Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Persiapan kahwin: Ibubapa pun nak melaram juga

Selalu kalau baca blog mana-mana yang membuat persiapan kahwin, jarang yang membuat entry mengenai baju ibubapa.. Saya awal-awal dah ingatkan mama saya untuk survey mana-mana baju yang mama kenan, bila sampai time pergi rembat jer.  Tapi sampai sekarang mama masih lagi rileks sebab apa? Sebab banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana.. Tengok, bukan sahaja bakal pengantin ini pening, bakal jadi ibu pengantin pun naik pening juga..

So, semalam saya dah bawa bapa dan adik saya shopping baju melayu dahulu, raya dah lepas so nak cari baju melayu yang murah tetapi berkualiti dan ada size serta same design memang payah sikit, nasib baik ada satu kedai ni, Namanya GENE MARTINO memang mencipta khas design untuk satu keluarga, dari bapa, ibu sampai ke anak-anak kecil.. Tapi seperti awal entry tadi, mama saya dah ada pilihan so mama awal-awal lagi dah reject nak beli kat kedai ini.

Tapi bukan mudah juga bershopping dengan orang lelaki ni yer.. Saya awal-awal dah pesan tema kahwin saya merah hitam, tapi memandangkan bapa saya tak minat warna-warna gelap ni, jadi saya kena ubah plan, baju melayu putih bersama sampin merah, asal ada merah tapi jangan jadi macam pemuda umno sudahlah, hehehe

Gambar?? Suprise dulu ye.. oh ya kedai Gene Martino ni ada banyak cawangan, kawasan manjung ni pun dah ada tiga, mengalahkan 7-11 pula..

2 memberi idea:

Mak Su said...

eh, iyalah, ibubapa pun nak melaram juga , meraikan hari bahagia buat si anak :)

nuraarin-life said...

betul tu maksu.. saya pun nak parents cantik n menawan juga

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails