Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Pengarah dil to pagal hai, yash chopra meninggal dunia



Pengarah dan penerbit Yash chopra meninggal dunia akibar denggi. Berita dari Mstar. Sebelum demam K-pop ni, kita mesti ingat tahun 2000 kita pernah demam bollywood. Saya masih ingat lagi ada rancangan seperti irama bollywood, radio pun memainkan lagu-lagu bollywood dari filem kuch kuch hota hai, mohabattein, dil to pagal hai dan pelbagai filem lagi.




Saya sebenarnya bukan peminat bollywood sebab sebelum itu saya lebih minat filem dan lagu dari hong kong (saya kipas susah mati aaron kwok). Filem shah rukh khan yang pertama saya tonton adalah duplicate, saya tonton di Uitm Arau. Itu pun sebab kawan-kawan ajak, kalau tak mungkin saya tak pergi sebab saya bosan filem yang banyak lagu ni, lambat habis. Tapi jangkaan saya salah sebab saya sangat terhibur dengan lakonan shah rukh khan dan dari situlah demam bollywood sudah mula melanda malaysia.

Semasa itu, semua orang kenal SRK, salman khan, amir khan, kajol, karisma kappor dan pengarah karan johar pun sangat terkenal sehingga setiap filem arahannya dengan pelakon SRK dan kajol mendapat perhatian seluruh dunia.


 Mari layan salah satu lagu dari filem 'dil to pagal hai'


Sehingga sekarang saya masih lagi layan filem hollywood, so far saya suka sangat filem 'three idiot' kerana filem ini bukan mengenai cinta sahaja, tetapi mengenai persahabatan dan mengajar kita untuk mengejar cita-cita bukan hanya memenuhi kehendak orang lain.





 

0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails