Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Perlanggaran yang menyakitkan hati

Ada org kata alam pertunangan banyak dugaan, tapi saya belum lagi mencapai status itu sudah diuji...

Semalam semasa rehat untuk keluar membeli makanan, terjadi satu perlanggaran yg mengakibatkan kerete (che) saya kemek, calar dan patah side mirror, masa tu mmg rasa cuak, takut sbb org yang melanggar (motor 摩托车 mo tuo che) tergolek di jalan raya, so tindakan refleks saya adalah untuk melihat budak motor itu tanpa menyedari sebenarnya yang mengalami kerugian adalah saya kerana budak itu cuma mengalami luka2 kecil oleh itu nasihat saya:

1. kena rileks..
2. ambil no plate motor / kereta yang melanggar kita
3. check keadaan kereta kita
4. ambil nama n alamat org yg melanggar kita

So kalau nak buat report polis untuk claim insurans pun senang, ini tak pasal2 kena repair sendiri..Itu adalah nasihat (@ bebelan) dari ayah dan bakal tunang yer, kita yg kena langgar kita pula yg kena marah... Nasib nasib patutnya mereka bersyukur saya tidak mengalami sebarang kecelakaan..

Akhirnya di dalam genggaman

Dah lama saya idamkan.. bertahun-tahun saya survey di kedai, masa tu rasa macam tak perlu sebab dah ada handphone tapi memandangkan hari bahagia dah nak sampai, rasanya perlu ada kamera 照相机 (zhao xiang ji) digital untuk merakamkan saat-saat bahagia tu nanti..







Masa survey, nampak jer kamera samsung warna pink 粉红色 (fen hong se) ni terus terpikat, sebenarnya nak beli jenama olympus sebab guna lithium bateri tapi warna kamera samsung nie dah memikat hati saya, jadi tanpa berfikir panjang saya pun sambarlah... lagipun ada free charger dengan bateri rasa berbaloi sangat..

Cuma rasa memory card 2GB tak cukup nie, kena beli yang lain, nanti snap-snap photo tak ingat punya dah tak cukup memory.. alih-alih guna h/p juga, apa cerita???

Tadi masa blog hopping teringat kata intan, umur 29thn baru dapat laptop, saya pula umur 30 thn baru nak rasa pakai kamera digital..hehehe

Persiapan Bertunang 订婚 (ding hun) Part 1



Wah, kali ini aarin nak buat entry ada sambung-sambungan boleh?
Cuma nak ceritakan persiapan pertunangan aarin..
25/12/2009 adalah hari pertama aarin bershopping beli barang.. Tema ungu jadi pilihan so warna baju pun kena warna ungu lah

Ini kain pasang, belum siap lagi, cadang nak buat baju kurung moden, sesuailah untuk org montel cam saya ini

Untuk pertunangan ini aarin cadang nak buat simple-simple jer tapi bila dah jadi anak tunggal perempuan ini susah nak cakap.. macam anak chef wan, kata buat majlis sederhana tapi grand yer teramat-amat (apa kena mengena majlis chef wan ngan bapa saya??)

Cantikkan dia, berseri-seri (kredit gambar: budiey.com)

nak tahu lebih lanjut sika klik http://www.budiey.com/majlis-berinai-dan-bertunang-serina-redzuwan-gavin/


Nantikan part 2 yer...

Menanti 15 feb 2010

Berdebar-debar menantikan 15 feb 2010...bukan hari kekasih tau tapi hari pertunangan aarin...

Sehingga hari ini, banyak lagi yang belum siap, alhamdullilah ramai kawan yang menolong.. aarin ni anak tunggal tambahan pula mak orang berbangsa cina so bab-bab membuat kenduri memang kurang arif.

Kain dah hantar untuk ditempah, cadar pun dah ada, nanti nak hantar dobi bagi wangi..

Untuk majlis pertunangan ini, tema warna ungu, bukan sebab aarin minat warna ungu tapi sebab memang ada cadar ungu yang cantik (beli masa trip kerja di China) sulamannya amat cantik sekali, jadi teruskan je lah...

Esok cuti, masa ni adalah sesuai untuk mengemas rumah...

2010 yang mendatang

Dear all my friends...

Selamat kembali ke blog ini kalau ada yang notice saya start blogging balik..

Tahun ini ada banyak perkara yang saya nantikan si mana dimana saya amat mengharapkannya... Saya akan ceritakan satu persatu nanti okay!!

Untuk permulaan.... My little brother dapat masuk sek vokasional seri manjung, perak... kalau ada sesiapa yang ada adik @ abg @ kakak yang nak tahu aktiviti sekolah ini boleh melayari laman web guru sek vokay (miss cheah) sila klik http://vokasmatoday.blogspot.com/

Anyway, kita tak boleh lupakan matlamat blog ini iaitu mengajar bahasa mandarin:

saya tinggalkan dengan words for today:

a) Sekolah 学校 - xué xiào
b) pelajar 学生 - xue sheng
c) matapelajaran 课程 - ke cheng
d) guru 老师 - lao shi

Related Posts with Thumbnails