Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Terbang ke awan biru...



Kalau Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Halina boleh terbang... Saya pun tak nak ketinggalan juga.. Mari terbang bersama saya



Mari melompat lebih tinggi!!

Bersantai seketika..




Pengalaman fotograf outdoor memang menyeronokkan..sebab kita boleh buat macam-macam aksi gila-gila dan angle yang pelbagai.. Hubby pun sangat sporting nak lompat dan buat macam-macam gaya.. sangat gembira dengan pengalaman ini.

Buat para pengantin di luar sana.. terutama cik pia, nnt buat outdoor cantik2 gak.. saya nak tengok tau!!

Terima kasih princess N



Terima kasih wahai teman blogger, princess N.. Sekarang ni kan tengah hangat kisah putera william ngan katherine nak kahwin, saya dapat frame gambar yang berfotokan ala-ala princess dulu-dulu, sesuai sangat.. Macam tahu- tahu jer saya baru ambil gambar kahwin, bolehlah saya framekan gambar kahwin saya nanti..

Nota kaki: N, kalau foto princess tu ganti ngan aryyan pun ok gak! Hehehe


Gambar perkahwinan saya 13032011

Maaf buat kawan--kawan yang mahu melihat gambar persandingan aarin, bukan apa ingatkan mahu berkongsi gambar yang daripada jurugambar profesional tapi memandangkan dah lebih sebulan pun tak ada lagi, jadi aarin berkongsi gambar daripada kamera aarin dulu yer...








Menyambut suami sebelum berarak ke pelamin





Persinggahan untuk melihat acara silat

Rebana dari kg medan, Petaling Jaya

Acara silat dari kawan2 hubby.. Sangat meriah dan best sangat



Persatuan Kompang Seni Silat Pancaran Sri Cahaya


Sebelum ini saya ada beritahu yang pengantin akan membuat upacara minum teh tapi akhirnya ditukar dengan mama dan abah saya sahaja sebab semasa mereka kahwin dahulu tak berpeluang untuk melakukan upacara ini, jadi saya tunaikan hasrat mama.


Upacara memotong kek, kek ini dibuat oleh kawan baik saya, wanie



Masa ini nak tangkap gambar jiwang-jiwang hehehe



Nota kaki: Bila saya dapat gambar daripada jurugambar profesional, saya akan kongsikan di blog yer!!


Cenderahati Buat Para Tetamu..


Ini adalah sebagian daripada cenderahati untuk tetamu yang saya tempah melalui kawan blogger saya. sweetcraft4u.. Tahu tak apa ni? kalau sekali imbas memang ramai yang tak dapat teka, keluarga saya pun tertanya-tanya juga. Sekarang ni kan ramai blogger yang gilakan fridge magnet, jadi saya tempah love fridge magnet. Bila lekat kat fridge memang cantik.. Terima kasih pada sweetcraft4u.

Ada lagi cenderahati yang saya tempah dengan kawan sepejabat yang juga menjalankan business craft online ni iaitu arissacraftshoppe .Yang ni saya tempah car charm, boleh lawat blog beliau untuk proses membuatnya, makan masa juga sebab saya tempah sampai 1000 pcs kan..

Saya suka dengan barangan craft ni, buat masa ni saya tak pernah lagi dapat barangan craft sebagai cenderahati perkahwinan. Selalunya dapat cawan, bunga telur, bakul-bakul comel dan macam-macam lagi, tapi barangan craft tak pernah sebab tu terlintas nak beri barangan craft ni... Harap kawan2 yang dapat suka dengan cenderamata yang saya sediakan ini..



Saya dan CUN!!



Mula-mula saya baca review dalam oh bulan dan akhbar2 tempatan, dah sangat terpikat nak tengok filem ini tapi malangnya di manjung ni tak ada pula tayangannya. Tapi mungkin dah jodoh nak bagi saya tengok, saya ada training di KL, apa lagi tariklah hubby tengok filem ini.


Pendapat saya:

Mula-mula start filem ini rasa macam eh ni filem gossip macam 'diva popular' ke sebab luna (maya) jadi pengacara gossip meletops! Kemudian Luna dapat tangkap pakwenya (jehan miskin) ada scandal dengan masha. So cara terbaik mengelak dari wartawan selain ke luar negara hehehe adalah balik kampung ok!!

Masa di kampung barulah saya nampak di mana seronoknya menonton filem ini.. luna dan atan (rem ishak) pertama kali berjumpa, bergaduh macam budak-budak kemudian bagaimana cinta mereka semakin erat juga cara yang sangat comel.

Watak-watak sampingan juga bagus, saya kagum dengan manis (nadia nissa) kerana dia sangat senang membuatkan orang terpikat dan sayang padanya.

 Apa yang best!
  • Pemandangan kampung yang sangat indah..Selalu kalau lalu highway nampak sawah bendang ni, dapat tengok dalam filem jadi sangat cantik
  • Remy ishak pemuda kampung yang mmg menjadi, dengar khabar remy pernah bekerja sebagai buruh kasar, jadi menjiwai watak pemuda kampung yang bergelut dengan lumpur dan sawah bukan masalah besar
  • Nak beritahu sekali lagi, Manis mmg terbaik!!
  • Kembang (si kerbau) pun apa kurangnya.. CUN!!
  • Adengan jamban terbakar sangat kelakar.. saya memang tak jangka

Apa yang tak best!
  • Banyak kali candy (ning baizura) menyakitkan hati Luna, kenapa Luna tak nagi penampar se-das jer, saya rasa geram sangat-sangat
  • Sama dengan Ryan (Jehan), patut makan penampar!! Geram, geram, geram
  • Terlalu banyak adegan kebetulan terlanggar, tersentuh antara luna dan atan
  • Ending mungkin tak perlu peluk-peluk kut, sebab di kampung.. tak sesuai ma... Terbuka sangat pemikiran tok chah pun

Tapi so far ini adalah filem yang menghiburka.. Kalau anda berkesempatan dan masih ditayangkan, pergilah tengok... Best!!

Ucapan dari menteri besar perak



Mula-mula dapat sampul ni, ingatkan abah kena bayar cukai tanah.. tapi pelik sebab dari menteri besar perak kan..


Rupa-rupanya.. ucapan selamat pengantin baru dari Y.A.B. Dato' Seri Dr. Zambry Abg Kadir dan isterinya Y.A. Bhg. Datin Seri Saripah Zulkifli







Siap ada pantun lagi...


Pantunnya berbunyi

Tiup serunai di atas kota
uda memupuk bunga melati
mula kenal kemudian bercinta
cinta teremai dalam hati

ayam dara dibuat gulai
bungkus bekalan letak di bucu
riang gembira kedua mempelai
semoga berkekalan ke anak cucu



Hantaran merah + hitam + putih

Sebahagian daripada hantaran




sirih junjung







kemeja dan jeans


kasut






 kek


coklat





Gabungan hantaran saya dan suami


Related Posts with Thumbnails