Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saya dan CUN!!



Mula-mula saya baca review dalam oh bulan dan akhbar2 tempatan, dah sangat terpikat nak tengok filem ini tapi malangnya di manjung ni tak ada pula tayangannya. Tapi mungkin dah jodoh nak bagi saya tengok, saya ada training di KL, apa lagi tariklah hubby tengok filem ini.


Pendapat saya:

Mula-mula start filem ini rasa macam eh ni filem gossip macam 'diva popular' ke sebab luna (maya) jadi pengacara gossip meletops! Kemudian Luna dapat tangkap pakwenya (jehan miskin) ada scandal dengan masha. So cara terbaik mengelak dari wartawan selain ke luar negara hehehe adalah balik kampung ok!!

Masa di kampung barulah saya nampak di mana seronoknya menonton filem ini.. luna dan atan (rem ishak) pertama kali berjumpa, bergaduh macam budak-budak kemudian bagaimana cinta mereka semakin erat juga cara yang sangat comel.

Watak-watak sampingan juga bagus, saya kagum dengan manis (nadia nissa) kerana dia sangat senang membuatkan orang terpikat dan sayang padanya.

 Apa yang best!
  • Pemandangan kampung yang sangat indah..Selalu kalau lalu highway nampak sawah bendang ni, dapat tengok dalam filem jadi sangat cantik
  • Remy ishak pemuda kampung yang mmg menjadi, dengar khabar remy pernah bekerja sebagai buruh kasar, jadi menjiwai watak pemuda kampung yang bergelut dengan lumpur dan sawah bukan masalah besar
  • Nak beritahu sekali lagi, Manis mmg terbaik!!
  • Kembang (si kerbau) pun apa kurangnya.. CUN!!
  • Adengan jamban terbakar sangat kelakar.. saya memang tak jangka

Apa yang tak best!
  • Banyak kali candy (ning baizura) menyakitkan hati Luna, kenapa Luna tak nagi penampar se-das jer, saya rasa geram sangat-sangat
  • Sama dengan Ryan (Jehan), patut makan penampar!! Geram, geram, geram
  • Terlalu banyak adegan kebetulan terlanggar, tersentuh antara luna dan atan
  • Ending mungkin tak perlu peluk-peluk kut, sebab di kampung.. tak sesuai ma... Terbuka sangat pemikiran tok chah pun

Tapi so far ini adalah filem yang menghiburka.. Kalau anda berkesempatan dan masih ditayangkan, pergilah tengok... Best!!

1 memberi idea:

zahidah dihaz said...

semalam nak pergi tengok tapi takut tak best...cancel...pergi berkaraoke sampai sakit tekak...


New Entry: FAMOUS AMOS | HAND MADE COOKIES

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails