Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Istanbul aku datang & Cold war


 Saya mengambil kesempatan sempena cuti Depavali untuk mengajak hubby menonton wayang Istanbul aku datang dan cold war.




 Istanbul aku datang

 

Apa yang saya suka:
  1. Fashion Dian (Lisa surihani) sangat gorgeous, yang paling cantik adalah kasut-kasutnya.. Nak sangat
  2. Masa Dian takut kucing, sangat2 funny, sebenarnya saya pun takut kucing dan pernah melompat semasa makan kat kedai makan, so saya faham bila watak dian takut dgn kucing, it's not over reaction
  3. Zaman sekarang ni, memang senang utk salah faham mengenai hubungan lelaki –lelaki, wanita-wanita…. Jadi berhati-hati bila judge seseorang
  4. Maggie asam laksa.. saya rasa student di luar Negara sangat memahami betapa desperatenya tak jumpa Maggie…. So hadiah Maggie sangat bermakna

Apa yang kurang dlm filem ini:
  1. Ending yang boleh diteka, tapi masih sweet
  2. Tomok.. I don't know….hmmmmm

Conclusion:
Buat peminat lisa surihani, filem ini wajib tonton kerana boleh menonton lakonan lisa yang ceria, sweet dan sad... Beto is currently actor yang sedang meningkat naik so berbaloi untuk menonton filem ini.. Saya bagi 4/5 star

 


Cold war

Police story untuk filem hong kong tak pernah kering idea.. ada sahaja jalan cerita yang menarik untuk ditonton dan yang terbaru dari hong kong filem cold war sangat interesting.

Sedikit sipnosis dari wikipedia:
Asia’s safest city is about to be tested.
In Asia’s safest city, the police have long been untouchable. Approaching midnight in Hong Kong, police headquarters receives an anonymous call: a fully loaded police van carrying the force’s most advanced equipment and five highly trained officers has disappeared off the grid. The hijackers possess direct knowledge of police procedures and are already several steps ahead. The police must meet a list of demands to ensure the hostages’ release, including the delivery of a large ransom. Any delay will cost lives. The clock has begun to tick.

Terasa tekanan semasa menonton kerana kalau terleka sedikit kita akan terlepas untuk menangkap segala maklumat daripada cerita ini, saya suka filem yang membuatkan kita meneka-neka siapa sebenarnya dalang dalam sesebuah rancangan jenayah. Tambahan pula kalau kita boleh mengesyaki semua yang terlibat, sangat mendebarkan.. saya bagi 4.5/5 star ( i love aaron kwok hehe)


Sangat puas dapat tonton 2 filem yang menepati citara.. sejak akhir-akhir ini kualiti filem melayu semakin menurun.. jadi kita kena bijak memilih filem yang mahu ditonton kerana kita adalah pengguna dan kita berhak meminta filem yang baik untuk ditonton..

Istanbul aku datang


Dah lama sangat rasanya tak tonton filem. Last wayang yang saya tonton adalah premium rush. Filem yang saya mahu tonton sangat-sangat untuk tahun ini adalah 


ISTANBUL AKU DATANG


 Saya adalah peminat filem arahan bernard chauly sejak gol & gincu serta pisau cukur, filem arahannya lebih fokus kepada wanita. Jadi saya sangat tak sabar untuk menonton filem ini..

Mari kita tonton sedikit trailer filem ini


Filem Istanbul Aku Datang ini mengisahkan mengenai seorang gadis lakonan Lisa Surihani yang terbang sejauh 8000km ke Istanbul, Turki untuk bersama kekasih hati namun terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk meneruskan kehidupan di sana.

 Best kan.. jom kita tengok filem yang sangat sweet ini.. eee, tak sabar tak sabar tak sabar!! Dah tonton filem ini nanti, saya akan review k

Terima kasih KFC atas keprihatinan anda kepada aduan pelanggan


 2 minggu lepas saya redeem point daripada snax card KFC dan telah mendapat surat untuk mendapatkan snack plate.  Lama juga saya simpan point, hampir 2 tahun baru saya redeem. Jadi saya sangat excited untuk redeem makanan free, hehe

Tapi semasa saya hendak redeem, kakitangan KFC menjelaskan bahawa kandungan surat menjelaskan saya hanya mendapat snack plate tanpa air, padahal semasa saya redeem, gambar menunjukkan ada air. Tapi memandangkan orang pun ramai, saya malas nak bercerita panjang.

Ini adalah gambar yang diambil dari laman web KFC snax card

 Semasa makan, rasa macam tak puas hati sebab saya berhak mendapat apa yang dipaparkan dalam laman web mereka. Jadi akhirnya saya membuat aduan di FB mereka dan saya gembira kerana mereka mengambil berat aduan pelanggan. Baru sahaja pihak yang menjaga branch area manjung dan teluk intan, En sharizal menerangkan bahawa mereka sedar akan kesilapan ini dan akan mengantikan set yang baru untuk saya.

klik untuk tumbesaran

Tapi itu bukan sahaja masalahnya, saya redeem snack plate dan whipped potato. Tapi voucher yang sampai, saya dapat snack plate dengan chezzy wedges.. padahal front page letter tulis snack plate dan whipped potato. Mula-mula ingat tak kisah, tapi bila check pointnya perbezaan hampir 400 point, rasa tak berbaloi pula.

Sekali lagi, saya buat aduan di FB KFC. Feedback yang saya terima amat baik, dan pihak KFC akan menggantikan satu hidangan baru snack plate beserta air dan voucher untuk whipped potato serta saya boleh simpan voucher chezzy wedges.
 
Saya percaya pelanggan berhak mendapatkan apa yang dipaparkan jadi sekiranya kita rasa tertipu, adukan sahaja dan pastikan mereka feedback kita balik. Takkan company besar, RM1 - 2 pun tak mampu nak gantikan..





Related Posts with Thumbnails