Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Saya nak pergi bintulu, apa yang saya boleh cari di sana?


Next week saya akan ke Bintulu sarawak untuk keje, tak lama dalam 2 hari sahaja so saya perlukan bantuan kengkawan yang pernah ke BINTULU atau sememangnya kampungnya di bintulu untuk menolong saya.

Nak minta tolong apa? Biasalah kalau kita dah pergi ke tempat orang mestilah nak beli sebanyak mana cenderamata yang boleh, jadi saya perlukan bantuan di mana patut saya pergi untuk shopping, maksud saya in one place kita boleh dapat macam-macam barang..

Tolong yer!! Masa suntuk tapi nak beli banyak barang ni...

Diskaun RM5 dan RM30 untuk pembaca intrend


Siapa-siapa yang belum dapatkan majalah intrend baik cari cepat, ada banyak baucar diskaun. Antara yang di atas saya dah tebus tadi baucar RM 5 untuk shampoo dan conditioner Pantene.  Memang berpatutan, shampoo dari RM15 jari RM5 dan conditioner dari RM8 jadi RM3 sahaja.  Boleh ditebus bila-bila masa sehingga 30 Nov ini.



Ini pun baucar istimewa juga diskaun sampai RM30 dan ada bonus kalau kita tebus di event yang dinyatakan. Siapa nak bagi diskaum sampai RM30, beli majalah baru RM7.50 sahaja.

Model antarabangsa Amber Chia dapat anak lelaki


Amber Chia, saya sebenarnya kagum dengan model antarabangsa ini tapi tolak sedikit kagum mengenai kesudiannya bergambar untuk majalah playboy indonesia, kita pun tahu majalah playboy itu untuk apa kan...

Tapi kenapa saya kagum dengan dia? Sebab walaupun amber chia ini model antarabangsa, bertemu dengan ramai individu yang kaya-raya di luar negara tapi dia tetap balik ke asal usul dengan mengawini orang malaysia. berkahwin dengan pengurusnya sendiri dan pada hari selasa 5 petang yang lepas, amber chia telah  melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.

Sumner gambar: kosmo

Jadi sehebat manapun kerjaya kita, melahirkan seorang anak adalah kejayaan yang terhebat buat seorang wanita, anda setuju??

PJJ amatlah menrunsingkan

Semalam sembang panjang dengan abg N, kami merancang lepas kahwin akan duduk jauh-jauh juga (Perkahwinan jarak jauh-PJJ) sebab saya ada tuntutan kerja di sini dan juga menjaga mama yang sakit (mama saya dialisis di sini) sementara abg N pula bawa teksi di KL. Masing-masing ada masalah yang membuatkan kami tak boleh membuat keputusan di mana perlu kami tinggal selepas kahwin.

Sebelum bertunang saya rasa idea ini ok sebab kami 10 tahun kami bercinta elok je jauh-jauh, so saya rasa lepas kahwin perasaan akan jadi sama, maknanya kalau jumpa sekali sekala perhubungan makin erat.. tapi rupanya sangkaan saya sangat-sangat meleset, lepas tunang saya jadi makin rindu dengan abg N.. Then, baca pula cerita princess N yang juga PJJ, tiap-tiap minggu rindukan hubbynya. Saya dah dapat gambarkan perasaan selepas kami kahwin kelak.

Ok, saya jadi amatlah serba salah sekarang, dalam masa yang sama ingin bersama dengan abg N tambahan pula mak abg N baru sahaja meninggal, saya ingin menjadi seorang isteri yang boleh menemaninya suka dan duka.. Nasib baik Abg N pun sangat memahami keadaan saya disini..

Nota kaki:
Bercinta lain perasaannya, bertunang lain perasaanya, berkahwin tak tahu lagi perasaannya!!

Kalau tak cukup daging utk rumah terbuka, boleh minta dengan Lady Gaga

Lady gaga dengan fesyen baju daging di MTV Video Music Awards 2010
Sumber: Murai

Menarik mengenai baju lady Gaga 

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .
2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung. Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau.

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

Jadi pada yang nak buat rumah terbuka, tapi daging habis boleh cari Lady Gaga, ada 22.67kg untuk dihabiskan, boleh buat redang daging, kari daging, daging salai, sate daging.. eh eh tapi tak halal, kansel nak minta dengan lady Gaga!!

Cerita raya saya dan tunang saya

Cerita raya ke-3.. eh eh tetiba jer raya ke-3, sebab nak cite saya pergi beraya bersama tunang saya! ^_ ^ malu weh....

Masa ni on the way first time nak pergi beraya rumah sedara abg N, lupa nak cite walaupun abg N ni org KL tapi kampung dia dekat dengan kampung saya, orang badan datoh juga.. Juliana evans pun nama jer kl sungguh tapi kg kat bagan datoh gak, glamour sekejap bagan datoh bukan kerana m.daud kilau jer (merepek ke mana pula saya nie)

Back to the story, masa ni dalam keadaan gementar sebab saya bukan biasa beraya rumah orang yang saya tak kenali ni, tambahan pula nak kena jadi tunang yang sangat sopan gitu, hahaha. Sampai rumah sedara abg N, muka manis sikit salam siapa sahaja yang saya jumpa, makan minum apa yang disua, jadi gambar tak ada sebab saya kontrol cun!!





Oh.. sangat lega sebab berjaya beraya tadi!!

Ni konon-konon nak praktis tangkap gambar romanti, tapi malu sebab ramai sangat pakcik dan makcik yang merenung.. jadi praktis sekeping jer la


Nape abg N nampak macam budak sekolah? Nniform teksi mmg tak sesuai ngan imej abg N, abg N saya ni jiwa rock!!


Sepintas lalu...

Penangan raya saya sampai demam 3 hari, hari ini baru lega sikit rasanya.. Tengok blog pun lesu jer, mood nak update mmg ke laut!!

Sana sini kawan-kawan bercerita mengenai raya.. seronok raya tahun ni yer.. saya pun seronok juga sebab beraya sebagai tunangan orang, wink! wink! (gatai nooo!!)

Nanti-nanti bila mood dah datang balik, saya cerita apa yang berlaku sepanajng zaman raya saya.. Tema tahun ini tanpa di rancang sebanyak 2 tema.. hijau dan merah.. vougue aarin kejap hahaha..

Sebelum mengundurkan diri.. layan dengan gambar saya yang nak pergi beraya rumah pertama ini...

Perkhidmatan teksi

PERKHIDMATAN TEKSI

 Nak promosi sikit bisnes abg N, bawa teksi pun kira bisnes kan..

  • Teksi bermeter (mmg ikut meter k)
  • Kawasan kl dan selangor (KLIA)
  • Boleh juga dibooking untuk hourly, daily booking atau outstation
  • Kereta waja, selesa dan bersih
  • Sila call 017-8861488 (NASA) untuk 1 jam tempahan awal
  • Tak kira masa pagi atau malam, 24jam sedia berkhidmat

Selamat hari raya aidilfitri

Berjaya memilikinya....

Wah, budget macam dapat barangan mahal saja... Tapi dah lama nak dapatkan ini untuk mama saya, sebab rimas tengok tudung diletakkan di hanger biasa dan kadang2 susah nak cari tudung..

Tara.... hanger tudung beli di uptown manjung.. baru RM20 sahaja

Ok, siap dan letakkan tudung mama yang banyak tue.. Ni kira hanger raya kut!!

Dah nak habis ramadhan, baru nak beritahu saya berniaga tau!!

Keluarga saya memang berniaga roti jala dengan membuka gerai kecil di depan rumah, dan sempena ramadhan banyak pula gerai yang dibuka sehingga boleh digelar pasar ramadhan kecil..

Ini bukan model tau.. Ini saya sedang bersiap sedia nak me'nebar' roti jala

Abg N datang menolong juga...Ada tokoh nak ambil alih perniagaan ni..

Gulung bang jangan tak gulung...

Alhamdullilah, rezeki bulan ramadhan ini dapat juga menampung perbelanjaan raya ni..

Intan, jangan risau seminggu lepas raya saya buka kedai balik.. Mari rasa roti jala kuah kari ayam atau kuah durian...

Kuih raya kegemaran sepanjang zaman

Di sini saya nak berkongsi kuih kegemaran saya sepanjang zaman, masing-masing mesti ada kegemaran sendiri, ini adalah wish list kuih yang wajib ada di rumah bila raya.


Kuih semperit
Tiap-tiap tahun mesti cari, pernah buat sendiri tapi rasa cam tak puas, jadi every year mesti pujuk makcik buatkan, makcik buat sedap ooo


 Kuih sepit
Tak kisah lah jenis segitiga ke gulung ke.. sedap dan ranggup!!

 Kek pelangi
Baru tahun lepas expert buat kek ni, selalu pujuk makcik buat juga, hahaha tahun ni buat sendiri lah, nak kena bg Abg N rasa air tangan saya pula kan...

 * Semua gambar hasil carian google

 Biskut almond london
Merasalah berangan pergi london masa makan biskut nie.. hehehe



Nota kaki:
Tahun ni nak cuba resepi baru, banyak resepi kek dan biskut yang baru-baru direka kan.. Kalau kenan, boleh jadi masuk list kuih raya kegemaran sepanjang zaman...

Pemenang GA nuraarin.....

Tepat jam 3 petang... Masa yang ditunggu dah tiba...Senarai no peserta sila klik SINI..


Pemenang utama no 8 iaitu bakal menerima

Hadiah Utama:
  • Crosstich (made by me)
  • 2 Barangan apa-apa sahaja item daripada arissacraftshoppe  (Pilihan sendiri)



Hadiah saguhati (memandangkan penyertaan melebihi 60 orang, saya pilih 3 pemenang)
No 36 gewecun
No 37 Rina
No 57 iman 009



Tahniah pada yang berjaya, sila layari arissacraftshoppe dan pilih barangan yang anda mahukan, email saya nuraarin@yahoo.com atau boleh add saya sebagai kawan anda di FB (sila nyatakan anda pemenang GA sbb saya hanya add kawan yang saya kenal sahaja). Sila nyatakan nama, alamat, no telefon dan item yang anda mahukan.

Nota kaki:
Alhamdullilah, selesai semua

Panggilan terakhir kepada peserta GA

Banyak juga nama yang saya tertinggal sebab itu saya perlukan bantuan anda sebagai peserta untuk semak semula senarai di bawah ini... 
 
Ini adalah panggilan terakhir kerana keputusan akan diumumkan pukul 3 petang nanti...Sekiranya ada yang tertinggal, sila tinggalkan komen di link ini... 

  1. Anin
  2. Zaikulim
  3. MamaZharfan 
  4. nur-eimi
  5. T@sh Sch@
  6. ctnurkhijah
  7. expresion de higado
  8. Qard91
  9. nurita zakaria
  10. Ibu ayra
  11. syakila
  12. My My
  13. S.o.f.i.a
  14. miss edura hanum
  15. ady-shariz
  16. Nana
  17. nadiah
  18. Siapa Lin?
  19. Mak Su
  20. Roshazzy shaq
  21. lyd
  22. tiefazatie
  23. zahidah dihaz
  24. eira
  25. nur
  26. suzierahman
  27. Momma Mia
  28. SuZie
  29. kopoklekor
  30. maszmadi
  31. maz-mazrina
  32. Arol
  33. miza
  34. tehbungakekwa
  35. pinkbutterfly
  36. gewecun
  37. Rina
  38. Tomato girl life
  39. taufidris
  40. shidasyakirin
  41. MamaSara
  42. Mybabystuff2
  43. rosilahi
  44. inasepi
  45. mama amana
  46. inahasan
  47. segalanyer kuterima
  48. Usharapa
  49. MamaRifqy
  50. juniza
  51. ayuselalu
  52. sofiahHB
  53. Melody ifqa
  54. izan cute
  55. mama zakwan
  56. ummuabdullahdanhajar
  57. imaan09
  58. zurazari
  59. em's family
  60. ogy
  61. Dila 
  62. Sarah
  63. Lya mama aisha
  64. Mama lyna
  65. Danish farris
  66. Cik paro

1 September.. Sila semak nama anda!!

1 September, seperti yang mana saya janjikan, sila semak nama anda, beritahu secepat mungkin sekiranya nama anda tertinggal..

Hanya ada seorang peserta yang tidak memberikan link entry contest yang betul, sila perbetulkan dan sertakan linknya di entry ini..

Keputusan akan diumumkan pada 3 september ini, kita lihat siapa yang bertuah!!
  1. Anin
  2. Zaikulim
  3. MamaZharfan 
  4. nur-eimi
  5. T@sh Sch@
  6. ctnurkhijah
  7. expresion de higado
  8. Qard91
  9. nurita zakaria
  10. Ibu ayra
  11. syakila
  12. My My
  13. S.o.f.i.a
  14. miss edura hanum
  15. ady-shariz
  16. Nana
  17. nadiah
  18. Siapa Lin?
  19. Mak Su
  20. Roshazzy shaq
  21. lyd
  22. tiefazatie
  23. zahidah dihaz
  24. eira
  25. nur
  26. suzierahman
  27. Momma Mia
  28. SuZie
  29. kopoklekor
  30. maszmadi
  31. maz-mazrina
  32. Arol
  33. miza
  34. tehbungakekwa
  35. pinkbutterfly
  36. gewecun
  37. Rina
  38. Tomato girl life
  39. taufidris
  40. shidasyakirin
  41. MamaSara
  42. Mybabystuff2
  43. rosilahi
  44. inasepi
  45. mama amana
  46. inahasan
  47. segalanyer kuterima
  48. Usharapa
  49. MamaRifqy
  50. juniza
  51. ayuselalu
  52. sofiahHB
  53. Melody ifqa
  54. izan cute
  55. mama zakwan
  56. ummuabdullahdanhajar
  57. imaan09
  58. zurazari
  59. em's family (link utk entry tiada, kindly cek)
  60. ogy
  61. Dila 
  62. Sarah
  63. Lya mama aisha
  64. Mama lyna
  65.  
     

    Beg tangan raya

    Patutlah semalam semasa shopping tak berkenan dengan beg tangan yang ada, rupa-rupanya saya menang sesuatu di blog sis eryati



    Nampak nama saya, nuraarin-life.. hehehe

    Beg pinkie winkie gelaran yang sis eryati namakan

    Nota kaki:
    Rezeki ramadhan, sebelum saya umumkan nama pemenang GA aarin, saya menang sesuatu.. ini namanya rezeki

    Resepi: Biskut conflakes Milo

    Wah, wah saya pun nak berkongsi resepi dengan kawan-kawan di sini, sebenarnya ini adalah biskut kegemaran adik saya. Tahun lepas tak buat so tahun nie dah janji so mari berkongsi resepi dengan saya ini..

    kualiti gambar kurang memuaskan.. saya buat bentuk love

    Bahan-bahan

    Bahan A
    200g tepung gandum
    1/2 camca teh serbuk penaik

    2 cawan cornflakes (dikisar halus)
    150g mentega @ marjerin
    100g gula kaster
    1 biji telur
    1/2 camca teh esen vanila
    1/2 cawan milo, dilarut dlm 2 camca besar air panas

    Cara membuatnya:
    a) Ayak bersama bahan A, masukkan cornflakes, ketepikan
    b) pukul mentega, gula, esen dan telur
    c) Masukkan larutan milo
    d) Gaulkan dengan bahan A, gaul sebati hingga menjadi doh
    e) Canai dan terapkan mengikut acuan kesukaan anda
    f) Bakar 180'C selama 12-15 minit.

    Nota kaki:
    Ada juga biskut hasil air tangan saya tahun ni.. nak bagi abg N rasa, nak tanya pas atau tak?

    Related Posts with Thumbnails