Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tolong awek aku pontianak



Apa yang mendorong saya menonton filem ini adalah sazzy falak.. Sejak saya menonton filem 'gol & gincu', saya amat meminati fazura dan juga sazzy, jadi sebagai peminat saya takkan ketinggalan untuk menonton filem ini. Lagipun tagline filem ini juga menarik. Janji gua ada awek, lu ada??

Filem ini bermula dengan sedikit slow, kisah lelaki lurus bendul, bob (zahiril) yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mengambil hati aweknya, tapi akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Jadi untuk mengubat hati yang lara, bob berpindah ke tempat baru bersama BFFnya, pian.

Di sana dia berkenalan dengan 2 adik beradik Maya (sazzy) dan Liyana (liyana jasmay) tanpa mengetahui mereka adalah pontianak yang terkena sumpahan. Di akhir cerita tentulah happy ending di mana bob berjaya memulihkan maya menjadi manusia semula.

Filem ini sedikit fantasi kerana cara untuk memulihkan maya adalah dengan cinta sejati seperti filem disney hollywood. Walaupun mekap menjadi pontianak seperti filem zombi kampung pisang, tapi saya terhibur dengan jenaka yang spontan.

Pian sebagai BFF bob sangat menghiburkan, saya tidak mengenali pelakon baru ini, tapi lakonannya memikat hati saya. Rasidhi ishak juga istimewa, lakonan playboy kontrol machonya juga menarik. Bagi saya setiap pelakon tambahan cerita ini adalah mempunyai peranan yang berjaya menghidupkan filem ini dengan baik.

Bila saya menonton sesebuah filem, saya mahukan hiburan dan Tolong awek aku pontianak tidak mengecewakan saya..


0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails