Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Pengarah dil to pagal hai, yash chopra meninggal dunia



Pengarah dan penerbit Yash chopra meninggal dunia akibar denggi. Berita dari Mstar. Sebelum demam K-pop ni, kita mesti ingat tahun 2000 kita pernah demam bollywood. Saya masih ingat lagi ada rancangan seperti irama bollywood, radio pun memainkan lagu-lagu bollywood dari filem kuch kuch hota hai, mohabattein, dil to pagal hai dan pelbagai filem lagi.




Saya sebenarnya bukan peminat bollywood sebab sebelum itu saya lebih minat filem dan lagu dari hong kong (saya kipas susah mati aaron kwok). Filem shah rukh khan yang pertama saya tonton adalah duplicate, saya tonton di Uitm Arau. Itu pun sebab kawan-kawan ajak, kalau tak mungkin saya tak pergi sebab saya bosan filem yang banyak lagu ni, lambat habis. Tapi jangkaan saya salah sebab saya sangat terhibur dengan lakonan shah rukh khan dan dari situlah demam bollywood sudah mula melanda malaysia.

Semasa itu, semua orang kenal SRK, salman khan, amir khan, kajol, karisma kappor dan pengarah karan johar pun sangat terkenal sehingga setiap filem arahannya dengan pelakon SRK dan kajol mendapat perhatian seluruh dunia.


 Mari layan salah satu lagu dari filem 'dil to pagal hai'


Sehingga sekarang saya masih lagi layan filem hollywood, so far saya suka sangat filem 'three idiot' kerana filem ini bukan mengenai cinta sahaja, tetapi mengenai persahabatan dan mengajar kita untuk mengejar cita-cita bukan hanya memenuhi kehendak orang lain.





 

Cup cake.. saya suka


Saya dapati di majlis-majlis perkahwinan, banyak yang dah beri cenderamata seperti muffin atau pun cup cake. Saya rasa ini lebih mudah, sebab selalunya bila kita order muffin @ cupcake, datang dengan kotak sekali, jadi mudah bagi pihak pengantin.

Saya pun sejak kenal dgn kak Ina, AnR delight suka sangat menempah cup cake untuk majlis pertunangan @ perkahwinan sahabat dan saudara saya.



 Terima kasih ANR delight.. Saya suka dengan kemesraan kak Ina yang sentiasa membantu dalam mencari kepuasan pelanggan.



kek pertunangan sepupu saya, Intan dan Shamie, Tema bunga-bungaan (pink + grey)


 Ini adalah cup cake yang saya tempah buat anak jiran yang bertunang (tema peach + blue)


Ini pula cup cake untuk hantaran majlis  perkahwinan my BFF (tema pink + purple)

Lain kali decoration macam mana pula yang saya nak.. maybe fantasi gitu!!


 

Bila Pemain badminton No 1 dunia jatuh cinta




Kesabaran Mei choo bukakan hati saya, so sweetkan kata-kata ini. Ini membuatkan saya teringat hubungan saya dengan Abg N yang juga bercinta 10 tahun sebelum kami mengikat tali perkahwinan. Saya faham bahawa lee chong wei mahu menumpukan pada kerjaya sebelum mendirikan rumahtangga, pasang surut satu hubungan itu bergantung pada pasangan itu sendiri. Sekiranya sang lelaki itu panas, kita sebagai wanita perlu menjadi air.. kalau sama-sama panas, hubungan sukar diselamatkan.Jadi bertolak ansurlah wahai kawan-kawan di luar sana.




Bukan senang seseorang yang memikul tanggungjawab untuk mengharumkan nama negara mengharungi dunia percintaan juga.. Tahniah Lee chong wei dan isteri.

Nampaknya Lin dan Xie Xing fang juga mengadakan majlis perkahwinan tahun ini, ada instint nampaknya musuh tradisi ini. Tapi pasangan ini telah mendaftarkan perkahwian mereka pada tahun 2008.

Sumber dari SINI

Nota kaki:
Kita tengok pasangan mana yang akan mendapat Baby dahulu, mana tahu lagi 20 tahun, kita boleh tengok perlawanan antara anak chong wei dan lin dan, siapa tahu kan??

 

Baby ke dua aqasha.. so cute




 Aqasha atau nama sebenarnya firdee aqasha rosli telah mendapat anak kedua, anak perempuan yang sangat comel hasil perkongsian dengan Noor baizura. Anak lelaki aqasha, Alehandra ahmad mesti seronok dapat adik.


 Tengok betapa gembiranya alehandra ini.. Tahniah aqasha!


 

Tukaran mata wang dan teksi

Baru-baru ni Abg N dapat customer dari california, kalau dari KLIA ke KL dalam RM70-80 sahaja (ikut meter) tapi memandangkan customer ni tak sempat nak tukar duit so dia offer nak bagi USD, so Abg N terima sahaja. Dah sampai KL, customer bagi USD 40 dengan tips katanya Abg N saya pemandu teksi yang ramah and jujur sebab pakai meter. So, pemandu teksi yang lain, ramah-ramahlah dengan penumpang, jangan bawa teksi dengan muka ketat jer.. untung-untung ada tips..

Hari ini ingat nak tukar kat money changer, so check dulu tukarannya, rupa-rupanya nilai RM dah tinggi berbanding USD.. ingatkan USD 1 = RM 3.5 lagi..


 klik untuk tumbesaran


Tak kisahlah sebab dapat USD40 pun kira dah untung banyak.. nanti nak tukar dan shopping.. gurau jer, Abg N kata kena beringat untuk masa hadapan, so tukar dan simpan sahaja.

Jadi untuk guideline kawan-kawan semua, boleh ke SINI untuk cek tukaran mata wang dan boleh juga ke SINI untuk perkhidmatan teksi Abg N


 

Lirik dan makna lagu Zheng Fu


Semasa Pertandingan Asian wave 2012, Shila Hamzah menyanyikan 2 buah lagu Cina, tapi saya paling suka lagu 'Zheng fu' sebab nyanyiannya sangat menyentuh hati.. Tahniah, Shila



 Zhong yu ni zhao dao yi ge fang shi fen chu le xing fu
Shu ying de dai jia shi bi ci fen shen sui gu
Wai biao jian kang de ni xin li shang hen wu shu
Wan qiang de wo shi zhe chang zhan yi de fu lu

korus
Jiu zhe yang bei ni zheng fu
Qie duan le suo you tui lu
Wo de xin qing shi jian gu
Wo de jue ding shi hu tu

Jiu zhe yang bei ni zheng fu

He xia ni cang hao de du
Wo de ju qing yi luo mu
wo de ai hen yi ru tu

Zhong yu wo ming bai liang ren yao de shi yi ge jie shu

Suo you de bian jie dou rang dui fang yi wei shi qi tu
Fang yi ba huo shao diao ni song wo de li wu
que jiao bu xi wo xiong kou zhuo re de fen nu

Repeat korus 

Ni ru guo jing guo wo de fen mu
Ni ke yi shuang shou he shi wo zhu fu 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ini Translation , credit to Sharill Ramli
  You finally find a way the outcome of the separation
The cost of winning or losing each other to pieces
The appearance of the health of your heart countless injuries
I am a stubborn battle of prisoners
Thus you conquer
Cut off all the way
My heart is solid
My decision is confused
Thus you conquer
Possession of a good drink your poison
My story has ended
My love has been buried
Finally I understand that both want an end
Have all the excuse that the other is an attempt to
Fang burnt gift you sent me
Is not pouring out of my chest burning anger
If you after my grave
Held their palms together as you can I wish
My story has ended
My love has been buried




Siti nurhaliza pun pernah menyanyikan lagu ini semasa di Taiwan 2004 di Golden Melody Awards, siapa lagi hebat?? Masing-masing punya pilihan tersendiri. Jangan lupakan penyanyi asalnya, Na ying


  

Bila ayah saya sporting.....



Kadang-kadang ayah saya sporting sangat sehingga tak segan nak 

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
mencuba rambut palsu di sunway pyramid... abah, say cheese!!



 

Related Posts with Thumbnails