Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tanda-tanda kamu perlu bercuti

Kegembiraan bersama sepupu di pulau pangkor


Saya nak berkongsi tanda-tanda kita perlu bercuti:
  • ketika kamu mula pejamkan mata utk tidur, bagaikan terngiang-ngiang di telingamu deruan ombak pantai
  • lebih dari 3 kali setiap hari kamu malayari laman web penerbangan. Kononnya, saja2 nak ‘usha’ tiket murah, walaupun dah tahu belum ada promosi lagi
  • bila tiba MATTA fair, kamulah org pertama yg akan muncul walaupun pintu belum dibuka
  • boleh dikatakan semua rakan fb kamu ada album percutian hebat mereka sendiri..kecuali kamu
  • kamu sering termimpi-mimpi meluncur salji di Negara asing. Dan bila kamu sambung tidur balik, tetap bermimpi benda yg sama
  • setiap pagi kamu mesti stress dan asyik merungut saja krn terpaksa bangun awal utk ke tempat kerja. Ingatkan hari ini sudah hari minggu
  • kamu mula bosan dgn rutin menonton wayang setiap hujung minggu. “dapat lepak tepi pantai lagi bagus…”-fikirmu
  • saluran TV kegemaran kamu adalah berkisah mengenai melancong. Siap ada buku nota mencatatkan tempat2 menarik
  • almari kamu dipenuhi flip flop, straw hat, baju sejuk tapi tak pernah pakai dgn alas an senang bila nak pergi bercuti.
  • kamu kerap membulatkan tarikh menarik di calendar dgn berfikir senang nak ambil vuti nanti.
    * kredit to majalah cosmo

    Nota kaki: 
    Teringin benar hendak bercuti, hampir separuh tanda di atas ada pada aarin, adakah aarin patut bercuti masa terdekat ini??





    Orang kata Alam pertunangan banyak dugaan

    Orang Tua-tua dan muda muda ada berkata alam pertunangan ini banyak dugaannya.. Dan saya kata pada diri sendiri insya-allah asalkan kepercayaan dan rasa kasih sayang kami kuat..kami akan berjaya mengharunginya..


    Baru sebulan saya dan abg N bertunang, pelbagai dugaan sudah tiba.. tabahkan lah hati ini...

    Bagi yang cuba untuk memporak-perandakan hubungan kami.. hanya satu pesanan selamat mencuba... dan sila cuba lagi.. 


    Dan saya akan pastikan anda gagal!!


    Nota kaki: entri ini untuk lepas geram

    Kakyong’s shoppe 1st Giveaway@Cabutan bertuah




    Ok, mari cuba memenangi CD daripada Kak Yong.

    Kalau saya dapat boleh berikan pada anak buah.. atau nak simpan utk anak sendiri..lambat lagi, tapi kalau dah ada apa salahnya kan..

    Contest Perkahwinan abadi @ Pertunangan terindah

    Saya pun baru jer di dunia blog ni, sebenarnya lama di dunia blog cuma lama tak update tapi recently sebab nak bertunang dan ingin mencatatkan perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan (insya-allah) saya aktif semula..

    Tak lama saya ingin menjalankan contest sempena anniversary mummy dan abah saya yang ke-31.. Still looking perfect gift for them.. Maybe second honeymoon, but my father not a travelling person so kena fikir hadiah lain kut..hmmmm

    Oh ya, contest ini terbuka utk pasangan yg sudah bertunang @ berkahwin sahaja sbb Temanya adalah wedding @ enggagement Day.. rasa-rasanya ramai tak yg nak masuk?? My follower pun tak ramai lagi, but i think its ok kut..nanti kawan-kawan tolong promosikan masa saya buat contest yer

    Nota kaki: 1. Hadiah pun saya masih mencari..lalalala..
                     2. Nanti saya buat contest utk yg bujang pula ye

    Atiqah sweet giveaway


     Nak memenangi hadiah coklat ada kata-kata saktinya tau..Anda kena copy kata-kata ini

    "Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"

    Giveaway by Teratak Puteri

    Tidakkah anda mahukan pinggan yang cantik ini...Ohhh saya nak.. Jadi selain membeli kita boleh join give away by Kak Chah



    Sungguh menarik hati kan.....Mari kita rebut peluang ini di blog Kak Chah

    Bunga-bunga cinta

    Sebelum memulakan bicara , layan dulu lagu ini..




    Dah lama tak dengar lagu ni, lagu ni masa misha omar mula-mula nak popular dulu, lagu bunga-bunga cinta ini selalu berkumandang di radio..

    Kenapa saya berbicara mengenai bunga...Sebab saya nak menceritakan obsesi saya dengan bunga.. tapi bukan sebarang bunga, hanya bunga mawar berwarna biru..


    Tadi cari info mengenai mawar biru ni,  tak sangka bunga mawar biru ini banyak digunakan di dalam filem juga.. ingatkan bunga mawar merah sahaja yg popular, kalau ada sesiapa yang layan drama 'siong', tahulah mengenai mawar merah yang dilekat di pintu ria, tanda cinta amzar pd ria




    Jauh melalut nie, apa yang nak aarin nak ceritakan adalah suka sangat mawar biru, dulu2 masa kecik2 ingatkan mmg mawar biru ini wujud (ditanam secara semulajadi) rupa-rupanya buatan manusia, ye..

    Masa graduation kat UiTM dulu, abg N ada berikan sejambak bunga mawar biru..mmg happy sangat, hadiah lain tolak tepi..simpan sampai layu, bila layu pun warna biru still nampak lagi..Best, best!!

    Nota kaki: 1. Abg N, bila nak beri mawar biru lagi??
                      2. Nak belajar nama bunga dlm bahasa mandarin, ada di blog ini

    Si tedi buat contest: Bila dak itam berdialog

    Contest dari Cik tedi, mereka dialog dak itam

    Photobucket


















    Opss, Cik tedi nak tangkap gambar saya yer... Nie mesti nak promote aksi-aksi manja saya kan..

    Photobucket

    Ok, saya pun tak lokek ilmu, nak beraksi manja, macam nie tau caranya.. (sambil berposing dengan penuh gaya lagi).. gambar seterusnya dalam simpanan cik tedi yer.. kalau nak sila email cik tedi..chow dulu

    Soalan 2: Berikan 2 sebab kamu berkunjung, membaca dan mengomen di Kadangkala diam itu lebih baik?
    - Penulisan yang begitu terasa dekat dihati
    - Walaupun saya bukan seorang pengemar kucing, tetapi aksi-aksi kucing di blog ini amat memikat hati


    Soalan 3: Berikan satu tajuk 'entry' yang paling kamu sukai atau yang terkesan di hati.
    - Semestinya pemergian dak utih.. RIP

    Soalan 4:Berikan satu tajuk atau perkara atau isu yang dapat membuatkan kadagkala diam itu lebih baik lebih mantap, lemak berkrim dan disukai ramai.
    - Apa sahaja yang ingin dikongsikan oleh cik tedi dengan kawan2 adalah dari isi hatinya, jadi keep it up

    Soalan 5: Saya mengharapkan kadangkala diam itu lebih baik akan terus berblogging kerana dunia blog sunyi tanpa aksi kucing dan coloteh cik tedi

    Sekian... Nak masuk contest dan menang hadiah..sila Join

    Satu bulan, satu minggu dan satu hari

    KenanganKu ....








    Nota kaki: Doakan yang terbaik buat saya yer kawan-kawan!!

    Hadiah dari Vietnam

    Nak pergi jalan-jalan sampai ke luar negara, naik kapal terbang, budgetnya tak ada.. Biasalah dalam musim mengumpul duit ni kan.. so bab-bab nak melancong ni mmg tak ada dalam senarai langsung, tapi saya bertuah ada member yang mmg kaki travelling.....

    Tapi sistem travellingnya pun hampir disekat tak lama lagi, nak jadi mcm saya juga, megumpul utk hari bahagia.."saat yang bahagia datang sekejap saja" ewah ewah

    Banyak pula mukadimahnya...Tujuan asal nak tunjukkan hadiah dari Vietnam (seperti tajuk di atas)

    Yang warna kuning tue, fridge magnet sebelah tu boleh teka kan, keychain

    Ini kain dari Vietnam, ingat nak buat utk malam berinai tapi makcik tak setuju sbb dark blue, katanya lebih sesuai krim2 gitu..tak tahulah, jauh kain nie datang tau (Sila abaikan model dibelakang, ahakss)

    Terima kasih pada yang memberi.. Saya nantikan hadiah dari Chiang mai pula..

    Nota kaki: Rupa-rupanya butik kahwin sekarang dah ada banyak baju pengantin plus size, tak perlulah diet!!

    Earth hour 2010

     Earth hour kembali lagi...


     

    Ingat lagi tahun lepas masa beritahu abah yang aarin daftar untuk earth hour 2009, kita kena tutup lampu selama sejam bg menyokong usaha mengurangkan pengunaan elektrik, abah tanya wajib ke?

    Aarin kata ini adalah tanggungjawab sosial, iaitu kita memikirkan masa depan anak-anak di masa hadapan..

    Tiba harinya, aarin boleh terlupa, nasib baik abah yang ingatkan dan kami sekeluarga lepak di luar rumah selama sejam.. aarin tengok ada juga beberapa buah rumah yang memadamkan lampu tapi tak tahulah samada meyokong atau mmg tak ada di rumah.. tapi aarin rasa lega kerana berjaya menjalankan tanggungjawab kepada bumi yang semakin tua ini...

    Jadi bg kawan-kawan yang ingin menjadi seperti saya, sila padamkan lampu pada 27 mac dari 8.30 malam hingga 9.30 malam yer

    Nota kaki: Bg yang sudah berkahwin, boleh caddle light dinner masa ini....

    Hadiah perkahwinan

    Semalam membeli dan belah.. beli hadiah untuk perkahwinan anak bos nie.. memandangkan budget hujung-hujung bulan ni kurang skit, so hadiah pun kena budget juga..Tapi budget2 pun, hadiah still kena mantain grand, hehehe


    Album perkahwinan nie saya suka sangat sebab warna putih dan ringkas designnya

    Nampak mangkuk kecil english style nie, rembat la buat extra hadiah
    Friends selalu cakap kalau nak bg hadiah make sure pengantin akan guna and cherish.. tadi baca kat blog ms sz katanya album perkahwinan is one of the appreciate gift.. so tercetuslah idea nak beli

    Nota kaki: Bulan Mac ni mmg ramai org kahwin ye...



    Roti jala kuah kari

    Semalam ambil cuti separuh hari kerana menolong ibu menyiapkan tempahan roti jala.. Dah lama berhenti meniaga semenjak musim durian habis.. sebab abah nak berniaga masa ada durian sahaja, pelanggan suka kuah durian cicah roti jala.. Tapi bg yang dah tahu kami menerima tempahan, adalah rezeki sekali sekala nie..

    Sebelum ini ada org tempah tapi cuma 100 keping jer, tapi semalam sampai 300 so kenalah korban cuti untuk menolong ibu..

    Roti jala dijala dan sedang masak di atas kuali

    Dilipat dua sebelum digulung


    Roti jala yang sudah siap digulung



    Eh.....kuahnya mana??


    Ini dia, kari ayam..pekat betul kari ni

    Sesetengah org suka lipat segitiga atau segiempat roti jala tapi saya suka gulung sebab nampak lebih besar dan senang diambil dalam bekas...

    Nota kaki: Tempahan ini dari ahli keluarga ali bagas, intan kenal kan?

    Contest you love me forever

    Tenggok hugging bear tue, seerat kasih sayang Siti dan hubbynya, sebab tu ada contest ini, untuk menunjukkan kasih sayang sesama kita...

    Syarat-syarat contest sila klik SITI

    Aarin mmg suka sangat dengan gambar ini, gambar spontan bersama dengan sepupu-sepupu aarin

    Nak tambah lagi satu gambar.. Ini dengan sepupu semasa nak pergi bercuti ke pangkor

    Lembaga yang menghantui..

    Jangan aku dikejar...
    Jangan aku dicari...
    Jangan aku diburu...
    Aku hanya mencari sebuah kebahagiaan...

    Siapakah yang meburuku ini....
    Lembaga mana yang menghantuiku ini..
    Sudah berbulan ia ada disekelilingku...


    JENG JENG JENG
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :


    Nak menyemak, klik lembaga hasil dalam negeri

    Nota kaki: Tarikh tutup lambat lagi..cuma nak mengingatkan pada yang terlupa...termasuklah saya sebab ni baru first time layak membayar cukai

    Hotel Mania

    Mula-mula dengar nama hotel  mania ingatkan permainan PC game hotel dash , saya kan gila main PC game nie, so ingat game je la masa tue

    Rupa-rupanya rancangan baru yang ganti cerita Tari tirana slot lestary tu.. Hotel mania terbitan KRU, saya ini asyik nak promote cerita KRU je, mcm ada komisen jer kan..

    Anyway, semalam adalah episod yang ke-3, so far saya puas hati cerita ala-ala musical nie, semua lagu-lagu lama KRU, Elite, x-factor dapat didengar (dinyanyikan semula oleh pelakon drama ini), rasa macam balik ke zaman remaja2 dulu, tak ada masalah cuma ingat nak berseronok jer..

    Tengok promo kat bawah nie..best!!



    Nak tahu lagi mengenai drama ini, Sila Klik SINI

    Koleksi peribadiku

    Aarin tengok macam-macam hobi ada pada kawan-kawan blogger semua, ada yang suka mengumpul barangan english style, membuat barangan kraft.. Ini aarin nak cerita koleksi aarin pula..iaitu:



    MENGUMPUL ANTING-ANTING



    Patung untuk anting-anting ini dibeli oleh mama saya kerana katanya saya dah ada banyak sgt sampai susah nak cari dalam box

    Close up sikit, ada macam-macam warna dan bentuk, tak berbelanja mewah pun untuk membeli anting-anting ni, asalkan cantik di mata baru saya sapu semua, hehehe



     Besi untuk sangkut anting-anting ini sebenarnya besi katil tau, ini antara anting-anting yang saya selalu pakai, kira-kira semua dah ada dalam 50 pasang


    Tapi tak boleh nak mengalahkan anting-anting yang ini sebab abg N yang belikan, anting2 ini silver k, first time beli anting2 gantung2 nie then abg N kata lawa, tue yang start buat koleksi nie

    Adakah keputusan SPM penentu kejayaan kita


    Gembira dan bangga melihat remaja-remaja yang lulus dengan cemerlang untuk SPM mereka ini. Teringat masa aarin ambil result SPM dulu, perasaan takut tak ada pun sebab kena kerja so ingat nak ambil result dan terus pergi kerja (tambahan pula rasa boleh dapat pangkat 1, masa tu ikut aggregate lagi)

    Tapi keputusannya tak sebaik yang disangka, walaupun still dapat pangkat 1 tapi english gagal.. masa tu fikir kenapa boleh gagal? teruk sgt ker english aarin ni.. Rasa kecewa bertambah bila sepupu jadi best student. Perasaan masa tu rasa diri ini kerdil sangat..melukut di tepi gantang (wah, emo nampak)

    Nasib aarin baik juga sebab dapat masuk UiTM, tapi dapat ambil pra sains jer ibarat sebelah kaki jer dalam Uni tu,  so masa tu pulun betul-betul dari pra meningkat ke diploma dan ijazah, mmg tak berputus asa, nak buktikan bahawa walaupun SPM saya tak sebaik mana tapi saya mampu juga mengambil ijazah sama dengan sepupu saya.

    Dan alhamdullilah hingga kini saya berjaya menjawat jawatan yang agak tinggi di company saya ini..Kadang-kala saya berfikir mungkin kerana keputusan SPM yang tidak memuaskan hati membuatkan saya lebih rajin memajukan diri untuk berjaya.. Bila kita terlalu pandai, ada yang tak boleh kawal diri seperti kes sufiyah 



    p/s - Adakah SPM betul2 penentu masa depan? Fikir-fikirkanlah...

    Giveaway from inspirasifalisha


    Giveaway menarik menanti kawan-kawan semua, sila klik SINI  untuk memenangi hadiah seperti tupperware and barangan craft, tarikh tutup 31 March

    Antara hadiah yang bakal menjadi milik 7 orang yang bertuah

    Alice in wonderland Vs Magika


    Sepatutnya filem Magika terbitan adik-beradik KRU akan ditayangkan pada bulan march ini tapi mereka mengundurkan diri sebab tak mahu bersaing dengan filem lain, so maybe dalam bulan 9 baru boleh tonton filem ini.. Info filem magika, sila klik sini ,boleh tengok watak2 dlm filem magika ini macam aznil - pak pandir, marsha- puteri santubong, raja azura - mak andeh, mawi - badang, dan ramai lagi lah


    Tapi tak mengapa, untuk mengubat hati bagi yg minat cerita dongeng ini, kita tonton filem Alice in wonderland dulu... Masa kecik2 dulu mmg minat baca cerita dongeng orang2 barat nie macam cinderella, snow white..sekarang TV3 pun ada tayangan cerita2 begini macam mayang mengurai (rapunzel versi barat), puteri salju(snow white)..


    Tak sabar nak tonton alice in wonderland kerana:
    1. Minat sangat dgn johnny deep
    2. Minat sangat sangat dgn jonny deep
    3. Minat nak tengok filem2 dongeng dan berfantasi


    Mula2 ingatkan nak tonton 2 filem ini dan bandingkan tapi:
    1. kalau kita bandingkan dengan filem barat rasa tak adil sebab budjet mereka berbilion-bilion, kita boleh berjuta-juta jer..

    2. Sekarang tak boleh tonton sebab KRU tak mahu tayang sekarang, so tak boleh nak compare..Anyway saya percaya filem magika ini mesti best.. tak sabar nak tunggu bulan 9 nanti..

    p/s - Kawan2 semua excited macam aarin tak?

    Facebook... I'm addicted!!

    Sejak 2 menjak nie.. aku tagih facebook! Datang kerja first thing ialah nak tgk ada new request from friends @ new komen .. bila keadaan nie berlaku pun tak tahu...Maybe sejak ada Hp yg boleh WiFi nie.. So dimana2 pun nak buka fb

    Tambahan pula dah ada ramai kawan sekolah @ Uni yang kita boleh cari, so boleh tahu apa yang berlaku pada diri kawan2 kita, senang cakap not everyweek jer kita sms @ call our friends, sekarang any minutes mesti ada update terbaru dari kawan2 kita..

    Thats the good points ada facebook nie tapi jangan lah addicted sampai anak pun terabai.. Seperti new ini, anak mati kerana lemas ditinggalkan oleh ibubapa yang giler ber'internet'..

    Apa2pun, seimbangkan dengan dunia luar, takkan nak bergaul ngan kawan2 melalui fb sampai tak payah jumpa face to face pulak..

    Giveaway from sweet craft 4 U


    Sempena 1st anniversary cik amyha dan hubbynya... Giveway ini dijalankan bagi memeriahkan lagi anniversarynya..so Mari join dan doakan kebahagian cik amyha hingga ke hujung nyawa... Sila klik pada gambar...

    Body Sticker for MyVi car

    Gambar kredit: stickerontime.com


    Sekarang tengah berbelah bagi, nak buat sticker tak untuk kereta MyVi saya?

    Dulu-dulu masa tak ada kereta teringin sangat nak 'mekap' kereta jadi comel @ lawa... So masa beli kereta warna merah, dalamannya semua saya guna warna pink..konon2 cute lah kan...

    Terbaru Abg N suruh saya hiaskan luar kereta pula iaitu buat sticker, ada survey kedai sticker kat manjung nie, betul2 cekik darah sesetengah kedai, mentang2 lah saya nie tak tahu apa2..

    Pergi tempat lain harga beza2 sgt, sampai RM100 beza (tak ke mmg propa jer)..

    Hmm..ingat nak bagi Abg N buatkan lah, lebih mesra dan jimat gitu...

    Tapi nak tanya kawan2 lah, kalau buat sticker tue nnt cat kereta rosak tak @ ada apa2 nasihat?

    Lin handmade march give away





    Saya baru jer menempah kad dari Lin dan pertama kali menyertai giveway nie, so dah tempah kad untuk org tersayang, moga saya pun boleh mendapat kad sempena birthday saya bulan ini jua =) , ok utk kawan2 yang nak menyertainya klik pada gambar k.. Di sana banyak kad2 comel pop up yang boleh ditempah khas...

    Nuraarin join giveway fawa blog

    Saya dah join giveaway ini

    Anda bila lagi.. givewawaynya cukup menarik hati... sila klik pada gambar untuk ke sana..sana..sana..

    Related Posts with Thumbnails