Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Norman hakim tahu menjaga batasan tapi gambar sebaliknya


Saya sebenarnya mmg jarang nak cerita pasal artis ni tapi melihat tajuk mstar 'Norman hakim tetap jaga batas', tapi gambar menunjukkan sebaliknya membuatkan saya rimas..dan amat rimas..

Tak tahulah mmg kita sebagai rakyat malaysia yang suka sangat baca kisah2 artis yg bercinta atau wartawan yg suka menceritakan/ mensensasikan sesuatu cerita.. Yang saya tahu saya lebih suka tengok kejayaan seseorang artis @ lagu baru yg sedang hangat di pasaran..

Nak tengok gambar yang menjaga batasan lagi, boleh tengok di SINI..

My favourite lawak kampus

Yeah.. hari ini hari gaji.. dan menambah kegembiraan saya adalah masa singgah 7-e belek-belek majalah terjumpa keluaran edisi baru lawak kampus yg diberi nama lawak kampus Move On


Saya mmg peminat hasil karya keith ini bermula dari lawak kampus (tahun 2004)

Diikuti dengan lawak kampus rebound (2005)
Lawak kampus revive (2007)
Lawak kampus league (2008)
Lawak kampus log in (2009)
dan lawak kampus teamwork (2009)

Kalau nak baca sesetengah lawak kampus, bolehlah kunjungi laman facebook gempak starz

Tak sabarnya nak balik dan baca gelagat vanness, froggy, aditas, bepop dan ramai lagi.. yeah!!

Nota kaki:
Daripada baca majalah gossip artis, baik layan lawak kampus..

Aida Khalida, sedap nama tu

Nama sebenarnya aida (pelakon yg kini bertudung) adalah aida khalida.. tak sangkakan, sedap nama tu..

Sumber dari utusan

Mula-mula dikenali sebagai pelakon namanya adalah aida rahim, kemudian selepas berkahwin dengan joe radzwill, namanya aida radzwill dan kini aida sedar nama sebenarnya lebih bermakna iaitu AIDA KHALIDA..

Artis bila nak bertapak di dunia hiburan nama kampung semuanya dikomersialkan tapi sejak siti nurhaliza mencipta nama, nama siti dah tak kampung lagi...

Antara nama artis yang saya rasa nama sebenarnya lebih menarik:
Erma fatimah = Sayang nor fatimah rahmat
Malique Too Phat = Cairil Edrin
Beego = Mohamad Aszerul Nizam Abdullah
Tomok = shah indrawan

Ingin tahu dengan lebih ramai lagi, sila ke SINI

Nota kaki:
Baru kini ku tahu..

Yang tinggal hanya pintu gerbang....

Rasanya semua dah tahu mengenai Penjara pudu yang diruntuhkan setelah lebih 100 tahun ia dibina. Ramai pakar sejarah yang menentang keputusan kerajaan untuk meruntuhkannya kerana nilai sejarah. Saya juga berpendapat begitu, Nilai sejarah bukan boleh dibeli, hanya masa sahaja yg mampu mencatatkannya.



Yg tinggal hanya pintu gerbang dan lukisan muralnya.. untuk apa? Untuk kita mengingati bahawa sebelum ini ada penjara pudu yg berusia 118 tahun di dalamnya. Generasi sekarang mungkin tahu mengenainya, yang akan datang hanya ada gambar dan dokumentari sahaja yg mampu membentangkan sejarah ini.

Walaupun tidak boleh dibanggakan kerana ia adalah sebuah penjara, tapi dari sudut lain kita boleh belajar bagaimana orang zaman dahulu mendirikan bangunan seluas ini. Moga keputusan kerajaan ini memberikan banyak kebaikan kepada rakyat.

Nota kaki:
Adakah kita perlu bangunan mencakar langit? Lagi tinggi lagi bagus yer...

Drama korea full house ada sambungan....


Buat peminat drama korea @ Rain mesti tak boleh lupakan drama Full house yang begitu menyentuh perasaan ini. Ada elemen komedi dan air mata dalam satu drama, drama ini saya suka lebih berbanding winter sonata kerana winter sonata terlalu banyak sangat adegan yg menyayat hati, sampai ending pun masih lagi rasa sedih..

Sambungan Full House bakal menyusul tapi pelakon asalnya tidak dapat dikekalkan, jadi siapa yang layak untuk mengantikan tempat mereka? Saya baru sahaja selesai menonton Drama Personal taste, gandingan Lee min ho dan son ye jin pun bagus juga..


Hmmm... Pelakon asia juga boleh ujibakat untuk drama full house 2? Siapa yer pelakon malaysia yg muka ala2 korea dapat merebut peluang ini?

Nota kaki:
Kenapa pelakon drama korea tak ada yg nak pakai seksi2 tapi drama melayu banyak yg seksa2? Tak faham sayalah...

Pembukaan kedai online arissacraftshoppe

Nak tolong kawan sepejabat promosikan kedai online yang baru sahaja dibuka bulan lepas..


Antara barangan yang ada seperti keychain, car charm, wall deco, hp pourch..
kalau nak design sendiri pun boleh, insya allah arissacraftshoppe mampu membuat design yang pasti anda puas hati..

Mari layan antara barangan craft yang sedia ada

Car Charm

Wall deco


Coin purse

Key chain

Hair clip


Nota kaki:
Kurang kreatif tapi suka tengok barang-barang kreatif

Berfikir sebelum bertindak.. Ujian adalah perlu untuk menilai tahap prestasi sendiri


Bila kita tukar menteri pelajaran mesti ada perubahan yang bakal dibawakan oleh mereka.. tetapi adakah releven dengan keadaan semasa ini? Berita yang terbaru didengar adalah kemungkinan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)..

Pandangan peribadi saya, UPSR perlulah dikekalkan kerana setelah pelajar belajar selama enam tahun di peringkat sekolah menengah, semestinya ibubapa mahu melihat prestasi pelajaran mereka. Jika hanya melalui peperiksaan dalaman sahaja tidak mampu menyakinkan ibubapa tetapi melalui UPSR yang diambil oleh semua pelajar Di Malaysia, kita dapat menilai dengan lebih baik lagi. Saya amat berbangga dengan pencapaian saya dlm UPSR, hehehe

PMR pula saya setuju dimansuhkan kerana setahu saya samada kita berjaya atau gagal dalam PMR, kita masih lagi diterima untuk naik ke tingkatan 4, jadi adalah lebih baik kita mansuhkan PMR supaya tingkatan 4 tidak lagi digelar 'honeymoon year'. Pelajar pula perlu belajar dengan lebih tekun untuk melayakkan diri ke Universiti hanya melalui penilaian SPM sahaja..

Walau apapun, janganlah membuat keputusan yang akan meyulitkan orang sekeliling, saya sampai sekarang tak pasti samada ujian SPM dalam bahasa melayu @ bahasa english? Boleh sesiapa tolong saya ungkaikan masalah saya ini?

Nota kaki:
Suka dengan peperiksaan kerana kita akan jadi rajin secara tiba-tiba, hahaha!!

Wanita pembuli jalanraya


Terkejut juga bila baca utusan hari ini bila Penganalisis jenayah yang popular ini, Kamal Affandi Hashim mengatakan wanita makin agresif di jalan raya dan secara tidak langsung menjadi punca kemalangan jalan raya.

 En kamal Affandi

Saya tak nafikan yang wanita bila memandu adalah lebih terlalu berhemah sehingga merimaskan kaum adam yang memandu di luar sana tetapi kadangkala kaum adam ada juga yang membawa perlahan terutama sekali bila ada pasangan di sebelah.. sehingga merimaskan saya..

Mengenai pandu perlahan tetapi masih lagi memandu di lorong kanan juga amatlah menyakitkan hati saya, saya mengakui saya bukanlah seorang yg penyabar dalam pemanduan dan teknik pemanduan saya bukannya tip top sangat tetapi sekurang-kurangnya saya tahu lorong kanan untuk yg laju dan lorong paling kiri untuk org yg nak bercinta..

Lagi satu perkara mengenai memberi signal. Saya pun tak tahu mengapa sesetengah pemandu dan penunggang motosikal berat sangat nak memberi signal apabila hendak membelok, jadi apa gunanya lampu singal itu, buat cantik dipandang sahaja? Jadi ringankan lah tangan untuk memberi signal..

Pesanan ini untuk pemandu kaum adam dan juga hawa..

Nota kaki:
Maaf kerana emo, tersentak bila baca artikel utusan itu!!

Tentangan keluarga: Adakah akan membawa bahagia?

 Baru- baru ini ada kisah artis 80-an Shidee yang berkahwin tetapi mendapat tentangan keluarga mertuanya.. Tetapi alhamdullilah, semuanya sudah selesai..

Aziz M Osman dan putri lily juga selamat melangsungkan perkahwinan mereka serta mendapat restu keluarga walaupun jarak umur yg begitu jauh..


Gambar sumber kosmo

Tetapi saya lebih tertarik dengan Isu kahwin Harith dan Jezamine Lim...  mereka mendapat tentangan keluarga kerana berbeza fahaman.. Walaupun keluarga perempuan tidak menghadiri majlis pernikahan mereka, mereka teruskan juga kerana saya percaya rasa cinta yg mendalam yg menyatukan mereka..

Apa yg menarik mengenai kisah ini kerana Ibu saya juga berbangsa cina sebelum memeluk islam dan berkahwin dengan ayah saya.. sebelum ini keluarga ibu saya mmg tak menerima ayah saya, jadi terpaksalah ibu hanya menumpang kasih dengan mertuanya..

Tapi peribahasa ada mengatakan, air yg dicincang takkan putus begitu juga ikatan kekeluargaan ibu dengan keluarganya.. Pada usia saya 10 tahun, adalah pertama kali bertentang mata dengan datuk dan aunty saya (nenek meninggal sebelum saya dilahirkan).. Rasa takut mmg ada, sebab tak pernah mengetahui bahawa saya ada datuk yg lain.. Tapi rupa-rupanya mereka menerima kehadiran saya dengan penuh kasih sayang..

Semenjak itu, saya rapat dengan mereka sehingga ke hari ini. Tapi yang paling gembira semestinya ibu dan ayah kerana perkahwinan mereka direstui walaupun selepas 10 tahun..Penantian mereka berakhir dengan kegembiraan.

Apa yg penting adalah setiap pasangan yg ingin mendirikan rumahtangga tahu yg mereka sanggup mempertahankan rumahtangga walaupun dilanda apa jua masalah, kesetiaan pd pasangan masing-masing dan kesefahaman, sama seperti masa bercinta... Itu yang cuba saya sematkan dalam hati ini..


Nota kaki:
Tanpa restu keluarga adalah menyeksakan.. sekiranya dapat menyakinkan keluarga, insya allah mereka akan faham..

Thank you, Lin handmade


Bulan lepas I join Giveaway INI dari Lin handmade and saya one of the winner..



Hehe.. suka sangat-sangat.. kad yang Lin buat nie mmg cantik, nanti nak join for June giveaway boleh?

Pemilik beautifulnara dah bertunang....

Selalunya beautifulnara cerita pasal artis sahaja kan,, kali ini pemiliknya pula bertunang, pun cerita juga kerana lisa surihani, diana danielle dan shya al-yahya akan kecewa (betul tak abgnara).. 

Peminat pink juga abang nara yer.lengkap berbaju melayu.....

Mari layan gambar-gambar ini










Abg dan kaknara



Gambar dipinjam dari

http://lamanqaseh.blogspot.com
http://lorongsetia8.com
 

Masa bertunang nie banyak dugaannya, sebagai peminat pembaca beautifulnara yang tegar saya mengucapkan selamat bertunang dan semoga semuanya berjalan lancar hingga ke majlis perkahwinan...


Nota kaki:
Seronok tengok hantaran dan baju pengantin.. mungkin simpton INI kut

Contest! One day i will satisfy with my life!

 Contest by Hidayah


One day i will satisfy with my life ... Cuba baca my blog name, I am a simple girl with simple mind!

Daripada situ dah nampak aarin bukan seseorang yang complicated untuk difahami, saya nampak garang di luar or maybe not that friendly bila jumpa face to face tapi hakikatnya saya suka berkawan.. Saya suka benda yang simple-simple, Contoh terbaik: Saya rasa tak perlu nak tambah apa2 aksesori pada kereta kerana saya rasa basic is good..

Why i say i am a simple girl with simple mind? Kerana saya hanya berkawan dengan org yang mahu berkawan dgn ikhlas, saya tidak suka menyulitkan sesuatu situasi, saya dah biasa hidup berdikari kerana saya adalah anak tunggal, jadi selalu layan melayan sendiri.. Simple as that!!

Kalau terasa bosan, hanya melayan diri dengan mendengar lagu, layan DVD, main PC game dan hobi terbaru adalah ber'blogging'!! Tak perlu menyusahkan sesiapa, kawan alam maya juga bagus kerana kita berkongsi maklumat dan luahan perasaan ada yang boleh menasihati juga..


Untuk merasa puas dengan hidup, saya percaya kita:
  • Perlu yakin dengan apa yang kita buat
  • Percaya dengan apa yang kita mahu
  • Berpuas hati dengan apa yang kita ada
  • Jangan berputus asa bila menghadapi kegagalan
  • Berfikir secara positif dan rasional
  • Mempunyai keluarga yang sempurna

Saya mahu semua itu kerana itu saya berkata ONE DAY I WILL SATISFY WITH MY LIFE.. bila saya memiliki keluarga yang sempurna.. wink! wink! saya bujang lagi so tunggu saya ada family then saya akan berpuas hati...



Perah idea juga nie, adakah akan menarik perhatian judges sekalian:

THE JUDGES


Saya mahu mencontohi Elyana

Hai kawan-kawan, nama saya aarin dan ini adik saya elyana.. eh eh suka-suka nak mengaku elyana tu adik awak yer!!! Tak ada, tak ada, saya nak jadikan elyana sebagai contoh positif dalam hidup saya..

Kalau awak dari kecil mmg kurus, tetiba di usia 20-an berat badan meningkat dengan mendadak, memang tekanan perasaan, tambah-tambah dah bertunang, patutnya masa bertunang tu, kita cuba nak menguruskan badan bukan menambahkan berat badan kan... Tapi nasib baik tunang elyana ni memahami yer...

Saya suka lakonan elyana.. terutama sekali drama Dunia baru, lagipun dalam drama tu banyak karektor-karektor yang mencuit perasaan.. pada peminat-peminat dunia baru, jangan lupa saksikan sambungan drama ini di GUA..

Saya juga berazam nak mengurangkan berat badan (bukan kurus, cuma kurang) bukan kerana orang lain, tetapi kerana diri sendiri, siapa tak nak nampak anggun menawan di majlis raja sehari kan... kawan-kawan, saya kini berazam..sangat-sangat mahu!!

Tapi saya tak nak makan pil-pil kurus yang boleh memudaratkan kesihatan macam pernah jadi pada Andrea De cruz, saya mahu kurangkan berat cara sihat, bersenam dan megurangkan kuantiti makanan...Moga berjaya!!


 Gambar ini diambil semasa rancak tour SURIA tahun 2008, lihat elyana sungguh ramping kan


Nota kaki:
Segala nasihat atau pengalaman menguruskan badan amat di alu-alu kan..

10 tanda sudah tiba seru menamatkan zaman bujang....

Sempena cuti sekolah merangkap musim orang kahwin nie.. saya nak berkongsi sesuatu dengan anda (khas untuk yg bujang jer)..


10 tanda sudah tiba seru menamatkan zaman bujang..


1. Berulang kali menonton filem 'the wedding planner' sehingga boleh hafal kesemua dialognya daripada awal hingga akhir.. dan kerana preparation wedding yg sungguh menawan..

Lakonan jenifer lopez, saya juga suka movie ini

2. Sejak akhir-akhir ini, kamu asyik terpikat dengan pakaian lace dan bermanik-manik




3. Ketika berjalan-jalan dengan si dia di mall, kamu mesti singgah di kedai barangan kemas
Cantiknya cincin nie...

4. Macam tak percaya, kamu hadiri semua jemputan perkahwinan rakan-rakan, saudara-mara jauh dan juga jiran-jiran tetangga

5. Kamu membela rambut panjang kerana niat 'senang nak buat sanggul nanti'

'Grand'nya sanggul

6. Set pewangi yang dibeli semasa YES tahun lepas masih belum diusik kerana berpendapat boleh digunakan sebagai hantaran

7. Kamu asyik memikirkan tarikh-tarikh yang sesuai di kalendar

8. Kamu sangat-sangat teruja melihat baby lalu berangan-angan untuk memakaikan baby kamu dengan pakaian yang cantik-cantik.. siap dah ada nama sekali




9. kamu asyik 'ternyanyi' lagu 'selamat pengantin baru' semasa tersekat dalam kesesakan lalu lintas

10. Kamu asyik menyelak majalah pengantin dan berkata 'hmmm. ini baju pengantin yang paling sesuai'



Nota kaki:

Hahahaha..macam semua tanda ada di diri.. nasib baik dah tunang, kira boleh cover lagi!!

Warna kegemaranku (Contest khazisboutique)

 Gambar dari en google

Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan dalam masa yang sama warna juga mencerminkan sifat peribadi seseorang... Tanpa warna dunia hitam putih mesti hidup jadi hambar dan suram...

Masa saya kecik-kecik dulu, tak tahu kenapa saya minat sangat dengan warna biru.. Satu almari kalau selak-selak jumpa baju kurung biru, T-shirt biru, kasut sport biru, basikal biru..pendek kata semua biru daa... Obses sungguh aarin nie yer... Tapi biasalah kanak-kanak riang.. Tapi saya perasan masa tu kebanyakkan kawan-kawan suka warna merah jambu, konon2 nampak cute kan.. dengan ikat reben tocang, cute sesangat nie..

 Gambar alya dari mama alya. sungguh cute alya bertocang


Tapi eh eh.. Selepas memasuki alam pekerjaan ni,secara tiba-tiba warna kesukaan boleh bertukar...Adakah personaliti saya juga dah berubah?? Sebenarnya bukan personaliti tetapi akibat teguran.. Siapa yang menegur? Kenapa nak tegur-tugur saya..eh eh jangan tegur.. eh eh tetiba lak promote filem pieere andre ni apsal??


Ok, balik ke cerita asal, jauh merapu nie... hehehe sebenarnya ayah saya, En Yusuf yang menegur katanya
Cubalah pakai baju yang terang-terang skit, ini abah tengok asyik warna biru.. kalau biru, biru gelap jer, cuba pakai warna terang-terang, nampak ceria sikit

Oooo..inilah pencetus era perubahan aarin rupa-rupanya (sambil memegang dagu...)

Saya pun cuba pakai baju warna terang-terang nie... kuning, hijau, oren, merah.... Tapi dalam banyak-banyak warna masa tu, saya asyik beli warna merah jer (masa nie belum timbul rasa minat lagi)... Lama-lama sampai masa nak beli kereta, nampak jer dalam katalog terus cakap dengan ayah, Aarin nak MyVi Merah.. Masa tue baru baru sedar dari mimpi.. Saya dah jadi peminat TEGAR warna MERAH...

Jadi dengan ini saya mengistiharkan saya adalah peminat warna  

MERAH

Oh, MyVi merahku..(gambar en google)

Dah bercerita warna kegemaranku ini.. Apa kata kita join contest anjuran khazisboutique



 Hadiah yang menarik sangat-sangat.. Rugi kalau tak cuba contest ini...

Nota kaki:
Semasa menulis entri ini saya berbaju merah (ini fakta bkn Auta)

Hadiah semua dah sampai ke pemenanngnya

Lama tak menulis nie.. Cuti sibuk mengecat rumah, Abg N sanggup korbankan cuti sebab nak cat bakal bilik kami nanti...Seronok, seronok, seronok!!

Dalam masa yg sama, saya sempat pos semua hadiah contest.. Dan semalam pemenang yg terakhir sudah pun mendapatnya.. kecuali seorang lagi.. iaiti Cik pia.. Duduk kawasan dekat dengan saya.. Pia, insya-allah dlm minggu ni saya hantarkan yer...hehehe

Nota kaki:
........

Related Posts with Thumbnails