Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Ceramah amalan pemakanan buat pesakit buah pinggang di Hotel crystal

Saya mengisi cuti hujung minggu dengan menghadiri ceramah mengenai amalan pemakanan bagi pesakit buah pinggang.. Untuk pengetahuan semua, ibu saya adalah pesakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis 3 hari seminggu selama 4 jam.

Banyak maklumat yang saya rasa mungkin ramai yang tak tahu mengenai amalan pemakanan buat pesakit buah pinggang, antaranya:

a) Elakkan mengamalkan minuman @ makanan yang berasaskan herba yang telah dibotolkan, Ini kerana pesakit buah pinggang tak boleh nak mengitar segala bahan pengawet yg ada dlm campuran herba itu (kerana buah pinggang rosak), jadi segala racun akan berkumpul di buah pinggang dan memudaratkan kesihatan.

b) Tetapi kalau herba tu fresh kita petik dan rebus sendiri adalah selamat kerana tiada campuran apa2 bahan pengawet dan chemical.

c)kalau nak makan sayuran hijau, perlu lah direndam dahulu selama 4 jam dengan air dan dibasuh sebanyak 4 kali kerana sayuran hijau ini mempunyai banyak phosphate.

d) Susu perlu dielakkan, walaupun mempunyai calcium yang elok untuk tulang tetapi ubat yang disupply untuk pesakit sudah mempunyai calcium dan boleh menyingkirkan phosphate (kira 2 in 1) tetapi susu tiasa fungsi itu.

Banyak lagi maklumat, nanti saya akan khabarkan lagi..

MamaTisya LovelyScents Giveaway



Ramai yang buat giveaway awal2 tahun nie..

So saya pun nak join juga.. boleh mengharumkan bilik saya nanti..

Ini giveaway haruman minyak wangi dari MamaTisya..

syarat-syarat sgt senang & mudah :

Terbuka kepada semua blogger
Buat 1 entry ngan tajuk MamaTisya LovelyScents Giveaway ---ni la entry dari aarin
Add banner di atas di sidebar blog anda ---(ada kat atas sekali tue)
Pastikan ada link
MamaTisya--- ok settle
Seramai 7 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG ---Harap2 terpilih Sila tinggalkn link entry anda di cni --- dah tinggalkan link dah
Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin (24 feb 2010 tarikh tutup)
Hadiah : satu
Sampul Wangi LovelyScents utk setiap pemenang

Giveaway contest by my passion



Tengok gambar di atas, table runner dan cawan pink tue mmg jadi idaman la..

So sila klik pada gambar kalau nak join contest dan memenangi hadiah2 yang mmg eksklusif ini..

Silalah cabut nama saya yer...hehehe

Pertunangan part 2: Hantaran

Antara Hantaran dari pihak perempuan:


Tepak sirih pembuka bicara

Kain baju melayu

Bunga rampai

Gubahan sumi berbentuk buah jambu
Sampin, kain pelikat, songkok dan butang baju melayu

Hantaran dari pihak lelaki:


Cincin risik dan cincin tunang





15022010 Hari Pertunangan Part 1

Alhamdullilah semuanya selesai dan berjalan dengan lancar.. 15 dulang dari pihak lelaki dibalas 29 dulang dari pihak saya..Dari tak tahu nak beri apa akhirnya sampai 29 dulang dihantar, terima kasih kepada kawan-kawan (wanie, nurul) yang menyumbang kepada barang2 hantaran tue..

Bermula aturcara 12 tengah hari.. Kita layan gambar je la dulu ...


Bersama sebahagian hantaran kepada pihak lelaki

Bersama sepupu-sepupu

Perbincangan yang serius

Cincin disarung tanda diikat

Bergambar bersama keluarga pihak lelaki


Bergambar selepas sah menjadi tunangan abg N

Seribu tahun takkan mungkin, tapi 10 tahun sudah dilalui

Kalau yang notice banner dekat bawah skali blog ini, semasa entri ini ditulis tercatat 9 tahun dan 6 bulan dan 1 minggu dan 4 hari saya dah berkasih ngan bakal tunang (lagi 3 hari). Mari saya kenalkan yang tersayang nie sebagai abg N...

Mengenali abg N ini, kalau ikut 10 tahun lepas masa tue takde tenet2 nie, jadi kami berkenalan melalui panggilan telefon, senang kata abg N nie kawan kepada kawan saya nie...hehehe

Abg N mengajar saya mengenai:
1. Berdikari
2. Menepati masa (kalau dah janji pukul 8, tepat sampai pukul 8)
3. Semangat belajar (dia yang pujuk saya untuk sambung sampai ijazah)

Perwatakan Abg N:
1. Humour (suruh masuk raja lawak, tapi dia kata kalau dah glamour takut saya cemburu)
2. Tegas
3. Suka menyanyi (Asal ada karaoke mesti nak meyumbang suara)
4. Pandai menasihati saya yang degil ni



Suka duka sepanjang hampir 10 tahun ini banyak dugaannya.. Tapi alhamdullilah berjaya diharungi..another 3 days untuk bertukar status..amat mendebarkan

p/s- kepada yang pernah menjadi tunangan org, ceritalah sikit pengalaman

Handmade creative card from Pn.eyya

Terpanggil untuk membuat entry khas buat Pn eyya yang saya baru blog hopping, salam perkenalan kepada Pn eyya kalau menjengah ke sini ya..

Saya tak ramai kawan blogger lagi, tapi kerana kreativiti yang ada pd Pn. eyya membuatkan saya teringat pada member2 dan juga adik saya yang kreatif dalam hasil seni ini..


Ini salah satu hasil kreativiti beliau


Sesiapa yang nak melihat hasil kerjaPn eyya yang lain, sila klik http://e-yya.blogspot.com/2010/02/followers-synk-ke-xnk.html


Memisahkan

Setelah memikirkan hal ini, saya rasa ia perlu dilakukan....

Terasa hanya menyelitkan perkataan pada setiap entri tak mencukupi..

Oleh itu, saya memperkenalkan blog baru saya khusus untuk belajar bahasa mandarin..

Kalau ada apa-apa perkataan atau kemusyilkan, sila ke blog ini

http://mandarinforbeginner.blogspot.com/

Persiapan Pertunangan 订婚 ding hun Part 2


Seminggu lagi penantian akan berakhir.. So far barang-barang hantaran telahpun digubah, lagi 2-3 hari baru nak hias sedikit dengan sentuhan terakhir..

Nasib baik makcik saya datang menolong membuat gubahan barang-barang, nak harapkan saya agaknya hantar ke kedai lah jawabnya...

Makcik sedang memulakan operasi memotong bunga dari tangkai untuk dibentuk

Ini contoh bunga hiasan yang besar, kalau kecil nak hiaskan yang atas kotak nanti


Baju pun dah siap, terasa simple sangat tapi ok, saya suka sebab warna dan designnya yang boleh menyorokkan bahagian2 lemak saya..hahaha

Barang pertama yang kawan saya berikan adakah gubahan sumi, cuma dia beri warna merah (红色 hong se) so saya kena hiaskan dengan bunga-bunga warna ungu (紫色 zi se) baru ikut tema kan..

Thanks wanie untuk gubahan sumi nie, sampai ke padang besar dibelinya



Bakul yang cantik nie, saya tempah di kedai sebab sukakan ropolnya, nak buat sendiri tak boleh sebab ada alatnya untuk membentuk ropol unik tu



Pencapaian yang membanggakan..

Aku ni budak Uitm, jurusan ijazah sarjana muda (kepujian) kimia gunaan, dulu masa kecik-kecik cita-cita nak jadi guru sebab selalu dengar peribahasa guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain, terasa pengorbanan guru amat besar..


Akukah lilin (蜡烛 la zhu) itu?


Tetapi bila dah masuk sekolah menengah, masa tue dunia IT tengah mencanak-canak naik so tukar cita-cita nak mendalami ilmu komputer tapi masa dapat masuk U dapat course sains gunaan, jadi teruskan saja sampai ke ijazah..

Habis ijazah ingat nak sambung Master hingga PhD, tapi rasa tanggungjawab pada ibu dan ayah jadi saya tangguhkan dulu niat tue dan cari kerja, alhamdullilah dapat kerja yang baik dan gaji yang memuaskan di sebuah syarikat yang baru hendak membangun di kg acheh, pelabuhan lumut ni..

Sudah hampir 6 tahun saya disini, bermula sebagai assistant chemist (化学家 hua xue jia) hingga HOD of QC & Admin, saya puas, setiap tugasan saya cuba selesaikan sebaik mungkin..

Saya di lab

Cantikkan pokok bunga nie, ibu suruh saya letak di office untuk ceriakan suasana


Moral of the story: Walau setinggi mana pun kita belajar, tetapi sekiranya tiada peluang untuk menunjukkan bakat pun tak guna juga, ramai sekarang nie graduan2 yang tidak mendapat peluang pekerjaan atau gaji yang setimpal dgn pendidikan mereka kerana banyak syarikat yang nak ambil pekerja yang ada pengalaman.. Nasihat saya, semasa belajar teori, praktikkan sedikit kemahiran supaya kita lebih senang mendapat kerja

Panjang pula membebel nie, ok selamat bercuti hujung minggu untuk yang bekerja....



Marathon filem 电影 dian ying



Dah lama tak marathon movie, secara kebetulan masa ke kl minggu lepas (masa nak pergi menempah kasut), selesai semua hal-hal penting ada masa so penuhkan masa dengan menonton wayang.. Tiga wayang ditonton antaranya:

Pertama: Tooth fairy

Menghiburkan tambahan saya meminati the rock semenjak dia berlakon cerita the game plan, sesuai untuk kanak-kanak even org dewasa macam saya yang ingin menonton filem yang santai.
Pengajaran dari filem ini adalah jangan terlalu berputus asa sebelum mencuba, senang kata belum cuba belum tahu...


Kedua: The spy next door

Mengecewakan kerana terlalu hollywood. kenapa saya berkata begitu? Jackie chan tak beraksi sepenuhnya, nampak semua pergerakan dirancang, tidak seperti filam jackie chan yang lain. Saya tengok cerita ini sambil berfikir bilalah nak habis....


Ketiga: Adnan sempit


Memang menghiburkan..Dah lama tak menonton filem komedi (喜剧 xi ju)yang menghiburkan selepas papadom.. setiap bait kata-kata adalah mencuit hati dan saya suka sangat dialog (对话 dui hua) terakhirnya, "walaupun muka saya ganas, tetapi dalam hati ada taman", that genius..



Nak kalahkan majlis tunang anak chef wan ker?

Ntah, masa dengar belah pihak lelaki nak beri sampai 15 dulang (盘子 pan zhi) hantaran (untuk majlis tunang je) saya dah terpegun kejap....

ok ok mmg terpegun lama sbb masa mula-mula dulu dah janji nak beri 5-7 dulang sahaja, ini tetiba lagi 2 minggu nak tunang, bakal tunang kata nak bg 15 dulang... Tak ke saya kena balas paling minimum 17 dulang..

Saya dah mula pening, pening sebab ingat nak buat simple-simple dan senang-senang je, kan dah beritahu saya ni tak ada pengalaman, so jalan senang adalah buat simple-simple jer..

Nampaknya kek (蛋糕 dan cao) dan makanan jadi banyak lah sbb barang hantaran dari saya pd pihak lelaki sikit sahaja..

P/s - bakal tunang hadiahkan basikal (自行车 zi xing che) senaman, nak suruh saya kecilkan badan sikit, patut rasa terharu @ rasa kena sindir????

Siapa suruh kaki besar gedabak...

Saya gembira hari ini, banyak benda yang hampir selesai, kasut ( Xie) yang jadi masalah size dah settle dengan menempah di Dios astana, kat sana kasutnya cantik-cantik betul, nasib baik tak tempah sampai 2, membazir pula sbb cantik dan berenda, nak buat jalan-jalan rasa cam tak sesuai pula..

Kepada bakal pengantin yang mengalami masalah nak cari kasut saiz (尺寸 chi cun) besar, boleh lah menempah di dios astana, puchong..harga murah jer, RM90 sepasang.. Terima kasih pada LadyNoe sebab sebarkan maklumat ini( http://misi5april2009.blogspot.com/ ) , blog ini memberi banyak maklumat pada bakal pengantin untuk merancang perkahwinan kerana ianya menceritakan suka duka semasa membuat persiapan..




Ini contoh design, saya ambil warna putih campur silver

Ok, masalah yang paling utama telah pun selesai, nanti nak buat gubahan pula... Saya tak pandai pasal gubahan ini, jadi minta tolong makcik gubahkan, saya tolong sikit-sikit bolehlah.. gunting-gunting dan gam gam..

Related Posts with Thumbnails