Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Iceroom


Dah lama sangat nak pergi Iceroom, dari tahun lepas masa membeli barang-barang kahwin di Nilai, ingat nak singgah Iceroom di Nilai, tapi sebab kesuntukan masa dan juga tak tahu nak cari tempatnya, jadi saya pendamkan sahaja.

Hujung minggu lepas hubby bawa saya makan di Bandar baru bangi, nak cuba ikan pekasam (mmg kesukaan hubby) di restoran D'limau nipis tapi sebab tak pasti di mana restoran tu jadi kami pun cari setiap lorong di seksyen 8, lain yang dicari lain yang kami jumpa, kami jumpa Iceroom, saya sangat excited!! Tapi memandangkan hubby nak bawa tempat lain, jadi saya pendam lagi perasaan saya...

Tapi hubby tahu saya mmg nak kesana, hubby kata tak payah tunggu lain kali, lepas makan kami terus ke Iceroom pula.. Thanks hubby sebab memahami perasaan isterimu ini...





Sampai terus tangkap gambar depan iceroom.. Hubby pun senyum jer tengok gelagat saya ni






Saya order Tropical mixed fruit snow ice, hubby pulak durain tempura tapi lupa nak ambil gambar sebab asyik sangat dengan ice-cream saya ni..Hubby saya yang kurang suka makan manis pun kata ice-cream ni sedap, mungkin sebab ada buah-buahan yang menutup rasa kemanisan iceream ini. Bagi saya icereamnya macam ais kacang pula...

Jalan-jalan cari makan saya akan diteruskan ke destinasi seterusnya pula.... Banyak sebenarnya tempat menarik di malaysia ini, masa kami ronda-ronda bandar baru bangi ada jumpa lagi tempat makan yang menarik selera. Itu kita simpan lain masa pula.



1 memberi idea:

cikpia said...

argh, teringin!!!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails