Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Persiapan kahwin: HIV test

Kepada bakal-bakal pengantin di kawasan manjung, lekir, dan sitiawan.. Hari untuk membuat ujian HIV di klinik kesihatan sitiawan adalah pada hari ahad. Jangan pergi hari yg lain, nnt tak pasal-pasal kena datang lagi sekali.

Saya datang hari jumaat sebab dah dapat maklumat awal.. Ramai juga yang buat ujian hari ini adalah dekat-dekat 5 orang juga, kalau tiap-tiapp minggu macam ini maknanya dalam masa terdekat 2-3 bulan ini memang ramai yang nak kahwin.. hehe termasuklah saya

Cara-cara ujian HIV dijalankan

Ujian HIV ini mudah sahaja, tak sampai 10 minit selesai, itupun nurse saja buat lambat-lambat.. mungkin nak bagi kita rasa lama sikit kut. Saya ni bab-bab melibatkan jarum memang lemah sikit sampai kena tegur ngan nurse.. Nampak sangat saya ni gementar..

Nurse ada terangkan macam mana cara melihat keputusan dan saya sempat bertanya kalau pesakit itu ada HIV macammana nak tengok keputusannya.. Nurse terangkan tapi katanya kalau seseorang pesakit itu disyaki ada HIV, pesakit itu diarahkan menjalani pemeriksaan lebih lanjut tanpa memberitahu yang dia disyaki.. kiranya tak mahu pesakit itu panik.

Apa pun, satu perkara dah selesai cuma perlu tunggu Abg N punya borang jer... Amin

4 memberi idea:

pRincESs_N said...

wee...satu2 suda setel...suke2...

Mak Su said...

zaman dolu2 tak dak hiv test

nara said...

hari ahad ke hari jumaat? kata hari ahad,tp pergi hari jumaat.mana 1 ni.

nuraarin-life said...

Hi nara,
ari jumaat k..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails