Terus terang saya beritahu dah lama sangat tak menonton Melodi, sejak ada rancangan galaksi, fuhh dan blog yang banyak menceritakan dunia artis, so sumber melalui televisyen dah tak penting sangat. Tapi bila pangacara Melodi bertukar menjadi isu besar sebab melibatkan pengacara popular Fara Fauzana. Bagi saya Fara dan wahid pun dah bosan, setiap hari ahad perlu ada di studio sedangkan hari ahad adalah hari bersama keluarga, jadi jalan yang terbaik berhenti.
Mampukah zizan dan dira mempopularkan melodi? Zizan saya tak nafikan ada aura tersendiri tapi dira mungkin memerlukan banyak pengalaman lagi. Tapi saya harap kalau rating melodi menurun, jangan salahkan pencara sahaja seperti yang berlaku pada rancangan Nona.
Saya rasa Maya amat sesuai jadi pencara, turunnya rating sebab intipati rancangan yang dah klise. Bila cover perkahwinan, mesti anak orang kaya-kaya, cuba cover persandingan ala kampung atau yang unik sikit, ini asyik di hotel sahaja, saya pun bosan beb!!
1 memberi idea:
kte tgk dlu ape peningkatan yg pengcra ni mmpu lakukan.. =D
mesti ade punye.. ^_^
follow ur blog =D
Post a Comment