Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Pengalaman perit di kedai makan


Gambar diambil dari ghogaru

Minggu lepas sangat gembira sebab hubby balik, jadi cadang nak bawa family makan kat luar.. dalam fikiran ingat nak makan ikan bakar.. masa tu memang lapar sangat-sangat

Kami pun ke satu kedai ni, second time pergi kedai makan ni, sebelum ni layanan kira oklah walaupun lauk lambat sampai.. Jadi kami pun duduk satu meja, tunggu pelayan .. tapi hampir 5 minit tak ada pun pelayan yang menghampiri kami.

Tak apa saya sabar lagi, saya pun panggil seorang pelayan ni, dia datang tapi tukar siaran tv (sebab remote kat meja kami), dalam hati saya kata budak ni nak ambil order ke tak? Lepas tu, dia blah macam tu jer.. Saya tengok makin lama makin ramai orang, yang hairan pelayan ambil order ngan orang yang datang lambat dari kami, saya dah angin. tapi hubby cool lagi..

Hubby pun panggil budak pelayan yang tadi tu, dia datang dan duduk, ini perbualan kami..

Pelayan: Nak makan apa?
Saya: Ada menu tak? (sbb banyak sangat lauk, saya ingat nak tengok menu dulu, mana tahu ada yg special kan)
Pelayan: Punya lama duduk sini, tak tengok menu lagi?
Saya: Salah siapa, tak ada orang layan pun
Pelayan: Ini kalau order, lambat baru dapat, orang ramai ni, menu ada kat belakang (menunjukkan papan tanda menu)

Saya dah bengang sebab macam salah saya pula duduk lama tapi tak order, minta menu pun tak boleh, muka mmg dah merah padam, kalau tak ada hubby kat sebelah, mahu saya marah budak tu..

Situasi semua diam.. sampai budak pelayan tu bersuara balik

Pelayan: nak minum apa?
Abang saya: minum apa lagi, jom balik!!

Saya dengan pantasnya blah dari kedai tu sebab angin sangat2 dah.. Masa saya menoleh ke belakang baru perasan hubby tengah bercakap ngan budak tu. Abah saya pula sebab nampak hubby bercakap ngan budak pelayan tu, dia pun pergi tegur budak tu. Kira kecoh jugalah keadaan sampai hubby kena tenangkan abah saya.

Kami pun ke kedai lain untuk makan.

Malam tu tanya hubby, apa yang dia cakap ngan budak tu. Rupa-rupanya dia tegur, kalau penat macam mana pun, pelanggan datang nak makan jadi kenalah layan baik-baik. Orang tengah lapar dilayan sebegitu rupa, siapa yang tak bengang..

Nota kaki:
Hubby kata kalau dia makan ngan kawan-kawan dah lama budak tu kena belasah!! Dalam hati saya kata, kenapa tak ajak saya sekali... hahaha


5 memberi idea:

Intan and The Boys said...

restoran mana ni aarin?
nak boikot ni. hehehe.

pRincESs_N said...

ishh...klo N pon hangen org lyn cmtu...

nuraarin-life said...

Intan:
Restoran yg sebelah chef noodle house tu...org mmg ramai makan kat situ mungkin sbb murah tapi servis kureng skit ar..

N:
Mmg hangin pun, tak sangka hubby pun bengang, kalu tak boleh sesama 'fire' budak tu, hehe

MiaSaidin said...

memang hangin satu badan kalau mcm ni layanan dia.. kite bako je..

Intan and The Boys said...

ooo...situ food dia ok tapi macam aarin kata tu la. servis dia mmg kureng. dah lama tak makan kat situ.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails