Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
contest: Beg Pinkie Winkie untuk dimenangi


Jom Join, Hadiah yang sungguh menawan ini menanti... Klik SINI

Jangan lupa saya, nuraarin-life sebagai referer kawan-kawan yer...

Contest: Ada apa dengan nama


Entry ini khas untuk Contest: Ada apa dengan nama dianjurkan oleh Cleoputri


Kenapa blog saya dinamakan nuraarin? Itu kena mula cerita masa saya kanak-kanak lagi.. Masa tu saya bersekolah Chinese school, jadi kawan-kawan semua cina.. Jadi terikut dengan idola-idola dari hong kong (bukan king kong), dalam banyak-banyak saya minat sangat dengan AARON KWOK sebab masa itu dia cute, comel dan kacak sangat-sangat....

Ini dia gambar masa dia cute...


Tapi sekarang AARON KWOK dah lain yer.. Ini gambar terbaru tapi saya masih lagi minat dengannya, jadi nama nurAARIN tercetus sebab saya ambil nama AARON tukarkan kepada AARIN.. dan nur adalah nama saya sendiri, kalau saya jumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah, mereka masih lagi panggil nama aarin, kadang-kadang tulis surat pun (sebelum email meluas yer) mereka letakkan nama aarin _______ (baru nama saya), abah saya confuse juga masa terima surat (mesti dlm pale, bile masa pula anak aku tukar nama nie)

Itulah asal-usul nama blog in.. tepuk tepuk tepuk

Saya nak tag
a) rasp (kerana saya pun nak tau asal usul nama blog beliau)
b) tedi (awak sudi tak nak masuk contest nie??)
c) princess N (ada princess sbb nak jadi puteri ke??)

Sebab saya baru sahaja mengenali sis Cleoputri jadi buat masa ini entry contest: ada apa dengan nama menjadi pilihan lah yer (jujur nie!!)

Hadiah ditaja oleh Cintakraf (blog kreatif milik tuan penganjur contest ni juga)

Ini bukan hadiahnya, ini hanyalah contoh


Ok, dah cukup syarat... Tuanb penganjur, mari menterjah

Bergaduh di Facebook???



Tak sangka pula di facebook pun kawan-kawan boleh bergaduh... Tapi gaduh mulut atau dengan lebih tepat dengan kata-kata sahaja, bukan bertumbuk atau sepak-sepak ke... Kalau depan mata sure jadi, 'saya tak nak kawan dengan awak dah' sambil memuncungkan mulut, hahahaha

Jadi kepada kawan-kawan yang suka komen di facebook tue, berpada-padalah jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Untuk yang berkenaan pun, janganlah bila komen-komen tetiba lari tajuk pula.

Contoh kejadian: Kalau gambar mengenai gambar kelas, janganlah nak bermanja-manja ngan buah hati di ruang itu, gunalah inbox anda sendiri ker, wall sendiri, bila ditegur tetiba melenting pula kan... Ramai yang sakit mata membaca komen yang berbaur over romantik nie...

Tujuan kita ber-FB sebab nak cari kenalan lama, bertanya khabar setelah mempunyai keluarga sendiri dan juga berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan. Jadi, sematkanlah rasa hormat pada kawan-kawan kita sendiri...

Nota kaki:
Saya suka komen-komen nie....

Aku puas hati.....


Wah, wah tiba-tiba aarin nak tukar gaya penulisan kau aku pula ker?? Tak, tak saya masih lagi nak jadi perempuan melayu terakhir, hahahaha no no no..

Haa... kenapa melalut-lalut ni, hanya sebab nak cerita Burger McD yang baru GBC eh eh bukan-bukan GCB sangatlah sedap...Masa gigitan yang pertama saya dah tahu saya bakal menjadikan burger ini burger pilihan utama saya... Patutlah namanya pun 'It's Love first bite'

Saya bersetuju dengan pendapat Bean Moreno bahawa tak puas kerana sedap tapi saiz tak mengenyangkan. Semasa saya membuta gigitan yang ke-2, saya dah fikir nak dapatkan yang GCB yang baru.. Wah, betapa tamaknya saya


Gambar diambil dari bean Moreno

Carta terbaru pilihan burger saya di McD:
1 ) GCB
2) McChicken
3) Fish fillet

Ok, rasa-rasanya esok lunch nak ke McD lagi... Siapa nak ikut saya??

I love my hobby

Saya mengakui saya bukanlah seorang yang mempunyai idea yang kreatif tapi ada satu hobi ini saya mmg suka sangat... iaitu membuat crosstich. Saya pernah buat crosstich yang guna gelung kemudian kita framekan.. Memang cantik, cemburu dengan hasil kerja kawan-kawan yang lain.. Tapi rasa leceh sebab nak kena hantar kedai untuk framekan.
Tapi akhirnya saya jumpa cara yang senang dan mudah, siap-siap jer terus boleh gantung... 

Ini antara hasil kerja saya.. 

 Saya namakannya "Autum'


Ini pula adalah "Spring'

Sekarang tengah projek nak siapkan 'winter' pula, lagi satu musim tengah cari designnya ... Amacam, apa pula hobi kawan-kawan semua yer?



Nota kaki:
Daripada habiskan masa main game, layan buat crosstich pun bagus juga..

Dugaan lagi...

Hari ini saya diduga lagi... Ingat tak cerita Lama ini? Tapi ini tak ada kena mengena dengan cerite itu, yang ada kena mengena adalah saya diganggu lagi..


Kalau saya di pihak yg benar, kenapa awak nak kacau hubungan saya dengan tunang saya?
Kenapa awak tak nak angkat telefon bila saya call kerana mahukan penjelasan?
Kenapa awak nak jadi pengecut, hanya berani sms sahaja?


Sebab awak cuba nak memporak-perandakan hubungan kami..
Sebab awak cemburu dia menyintai saya dan bukannya awak...
Sebab hubungan kami tak akan goyah walaupun diganggu...


Jadi kepada awak yang pengecut dan penganggu ini... sila hilangkan diri sebelum saya jumpa awak... saya bukan dalam keadaan emosi yang baik hari ini....

Baru remaja dan nak ubah muka. kalau dah tua agaknya nak buat apa lagi?

First time saya tengok penyanyi remaja dari filipina ini, Charice daripada Oprah Winfrey show


Mmg terpegun dengan suaranya yang lantang ini, ditambah dengan umurnya yang masih muda (masa ini baru berumur 16 tahun), bila dia diundang oleh oprah untuk menunjukkan bakatnya saya dah tahu dia akan popular tak lama lagi.

Tapi kini bila dia dah dikenali, dia dah rasa tak puas hati dengan apa yang dimiliki. Kerana mahu berlakon dalam drama muzikal Glee, dia sanggup mengambil suntikan botox dan membuat pembedahan kecil untuk mengecilkan mukanya yang bulat..

Ok adik, kalau kecil-kecil macam ini pun dah fikir nak buat pembedahan kosmetik, nanti besar nanti mesti ada lagi perubahan yang awak nak. Nak jadi macam MJ ker, sampai nak keluar rumah pun kena pakai topeng sebab takut hidung cair. (Nasihat macam dia faham dan baca entry ini)

Apa-apa pun, kalau nak cantik, kurus atau apa sahaja, banyak lagi cara lain yang tak memudaratkan kesihatan atau buat kita menyesal di kemudian hari...

Nak kurus, kita bersenam, Nak nampak muka kecil, minta pakar solekan yang melambak2 di US tu buatkan.. Boleh kan?

Nota kaki:
Bersyukur dengan apa yang saya miliki dan berbangga dengannya...

Apabila Jasa dan kebaikan dibalas

Selalu kita tengok dalam drama. tak kira tempatan atau luar negara mesti ada sesetengah orang gaji @ pembantu yang majikan akan anggap seperti keluarga sendiri, bercuti pun bawa juga, masalah dikongsi bersama..

Tapi dalam realiti, ini adalah kali pertama saya baca mengenai orang gaji yang menjadi jutawan sekelip mata hasil wasiat dari majikannya. Kejadian ini berlaku di singapura kepada seorang orang gaji bernama cristine.

 Apartment ini dipercayai akan menjadi tempat tinggal cristine dan majikannya

Tapi dah kaya pun susah hati juga, sebab takut diculik sehingga menyebabkan cristine nak jadi penduduk tetap singapura. Setahu saya, jenayah di singapura adalah kurang daripada di filipina. Jadi daipada menempah maut di negera sendiri, lebih baik duduk di negara orang.. tak bolehlah ikut kata pepatah 'hujan emas di negara org, hujan batu di negera sendiri' sebab ini bukan rezeki tapi nyawa jadi pertaruahnnya..

Berita selanjutnya di SINI.

Nota kaki:
Miskin rasa susah tapi Kaya rasa susah hati... Hmmmmm


Artis antarabangsa jadi duta produk malaysia

Kenal tak pelakon hong kong dia atas ni? Bagi sesiapa yang layan drama kantonis tiap-tiap petang. mesti ada yang perasan mamat nie... Mamat nie sekarang dah jadi duta power root ali cafe, nama dia Raymond lam fung, sekarang tengah meletup-letup di hong kong



Kalau ada hero, mesti ada heroinnya.. Pelakon Linda chung ini juga dikaitkan sebagai kekasih on dan off screen.. sama cantik sama padan

Comel kan??

Walaupun kebanyakkan kawan-kawan lebih suka layan drama korea sbb pelakonnya lebih cute tapi saya still stay dengan drama hong kong juga, kiranya dua-dua pun saya tengok juga..


Ini Lee min ho dan saya percaya antara kegilaan ramai gadis di luar sana (saya pun nak join tapi saya dah tunang, so saya rileks jer)

Perbezaan yang saya nampak buat masa ini antara drama hong kong dan korea:
  • Drama korea lebih menitikberatkan hal-hal percintaan, kira macam cerita cinderella .. sampai ada tajuk cerita cinderalla man dan cinderella sister
  • Drama hong kong pula lebih  kepada nilai-nilai keluarga, dendam dan berebut harta..seperti moonlight resonance , drama yang mendapat rating tertinggi di hong kong
  • Drama korea, pelakon lelakinya bersifat lembut, berwajah comel dan membuai perasaan gadis2 yang menontonnya
  • Drama hong kong pula lebih menunjukkan mengenai kongsi gelap atau drama kepolisan
Poster moonlight resonnace, antara pelakonnya adalah lam fung, linda chung, bosco wong, tavia yeung dan ramai lagi

Nota kaki:
Sekarang tengah layan drama my fair lady...

Bertenang di ulu langat

Sekarang ini musim durian kan... kalau yang ada dusun mmg tak menang tangan nak jual pada peraih, kemudian ada orang nak datang dusun merasa pengalaman tunggu buah durian jatuh, mmg banyaklah aktiviti bila musim durian tiba ini.. kalau ada durian, manggis dengan rambutan pun terlibat sama, tapi semua orang lebih tumpu kepada durian kalau tak, tak adalah durian dinamakan 'raja buah' kan...

Ini bukanlah pengalaman pertama saya masuk dusun tapi pengalaman pertama van tersangkut sebab lecah yang amat dalam, macam2 usaha dilakukan.. Mmg berpeluh habis tapi bila sampai di dusun alangkah nyamannya melihat sungai yang begitu memanggil-manggil saya untuk merasa air sungai itu...

Lihat keindahan sungai yg mengalir itu, masih lagi kedengaran bunyi air yg mengalir... Sejuknya...



Abah saya kalau tangkap gambar mesti nak buat mcm2 aksi, ini antara aksi yg mencuit hati, mama control cun

Geram betul tengok adik yang comel ini kan... kalau boleh nak abadikan semua gambar dia jer... hehehe 
Pengantin baru pun sibuk nak tangkap gambar dengan durian yang baru dikutip


 Keindahan alam semulajadi... Rasa macam nak beli tanah dan buat rumah untuk cuti2 hujung2 minggu jer.. tapi rupa-rupanya tanah di sini boleh tahan mahal juga yer.. patutlah Yusuf haslam pun buat rumah disini..

Nota kaki:
Aku akan datang lagi!!!!

Seksi menjadi pengemis??






Adakah selepas ini semua orang berebut-rebut menjadi pengemis selepas terjadinya peristiwa Ini..

Dia menjadi rebutan dan digelar simbol seks kerana dia kacak dan bergaya semasa menjadi pengemis, iya semua tak silap baca mmg kacak dan bergaya sehingga fesyennya semasa megemis menjadi ikutan.. Sekarang ni bukan artis yang jadi ikutan tapi pengemis ini..Cheng Guo Rong

Apa pengajarannya disini? Kehidupan boleh bertukar dengan sekelip mata, rezeki kadang2 ada di depan mata juga boleh hilang apatah lagi yang lain.. Bersyukur dengan apa yang kita ada, usaha dan usaha dan usaha seterusnya tawakal supaya apa yang kita rancangkan menjadi.. 


Nota kaki:
Mengharapkan perkara yang indah akan terjadi... Amin




Perkahwinan yong azian dan yeop jamal

Terlebih dahulu terima kasih atas semua ucapan takziah dari rakan-rakan semua, ingatan kalian amat saya hargai.. 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


 Pernikahan yong azian dan yeop jamal (org perak, ber'yong' dan 'yeop' ler) berjalan dengan lancar pada 17 julai 2010. Pernikahan serba biru ini dimeriahkan dengan kehadiran saudara-mara yang merestui pernikahan ini.



Buat yong dan yeop, selamat melayari bahtera perkahwinan, jangan gaduh2 yer, gaduh2 manja takpe.


Nota kaki:
Ada duka dan seka, perasaan ini semuanya bercampur...

Pemergian ibu yang tersayang


Hari jumaat, penghulu segala hari juga hari pemergian ibu mertua (bakal) kembali ke rahmahtullah.

Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amin


Nota kaki: 
Ujian yang amat berat namun akan ku gagahi juga. Buat Abg N, Semoga abg tabah menghadapi ujian ini.

Handmade Wallet dari Tote Boutique


Sebenarnya wallet nie dari minggu lepas dah dapat, tapi baru sekarang sempat nak kongsi ngan kawan2.. Wallet ini ditempah melalui Tote Boutique.. Cantik-cantik beg yang dihasilkan pleh cik As ni, saya dah beberapa kali cuba nak dapatkan tote bag tapi asyik terlepas jer, kiranya macam pisang goreng panas la.. kalau lambat terlepas...

Ok, nak review sikit wallet yang saya terima ini, tahu tak apa yg best order ngan cik As? Order wallet dapat beg kecil untuk isi duit syiling secara percuma, material kain pun kita boleh pilih sendiri, so bagi yang ada kain cotton tapi tak nak buat baju, boleh beri pada cik As untuk buat wallet.

Saya percaya Wallet saya nie versi terbaru kerana ada tali straps dan magnetic snap. Tak sabar nak guna wallet ni, tapi rileks dulu, raya nanti baru melaram ngan wallet baru.. sekarang ni nak aim tote bag dari Tote boutique

Nota kaki:
Barangan handmade mmg best!!

WAKAKA juara SHOWDOWN 2010






Kalau sesiapa yang menonton showdown semalam pasti tahu siapa juaranya... WAKAKA, saya mmg sokong habis wakaka, sebab rasa budak2 nie ada talent yang menarik, persembahan yg di luar jangkaan dan yg penting nampak mereka seperti enjoy semasa membuat persembahan.




Persembahan pertama yang melayakkan mereka masuk ke pusingan battle.. first time tengok dah tahu mereka ada karektor yang terserlah, bukan sebab ada alam (So you think you can dance), tapi sebab keseluruhan ahli kumpulannya... Congrats WAKAKA!


Pengacara showdown, hafiz.. First time tengok dia mengacara dan mmg best!!

Nescafe kick start: Where dream become reality

Perasan tak ada iklan baru dari nuffnang ni.Mula-mula masa tengok iklan nescafe kick start ni, ingatkan ada season baru, yang keluar kat tv3 dengan host cheryl samad tu..

Mari kita imbas kembali pemenang nescafe kickstart:

Musim pertama
Aidan Aquinas Chew Ker-Sih dinobatkan sebagai juara musim pertama kerana ideanya yang merupakan EZY-AID, sistem yang membantu pemandu mencari ruang meletak kereta dengan lebih cepat, mudah, dan menjimat masa,syarikat beliau diberi nama Vigilant Systems. Saya tengok di sunway pyramid ada sistem parking ini, agak2nya mungkin dari syarikat pemenang ini.

Musim ke2
Francis Yong Fah Guok, seorang pelajar Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, menjadi juara musim ini dengan idea program ganjaran kitar semula di sekolah, diekori Hayati Mohd Ehsan selaku naib juara untuk idea pembangunan "manga Malaysia."

Musim ke-3
Oh Joo Nee menjadi juara wanita pertama dalam sejarah rancangan ini dengan idea membuka studio tarian sendiri. Studio itu dinamakan "Let's Dance" dan terletak di Pulau Pinang. Masa nie blogger terkenal kenny sia pun dikemput ke studio tarian ini.

Musim ke-4
Noor Hazmy bin Mohd Noor (aka "Laloque"), seorang pelajar bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Multimedia Melaka, merangkul hadiah utama RM150,000 untuk merealisasikan cita-cita beliau membuka sebuah pusat permainan paintball tertutup. Ini adalah pertama kali pemenangnya adalah melayu.

Tapi kali ini tak masuk tv dan pilihan pekerjaan juga telah ditetapkan. Ada 15 dream job yang boleh direbut, antaranya pemandu pelancong, wedding planner, game tester.. kiranya semua jawatan yang mencabar minda semua.. Pekerjaan yang normally kita jarang lakukan..

Dalam banyak-banyak tu teringin nak jadi calebrity PA sbb nak tahu artis mana yg kekwat sangat dan mana yang hanya palsu didepan peminat, hehehe

Cara nak masuk:
a) Mula-mula pilih 3 kerja yang paling anda suka
b) hantarkan video mengenai kenapa amda patut dapat kerja tu
c) Peserta yang terpilih akan berlawan secara mental dan fizikal dalam masa 24jam utk membuktikan kita layak mendapat kerja itu.

Rasa berminat sangat tapi tak ada talent nak buat video yang boleh menarik hati juri-juri semua. Tetapi kepada blogger di luar sana yang teringin sangat nak mencuba pekerjaan lain, See detail HERE

Teluk intan, tempat ku dilahirkan

Saya anak jati perak. mama dan ayah saya orang perak... Tunang saya juga orang perak... kiranya saya nie 100% perak... bukan anak emas.. cuma anak emas ibubapa saya jer.. apa yang melalut nie?

Ok, ok tujuan sebenar nak beritahu saya dilahirkan di teluk intan.. apa yang menarik di teluk intan? Mestilah MENARA CONDONG TELUK INTAN.. sepanjang saya berulang-alik semasa balik kg (kampung saya di Bagan Datoh), tak pernah pun naik menara condong itu, baru2 nie menara ni dah dibaik pulih, jadi ada peluang nak naik.





Teluk intan.. Dulu dan sekarang

Keadaan di dalam menara

Nampak Menara nie macam tinggi kan, tapi sebenarnya cuma boleh naik 2 tingkat jer.. paling atas tu tempat tangki air.. Gambar menunjukkan ayah saya sedang melihat jam yang bergoyang tue, setiap 15 minit, jam ini akan berbunyi, mmg best...

Ini pula keadaan di luar menara.. nak tahu asal usul nama teluk intan boleh Klik sini,, nnt kalau cerita kat sini, tak habis2 pula, hehehe

Sempena dengan world Cup ni, menara dihiasi dengan bendera negara yang bertanding, serta ada layar besar untuk penduduk teluk intan menyaksikan perlawanan beramai-ramai...

Nota kaki:
Saya berbangga menjadi anak perak....

Pengalaman: Interview dengan orang kerajaan

Membaca kisah puteri kurekure membuatkan saya teringatkan kisah saya interview 6 tahun lalu masa nak jadi orang kerajaan juga, tapi peringatan saya GAGAL mendapatkan kerja itu.. jawatannya sebagai pegawai sains...Jadi jangan tiru aksi ini.

Nampaknya selepas 6 tahun, cara interview dgn kerajaan masih lagi sama, patutlah sampai ada E-book macam mana nak interview kerja kerajaan gerenti lulus.. (goggle kalau nak tahu mcm mana nak mendapatkan bukunya..Peringatan: saya tak beli sbb tak dapat interview lagi lepas pengalaman pertama itu, orang putih kata pengalaman The one and only sahaja)

Mula-mula sampai tengok ramai betul orang.. kat Ipoh pun ramai macam tue apatah lagi negeri2 lain.. Saya masa tue baru sahaja habis belajar tapi dah dapat keje ngan swasta., baru keje 2 minggu.. Kawan2 seperjuangan pun banyak juga yang dapat interview ini, mungkin masa tu kerajaan nak tambah pegawai sanis kut..

Ada 2 orang yang interview saya.. kira 40-an juga.. masuk bagi salam, suruh duduk baru duduk, handbag letak di tepi kerusi, duduk pula tegak jer, kaki sure sopan sbb para interviewer boleh tengok kita dari atas ke bawah (jgn fikir serong ah....)

Start interview mmg best, sbb rileks jer, tanya pasal famili, sekarang buat apa.. kira macam nak bagi kita jangan gementar... after 10 minutes, tetiba jer jadi serius.. giler serius.. kata interview tadi kita dah bersoal-jawab dalam BM, kali ini kita BI pula, takkan nak jadi pegawai BI tak bolehkan?

Masa nie dah start cuak... padahal bukan tak leh speaking (skit2 la) tapi sbb rasa dah serius automatik peluh dah memercik2.. masa tue semua info dah lupa sampai soalan paling basic pun kantoi... Dah habis, beri salam dan balik lah.. Tapi dah tahu sebab rasa tak capai standard.

Mengapa saya GAGAL, antara soalan yang saya gagal jawab dengan baik:
a) Nak jadi pegawai sanis di jabatan kimia tapi ada berapa cawangan pun lupa?
b) Ini soalan sains: kalau kita nak buat dilution, acid tambah pada air atau sebaliknya? Sila jawab, nnt saya bg jawapanya
c) Negara kita ada berapa wilayah persekutuan? serius tak tahu
d) kalau kami hantar ke sabah/ sarawak, terima tak? (mengapalah saya kata tak mahu..isk isk isk, menyesal)


Ada 2 orang kawan sekelas yang mendapat jawatan itu masa itu, kedua-duanya dihantar ke sarawak.. Agak2nya kalau saya dapat, mungkin saya ke sarawak tak?

Nota kaki:
Sampai sekarang tak dapat apa2 pangillan pun , mungkin jodoh saya dengan kerajaan tak kuat nie... nak kena mandi bunga ker?

Saya kemana hujung minggu lepas??


Miss me?? hehehe, saya MC semalam, biasalah masalah wanita ini kan.. OK, nak kongsi cerita hujung minggu...

Lihat gambar di atas mesti ramai yang dapat teka saya ke mana kan... Mmg menarik I-City bandaraya bercahaya ini..

Tak puas nak tangkap gambar dan menikmati keindahan cahaya lampu yang berwarna warni ini..

Saya ke sana lebih kurang pukul 1 pagi, masih lagi ramai oarang di sana, mungkin kerana malam minggu jadi semua ambil kesempatan untuk lepak lama skit...

Mama bersembunyi di sebalik bulan dan bintang.. ewah..


Mama peluk apa itu?
 "
 "
 "
 "
 "
 "
"
"
Ohhh... Abg Dino rupanya, patutlah dapat peluk kaki jer...



Masa ini flash gambar lupa nak adjust, jadi nampak merak tak nampak orang.. Itu pakcik saya, pakcik saya cool orangnyer, pukul 1 pagi pun layan jer






Lihat aksi mama itu.. kalau cudak-budak kan, hehehe

Mama and me yang sangat gembira...

Cantiknya... berwarna-warni..

Nota kaki:
Seronok beriadah bersama keluarga...

Hanya tinggal rangka dan abu..serta kenangan

Isnin lepas menerima berita mengejutkan daripada makcik saya di Cheras mengatakan rumah anaknya iaitu sepupuku terbakar.. Makcik dengan sepupu adalah sekampung cuma rumah berjauhan lebih kurang 10 meter sahaja tapi hanya rumah sepupu saya yang terlibat, api dapat dipadam sebelum sampai ke rumah makcik.

Tapi alhamdullilah tiada yang cedera dalam kebakaran ini, itu yang terbaik. Harta benda boleh dicari tapi kalau kehilangan nyawa..

Kebakaran ini melibatkan 10 buah rumah terbakar dan impak daripada kebakaran ini, kesemua penduduk di sungai kerayong diarahkan untuk berpindah demi keselamatan mereka. Walaupun berat hati tapi makcik saya terpaksa juga menurut.. Ialah daripada rumah menjejak tanah kini ke rumah pangsa untuk orang tua mmg berat hati tapi apakan daya.. tiada lagi ruang bercucuk tanam atau tempat untuk membela ayam, moga makcik tabah..

 Pokok pun sampai kering, atap yang kelihatan adalah rumah makcik, nasib baik bomba sempat selamatkan rumah makcik

Makcik dan mak di tapak kebakaran, di belakang adalah rumah makcik yang terselamat daripada terbakar

Yang tinggal hanya rangka dan abu.. tiada apa pun barangan yang dapat diselamatkan

Keluarga yang prihatin, melawat makcik dan sepupu untuk memberi kata-kata semangat

Kejadian kebakaran ini berlaku di waktu siang, sekiranya malam tak tahulah samada kejadian yang tidak diingini boleh berlaku kerana sepupu saya mempunyai 2 anak kecil dan suaminya hanya bekerja shift malam.. Buat sepupuku Ecah, sabarlah menempuh dugaan ini..

Nota kaki:
Malang tidak berbau.. tapi selepas kebakaran seminggu pun masih lagi berbau asapnya..

Make over drastik

Betul tak make up boleh mencantikkan seorang wanita?

Gambar di bawah adalah buktinya
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



Klik untuk tumbesaran
 
Tiada wanita yang hodoh, hanya yang miskin sahaja, kerana dengan make up yg sempurna 
seorang wanita boleh dimake-over sehingga begini menarik.
 
Gambar di atas adalah satu pertandingan tahun 2008 dalam make over untuk 9 wanita dalam masa 12 jam.

Wanita yang ke-2 dari kiri memenangi pertandingan ini.
 
 
Nota kaki:
Wah...Wah... Wah...

Akhirnya Fasha Sandha mengaku juga

Ingat tak saya pernah cercerita mengenai helicopter dan Fasha?

Rupa-rupanya itulah pencetus bermulanya percintaan mereka.. patutlah fasha marah bila ada org kacau Bf dia...

Kepada Fasha, jagalah kekasih awak baik2 yer, rasanya tak ada sape nak rampas kekasih awak tu sebab tak nak jadi macam ex-wife rizal..Oppss, Semoga berbahagia tapi kalau berkahwin tanpa restu ibubapa, banyak halangannya, bersedialah lebih awal.

Nota kaki:
Bersyukur hubungan saya berjalan dengan baik... alhamdullilah...

Related Posts with Thumbnails