 pasal benda kecik jer boleh melenting mcm hilang duit berjuta-juta... 'ini antara kes yg rasa macam apa kes aku nak emo2 sangat nie?'
Kes pertama:
Aku nie mmg bukan peminat air laici, satu famili tahu dah... then one day, masa berjalan2 ngan famili dekat pasar malam, suruh adik beli air, kira satu cukuplah kongsi2 minum kan... Alih-alih adik beli air laici, saya yg mmg tengah dahaga nie, apa lagi anginlah satu badan, mmg merajuk. Mama beli air lain pun saya tak layan, sanggup balik rumah minum air masak jer
Kes kedua:
Dah janji dgn member nak dinner bersama, then ada hal yg tak dapat dielakkan saya tak jadi pergi so saya pun singgahlah ke rumahnya untuk hantar barang yg patut saya beri masa dinner, tapi dia tak ada dekat rumah walaupun sebelum tu dia cakap ptg ada di rumah.. yg buat saya emo sbb dia kuar jalan ngan bf dier (sebenarnya saya jeolous sbb tunang saya jauh)
Kes ketiga:
Ada hanger baju di rumah, ala.. hanger tempat letak baju macam kat butik tue, sebelum nie dah patah sebelah tapi masih lagi boleh berdiri teguh... then suruh adik renovate sikit, tapi sebab kecuainya terus patah... tak boleh nak berdiri lansung... saya naik angin terus keluar rumah and beli baru, walaupun tahu masa tue dah hujung bulan. tak pikir gaji lambat lagi oo...
Kes keempat:
Member janji nak dlm pukul 8 nak pergi dinner makan ikan bakar bersama bf dan famili dier, saya pun pakai lawa-lawa sbb teringin nak makan ikan bakar yg orang kata sedap2 sangat ni... tiba2 member call, kata lambat skit, ok takper saya rilek jer... walaupun tunggu kat rumah dah bosan giler nie, perut lak dah keroncong..
Dlm 1/2 jam, member call balik kata kena tunggu lagi sbb tetiba famili ada hal skit, so takper saya ok jer fikir member baik kan... tapi kalau dah call kali ketiga dan kata lambat g, saya pun angin nak makan pun dah tak ada, so saya kata tak nak pergi (dgn nada merajuk k)
Nota kaki:
Saya mengaku saya nie childish walaupun membe2 rasa saya nie matang orangnya!!
Ehh.. nape tetiba beraku aku pula nie, ok saya stress k
Dah lama tengok ben Ben ashaari menjelajah ke blog-blog lain, mula2 rasa takut dan berfikir saya ni tahan dikritik ker, kalau dikritik nnt nak baling kerusi, hentak hentak kaki ker?
Tapi orang kata kalau tak ada kritikan, macam mana nak maju.. So saya dengan rasa berbesar hati ingin menjemput Blogger yg glamour ini untuk menjelajah dan mengkritik blog ini..
Blog ini macam-macam ada, senang kata apa yang berlaku disekeliling saya atau yang saya rasa menarik nak berkongsi / menulis akan saya bentangkan di blog ini.
Jadi En. Ben
Sila jalankan tugas anda... Kritikan yg menbina saya amat nantikan..
Semalam semasa perjalanan balik, dengar Suria fm, sejak Linda Onn dah pindah ke suria, mmg saya pun ikut pindah juga, nak kata minat linda sangat tak juga, cuma rasa penyampaian linda onn lebih teratur dan santai, tu yang best..
Nak balik kepada tajuk cerita, Linda ada umumkan pemenang untuk Anugerah pilihan pembaca media hiburan (APPMH), tak tahu sama ada dah umum kat majalah ke belum, so kalau yang tak tahu lagi boleh godek2 pemenangnya di sini:
Artis Lelaki Paling Bergaya - Anuar Zain
Artis Wanita Paling Bergaya - Erra Fazira
Artis Lelaki Berkulit Cantik - Dafi
Artis Wanita Berkulit Cantik - Siti Nurhaliza (gunalah simplysiti)
Artis Lelaki Mata Mengancam - Dr Fadzley
Artis Wanita Mata Mengancam - Rozita Che Wan (mmg patut pun, bulu mata dier galak orrr)
Artis Lelaki Hidung Memukau - Jimmy Shanley
Artis Wanita Hidung Memukau - Rita Rudaini
Artis Lelaki Gigi Tercantik - Diddy AF
Artis Wanita Gigi Tercantik - Lydia Ibtisam
Artis Lelaki Bibir Seksi - Norman Hakim (hmmmm.....)
Artis Wanita Bibir Seksi - Linda Onn
Artis Lelaki Rambut Menawan - Anuar Zain
Artis Wanita Rambut Menawan - Fouziah Gous
Artis Kacak - Kamal Adli ( saya suker)
Artis Jelita - Diana Danielle
Pesona Artis Baru - Scha Al Yahya (lisa surihani pun ok juga)
Artis Lelaki Paling Sensasi - Azwan Hj Ali (ohh..amatlah betul)
Artis Wanita Paling Sensasi - Abby Abadi
Anugarah Khas Media Hiburan - Dato' Siti Nurhaliza
Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan - Ramlah Ram (Sempena 25 tahun penglibatan dalam industri seni)
Nota kaki:
Setuju ke dengan piliham pembaca media hiburan ini?
Kalau tak, cuba cadangkan siapa yang patut menang utk kategori di atas?
Bagi saya, artis wanita paling sensasi adalah fasha sandha, anda setuju?
Ada 4 jenis giveaway untuk dimenangi..hooray!! Daripada zhaneez-craft
Di sini Aarin nak ucapkan
HAPPY 1st ANNIVERSARY, MOGA BISNESS MAKIN MAJU!!
Cadangan Aarin:
1.Beg for make up (dimana dalamnya ada ruang khas utk letak lipstik, benda yg kecil)
2. Beg handphone
3. Perbanyakkan lagi design dlm katalog, lagi banyak pilihan lagi banyak org order..
Nota kaki:
Ramai betul org yg kreatif2 nie, saya jahit pun lintang pukang lagi!!
Semalam seronok cuti, layan DVD yang dah beli berkurun lama tapi tak tengok-tengok lagi...
Tapi dalam banyak2 tu layan cerita The storm Warriors dulu sebab ada aaron kwok (ok, saya peminat dia dari dulu2 lagi).. konon-konon sambungan the storm riders tapi watak aaron kali ni 'striking cloud' lebih berperikemanusiaan. ada jiwa n perasaan..
Bila ada sambungan, kita selalu mengharapkan lebih baik dari yang pertama... kali ini dari segi graphic mmg mantap, rasa macam tengok buku komik pun ada, sebab tu boleh menang Best visual effect di Hong Kong Film Awards, tapi penceritaannya macam selalu dah kita tengok kat mana-mana filem, lepas tu endingnya buat kita tertanya-tanya.. Untuk peminat Aaron kwok macam saya tentulah tak nak hero saya nie mati kan...
Untuk sesiapa yang terasa nak baca review cerita ini, peringatan amatlah panjang boleh check di sini...
Dah habis baca review? Mari layan lagu tema filem ini
Nota Kaki:
Walau macam mana pun, I still love you Aaron (childish tapi kenangan oooooo)
Ini ada pesanan untuk isteri / teman wanita yang tidak meminati bola sepak?
Untuk isteri / awek /kekasih tersayang,
Di mana saja anda berada....
Seperti yang ayang sedia maklum, abg terpaksa menghadapi mood ayang yg berubah pasang surut setiap bulan kerana datang bulan. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal semasa ayang datang bulan. Amat besarnya pengorbanan abg selama ini utk menjaga kerukunan rumahtangga. Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abg?
Dr. Josept Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan megalami period abg yang hanya akan berlaku 4 thn sekali ini dari 11hb Jun hingga 11hd Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga semiggu selepas tarikh tersebut. Abg akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga sehigga awal pagi.
Untuk mengurangkan tekanan & mood abg dlm tempoh tersebut, preskripso & cadangan di bawah telah disarankan:
Dlm tempoh tersebut, ayg digalakkan membaca berita sukan yang menfokus tentang Piala dunia 2010 di south Africa.Jika ayg gagal, ayg mungkin akan terasa terabai @ menghadapi masalah komunikasi.
Dlm tempoh itu juga, ayg diberikan kebebasan utk menonton rancangan tv dari 6 pg hingga 9 mlm. Dari 9mlm ke atas, abg berhak memegang remote control utk memilih channel yg abg nak. Ayg dilarang sama sekali menjeling ke arah remote control itu pada masa tersebut.
Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv pada waktu tersebut, ayang terpaksalah menunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abg.
Semasa perlawanan berlangsung, abg seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abg memerlukan pertolongan ayang utk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah sekiranya aang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia.
Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama tetapi ayang hanya boleh bercakap sema half time @ commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abg pada masa ini terutama jika pasukan yang abg sokong sedang ketinggalan atau diambang kekalahan.
Replay utk setiap gol adalah penting. Berapa kali replay disiarkan abg tetap mahu tengok. Ayang tak perlu merungut mengatakan bahwa gol tu dah tengok, kenapa nak tengok lagi?
Ayang perlu memberitahu saudara mara @ rakan karib bahawa jemputan ke kenduri @ jamuan yang diadakan selepas pukul 9mlm tidak dapat dipenuhi.
Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abangsokong menang piala dunia @ pemain yang abg sokong menang bola emas..pandai-pandailah ayang bodek abg belikan hadiah. Jika sebaliknya, hendaklah ayang turut berduka.
Abang akan sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.
Kenapa saya patut menerima giveaway dari TCB nie..
Sebab yang paling reasonable ialah saya nak hadiah tue dan
Saya tak pernah dapat barangan dari DUBAI (nak sampai sana pun tak tahulah bila), boleh tambah koleksi barangan hadiah dari luar negara
Nota kaki:
Dapat unta seekor pun best juga, kita kenduri oooo!!
Ingat entry mengenai saya direject tu, hari ini pihak itu menelefon saya lagi, saya ingatkan mereka dah insaf dan kini menawarkan sesuatu yang lebih berharga untuk saya...
Ok, saya pun beri peluang kepada mereka untuk menerangkan segala benefit yang ada..Boleh cover inilah itulah.. Mmg menarik perasaan saya yang semakin tertarik ini... Tapi kali ini kadar premiumnya lebih tinggi, sebab tu saya ingatkan mereka telah membuat homework sebelum menelefon saya...
Rupa-rupanya... Saya telah dipermainkan sekali lagi, sebelum mereka bertanyakan pekerjaan saya, terlebih dahulu saya memberitahu mereka, apa lagi nak tanya supervisor pula.. maknanya mereka tidak bersedia dan akhir kata saya tak layak dicover sekali lagi...Nasib baik saya cool masa dalam telefon, tapi hati bagai diremuk dan dipijak-pijak. ooooooo
Baiklah, dengan ini saya mengatakan prudential insurance, sila jangan telefon saya lagi, jangan lukakan hatiku ini lagi...
Nota kaki: Dedalie, you tinggal di mana sebenarnya? Nanti email pada saya polisi yang bagus k.. my email nuraarin@yahoo.com
Saya ada adik dan saya sayang adik saya (kenapa jadi ayat skema nie??)
Azman hidayat, dah 16 tahun dah umurnya.. sekarang sekolah di sek vokasional seri manjung.. Orang kata 16 tahun ni tahun honeymoon.. dah habis PMR dan SPM pun lagi setahun kan...
Belum sempat lagi nak celebrate sweet sixteen, tapi dah dapat kad special yang saya tempah khas di Lin handmade
Mari layan gambar dulu.. Biar semua teruja sikit
Adik saya nie Peminat MU, tiap2 minggu pujuk saya hantar dia tengok bola kat kedai mamak, kadang2 layan juga tapi kalau pukul2 pagi, perit juga kan (tapi abah saya yg layan).. Bukan tak mahu pasang ASTRO kat rumah tapi takut dia asyik layan bola, nnt apa pun tak jadi...
Siap kek pop up lagi.. sila kagum hehehe.. Thanks pada Lin handmade, saya suka kad special ni, sebab lain dari yang lain.. Pada
Pada yg sesiapa nak dpt kad ni secara percuma boleh join giveaway di SINI
Macam tak percaya, tetapi percayalah ada sampai 10 giveaway untuk dimenangi dan barangan giveaway ini menarik, nnt kalau nak menyambut tetamu atau sesiapa yang istimewa, boleh lah pakai kan, mesti tetamu puji sedap masakan dan lawa pinggan n cawannya..
Siapa yang amat berbesar hati menaja menjalankan giveaway ini.. Pn .saidah dari ipoh
Dan ada hadiah misteri untuk referrer tertinggi, so kalau sesiapa yang join nnt jangan lupa sertakan nama saya yer... So mari terjah SINI
updated: sorry terlupa nak beritahu referer saya zai kulim
Nota kaki:
Sejak dah bertunang nie, minat pula dengan cawan n pinggan yg ala2 klasik nie
Semalam melawat blog zie fauzi, baru saya tahu mengenai sesuatu..
Saya tak tahu kalau ramai yang tahu seperti saya bahawa widgeo ini akan menyebabkan orang yg melawat blog kita akan buka tab-tab iklan yang banyak.. kebanyakkan mmg mengganggu.
Jadi saya dengan sedihnya terpaksa me'remove' carta mengira pelawat nie.. saya baru pasang tak sampai dalam 2 bulan dan alhamdullilah ramai juga yang melawat.. Tapi saya kanak-kanak yang masih belajar, bila ada sifu berkata ini akan memudaratkan blog anda, seeloknya dihapuskanlah..
Tapi tak mengapa, banyak lagi sistem pengiraan yang lain kan..
Nota kaki:
Kita mulakan hari yang baru dgn pengiraan yang baru...
Opss tak jadi mula dengan angka 688 (8 ada ong or)
Oh...sedihnya, baru-baru ini saya telah dihubungi oleh syarikat insurans terkenal ini dan mereka telah men'offer' untuk menginsuranskan diri dengan pakej yang agak murah pada pandangan saya.. (insurans pun ada pakej juga)..
Tapi malangnya setelah maklumat peribadi saya diambil tetiba pihak insurans kata mereka tak boleh nak cover saya dengan alasan kerja saya niberisiko tinggi, saya tahu kerja ni berisiko sbb hari-hari tuang acid kan tapi cubalah bg alternatif lain, bg pakej yg tinggi skit ker.. Sebelum call tu, cuba lah kaji selidik saya nie kerja apa, ini alih2 saya dah bersetuju, dah ambil data semua.. kau reject pula...kau hancurkan hatiku...
Kini saya terpaksa beralih arah ke ayarikat insurans lain pula.. Syarikat insurans mana yang paling baik yer selain yang reject saya tue...
Nota kaki:
Saya di'reject' oleh prudential insurance (sila highlight kalau nak tahu jawapannya)
Dah hampir 4 bulan sejak aktif ber-blog nie asyik guna template basic jer.. so hari ni satu pagi mencari template yang menarik untuk menceriakan blog saya nie.. dan saya jumpa 'love is in the air', maksudnya bersesuaiannya dengan mood saya yang in love gitu...
Dah tukar template nie, macam2 pula kena tukar yer, patutlah bila ada kwan2 yang lain tukar template beritahu nanti nak kena adjust sana sini... Sampai Nuffnang pun kena pindah ke bawah..sorry yer nuff.. So saya kena buat code between post pula yer.. sebelum nie dah selesa nuff di atas post..hmmmm
Ini adalah iklan nasihat daripada nuraarin... wah wah mcm dalam radio pula
Bukan apa, nak cerita mengapa orang tua @ warga emas lebih senang ditipu oleh agensi gores & menang ataupun SMS yang mengatakan
' kami dari _______ (syarikat yg terkenal), tahniah anda baru sahaja memenangi RM______ ( berapa RM yg anda rasa banyak) dari syarikat kami, sila hubungi ibu pejabat ______________ (no hp)'
Beberapa hari yg lepas, mama saya ada dpt sms nie dan dia teruja suruh saya call company nie (tapi no hp), saya dah rasa lain mcm, kalau company buat apa bg no hp patut beri no pejabat lah.. Masalahnya mama saya baru saja masuk contest anjuran syarikat gergasi ini (yg betul k), so sbb tu mama saya percaya dia dah menang berpuluh-puluh ribu ni..
Jadi saya sebagai anak yg taat (ewah) pun call, yg angkat phone guna loghat indon, saya pun pelik, takpe saya ikut jer rentaknya.. minta no akaun konon nak masukkan duit tapi tanya saya dlm akaun tu ada berapa bakinya (saya hairan, apa kena mengena kan).. saya pun kata ada bebarapa ratus jer, pihak sana kata tak boleh, saya kena guna akaun yg at least ada RM2000, apsal pula kan..
Last2 saya kata 'takpe lah, bg jer duit tu pd org lain' terus tutup telefon.. then saya nasihatkan mama saya, jangan mudah terpengaruh dgn sms macam nie..
Kenapa mama saya terpengaruh?
Mestilah sbb ganjaran yg lumayan
Mama saya baru masuk peraduan & kebetulan SMS dari konon2 syarikay yg dia masuk tu
Mama saya kurang mengambil tahu pasal dunia luar, biasalah surirumahtangga sepenuh masa
Nota kaki:
Adakah pihak polis tak cukup bg amaran, atau mmg senang nak menipu dengan cara ini?
Saya tinggalkan tanda-tanda kamu wanita berdikari pada pagi ahad ini
Setiap kali keluar, ibubapa tidak lagi menetapkan jam berapa kamu patut pulang
Kamu mampu membayar hidangan di restoran mahal-utk diri sendiri mahupun teman-teman-secara tunai
Menjelang hujung bulan, akaun bank kamu masih berbaki angka besar, selain tak perlu pun ikat perut menunggu gaji masuk
Kamu tak ambil hati pun sekiranya teman lelaki @ suami @ rakan baik kamu sibuk ketika hujung minggu. Pada kamu lepak di taman atau bershopping sendirian juga aktiviti yg menyeronokan.
Kamu tidak panic walaupun tak boleh keluar rumah akibat kunci jeriji hilang, malah sambil tunggu tukang kunci tiba, kamu relaks sambil menonton DVD
Setiap kali ada temujanji, kamu tidak lagi meminjam barang kepunyaan adik-beradik @ kawan2.
setiap kali raya, wang poket adik2 dan anak buah meningkat 2 kali ganda
bila demam, kamu tidak lagi merengek-rengek minta ibu suapkan makanan ke mulut, malah memandu sendiri membeli bubur ayam
kamu sudah mula merancang membeli asset jangka panjang-seperti kereta @ rumah
kamu boleh mengawal emosi apabaila dimarahi boss dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapan
Saya bukanlah anak yang mendengar kata, tapi di sudut hati saya sangat sayang mak dan abah saya.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membahgiakan mereka..
Dan saya tak faham kenapa remaja di luar sana selalu sangat membuat sesuatu yang boleh buat mak bapa diorang sakit hati sampai pening-pening kepala memikirkan masalah yg dicari oleh anak mereka sendiri?
Ini kes terbaru yang kecoh di akhbar mengenai Adik Halimaton yg percaya dengan 'cinta monyet' dan nak sehidup semati dengan teman lelakinya.. tapi yang susah siapa.. ibubapa dia juga perlu turun naik mahkamah untuk dapat kelulusan untuk nikahkan anak mereka yang mereka sayang sangat nie..
Walaupun saya belum berkeluarga tapi saya boleh selami perasaan ibu yang mengharapkan anak-anaknya berjaya tambahan halimaton seorang pelajar pintar.. Saya sedih sangat
Nota Kaki:
Sayangilah keluarga anda, berfikir sebelum membuat sesuatu yang akan anda sesalkan
Untuk yang berpengalaman mengisi borang cukai, tolonglah saya nie
a) Kalau kita dah daftar dan majikan tolong bayarkan (maksud saya tolak gaji kita) , adakah kita still kena isi borang cukai?
b) Adakah lebih senang kalau daftar e-filling?
c) kalau nak nak dapatkan pengecualian cukai seperti pembelian komputer peribadi, majalah, insurans dan perubatan ibubapa. kena sertakan resit sekali ker? kalau resit takada (hilang) macam mana yer?
d) kalau ada suggestion mana2 web yg menolong bagaimana mengisi borang cukai, beritahu saya yer...
Aarin sebenarnya anak tunggal dalam keluarga.. kacukan (ewah,ewah) chinese + malay..
Ada seorang adik lelaki (sebenarnya sepupu) yang kami jaga dari kecil lagi, so kiranya saya mengakui saya ada adik lelaki dan saya sayang adik saya..
SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Hmmm..sendiri menilai diri sendiri..
Disamping rakan, saya adalah seorang yg kurang bercakap, berterus terang, tak suka campur tangan hal kawan2 tapi sebenarnya ambil berat. Kiranya saya beri pendapat tapi nak mereka fikir sendiri logik tak pendapat saya tue. kalau sembang2, tangan mesti naik sekali, baru trill bercakap mcm berpidato.
Tapi kalau tak kenal saya, sila abaikan muka sombong yang amat dan tak reti2 nak senyum kat sesape pun. Artis lalu pun baik senyum kat saya dulu yer
5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
1) Saya nak kahwin,hehehe
2) Saya nak ada aset sendiri iaitu rumah sbb kereta dah ada
3) Nak sangat melawat negeri china actually dah pergi tapi urusan kerja, saya nak yg betul2 melancong
4) Nak ada bisness sendiri, tak kira bidang apa pun sbb rasa buat bisness lagi best dari makan gaji
5) Nak ada duit juta2..hehe, tak adalah sampai juta2 tapi kalau kecemasan sekurang2nya tak panik kan
SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Boleh rahsia dulu tak..kita panggil abg N dulu yer
CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
1) Sangat-sangat kelakar
2) Sangat-sangat mengambil berat tentang apa sahaja dari segi penampilan hingga urusan kerja
3) Punctual dan secara tak langsung mengajar saya untuk menepati masa juga
4) Berkeyakinan tinggi dan selalu memikirkan masa depan
5) Dia menyayangi familynya so saya tahu dia adalah seorang yg bertanggungjawab
BILA TARIKH COUPLE
Tarikh sebenarnya tak tahu sbb masa tue rasa mcm di awang-awangan lagi, hahahaha yg tahu bulan Ogos tahun 2000.. ada detik masa pengiraan kami di bawah sekali k
KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Memang ada, sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi kawan-kawan.. Tapi saya tak nak huraikan di sini kerana saya anggap sebagai pengalaman berkawan, kini kami pun dah baik
LAGU TEMA CINTA ANDA
Lagu tema macam drama pula
Sebenarnya banyak sbb abg N memang suka karaoke.. tapi dalam banyak2 saya kena pilih lagu Oh Fatimah (sbb tajuk tue nama saya) dan juga sillaturahim (samudera)
Mmg layan betul lagu nie tapi abaikan video klip yg poyo skit nie
APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Perubahan... Saya perlu berubah kalau mahukan dia juga berubah..maknanya tiada siapa yang sempurna.. saya terima dia seadanya
TAG 10 RAKAN LAIN
Tak nak tag sbb rasa dah ramai yang jawab tag nie.. tapi sesiapa yg rasa nak kenalkan diri, sila jawab tag ini k
Tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh Zati..Friendship forever
Masa nie rasa sangat cun sbb baru kerinting rambut, boleh kan??
Pic ini saya rasa paling menarik sbb kerana kawan baik saya, wanie berkongsi kegembiraanya bersama saya
Perihal saya bersama kawan baik, wanie
a) Perkenalan kami seperti kawan2 yg lain iaitu kawan persekolahan, tahun 2010 genap 17 tahun persahabatan kami..Walaupun kami berpisah selepas SPM kerana menyambung pelajaran, saya di utara wanie di Timur, tapi persahatan kami kekal sehingga kini.
b)Apa yang saya suka mengenai wanie?
Sikap berterus terang, banyak bercakap dan happy go lucky. Berkawan dengan wanie seperti segala masalah anda akan selesai, dia akan tolong selagi termampu, majlis pertunangan saya kalau dia tak ada mesti tak lengkap sbb dia yang buat kecoh, dia yang sediakan sebahagian barangan pertunangan saya, dia jurugambar saya,dia yang mententeramkan saya..semuanya dia...
c)Peristiwa yg tak dapat dilupakan
Banyak sangat!! Antaranya..
Hari lahir: kami mempunya tarikh lahir yg sama 8/3/1980, bermakna setiap tahun kami akan teringatkan saat2 gembira menyambut birthday bersama
Hubungan Percintaan: kami saling menasihati satu sama lain mengenai perhubungan percintaan kami..Saat putus cinta, meratapi kesedihan.. saat dilamun cinta berkongsi kegembiraan
Apa yang saya tahu, saya sangat bertuah mempunyai kawan seperti wanie kerana dia tahu mengenai semua susah senang, suka duka saya..
Nota kaki:
Setiap org mesti ada sahabat, tapi bukan senang nak cari sahabat semasa suka dan duka.. saya bertuah kerana mempunyai sahabat yang sanggup berkongsi segalanya...
Mari ramai Join contest menarik dari Zati.. Hadiah Misteri
Sabtu lepas temankan mama saya ke majlis perkahwinan bekas kawan sekerjanya..
Tahniah pada pasangan yogeswaran dan isterinya, priya rasa mcm nama hindustan jer
Pasangan lelaki sedang menunggu isterinya untuk diikat 'thali'.. Dah lama tak pergi ke indian wedding, ingatkan nanti ada pokok pisang dan bau2an mereka..(saya tak tahu nama bauan itu yer).. rupa-rupanya sekarang dah moden.. siap ada pelamin dengan kerusi cantik2..mmg kagum kejap!!
Antara kawan-kawan mama yang hadir juga..masa nie semua muka lapar.. Bila umum untuk makan jer, terus serbu. Dapat makan kari kambing mmg marvelous lah
Gambar lain semua tak cantik sbb lepas pengantin lelaki ikat 'thali' pd pengantin perempuan, semua orang berdiri depan pelamin so no nice picture..
Harap maaf kepada yang menunggu untuk mengetahui apa hadiah yang bakal dimenangi.. Minggu nie busy skit so proses
mencari hadiah pun tergendala..
Mama saya berbesar hati untuk menaja tapi cuma sepasang kain sahaja.. Memandangkan setelah seminggu contest dijalankan tiada penyertaan daripada contest Pertunangan terindah, maka hadiah sepasang kain ini saya akan hadiahkan kepada contest perkahwinan abadi
Hadiah utama (kategori Perkahwinan abadi)
Sepasang kain berwarna merah hati
candle gift
Hadiah misteri: Bila dah 50% siap baru saya war-war kan, takut tak jadi
Hadiah utama (kategori pertunangan terindah)
candle gift
Hadiah misteri juga
Hadiah untuk yang bertuah (untuk 2 orang)
Sepasang keychain berbentuk hati / pasangan kekasih
Candle
Nota kaki:
Hadiah tak cukup menarik lagi, jangan risau,ada lagi yg menanti.... sedang memujuk abah pula untuk menaja
Saat kita bergembira dan ketawa kerana lawak beliau, jangan lupa bahawa insan seni ini juga adalah insan biasa.. Pemergiannya cukup dirasai oleh semua peminat yang mengenali beliau..Termasuklah saya..
Saya mengenali Din beramboi dengan panggilan 'Shasha' semasa beliau mengendalikan segmen di radio Time Highway Radio (THR) dan kali terakhir mendengar coloteh 'Shasha' ini di radio Era..
Dalam berlawak, Din beramboi juga mampu berlakon serius. Lihat klip di bawah, tentu ramai yg ingat klip ini
Nota kaki: Mior ahmad Fuad Mior Badri @ Din beramboi..Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..