Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tips Percintaan Jarak Jauh


Sedih juga dengar Percintaan antara Yuna dan Qi berakhir sebab bagi saya mereka adalah pasangan yang sangat secocok. Mengikut kata yuna, mereka taking a break dan ingin menumpukan pada kerjaya mereka, masalah duduk berjauhan juga membuatkan hubungan mereka sukar diteruskan..

Bagi saya yang bercinta hampir 11 tahun, tahu betapa susahnya untuk mengekalkan hubungan jarak jauh ini. Tetapi, alhamdullilah jodoh saya dengan Abg N kuat dan kami telah disatukan pada 12 March 2011.

Untuk pasangan yang menjalinkan percintaan jarak jauh (PJJ) ini saya ada beberapa tips untuk mengekalkan PJJ melalui pengalaman saya sendiri:

a) Kepercayaan atau kejujuran
Ini adalah yang paling penting sebab kalau kita tidak mempercayai pasangan kita, pasti hubungan takkan bertahan. Kalau pasangan kita kata yang dia ada di sesuatu tempat, janganlah pula kita suruh 3G sebab nak pastikan dia berkata benar, tapi yang penting percaya. Tapi janganlah dia percaya dan jujur pada kita, kita pula buat hal kan..

b) Sentiasa berhubung
Dalam dunia teknologi ini, macam-macam cara kita boleh hubungi pasangan kita. Tetapi janganlah sms atau fb sehaja.. kenalah berkomunikasi melalui telefon juga. Sebabnya melalui sms, kita tak tahu samada pasangan kita sedih atau gembira, tapi kalau dengar suara dah tentu kita boleh dengar nada suara dia, jadi pasangan kita akan rasa dihargai kalau kita boleh menyelami perasaan dia masa itu.

c) Jangan cepat marah
Ini saya kena tekankan.. ramai pasangan yang akan marah-marah bila call pasangannya lambat angkat telefon atau masuk voice mail. Cuba kita memahami keadannya, mungkin dia sibuk bekerja, meeting dengan boss ataupun ke washroom ke. Takkan lah dalam jamban pun nak angkat telefon kan..Jadi, perlu lebih bersabar.

d) Semarakkan rasa cinta
Saya tahu sekarang ni ada FB yang memudahkan kita hantar madah-madah cinta pada pasangan kita, tetapi bukankah lebih elok kalau kita sendiri yang design kad atau cenderamata. Tak perlu tunggu special date, bulan-bulan biasa pun boleh hantar.  Apa yang saya buat paling special adalah, kompilasikan semua sms-sms cinta yang pernah abg N hantar saya, kemudian selang-selikan dengan madah- madah cinta yang kita boleh google je kan.. sertakan sekali lirik lagu yang menjadi kesukaan dan juga gambar. Jadikan ianya seperti sebuah buku.. bila boring-boring buka buku tu, mesti pasangan kita akan rasa dihargai.

e) Mengambil Berat
Dah duduk jauh-jauh ini, mesti sukar kalau kita nak bermanja selalu tetapi jadi bila pasangan kita sakit pun, susah nak jumpa kan.. Semasa ini kita kena lebih memahami, Kalau pasangan kita duduk rumah bujang, cuba call kawan-kawan dia (masa inilah penting unuk kita kenal kawan-kawannya) dan pesan tolong tengokkan pasangan kita.

f) Tidak terlalu mendesak..dan kesabaran yang kuat
Ok, dah duduk jauh ini mestilah kalau nak berjumpa tu kenalah set time yang betul, jadi kalau pasangan kita tak dapat nak datang pada masa yang dijanjikan, janganlah marah. Kalau dia kelam kabut bawa kereta , terjadi apa-apa siapa yang susah, kita juga kan..

Itu sahaja tips dari pengalaman saya.. saya sebenarnya mengamalkan yang cara no.1 iaitu PERCAYA.. percaya pada dia dan juga percaya pada hati sendiri, klau kita sendiri was-was dengan perasaan kita, memang payah nak kekalkan hubungan..

Tahun kedua meraikan syawal.. Alhamdullilah..

Nota kaki:
Tips dari http://theotherkhairul.blogspot.com ini sangat bagus..



0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails