Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
10 tanda si dia sesuai dijadikan suami





Sebenarnya tanda-tanda ni saya nak publishkan sebelum saya kahwin, tapi terlupa dan terperuk lama dalam draft jadi akhirnya saya publishkan juga untuk guide anak-anak dara di luar sana..
  1. Setiap kali keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu.
  2. Bila melihat orang tua di LRT atau dalam bas, si dia akan memberikan tempat duduknya kepada orang tua itu.
  3. Baginya adalah satu kelebihan kamu naik pangkat, si dia tidak pernah merasa dengki dengan pencapaianmu.
  4. Dia tidak pernah mengasarimu.. (jimmy shanley, tak sesuai!)
  5. Walau sesibuk manapun, si dia akan meluangkan masa sekiranya majlis / kenduri yang melibatkan keluarga
  6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kamu berbual dengan dengan teman-teman mengenia isu semasa
  7. Selepas keluar bersamanya, si dia akan menghantar sehingga ke depan pintu rumah kemudian baru beredar
  8. Dia akan memberikan kata-kata semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersama
  9. Kamu senang dengan caranya yang sopan menegur makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak
  10. Si dia mengingati apa yang kamu impikan dan berusaha untuk memenuhi impian itu bersamamu.  
  11.  
    Cukuplah 10 tanda.. isteri-isteri di luar sana, ada senyum senyum tak bila suami anda tergolong dalam tanda-tanda di atas.. saya senyum sampai ke telinga ni, haha

2 memberi idea:

Intan and The Boys said...

hehehe. kita pon sama!!!
:)

cikpia said...

sat nak check balik azri caner.... he he...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails