Info grafik di atas telah menceritakan segalanya dari awal sampai akhir sebuah perkahwinan.. Maklumat lanjut di Adlan Khalid, kreativitinya memang terbaik!!
Sebelum ni saya hanya tahu pelakon Gong li yang popular dengan filem memoir of geisha telah menjadi rakyat singapura setelah dia berkahwin dengan ahli perniagaan singapura. Tapi rupa-rupanya ada lagi yang berminat nak jadi orang singapura.
Singapura menjadi pilihan Jet li kerana reputasinya sebagai sebuah bandar raya yang paling selamat di Asia dan sistem percukaiannya yang rendah dan tidak membebankan.
"Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.
Jet li, apa kata jadi rakyat malaysia pula bukan sahaja 2 bahasa sampai boleh belajar 4 bahasa sekaligus.. Bahasa malaysia, bahasa mandarin, bahasa tamil dan bahasa inggeris. Bukankah lebih advance dari negara-negara lain? Paparazzi di malaysia pun rasanya tak adalah melampaui batas sampai sanggup panjat pagar tangkap gambar masa artis berbikini sebab selalunya artis yang sendiri uploadkan gambar berbikini dalam facebook. Senang kata wartawan malaysia ni cari info di internet jer.. Artis yang cari wartawan untuk publisiti..
Eh eh terlebih mengulas pasal wartawan pula.. Maher zain kan selalu datang malaysia, mana tahu tiba-tiba dia nak jadi rakyat malaysia, mesti semua suka kan??
Wah.. wah.. macam isu berkaitan pula.. mula2 baca paper mengenai perpisahan jejai dan fasha sandha kemudian dapat tahu isu cosmopolitan untuk bulan cinta bulan februari ni cover nora danish. Saya memang minat dengan nora danish, bukan bermula dengan sitkom puteri tetapi melalui iklan. Nora danish pernah berlakon iklan hotlink (ada sesiapa ingat tak?). Iklan tu nora pakai kostum arnak (kalau tak silap).. sangat comel..
Tak sabar nak dapatkan majalah cosmopolitan yang terbaru, saya tak pernah miss satu bulan pun..
Saya dah bertunang... and saya happy sangat-sangat. Perhubungan selama 10 tahun ini insya allah akan berakhir dengan perkahwinan pada bulan mac ini.
Tadi baca entry kat blog mamaanje mengenai heartbeat, sebenarnya dah lama tahu mengenai heartbeat ni, daripada MamaZharfan lagi, tapi tak tahu kenapa tak tergerak hati lagi nak join.. Tapi bila buka web heartbeat dan rasa macam nak order something, so fikir baik join.. boleh dapat diskaun kan..
So, dengan ini saya mengistiharkan saya adalah ahli heartbeat.. oh ye, heartbeat takkan kacau geli-geli nuffnang tau, so apa lagi jom ar join...
Make up saya tak banyak barangan ini yang selalu bawa ke tempat kerja sahaja.. kalau nak berjalan, beg lebih besar yer!
- Lip ice
- Lip gloss
- Silky girl duo eye shadow
- Silky girl blocbuster color palette
- Maybelline volum expresss cay eye mascara
- pengetip kuku
- one drop perfume wangian apple
- minyak wangi paris hilton
Selalu kalau baca blog mana-mana yang membuat persiapan kahwin, jarang yang membuat entry mengenai baju ibubapa.. Saya awal-awal dah ingatkan mama saya untuk survey mana-mana baju yang mama kenan, bila sampai time pergi rembat jer. Tapi sampai sekarang mama masih lagi rileks sebab apa? Sebab banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana.. Tengok, bukan sahaja bakal pengantin ini pening, bakal jadi ibu pengantin pun naik pening juga..
So, semalam saya dah bawa bapa dan adik saya shopping baju melayu dahulu, raya dah lepas so nak cari baju melayu yang murah tetapi berkualiti dan ada size serta same design memang payah sikit, nasib baik ada satu kedai ni, Namanya GENE MARTINO memang mencipta khas design untuk satu keluarga, dari bapa, ibu sampai ke anak-anak kecil.. Tapi seperti awal entry tadi, mama saya dah ada pilihan so mama awal-awal lagi dah reject nak beli kat kedai ini.
Tapi bukan mudah juga bershopping dengan orang lelaki ni yer.. Saya awal-awal dah pesan tema kahwin saya merah hitam, tapi memandangkan bapa saya tak minat warna-warna gelap ni, jadi saya kena ubah plan, baju melayu putih bersama sampin merah, asal ada merah tapi jangan jadi macam pemuda umno sudahlah, hehehe
Gambar?? Suprise dulu ye.. oh ya kedai Gene Martino ni ada banyak cawangan, kawasan manjung ni pun dah ada tiga, mengalahkan 7-11 pula..
Kepada bakal-bakal pengantin di kawasan manjung, lekir, dan sitiawan.. Hari untuk membuat ujian HIV di klinik kesihatan sitiawan adalah pada hari ahad. Jangan pergi hari yg lain, nnt tak pasal-pasal kena datang lagi sekali.
Saya datang hari jumaat sebab dah dapat maklumat awal.. Ramai juga yang buat ujian hari ini adalah dekat-dekat 5 orang juga, kalau tiap-tiapp minggu macam ini maknanya dalam masa terdekat 2-3 bulan ini memang ramai yang nak kahwin.. hehe termasuklah saya
Ujian HIV ini mudah sahaja, tak sampai 10 minit selesai, itupun nurse saja buat lambat-lambat.. mungkin nak bagi kita rasa lama sikit kut. Saya ni bab-bab melibatkan jarum memang lemah sikit sampai kena tegur ngan nurse.. Nampak sangat saya ni gementar..
Nurse ada terangkan macam mana cara melihat keputusan dan saya sempat bertanya kalau pesakit itu ada HIV macammana nak tengok keputusannya.. Nurse terangkan tapi katanya kalau seseorang pesakit itu disyaki ada HIV, pesakit itu diarahkan menjalani pemeriksaan lebih lanjut tanpa memberitahu yang dia disyaki.. kiranya tak mahu pesakit itu panik.
Apa pun, satu perkara dah selesai cuma perlu tunggu Abg N punya borang jer... Amin
Sungguh comel baby di atas ni, Intan you are so lucky dapat baby boy yang sangat cute dan tahniah juga sebab berjaya bersalin normal. Rasanya ini impian seorang ibu ingin merasa bersalin normal. Wah, saya berkata mewakili ibu-ibu padahal masih bujang, hehehe
Jazly, nanti aunty datang melawat yer.. tak sabar nak cubit-cubit pipi
Abang dan adik... Khalish dani fitri dan khaliq dani jazly
Sana sini memperkatakan mengenai anugerah juara lagu ke 25 dengan tema muzik mapping
Ini antara ramalan-ramalan:
1. Beautiful nara meramalkan bakal juara adalah faizal tahir dengan lagu hanyut.
2. Utusan menwar-warkan lagu faizal tahir selamat malam sebagai berhantu dan layak bergelar juara
Aarin pula mahu Yuna sebagai Juara atau sekurang-kurangnya Top 3. Tahun lepas Yuna memenangi naib juara jadi tahun ini saya mahu tengok yuna naik pentas lagi..
AJL25 yang bakal dihoskan oleh pengacara yang memang tidak asing lagi iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Ingat lagi gandingan mereka bertiga mengamatkan suasana AJL ke-24, jadi tahun ini apa gimik yang mahu ditonjolkan pengacara-pengacara popular.
Persembahan pembukaan oleh Francissca Peter, Nash dan M. Nasir yang pernah memenangi AJL sebelum ini.Tapi yang paling saya tak sabar mahu menyaksikan gadingan tiga penyanyi wanita unggul negara iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza menerusi sebuah persembahan istimewa untuk segmen interlud.
Siapa pun Juara... Jangan rumah siap pahat berbunyi sudah. Terima semua keputusan dengan hati yang terbuka..
My dream wedding!!
Saya akan update selepas majlis.. boleh tak?
Oh.. sangat teruja nak join tapi tak tahu boleh sertai atau tidak.. Bagi bakal pengantin yang belum ada jurugambar lagi boleh sertai piknik in style ini dan mana tahu ada yang berkenan di hati..
Lokasi : Taman Putra Perdana (Depan Shangru-La Putrajaya)
Tarikh: 23 Januari 2011
Yuran: Only RM100
Makanan disediakan
Events: a) Bakal pengantin : 2 table kalender dan merasai pre wed
b) Jurugambar : Jika ada bakal pengantin yang berkenan dengan hasil kerja anda, maknanya Bisnes!!
Maklumat lanjut di Oh Chenta
Baju nikah dah ditempah dan design yang terbaik adalah baju kurung moden untuk saya yang berbadan comel ini. Lagi pun lebih sopan untuk sebuah majlis pernikahan. Pergerakan pun lebih mudah dan harapan saya baju nikah ini boleh dipakai semula, nanti glamour sangat dah segan untuk majlis lain pula.
Mula-mula saya fikirkan nak buat konsep silver tapi tak jumpa kain yang cantik, jadi saya tukar ke putih juga bersama dengan lace gold. Lebih klasik dan menawan pada pandangan saya.Bila dan buat baju nikah ni, terasa masa makin dekat... hati makin gementar!!