Setelah hampir 2 tahun mendambakan meatball di IKEA, akhirnya impian tercapai juga untuk merasa keenakkan meatball IKEA yang sering dicanang-canangkan blogger2 semua.. Pergi IKEA semata-mata untuk dinner sahaja, bak cari parking pun hamper 15 minit tapi meatball punya pasal, saya masih lagi tenang. Sampai food court, ramai pula orang tapi masih lagi beratur dengan tenang. Masa nak order makanan, dalam kepala nak ambil banyak dalam 20 ketul.. tapi fikir-fikir balik 15 ketul.. sebab ada chicken wing dan potato lagi.
Perasaan saya dapat merasa meatball tersangatlah happy, terima kasih abg N kerana menunaikan impian isterimu yang manja ini.. Nanti kita rasa burger bakar pula tau!!
Kami yang sama-sama puas hati…
TAPI SETELAH MERASA HIDANGAN INI, ABG N MENYUARAKAN HASRAT NAK BUAT DI RUMAH KAMI SENDIRI DENGAN ALASAN.. Senang je buat meatball ini
Keesokan harinya, tanpa membuang masa abg N ke supermarket mendapatkan bahan-bahan..
Itu dia.. Abg N sedang sibuk di dapur (abaikan keseksian Abg N k) .. isteri mana? Isteri sedang menangkap gambar dah tolong tengok jer..
Dan ini adalah hasilnya… Meatball with tomato mushroom.. Waalaa. Tapi meatball bukan buat sendiri, beli meatball je..
Amacam.. menarik tak?