Saya selalu tertanya-tanya mengapa kalau dalam filem sekalipun mesti ada menunjukkan orang melayu suka menonton gusti? Saya tak pernah tonton drama cina atau tamil yang menunjukkan mereka suka menonton gusti, jadi saya buat kesimpulan orang melayu memang suka menonton gusti.
Antara yang saya kenali adalah hulk hogan, The rock, undertaker dan macam-macam lagi. Saya tak minat dengan gusti tapi kadang-kadang terpaksa menonton bila abah saya nak tengok juga. Memang seronok tengok gelagat abah yang teruja dan tangan pun bergerak-gerak macam abah yang lawan di gelanggang.
Baru-baru ini saya tanya abah kenapa tak mahu cukur misai, katanya sebab nak tiru imej hulk hogan. Anda tahu tak siapa hulk hogan? Bagi saya hulk hogan adalah ahli gusti yang pertama saya kenali, trademark dia adalah mengoyak baju kuningnya di gelanggang
Apa yang saya pelik dengan dunia gusti:
- Kalau nak berlawan, mengapa perlu bercakap-cakap, kadang-kadang bercakap punya lah panjang tapi bila beraksi sekejap jer.. abah saya pun dah naik boring
- Setahu saya kalau berlawan guna tangan (tanpa perlindungan mcm boxing), kalau dah tumbuk hidung, mesti tangan atau hidung itu akan berdarah, tapi saya tengok mereka dah pukul bertalu-talu, tapi tak ada apa-apa kecederaan pun
- Bila dah turun dari gelanggang, guna kerusi lipat untuk memukul pun tak ada kecederaan juga, saya dah pelik bin ajaib ni
- Semasa dipukul dengan kerusi lipat boleh bangun lagi, tapi bila kena hentak secara terlentang terus kalah, logik ke tak?
Ada juga ahli gusti yang berjaya menjadi terkenal, antaranya The rock.. Siapa yang tak kenal The rock ni. Traemark kening dah macam ziana zain..
Sekarang ni the the rock dah bersara dari dunia gusti dan menumpukan perhatian pada dunia lakonan. Banyak filem the rock yang best seperti The game plan, Tooth fairy, The other guy dan macam-macam lagi.
Kalau ada sesiapa yang mahu menonton filem yang ramai ahli gusti di dalamnya, bolehlah menonton filem the longest yard. Filem ini sungguh kelakar dan saya dah berapa kali tengok pun tak jemu.
4 memberi idea:
Salam
wrestler pun dah tak larat kena hempas sana hentak sini...
tgk The Rock cukup, jadi pelakon, lagi popular lagi masyuk....
tapi kekadang The Rock belakon citer budak2 plak....
p/s gusti lengan pun layan gak
http://cuitskit.blogspot.com/
MfH: Betul, baik main gusti lengan, sekurang-kurangnya boleh nampak otot lengan, hahaha
the rock... yes3... hensem kan?... >_<
eb: kening the rock yg mahal tu
Post a Comment