Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Jet li dah jadi rakyat singapura.. Tak ada ker artis antarabangsa lain nak jadi rakyat malaysia?


Sebelum ni saya hanya tahu pelakon Gong li yang popular dengan filem memoir of geisha telah menjadi rakyat singapura setelah  dia berkahwin dengan ahli perniagaan singapura. Tapi rupa-rupanya ada lagi yang berminat nak jadi orang singapura.


Singapura menjadi pilihan Jet li kerana reputasinya sebagai sebuah bandar raya yang paling selamat di Asia dan sistem percukaiannya yang rendah dan tidak membebankan.

"Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.

Jet li, apa kata jadi rakyat malaysia pula bukan sahaja 2 bahasa sampai boleh belajar 4 bahasa sekaligus.. Bahasa malaysia, bahasa mandarin, bahasa tamil dan bahasa inggeris. Bukankah lebih advance dari negara-negara lain? Paparazzi di malaysia pun rasanya tak adalah melampaui batas sampai sanggup panjat pagar tangkap gambar masa artis berbikini sebab selalunya artis yang sendiri uploadkan gambar berbikini dalam facebook. Senang kata wartawan malaysia ni cari info di internet jer.. Artis yang cari wartawan untuk publisiti..

Eh eh terlebih mengulas pasal wartawan pula.. Maher zain kan selalu datang malaysia, mana tahu tiba-tiba dia nak jadi rakyat malaysia, mesti semua suka kan??


1 memberi idea:

+ e.z + said...

malaysian? :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails