Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Giveaway nuraarin: 10 years love anniversary


Ini adalah entry melekat sehingga 31 Ogos, entry terbaru ada di bawah tau!!




Akhirnya masa telah tiba... Bulan Ogos yang dinantikan untuk tahun 2010 iaitu anniversary 10 tahun perkenalan saya dengan tunang saya, abg N, untuk memeriahkan bulan yang saya anggap sangat-sangat bermakna ini, Saya nak buat giveaway ini...

'Giveaway Nuraarin: 10 years love anniversary'

Syarat-syarat:

  • Nak jadi follower pun boleh, tak nak pun boleh
  • Ini wajib, linkkan blog saya dalam blog list kawan-kawan tau
  • Buat satu entry mengenai giveaway ini dan tepekkan banner di atas dan link ke blog aarin dalam entry kawan-kawan
  • Jangan lupa tinggalkan permanent link dan email pada bahagian komen yer
  • Giveaway ini bermula dari 1 - 31 Ogos 2010
  • Bagilah ucapan yang paling best dari kawan-kawan.. (ini bukan wajib yer)
  • Pemenang akan diundi secara adil... tak perlu slogan2 kreatif bagai


Hadiah Utama:
  • Crosstich (made by me)
  • 2 Barangan apa-apa sahaja item daripada arissacraftshoppe  (Pilihan sendiri)


Hadiah saguhati (tak decide lagi berapa banyak, terpulang pada sambutan)

Ok, itu sahaja.. Selamat ber'giveaway'

Hari ini 30 Ogos....ada 1 hari lagi sebelum tarikh tutup!!


30 Ogos... selain menanti 31 Ogos hari merdeka, besok merupakan hari terakhir giveaway ini
 Terima kasih kepada yang sudi menjayakan GA yang serba sederhana ini..
1 September saya akan update senarai peserta dan insya-allah saya akan umumkan pemenang pada 3 September...
Kepada para peserta, arissacraftshoppe adalah kedai online kawan sepejabat saya, bukan milik saya, minta diperbetulkan kerana ada yang menyangka itu adalah blog saya juga.. 
Selepas pemenang diumumkan, diminta berhubung terus dengan arissacraftshoppe   
Saya akan berkomunikasi dengan arissacraftshoppe di sini sahaja dengan memberitahu siapa pemenang yang berhak memilih apa saja item daripada blog beliau (meja kami dekat sahaja)
Akhir kata.. selamat ber'giveaway' !!
 

Pelakon kanak-kanak: menambat hati penonton

Kenal dengan pelakon di atas? Macaulay culkin sudah berumur 30 tahun (tak sangka sama dengan saya).. Teringat masa kecil2 dulu menonton Home alone dan home alone 2, masa tu saya rasa kalau ada penjahat masuk rumah sure boleh lawan, akibat tengok filem itu lah.

Comel kan poster filem ni, masa nie dia baru berumur 10 tahun

Kini pelakon utamanya dah besar, merupakan kawan baik kepada michael jackson (MJ) sehingga diundang untuk berlakon dalam  video klip 'Black or White'




Ramai pelakon kanak2 hollywood yang saya amat suka seperti dakota fanning, pertama kali melihat aksinya semasa berlakon filem 'I am Sam', kisah mengenai seorang bapa yang mempunyai pemikiran seperti berumur 6 tahun, terpaksa membesarkan anaknya seorang diri tetapi apabila anaknya makin meningkat umur, di situ timbullah konflik kerana pihak kebajikan cuba mengambil anaknya.

Dakota fanning

Di malaysia pun apa kurangnya, sekarang ini fenomena mia sara melanda malaysia. Si kecil yang diperkenalkan melalui drama adamaya, sekarang tengah popular dalam epilog syurga cinta dan akan datang Nur kasih the movie.

 Oh comelnya Mia!!

Tapi sebelum itu, saya pernah meminati artis ini semasa dia masil kecil lagi, kini dah dewasa, sudah mempunyai anak tapi masih lagi comel seperti dulu.

Anne ngasri bersama anak2 comelnya.. saya cuba google gambar masa dia kecil tapi tak jumpa

Ramai pelakon malaysia yang berbakat besar tapi kenapa hancurkan kerjaya dengan berpeleseran di kelab malam, mengacau rumahtagga orang, terlibat dengan pergaduhan... Jangan jadikan Artis sebagai Idol...

Leher panjang dan kaki kecil




Jangan terkejut tengok gambar di atas.. itu adalah koleksi terbaru fridge magnet saya.. Kawan belikan semasa dia melancong ke thailand..
Masa mula-mula dapat terkejut juga, ingatkan dapat FM gambar pusat pelancongan thai ker, rupa-rupanya FM salah satu kaum di Thai yang masih lagi mengamalkan tradisi memakai besi di leher supaya leher menjadi panjang.. Makin panjang leher mereka, makin berhargalah seseorang wanita itu..

Teringat pula Di china apabila, kanak-kanak dipaksa disuruh memakai kasut yang kecil untuk mengecilkan kaki mereka. Menurut kepercayaan orang China, saiz tapak kaki keil membuatkan mereka lebih menawan dan bahagia dalam perkahwinan.


My 'Winter sonata'

'Winter Sonata'

Alhamdullilah, dalam kesibukan menunaikan ibadah puasa dan berniaga, saya berjaya juga menyiapkan satu lagi koleksi crosstich 'winter sonata'.. Koleksi lain sila rujuk SINI dan SINI

Ingat nak sambung musim yang terakhir iaitu 'summer', tapi nak tunaikan hajat member saya siapkan crosstich yang saya namakan 'home sweet home'.. Khas buat member yang bakal bertunang bulan 11 ini..

Hadiah untuk giveaway pun dah siap.. tunggu nak cabut nama pemenang jer. Gambar apa? Biarlah rahsia dulu.. 



Siapa kata Malaysia tak kaya, kita mampu ambil artis antarabangsa jadi Duta

Sebelum ini Ali cafe power root ambil artis hong kong, Raymond lam sebagai duta kopi mereka, dan pesaingnya super coffeemix pun tak mahu kalah ambil JJ lin, artis singapura yang popular di taiwan sebagai duta mereka juga...

Apa tujuan mereka? Mesti mempengaruhi kaum cina pula untuk minum kopi, sebab selalunya cina lebih suka minum teh (ini pendapat saya sahaja)




Saya rasa perkembangan dunia bisness di malaysia makin maju sehingga ambil duta antarabangsa, sekiranya duta kedua-dua kopi ini artis hong kong dan singapura, bermakna mereka mahu kembangkan bisnes ke sana. Takkan ambil artis luar negara nak promosi kat negeri sendiri jer, buat apa kan?


Nota kaki:
Bila pula kita nak dengar artis malaysia jadi duta produk di negara orang pula?

Nuffnang sayang saya juga









Selalu baca blog kawan2 kawan yang lain, semua dapat BE baru, saya tak cemburu kerana saya tahu traffic mereka berduyun-duyun.. apalah sangat nak dibandingkan dengan blog saya ini tapi rupa-rupanya Nuffnang juga sayang pada saya..



Dah beberapa tengok iklan UOB Ladys Card LR terbit di blog saya dan akhirnya dah masuk jadi BE.. thanks nuffnang..

Nota kaki:
Tak kiralah nak kata mengampu atau apa pun, yang penting semua yg letak iklan nuffnang tujuannya untuk menjana kewangan kan.. jadi tak adalah istilah mengampu disini

Hadiah giveaway yang saya terima

Sesetengah hadiah giveaway ini dah lama saya terima, tapi nak khabarkan juga buat penganjur yang susah payah buat GA tapi bila dapat hadiah tak dapat kita nak ucapkan terima kasih personally jadi melalui blog pun bagus juga kan..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contest Si tedi buat contest:bila dak itam,  Saya tak menang apa-apa pun tapi cik tedi berbesar hati memberi cenderamata sebagai penghargaan kerana menyertai contest ini.

Keychain dan kad ucapan, thanks tedi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini pula hadiah dari Giveaway top member dari blog teratak kasih zie fauzi


Dapat satu key chain dan satu hp strap
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini pula hadiah GA yang jatuh ke tangan saya sebab pemenang tak tuntut hadiah, kira rezeki saya lah kan

Cloth pad dari mama lyna

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan Ramadhan ini, saya terima hadiah GA antaranya:

 Seutas gelang dan fridge magnet dari jue

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan yang terakhir saya terima semalam


 Plushie dan beg untuk si kecil dari Azie



Nota kaki:
I love all the present, thanks pada penganjur-penganjur semua!!

Penagih dadah boleh berubah.. saya sangsi

Bukanlah bermakna saya memandang rendah pada mana-mana bekas penangih yang sudah insaf tapi saya percaya yang insaf ini pernah masuk pusat pemulihan keluar balik, kemudian menagih balik.. dan insaf balik hinggalah betul-betul berhanti dari menagih. Sokongan keluarga amatlah penting, saya menulis berdasarkan pengalaman mempunyai saudara bekas menangih tapi alhamdullilah kini beliau sudah berumahtangga dan menjadi seorang bapa yang baik.


Saya terpanggil menulis kerana kes ini, kesian pada wook, 108 tahun yang menyangka suami mudanya, 38 tahun dah berubah, masa keluar dari pusat pemulihan hari tu bukan main lagi beria-ia nak berubah, sekolah pondok bali, alih2 tak sampai sebulan pun keluar dah kena tangkap balik. Wook yang tak mahu beraya sendirian terpaksa berhabis RM2000 nak menjaminnya. 

Raya lambat lagi, jangan kena tangkap lagi sekali la... Nanti raya makan bubur jer lah jawabnya..

I order again from tote boutique!!


Hehe, excited tak ingat punya sebab berjaya memiliki apa yang saya idam kan, ingat lagi tak entry mengenai apa yang saya idamkan..

Walaupun tak dapat, tapi tas syawal yang saya beli ini pun kira beg yang boleh dilaram masa raya nanti, ok dah lengkap ada wallet, ada cosmetic pouch, ada handphone wrislet, ada card wallet.. cukup dah.. Cerita jer tak best kan, mari tengok gambar barangan handmade yang saya beli dari tote boutique ini...

 Ini cik As namakan tas syawal

Saya beli semua Lady bird collection: Cosnetic pouch, card wallet dan handphone wristlet

Card wallet  for my mum, my mum pun teringin juga, hehe

Ini antara percuma bile kita beli tas syawal dan cosmetic pouch, ada card dan money wallet..

Adakah anda juga teruja seperti saya.. hehe kalau nak sesuatu beg yang custome handmade boleh lah lawat tote boutique ini..


Nota kaki:
Saya sangat suker!!!

Senarai peserta Giveaway nuraarin: 10 years love anniversary

Sudah hampir 2 minggu giveaway ini berjalan, alhamdullilah penyertaan amat mengalakkan..maksudnya aarin nak tambah hadiah.. belum tahu lagi berapa tapi confirm bukan 2 jer hadiahnya k

  1. Anin
  2. Zaikulim
  3. MamaZharfan 
  4. nur-eimi
  5. T@sh Sch@
  6. ctnurkhijah
  7. expresion de higado
  8. Qard91
  9. nurita zakaria
  10. Ibu ayra
  11. syakila
  12. My My
  13. S.o.f.i.a
  14. miss edura hanum
  15. ady-shariz
  16. Nana
  17. nadiah
  18. Siapa Lin?
  19. Mak Su
  20. Roshazzy shaq
  21. lyd
  22. tiefazatie
  23. zahidah dihaz
  24. eira
  25. nur
  26. suzierahman
  27. Momma Mia
  28. SuZie
  29. kopoklekor
  30. maszmadi
  31. maz-mazrina
  32. Arol
  33. miza
  34. tehbungakekwa
  35. pinkbutterfly
  36. gewecun
  37. Rina
  38. Tomato girl life


Nota kaki:
Ada sesetengah peserta tidak meletakkan email tapi saya terima juga cuma berharap sekiranya nama anda terpilih tapi saya tak dapat nak hubungi.. faham-faham lah yer!!

Kan dah kantoi!!


Jangan ingat kita boleh lepas macam tue saja, ini rentetan mengenai kisah ini... Boleh baca menmgenai kes ini di SINI..

 Gambar dari google, saya suka merah putih ini

Gambar di atas bukan yang memey usung lah, kalau dia angkat mahu patah pinggang, hahaha.... 
Kerana mulut badan binasa, perumpamaan begini memang sesuai kerana daripada pengadu sanggup menjadi saksi kerana tak tahan dengan pembohongan yang dilakukan oleh pasangan romanis ini..

Jadi, buat semua sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, selidik dulu ada tak orang sekeliling yang tahu apa yang cuba anda bohongkan?

Nota kaki:
Malas nak tepek gambar mereka.... sakit mata, hahaha, kalau nak menguji mata, test di SINI

Love and marriage

Kisah  percintaan dan perkahwinan  (suatu pemerhatian)


Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.
 
 
Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.
 

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.
 
 
Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.
 
 
Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.
 
 
Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .
 

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.
 
 
Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.
 
 
Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.
 
 
Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".
 
 
Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"
 
 
Saya percaya apa yang selalu kita gambarkan  semasa bercinta takkan sama selepas kita berkahwin. Tapi jangan mengharapkan yang terbaik dari suami sekiranya kita tak cukup baik sebagai seorang isteri. (Peringatan buat diri sendiri, wink! wink!)

Mari menguji mata anda...

Pagi-pagi dah mengantuk?? Mari cuba meneka image di bawah ini












Dapat teka tak? kalau dapat teka maknanya mata anda sedang mengantuk.. Bg yang tak dapat teka menunjukkan mata anda sangat segar pagi-pagi ini


Bagi yang mata segar dan ingin melihat image di atas, sila ikut langkah ini!

Kecilkan mata anda sehingga paras 90%...
Nampak tak? kan dah kata untuk yang mata mengantuk sahaja yang boleh baca

Nota kaki:
Saya mengantuk agaknya sebab itu image di atas asyik kelihatan jer!!


Wajib cari makanan ini untuk berbuka

Tiap-tiap tahun mmg wajib cari kuih ini untuk berbuka, kalau tak sempat nanti habis... tak sabar nak ke pasar ramadhan untuk menerjah kuih yang hanya pada bulan puasa sahaja teringin nak makan iaitu


Popia goreng!!

Tak tahu mengapa, kalau hari2 biasa pandang jer gerai ni tapi masa bulan puasa mmg full house, nak beli pun kena beratur berebut-rebut...

Itu kuih, kalau air pula.. yang wajib adalah 

gambar hasil carian google
 
Tebu... ooooo tak sabarnya!!! Tengok aisnya betul2 menggoda jiwa dan perasaan...

Jom.. cepat, kemas, balik terjah.. tapi jangan ikut nafsu, nanti membazir.. beli apa yang perlu sahaja k


Cerita mengenai 'crosstich' lagi...

Ini cerita crosstich lagi... sila layan gambar...

Ini adalah hasil kerja yang boleh saya banggakan kerana ia telah digantung di sebuah hotel di manjung ini.




Digantung di dalam coffee house

Close up sikit...

Nota kaki: 
Tak sabar nak siapkan 'winter' saya

Mencuri kerana buku, daripada tabiat nakal menjadi tabiat baik

Tajuk di atas bukan kerana saya mengalakkan kawan-kawan mencuri, tapi saya tertarik dengan tindakan seorang kanak-kanak yang mencuri bukan kerana nafsu jahat tetapi kerana nafsu minatnya terhadap sebuah buku...

Walaupun di awal ianya salah tetapi di situ tercetusnya sebab ibubapanya tahu minat anaknya terhadap buku. Jadi itu yang saya katakan daripada tabiat nakal kepada tabiat baik. Membaca buku adalah tabiat baik, menambah ilmu juga pengetahuan mengenai dunia luar yang mungkin sukar untuk kita terokai sendiri tapi dengan membaca semua itu dapat dipenuhi.

Saya juga suka membaca, masa kanak-kanak dahulu cerita dongeng memang menjadi pilihan, menginjak remaja novel menjadi peneman sebelum tidur, masa study membaca novel english untuk melancarkan bahasa english saya dan terbukti ianya berjaya.

Itu cerita saya, Ini pula cerita Rasyidah


Nota kaki:
Sekiranya saya juga mempunyai seorang anak yang suka membaca, rasanya sangat berbaloi untuk menghabiskan duit ke arah itu..

Sekarang mmg trend merah hitam ker?

Masa mula-mula nak tunang dulu, dah fikir mmg masa kawen nanti nak pakai warna merah. Masa tunang saya buat warna ungu sebab mama minat sangat dengan warna itu, jadi tak nak hampakan mama saya teruskan warna ungu, tapi alhamdullilah its turn nice and sweet!


Gaun macam nie tak muat mampu saya nak bawa/ pakai, tapi cantik ar....seksi





Ini dari blog make up artis, gee cantik

Tapi sejak akhir-akhir ni, bila saya ke kenduri mana-mana semua pengantin berbaju merah @ merah putih dan sesekala merah hitam... Yang terbaru ni saya tengok pelamin merah hitam, mmg sangat cantik...

Image dari SINI


Jadi dari warna merah sahaja, saya rasa nak buat merah hitam juga lah... kalau akad nikah, warna merah hitam elegan giler pula... dah mcm orang putih lak!!

Nota kaki:
Pening. pening!!

Bear percuma.. So cute!!

Ini entry yang dah lama ditulis tapi baru sekarang nak publish, idea tak ada jadi publish jer lah yang ini yer, layan...

Mama baru first time ke sunway pyramid, jadi mama sangat teruja!! Saya pun bergambar juga lah..


Ada jualan elianto, alat penjagaan diri dan juga alat kosmetik, saya pun borong sampai 4 minyak wangi dan set eye shadow yang sangat funky. Ada promosi beli RM100 dapat bear dan make up percuma tapi saya tak ada masa jadi kena skip, sangat-sangat menyesal...


Di promosi set juga ada set Eco park yang sangat green.. Mama dan abah tak habis-habis tangkap gambar.

Romantiknya pasangan ini..


Nota kaki:
Tengah melaram dgn salah satu minyak wangi elianto. Ada promosi sehingga 70% sampai 31 Ogos ini.

Siapa lagi yg boleh dipercayai, daripada guru kini pemandu van pula!!

Mungkin ikut keadaan semasa kut, bila ada kes pemandu van yang cuba merogol seorang murid minggu lepas, kali ini kes pemandu van mencabul murid pula..

Sebahagian besar ibubapa memerlukan khidmat bas atau van untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah setiap hari. Ibubapa yg bekerja memilih jalan ini yang terbaik untuk mempastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

Tapi apabila berlaku kes-kes di luar jangkaan seperti guru yang mencabul, menayang video lucah pada anak murid membuatkan saya berfikir kenapa masalah ini berlaku? Adakah mereka-mereka ini (pendidik) mengalami masalah jiwa atau sememangnya mereka sengaja?

Rasanya adalah elok benar kerajaan mem'blok' website lucah ini di Malaysia, saya percaya ia adalah salah satu penyumbang kepada apa yang berlaku pada anak remaja @ org dewasa. Bila timbul kes-kes anak rogol mak, atuk cabul cucu siapa yang perlu dipersalahkan?

Nota kaki:
Bimbang dengan masa depan anak-anak di masa hadapan apabila dunia semakin maju

Kagum dengan Ziana zain

Bagi saya Ziana Zain adalah seorang artis yang sangat ramah, kurang cerita2 sensasi sejak dia kahwin.. Lepas kahwin pun dah kurang seksi, cuma dari segi pemakaian nampak dia seksi walaupun tak dedah sana sini... Suami pun makin lama makin kacak..


Kisah rumahtangga pun kurang.. Cerita pasal anak-anak jer yang banyak, baru-baru ini Ziana dapat anak kembar, sungguh seronok bg pihak dia, dapat juga anak perempuan setelah 12 tahun kahwin...

Baca menganai kisah rumahtangga Ziana di sini, banyak Tips yang diberikan... Sepatutnya setiap pasangan berbincang apabila ada konflik, bukannya marah tak tentu pasal.. Sebab kadang2 pasangan kita bukan tahu apa kesalahannya kalau tak diberitahu kan...

Nota kaki:
Ziana dapat ciuman di pipi dari suaminya, tapi KD dapat ciuman mulut dari suami orang? Bangga ke KD?

Related Posts with Thumbnails