Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saya dah layak dapat cek dari nuffnang

Minggu lepas semua orang kecoh sebab nuffnang hantar email memberitahu yang mereke ter'double'kan income.. jadi masa saya cek saya kata pada diri sendiri ni mesti income yang double tu, tapi hari ini saya cek lagi.. nilainya tetap sama, maknanya nilai itu adalah muktamad.. Saya amat berbangga dan ingin menjerit

SAYA DAH LAYAK NAK CASH OUT KAN DUIT !!

ok, excited sesangat, sebab saya tahu prestasi blog ini bukan senanag nak capai ke nilai yang boleh di cash out. Tapi saya tak mahu cash lagi, tunggu sehingga bulan 2 nanti.. boleh juga buat duit honeymoon. Gembira sangat ni..

Baru-baru ini selalu baca daripada blogger-blogger yang lain mengenai BE yang semakin berkurangan, bagi saya apa yang saya lakukan untuk blog ini adalah berpatutan dengan nilai saya dapat, tapi kalau nak bagi banyak2 BE, takkan nak menolakkan kan..

Soseh soseh harian metro ciplak entry saya??


Tajuk gempak ker? Saya tak katakan artikel yang disiarkan di harian metro ruangan soseh soseh menciplak sebiji entry saya tapi persamaannta tetap ada cuma olahan soseh soseh lebih sedap bunyinya. Mari saya sertakan persamaan yang wujud.


Persamaan pertama

Saya menulis:
siap ada iklan yang sangat menyayat hati.. Anak yang takut dengan ibu sendiri yang hodoh, suami yang kehilangan kaki serta harapan ibu supaya anaknya jangan merokok.

Sosej sosej menulis:
Ketika kerajaan giat berkempen jangan merokok, siap buat iklan paparkan cerita sedih di kaca televisyen dan iklan ngeri pada kotak rokok, 

Persamaan kedua
Saya menulis:
Memang terkejut juga berita macam ini pun nak disiarkan dekat paper

Soseh soseh menulis:
Patutnya kenyataan yang dengkil begitu tidak seharusnya disiarkan untuk tatapan umum

Persamaan ketiga

Saya menulis:
kalau tahu merokok boleh menyedapkan suara nanti semua pakat-pakat merokok lepas tu bagi alasan resepi menyedapkan suara, kan parah tu!!

Soseh soseh menulis:
Tidak tahu SS hendak kata apa selepas membaca cerita ini. Takut pula ramai remaja selepas ini akan kata mereka hisap rokok sebab mahukan suara ‘sedap’ macam Fiq.


Ada persamaan tak? Sila menilai entry INI dengan yang INI

Nota kaki:
Tak tahu bangga atau sedih.... harapan hanya kebetulan sahaja

AJL 25: Cinta sempurna

AJL ke 25 bakal berlansung pada 9 january 2011, jadi dari masa ke semasa saya akan update dengan lagu-lagu yang bakal bertanding mengikut pilihan saya sendiri..

Jadi Carta top 14... Tempat pertama yang bertahta di hati aarin adalah

CINTA SEMPUNA (YUNA)




Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu Darimu ohhh 
Darimu ohhh


Penat kerajaan buat iklan jangan merokok kalau media memaparkan berita kebaikan merokok pula


Memang terkejut juga berita macam ini pun nak disiarkan dekat paper sebab sekarang ini kerajaan bertungkus lumus buat operasi jangan merokok sebab merokok membahayakan kesihatan.. siap ada iklan yang sangat menyayat hati.. Anak yang takut dengan ibu sendiri yang hodoh, suami yang kehilangan kaki serta harapan ibu supaya anaknya jangan merokok.

Tetiba ada berita merokok boleh menyedapkan suara. Rasanya resepi menyedapkan suara macam ini, simpan kat diri sendiri jer la. Media pun tak perlulah memberitahu masyarakat sebab remaja sekarang ni semua nak jadi artis, kalau tahu merokok boleh menyedapkan suara nanti semua pakat-pakat merokok lepas tu bagi alasan resepi menyedapkan suara, kan parah tu!!


Nota kaki:
Lagu manifestasi cinta nyanyian Fiq dan mirwarna memang best, kecewa sebab tak masuk AJL 25.

BBQ yang diidamkan

Dah lama sangat teringin nak buat BBQ kat rumah, jadi sempena kedatangan tunang tersayang abg N.. saya paksa memintanya untuk buat BBQ juga, hahaha belum kahwin dah pandai nak jadi quenn control..

Pagi-pagi lagi dah ke pasar sitiawan mencari mangsa untuk dipanggang.. Banyak juga yang kami beli, ada udang, sotong, ikan, ketam, jagung.. daging tak perlu beli sebab daging korban banyak lagi.. biasalah kali pertama excited mmg terlebih sudah!! Kalau boleh semua nak dipanggang..

Hero sedang membuat bara.. suka gambar nie sebab api marak habis.... wah, excited (mata bercahaya gitu ^_^)

Ini antara mangsa yang akan dipanggang, udang yang telah diperam dengan rempah secukupnya

Mangsa ke2- kerang bakar.. lazat weh

 Jangan dilupakan pencicahnya.. wah wah marvelous


Hero yang bertungkus lumus menjayakan acara BBQ atas permintaan heroin queen controlnya.... Terima kasih ya abang.. Tempat panggang kecil jer, mana tahu nak bakar banyak macam tue..

Tengah best-best panggang udang, tetiba........

Saya selitkan jagung.. tak sabar nak meratah jagung, sebab tu curi-curi panggang kat hujung sekali..

Ini antara hasil tangkapan BBQ kami... Lama juga aktiviti membakar ni

Makan sampai pening-pening pale, banyak giler! Adik boleh pula habis makan suruh abg N buat lagi lain kali.. seronok buat BBQ ini, sambil bakar sembang-sembang, manja manja.. 

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang

Tetiba tergiang-giang lagu ini pula... Lagu penuh peringatan buat pasangan yang bercinta..

Blog pilihan malaysia 2010

Artis perlu ada rasa cemburu kerana sekarang blogger semakin popular sehingga ada anugerah untuk blog pilihan malaysia 2010

Antara kategori yang dipertandingkan...

  1. Blog Personal Lelaki Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki bujang.
  2. Blog Personal Suami Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki yang sudah berkahwin.
  3. Blog Personal Wanita Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita bujang.
  4. Blog Personal Isteri Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita yang sudah berkahwin.
  5. Blog Tutorial Pilihan - blog yang memaparkan pasal tutorial blog, masakan, software dan juga gadjet sahaja.
  6. Blog Lawak Pilihan - blog yang memaparkan tulisan, video, gambar yang lawak sahaja. 
     
    Untuk anjuran yang pertama hanya kategori ini yang dipertandingkan.. Hadiah pun sekadar penghargaan kepada blogger-blogger di luar sana, tapi apa yang penting dari sini kita tahu blog yang mendapat tempat di hati blogger-blogger lain..

    Saya ingin mencalonkan...
    BPLP - http://zackzukhairi.blogspot.com
    BPSP - http://azmanishak.com
    BPWP - http://katakila.com
    BPIP - http://suzie284.blogspot.com
    BTP - http://maribinablog.blogspot.com
    BLP - http://tubelawak.blogspot.com  
     
    Tak sabar mahu datu calon-calon yang layak ke peringkat akhir, tarikh tutup 25 Nov 2010.. Dah dekat sangat bagi sesiapa yang ingin mencalonkan blog kegemaran, silalah mencalonkan di SINI..
     
     

My best friend's wedding

Tanggal 21-11-2010 merupakan hari berbahagia kawan baik saya, rusilawani abd razak bersama pasangannya norman.. 


Ini merupakan salah satu hantaran yang saya sponsor, Cup cake ini saya order dari blogger AnR.. cup cakenya lembut dan hiasan juga menarik, tema yang saya pilih pink purple.

Ini sebahagian daripada hantaran

Malam pernikahan 20-11-2010 Tema white purple
 
Pengantin di kamar beradunya... hehehe

Saya pun tak mahu ketinggalan...Nak ambil berkat, hahaha

Ada acara silat..


Kepada Wanie dan norman, selamat melayari kehidupan yang baru dan berkekalan hingga ke hujung nyawa..

Nota kaki:
Rupa-rupanya banyak benda yang remeh perlu diambil berat semasa pernikahan dan perkahwinan, merupakan satu pengalaman untuk saya merancang majlis perkahwinan saya pula..





Dewi remaja: antara pertandingan yang melahirkan ramai artis yang berjaya

Pertandingan Dewi Remaja menerusi majalah remaja sejak tahun 80-an sememangnya menjadi platform para remaja untuk melangkah ke dunia hiburan.Ramai nama-nama besar dalam dunia lakonan dan peragaan muncul dari pertandingan popular ini seperti Aleeza Kassim, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Al-Yahya dan ramai lagi.Apa yang menarik ialah, pertandingan kali ini akan dibawa menerusi saluran Astro Ria bermula 24 November ini, pukul 9.30 malam. (petikan dari mstar)

Dewi remaja bakal mengantikan pertandingan ratu cantik? Kalau rancangan gadis melayu memaparkan kesopanan dan sifat ketimuran gadis melayu, dewi remaja apa fungsinya? Pernah kawan saya menyertai dewi remaja dan dia masuk hingga ke final. Dia memenangi kategori pakaian tercantik, dan pakaiannya saya tak sanggup nak paparkan di sini sebab saya rasa sangatlah seksi. Jadi kalau dewi remaja dah jadi realiti tv, maknanya banyak benda yang perlu dikorbankan, tak bolehlah seksi-seksi sangat kan.... sakit mata teman!!

Tapi di sebalik itu, memang ramai artis yang lahir daripada dewi remaja ini, buat masa ini yang paling popular adalah scha al-yahya dan ramai juga yang bertemu jodoh dengan orang-orang kaya. Tapi saya percaya tujuan utama mereka bukan untuk mencari oranmg kaya tetapi memperkembangkan bakat yang ada..

Ada sesiapa lupa semasa juliana banos kahwin sehingga digelar perkahwinan paling gemilang bagi tahun 2005? Hantaran sebanyak RM77888.77 cukup mengambarkan betapa gemilangnya perkahwinan mereka.


Yang terbaru, annahita bakavoli yang telah bergelar datin setelah bernikah dengan Datuk Saiful Baha, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
 kredit gambar: beautiful nara

Jadi kita tengok untuk tahun 2011 dewi remaja mana pula yang bakal berkahwin? Rasa-rasanya Scha Al-yahya sebab dah lama bercinta dengan awal, bukan apa takut jadi macam nabil dengan irma.. tapi kita yang merancang, tuhan yang menentukan..



The amazing race season 4: Tiada lagi peserta malaysia

Bagi saya menonton the amazing race asia(TARA) merupakan satu hiburan realiti tv yang amat mengujakan saya. Daripada musim 1 sehingga musim 3 malaysia berjaya menduduki top 3. Walaupun, setiap musim prestasi peserta malaysia makin menurun tetapi saya tetap berbangga sebab sekurang-kurangnya masih lagi top 3. Tetapi semalam saya amat sedih, sebab satu-satunya peserta malaysia yang tinggal iaitu ethan & khairi dah tersingkir (eliminated from the race), tiada lagi keseronokkan menonton amazing race..

 Kenapa team ini terkeluar?? Mungkin banyak sangat bercakap daripada bertindak kut

SAYA TIPU!!!!!

Saya masih lagi nak menonton TARA sebab musim kali ini sangat-sangat adventure. Lebih banyak task dan aktiviti yang perlu dilakukan. Lagipun saya kena terima hakikat yang musim ini, peserta dari negara lain memang lebih baik daripada malaysia.

Mari kita imbas kembali peseta yang pernah menduduki tempat terbaik dalam TARA

 Zabrina & Joe jer: Pemenang TARA musim pertama (sangat berbangga sebab musim pertama dimenangi oleh malaysia dan juga girl semuanya)

 Pamela & vanessa: tempat kedua (musim ke-2)

Ida & Tania: Tempat ketiga untuk TARA (musim ke-3)

Hmm.. baru saya perasan, top 3 semuanya peserta perempuan, dan kali ini TARA 4 tak ada team yang girl power, sebab tu tak sempat nak masul final..Jadi untuk next TARA 5, pilihan girl power adalah penting!!



Tangisan kegembiraan dan kesedihan di pagi mengambil keputusan UPSR

PENYANYI  Hattan dan Nurul  gembira dengan keputusan anak mereka Adam Eman dan Ayu Nazirah yang sama mendapat keputusan 5A bagi UPSR 2010 di SK Tun Dr Ismail (1) Kuala Lumpur. - Utusan/ISMAIL KAMADIN


Sangat berbangga dengan keputusan UPSR anak-anak artis yang berjaya mendapat 5A walaupun anak-anak ini terpaksa bersepan dengan pergolakan rumahtangga ibubapa mereka. Seperti yang kita tahu, nurul dan ajai serta hattan dan ariani sudah bercerai dan saya percaya walaupun telah berpisah, mereka menjaga anak-anak mereka dengan baik, Itu yang perlu dicontohi oleh semua artis termasuk orang biasa iaitu bila berpisah, jangan abaikan anak-anak sehingga mereka terjebak dengan kegiatan yang tidak baik. 
 

 
SEDIH... raut wajah Mohd Firdaus Mohd Roslan jelas menggambarkan betapa sedihnya setelah mendapat keputusan UPSR yang kurang memuaskan.Beliau yang merupakan pelajar peralihan dari Sekolah Jenis kebangsaan Cina yang baru berpindah di Sekolah Kebangsaan Batu Lintang sejak tiga bulan lalu mengakui amat sukar bagi dirinya menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran di sekolah baru antara faktor kemerosotan pelajaran yang turut diakui oleh Guru Besar Annie Soon ketika di temui di Kuching, Sarawak. - Utusan/AMI

TITISAN KEGEMBIRAAN...murid tahun 6,Nur Amiera Natasya Kamaruzaman yang mendapat keputusan 5A melihat slip keputusan peperiksaan UPSR dengan linangan air mata sebagai tanda syukur di Sekolah Kebangsaan batu Lintang,di Kuching, Sarawak.  - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


Dua gambar berikutnya menunjukkan antara tangisan kegembiraan dan kesedihan. Bukan sahaja ibubapa yang menaruh harapan yang tinggi terhadap anak mereka, tapi pelajar itu sendiri juga menaruh harapan untuk berjaya dan bila gagal janganlah kita memarahi mereka, cukup sekadar menegur dan menasihati untuk berusaha dengan lebih baik lagi. Itu yang saya lakukan pada adik saya kerana marah-marah juga tak berguna kerana dia akan lebih memberontak.

Sya dahulu bersekolah rendah cina, jadi ada 6 matapelajaran dan alhamdullilah saya berjaya mendapat 3A 3B dan berjaya untuk mengelak memasuki sekolah peralihan. Perasaan masa itu memang tak tergambar sebab tak ramai pelajar melayu yang mahu belajar di sekolah cina padamasa itu jadi saya menjadi tumpuan sehingga masuk suratkhabar cina tapi artikel tu saya tak simpan pula, rasa terkilan sehingga sekarang.


Nota kaki:
Tahniah kepada sepupu saya, Nur Fatihah yang mendapat 5A.. Saya sangat berbangga dengann kamu!!



Seribu kali cinta = 50 first date

 Sipnosis kredit to yanmieonline


Masa mula-mula baca sipnosis drama seribu kali cinta yang akan mengantikan drama Chinta slot akasia dah rasa macam pernah tengok jer drama ni.. Baru teringat sama dengan filem hollywood 50 first date lakonan adam sadler dan drew barrymore.

50 first date mengisahkan mengenai henry (adam sandler) seorang playboy dan takut dengan perkahwinan tetapi akhirnya dia jatuh cinta kepada lucy (drew barrymore) tanpa mengetahui lucy mempunyai penyakit amnesia di mana dia hanya mengingati apa yang berlaku pada hari itu sahaja (kebetulan hari jadi ayah lucy), bila dia tidur dan bangun keesokan harinya dia akan sentiasa ingat hari itu adalah hari jadi ayahnya. Dan adam setiap hari perlu memikirkan jalan bagaimana untuk mendekati lucy kerana bagi lucy, adam adalah orang asing dalam hidupnya.

Kalau kawan-kawan nak baca sipnosis 50 first date, klik SINI untuk seribu kali cinta pula klik SINI.. Saya amat suka dengan filem 50 first date dan harapan saya seribu kali cinta tidak akan mengecewakan.


Kenapa nak sembunyi-sembunyi??

Selalu tertanya-tanya artis ni bila ditanya bercinta ker? Semuanya tak mahu mengaku, tapi bila putus, canang satu malaysia kata putus, bila masa bercinta tak ngaku, tapi bila putus mengaku pernah bercinta, pelik pelik..

Ini yang terbaru farid kamil ngan diana daniel (DD), sebelum ni rasanya tak pernah dengar diaorang ni bercinta kan, tapi bila farid dah gaduh-gaduh manja ngan ex-bf diana, shamsul yusof terus mengaku DD tu teman wanita dia..

Ini ayatnya, dipetik dari SINI..

‘Saya cemburu dengan Syamsul sebab Diana? Buat apa? Logik ke? Kenapa saya perlu cemburukan dia pula, tak ada sebab. Sepatutnya Syamsul yang perlu cemburu kepada saya sebab sekarang ni Diana sudah jadi teman wanita saya. 

Kan terang-terangan mengaku DD tu teman wanita dia.. So jangan gossipkan Lisa surihani dengan farid lagi, tak sesuai k..

Samalah dengan kes Fasha sandha, bila jejai dah kena ngorat, baru ngaku jejai tu teman lelaki dia.. Tahu takut kena rampas lak

Lepas ni, kita tengok artis mana yang tak mengaku bercinta, tapi bila dah putus baru dengar sebab-sebab putus, tapi selalunya alasan paling banyak didengar adalah "tiada persefahaman".. Yang saya tahu masa bercintalah kita mencari persefahaman itu, macam mana kita boleh jatuh cinta? Mula-mula mesti mengenal hati budi, kemudian perlahan-lahan baru lah fall in love kan, tapi dunia artis ni, saya tak pastilah.. Mungkin hanya berdasarkan kecantikkan atau ke'macho'an, dan terus bercinta.

Bagi saya, proses untuk mengenali seseorang itu memang makan masa, ada juga yang baru kenal dalam setahun terus nak kahwin, seperti kawan baik saya, wani.. Dan mereka akan bercinta lepas berkahwin.. ada seronoknya juga. Walaupun saya ini bercinta sangat lama tapi saya yakin onak dan duri dalam percintaan ini yang menguatkan kasih sayang kami. Jadi doakan kebahagiaan kami juga yer!!

Banjir!!

Saya sangat bersimpati dengan cik pia kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya saat-saat banjir melanda rumahnya di kedah..

Ini keadaan di kedah

Apabila banjir bukan sahaja nyawa yang terancam, tapi harta benda juga tidak dapat diselamatkan.. Apabila banjir surut, lumpur perlu dibersihkan, perabot yang basah jika kering juga masih meninggalkan bau yang kurang menyenangkan, sekiranya tidak bernasib baik, harta seperti barang kemas hilang dicuri oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Apabila melihat semua gambar-gambar ini, terkenang semasa rumah saya di sitiawan yang dilanda banjir. (jangan tak percaya, kawasan sitiawan pun pernah banjir juga). Tapi masa tu, saya belajar di arau, jadi tak dapat bersama keluarga untuk menolong mereka memindahkan barang.

Alhamdulillah, banjirnya hanya setakat pinggang sahaja dan surut dalam masa 2 hari, jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di perlis, kedah dan kelantan, memang berbeza tapi tetap sama kerana dari segi kerugian tetap ada. 

Jadi cik pia, sabarlah dan kebaikan yang dihulur oleh keluarga kamu kepada keluarga india yang menyambut deepavali sangat-sangat saya hormati.

Anugerah juara lagu -25: Lagu yang layak ke separuh akhir

Saya kena akui memang rasanya tahun ini tak pernah menonton muzik-muzik yang disiarkan tiap hari sabtu. Pertama sebab saya berniaga dan sebab kedua rasa macam muzik-muzik dah hilang serinya bila tiba penghujung tahun Anugerah juara lagu, saya layan sebab nak tengok persembahan artis.

Ini adalah senarai 30 lagu yang bakal berentap dalam muzik-muzik 25 dan hanya 12 lagu akan dipilih untuk ke Anugerah juara lagu ke-25. Pengacara masih dikekalkan iaitu cheryl samad, faizal ismail dan ally iskandar, sayang memang suka kombinasi mereka bertiga, menghidupkan suasana.

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :

  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an. Artis Jemputan: Ramlah Ram :
  1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :
  1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  5. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Lagu pilihan saya yang saya highlight merah, piliihan saya mengikuti lagu yang tercalon dalam setiap kumpulan dan juga apa yang selalunya lagu yang berjaya masuk ke Anugerah juara lagu. Tapi saya tak setuju cara lagu tahun lepas dipilih dimana mereka memilih 5 lagu untuk hari pertama dan kedua dan hanya pada hari ketiga baru diumumkan kesemua lagu yang berjaya. Jadi bila kita berjaya pada hari pertama dan kedua tidak bermakna kita layak sepenuhnya, still kena tunggu hari ke-tiga. Tahun lepas ada 2 lagu yang ditolak sebab pada hari ketiga walaupun ada 6 lagu sahaja yang bertanding tapi 4 lagu berjaya layak ke akhir dan mengecewakan lagi 2 artis yang bertanding sebelum itu.

Lagu yang bakal menjadi juara memang tak boleh nak ramal sebab semuanya hebat-hebat belaka tapi tahun  lepas memang saya dah agak yang Yuna boleh menang (walaupun ke-dua) sebab masa tu muzik yang yuna bawa sangat 'in'.. Tahun ini, siapa pun boleh jadi juara..

* Kredit to budiey

Nota kaki:
Anda suka siapa?

K.R.U

Tajuk seringkas ini tapi nama K.R.U itu sebenarnya membawa pelbagai perubahan dalam industri muzik dan perfileman tanahair (budget berucap macam macam saya ni artis).

Album pertama K.R.U, canggih 1992

Kenapa saya terpanggil mahu membuat entry khas untuk K.R.U yang pernah dan masih lagi menjadi artis yang saya kagumi? Kerana mereka ada visi dan matlamat dalam kerja mereka.. mereka percaya bila kita ada wawasan, dengan menjadi artis juga mampu menjadi usahawan.

Saya lebih mengenali K.R.U semasa album ke-2 mereka iaitu album reKRUed walaupun sebelum itu mereka popular dengan lagu hanya kau dan cherina melalui album sulung, Canggih (semasa ini perkataan canggih juga mulai popular)

Sejak itu saya mengikuti perkembangan karier mereka daripada album awas hingga KRUnism. Dari Yusry berlakon hingga beliau mengeluarkan album solo, saya tidak pernah jemu menyokong mereka. Saya boleh nampak mereka bersungguh-sungguh dalam karier mereka.

Kini mereka mengorak langkah sebagai produser dan pengarah filem. Kejayaan terbesar semestinya melalui Festival filem malaysia ke-23 dimana filem Magika diangkat sebagai filem terbaik dan edry juga berjaya diiktiraf sebagai pengarah harapan terbaik. Walaupun saya pernah mengkritik filem ini tapi saya tidak boleh menafikan elemen magikal dan konsep memperkenalkan watak-watak dongeng kepada generasi muda adalah sangat bagus.

Teruskan K.R.U memperjuangkan industri filem dan muzik negara. Walaupun ramai yang mengkritik, tetapi percayalah bahawa mereka di luar sana sangat cemburu dengan kejayaan yang anda perolehi dalam usia yang muda.

 Saya suka kulit album ini, formula luar biasa yang memuatkan lagu my most favorite song, jangan lafazkan


Nota kaki:
* Kredit gambar pada aku dan sesuatuz

Hak sebagai pemakai

Disaster, Raja Farah nampak 'berisi' dengan pakaian ini

Saya sebenarnya sokong tindakan Diana daniel(DD) yang enggan memakai baju yang menampakkan dirinya gemuk, tengok apa yang jadi pada raja farah kerana tidak mahu mengecewakan perekanya, dia memakai juga baju pink itu dan akhirnya dikatakan nampak berisi...

Baju pereka lain yang DD pakai pada malam FFM-23. Tengok baju yang dipakai oleh DD ini, cantik dan slim kan?

Kenapa saya sokong tindakan DD?
  • Kita sebagai pemakai berhak mendapat baju yang bersesuaian walaupun baju itu baju sponsor
  • Sekiranya design yang kita mahu menampakkan kita berisi, sebagai pereka kenalah bagi nasihat sebab kita bukannya pereka, kita hanya pelanggan yang mahukan macam2 tanpa memikir sesuai atau tidak
  • Adakah anda sebagai pereka lebih suka baju dikritik kerana membuatkan org nampak tidak cantik @ cari alternatif lain? Seperti jangan ambil job kalau tak cukup masa nak buat.

Ini kalau pereka terkenal saya tak tahu tapi saya pernah menempah baju dan baju yang saya dapat adalah sangat besar dari size saya, saya adalah seseorang yang bertubuh besar, kalau dapat baju yang besar @ mengelebeh nanti org nampak mcm saya ni 'berisi' pula, jadi saya berhak menuntut keadilan dengan meminta dibuat pakaian yang baru.


Nota kaki:
Teringat kes Linda Onn yang tidak mahu memakai baju yang nampak seksi semasa acara "Live from The Red Carpet-79 Academy awards.. Kalau nak Imbas kembalik peristiwa ini, boleh ke blog Budiey..


Membeli barangan utk pasangan: senang tak?


Semalam ke pasaraya cadang nak membeli hadiah untuk kawan yang nak kahwin hari ini, belek sana belek sini akhirnya membeli album gambar, dulu pun pernah beli album gambar dan rasa sangat sesuai kalau dihadiahkan kepada kawan lelaki yang mendirikan rumahtangga ni.

Tapi ini hanya mukadimah sahaja.. haha sebenarnya masa beli hadiah tu, terperangkap di tingkat 2 sebab ada sale untuk pakaian lelaki. Saya sebenarnya selalu juga belikan baju untuk ayah saya, sebab ayah saya bukannya jenis suka ke pasaraya membeli baju ni, shopping pun masa raya jer, jadi lebih senang saya belikan, ayah pakai jer. (Normally ayah saya akan suka apa sahaja pakaian yang saya belikan)

Itu bukan ceritanya lagi, hai bila nak masuk tajuk sebenarnya ni.. ok ok

Alang-alang membeli, saya rasa mahu belikan baju untuk Abg N saya.. so telefon dan tanya size yang abg N pakai dan tanya ok tak kalau saya belikan baju warna pink (sahaja nak mengusik, lelaki macho jarang pakai baju pink k), tapi Abg N kata kalau ada hati nak belikan dia baju, just beli sahaja, jangan banyak fikir.

Kenapa saya sangat was-was? 
  • Saya selalu belikan baju untuk ayah saya, jadi saya takut baju yang saya belikan jadi macam taste untuk ayah juga (selalu orang kata kita akan pilih pasangan yang sama karektor dengan ayah kita, betul ke?)
 Baju berjaket, ini malaysia lah aarin, nak bagi Abg N berpeluh ke
  • Saya juga suka sangat baju yang ikut trend semasa (maksudnya yang hong kong style, berjaket mcm tu) tapi selalu takut nak utarakan pendapat ini pada Abg N sebab takut nanti dia kata saya cuba nak mengubah style dia
Baju putih macam ni pun ada style juga..
 Baju merah ni ok tak? Macam low cut jer, nampak dada lak..hahaha
  • Abg N suka baju hitam dan putih, kalau saya beli baju warna lain seperti merah menyala atau hijau terang (saya suka warna macam ni), nanti abg N nak pakai tak? Kalau dia pakai pun, hanya nak jaga hati saya jer

Itulah dilema saya bila membeli pakaian untuknya, sebab saya pernah dikritik samaada membeli baju yang nampak berumur atau so not his personality.. Tapi akhirnya saya sambar juga, 4 helai lagi macam-macam pilihan ada, kalau tak suka saya boleh beri pada ayah saya.

Kawan-kawan semua ada masalah macam saya tak??


Jangan aniaya tunang sendiri k, hahaha
* Gambar hasil carian google

Nota kaki:
Baju untuk ayah pun ada dan ayah saya suka baju yang saya beli ^_^


Related Posts with Thumbnails