Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Walaupun dah lama berlalu, tapi masih lagi nak berkongsi kegembiraan

Tajuk panjang sebab hari ini entri bergambar dgn sedikit text ucapan sahaja yer...

8 March adalah tarikh hari lahir saya dan kawan baik saya yg bernama wanie... Jadi di sini saya nak kongsi hadiah yg saya berikan padanya.. ditempah khas dengan blogger yg menggunakan daya kreatif mereka untuk berniaga.. (Panjang pula mukadimahnya ni)




 Ini adalah beg untuk handphone, comel sgt saya pun rasa mcm tak nak bagi jer,hehehe

Ini adalah car signage.. The only BFF (best friend forever)

Wreslet yg comel



Di samping itu, saya ada juga menempah keychain utk diri sendiri yer

Couple keychain...


Nota kaki:
Barangan kreatif ini saya tempah daripada Khairuncraff dan yana craff

Lagenda Budak Setan

Sekarang ni sana sini bercakap mengenai Filem Lagenda Budak Setan Novel Karya Ahadiat Akashah..

Saya pun tak terkecuali untuk jatuh cinta dan menghayati tiap watak dalam novel ini, sebuah percintaan yang begitu meruntun jiwa dan mengusik perasaan..


Sedikit sipnosis bg yang ingat-ingat lupa:

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

Wah. wah.wah Bring memory back...
Jangan lupa mari kita ramai-ramai serbu panggung wayang untuk menyaksikan Filem Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan pasangan serasinya Lisa Surihani...

Untuk sedikit teruja, saya hidangkan trailer ini




Nota Kaki:
Oh, tak sabarnya

Contest khas buat yang Bujang

Ini adalah entry melekat, scroll ke bawah untuk entry baru

Pengumuman, Pengumuman, Pengumuman!!

Sudah 3 minggu contest perkahwinan/pertunangan ini berlangsung dan ada permintaan dari yang bujang... Jadi dengan ini saya melanjutkan Contest ini selama 2 minggu lagi bagi memberi peluang kepada yang bujang untuk menyertai contest ini pula....  Jadi tarikh tutup yang baru untuk kedua-dua contest ini adalah pada:

  
11 MAY 2010



Kategori baru: Khas utk yang bujang



 Soalan-soalan:
1. Apakah tema perkahwinan pengantin?
2. Apakah hadiah door gift yang anda dapat?
3. Hadiah apa yang anda berikan pada pasangan pengantin dan kenapa?
4. Sertakan Gambar perkahwinan yg anda saksikan (pastikan anda juga ada didlm gambar)
5. Saya mendambakan perkahwinan yang berunsurkan ................kerana.................... (tidak lebih 20 patah perkataan)

 Syarat-syarat penyertaan
1. Sila tepek banner di atas
2. Sila follow saya yer...
3. Buat satu entry dengan tajuk 'nuraarin contest:saya  menyaksikan perkahwinan terindah'
4. Sila tinggalkan komen dan link di entry ini.


Nota kaki:
  • Kepada peserta contest nuraarin perkahwinan abadi/ pertunangan terindah, harap memahami kerana tarikh yg dilanjutkan ini. harap bersabar..terima kasih
  • Hadiah untuk kategori bujang akan saya umumkan kemudian..

Contest hari ibu



Sempena hari, seorang blooger menganjurkan Contest hari Ibu. Terima kasih Ija... kerana mengingatkan kita kepada ibu. Banyak contest yg dianjurkan lebih kepada baby, kali ini kita fokus kepada ibu pula.


Gambar bersama ibu tersayang, Pn Faridah Loo, I know that my mum look gorgeous than me and i am proud of it

Kenangan manis bersama ibu mestilah banyakkan tapi sebelum tue saya  saya nak kongsi persefahaman dan keserasian yang ada antara kami.. mmg tip top..

Apa maksud saya? Contoh kalau kami menonton apa2 drama @ filem sekalipun, apa yg saya nak komen mesti mummy saya akan komen dulu.. kadang-kadang saya malas nak cakap apa2 sebb my mum mesti akan mulakan and komen apa saja yg terlintas di fikiran kami... Macam ala-ala kembar yg boleh rasa kalau kembarnya dalam kesusahan @ kesakitan..

Minat kami pun sama:
  • Suka menonton drama cina / kantonis, apa saja drama yg ditayangkan di tv semua kami layan
  • Suka layan game, saya layan game PC, mummy saya game hp
  • Yg penting, kami berdua sayangkan En yusuf Zubir (my father la)


Kenangan manis:
Memang kelakar.. Saya ni minat warna merah so memang banyak baju berwarna merah. One day, kami pergi shopping di The Store, saya mcm biasa pakai baju warna merah.. jalan2 dengan penuh gembira, belek-belek baju, cadar, pingan mangkuk...

Tapi tengah seronok-seronok tu, tiba-tiba seorang wanita bertanya:

'Adik, baju size M ada tak?'

'Apa hal pula makcik nie?' (kata hati saya, dengan memek muka yg konfius)

'Eh, eh, adik bukan pekerja sini ker' (sambil tengok atas bawah)

Saya buat muka bodoh jer la.. Mummy saya dah gelak2 kat tepi.. Mmg taubat nak pakai baju warna merah pergi the store lagi .. 

Untuk pengetahuan semua, saya kena 2 kali pada hari yg sama di tempat yg sama...Mummy gelak sampai keluar air mata yer.... Balik cerita kat famili, pastu suruh saya terus kerja kat The store. dapat baju merah percuma untuk tambah koleksi katanya..



Nota kaki:
Saya sayang mummy saya!!






Saya mahu pergi konsert Double Trouble!!

Kalau saya di KL sekarang ni, memang saya akan pergi ke konsert double trouble pada 1 Mei ini di Arena tertutup Bukit Kiara Equestrian & Country Resor.. Tengok konsert rock tak sama mcm tengok bola sepak sebab teruja hanya masa menjaringkan gol jer..

Kalau tengok konsert, sepanjang masa teruja, nyanyi sampai serak suara, enjoy the moment sangat.. Harga tiket pun bagi saya bukannya mahal sangat, RM70 jer... Nak dibandingkan dengan penyatuan 2 lagenda rock tanah air yg masih lagi gah di persada seni..Iaitu Search dan Wings

Ok, ok saya tahu saya seorang wanita dan tak patut mengunjungi konsert rock, tapi kalau ditemani oleh org yg sepatutnya boleh k.. walaupun tunang jer, insya allah kami akan menjaga tatasusila sebab motif utama kami, dua-dua minat rock.nak pergi dengar lagu sebab kami  membesar dengan lagu rock, tak kira lah rock jiwang @ hard rock.. Tapi saya tak dapat nak pergi sebab hal2 yg tak dapat dielakkan... Harap2 lain kali ada lagi kondert macam ni

So, Mari layan lagu ini dulu, my favourite song from them, Klik SINI



Nota kaki:
Baca dengan lebih melanjut mengenai double trouble di SINI

Nuraarin: Contest Perkahwinan abadi @ Pertunangan terindah







Tujuan  contest ini untuk meraikan anniversary ibubapa saya dan juga untuk saya survey/analisis hal-hal perkahwinan.

Soalan-soalannya:
  1. Apakah Tema perkahwinan/pertunangan anda.
  2. Hadiah kahwin/tunang paling istimewa dan kenapa?
  3. Apakah Door gift/hadiah untuk tetamu? (yg bertunang boleh skip soalan ini, tapi kalau ada lagi bagus)
  4. Hantaran perkahwinan/Pertunangan yang paling anda suka?
  5. Ceritakan 3 Pengalaman manis  sebelum/semasa/selepas majlis berlangsung?
  6. Sertakan Gambar perkahwinan/pertunangan yg paling anda suka?
  7. Saya mendambakan perkahwinan yg berunsurkan ...................... kerana ........( tidak melebihi 20 patah perkataan)
Cth 1: Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan tradisi Cina kerana saya adalah anak kacukan cina-melayu.
Cth 2 : Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan warna biru kerana kami suami isteri meminati warna itu


Syarat-syarat penyertaan: 
  1. Buat 1 entry dgn tajuk 'Nuraarin: Contest Perkahwinan abadi" (utk yg kahwin) atau 'Nuraarin: Contest Pertunangan terindah (buat yg tunang), nak masuk dua2 kategori pun boleh tapi kena buat entry berbeza yer.
  2. Jadi follower aarin, senang sbb aarin akan update dari semasa ke semasa  
  3. Sertakan banner di atas di entry anda.
  4. Sila tinggalkam link dan komen di entry ini 

Hadiah Untuk pemenang:
  1. Ada 2 kategori maknanya ada 2 hadiah, Aarin akan tambah lagi sekiranya penyertaan mengalakkan.
  2. Pemenang utama berdasarkan kreativiti anda menjawap soalan no 7. (1 pemenang utk setiap kategori)
  3. Pemenang bertuah adalah random dan akan dicabut style lama iaitu dalam balang oleh mummy dan abah saya. (1 pemenang utk setiap kategori) 
  4. Contest ini bermula dari 27 March hingga 11 May 2010 
  5. Keputusan akan diumumkan pada 14 May.

Good Luck to All!!

Nota kaki:
  • Kalau ada yg nak join tapi sesetengah soalan tak boleh jawab atas sbb2 tertentu, just komen dan saya akan pertimbangkan cara utk melayakkan anda..
  • Soalan macam jawab tag pula kan??
                
Nak tahu hadiahnya, klik sini untuk Hadiah

Klik SINI untuk penyertaan peserta pula


Saya pun nak tahu juga... bagaimana mengenali seseorg samada sudah berpunya atau belum?

Dengar suria FM pagi ini, tajuk amat menarik..

Bagaimana nak mengenali seseorang samada beliau dah berpunya (kahwin @ tunang @ hubungan serius) atau belum?

Tajuk ini mungkin ada kena mengena mengenai suami yg bermadu

Bagaimana kita nak kenal:
  • Kalau kaum india kita boleh kenal melalui tanda di dahi atau 'Thali perkahwinan' yang diikat
  • Kalau kaum Cina zaman dulu2, daripada pakai baju yg mcn seluar tu dan bertocang dua, mereka akan ikat sanggul @ pakai cheong sam saja
  • Kaum lain pula ada pakai cincin yg berbatu atau cincin belah rotan yg agak2 mahal...

Tapi kalau macam anak mami yg suka pakai barang kemas banyak2 tu, macam mana kita nak kenal? (sorry kalau ada anak mami yg baca ni, ini cuma pandangan)

Bagi saya nak kenal lelaki yg sudah berkahwin mungkin agak senang sebab cara mereka bercakap atau melalui pergerakan, kita dah tahu (pd pandangan saya sebab saya berjaya mengesan lelaki yg mengaku belum berkahwin tapi dah ada anak 2,3 org.. dan banyak kali saya dpt kesan k)

Okay, kawan2 blogger semua mungkin boleh tolong saya huraikan masalah ini..

Nota kaki:
Saya dah bertunang yer!!

aku ni emo sangat ker?

 Gambar dari en google

Aku tahu kadang2 yg aku ni emosional tak tentu pasal, kadang2 pasal benda kecik jer boleh melenting mcm hilang duit berjuta-juta... 'ini antara kes yg rasa macam apa kes aku nak emo2 sangat nie?'

Kes pertama:
Aku nie mmg bukan peminat air laici, satu famili tahu dah... then one day, masa berjalan2 ngan famili dekat pasar malam, suruh adik beli air, kira satu cukuplah kongsi2 minum kan... Alih-alih adik beli air laici, saya yg mmg tengah dahaga nie, apa lagi anginlah satu badan, mmg merajuk. Mama beli air lain pun saya tak layan, sanggup balik rumah minum air masak jer

Kes kedua:
Dah janji dgn member nak dinner bersama, then ada hal yg tak dapat dielakkan saya tak jadi pergi so saya pun singgahlah ke rumahnya untuk hantar barang yg patut saya beri masa dinner, tapi dia tak ada dekat rumah walaupun sebelum tu dia cakap ptg ada di rumah.. yg buat saya emo sbb dia kuar jalan ngan bf dier (sebenarnya saya jeolous sbb tunang saya jauh)

Kes ketiga:
Ada hanger baju di rumah, ala.. hanger tempat letak baju macam kat butik tue, sebelum nie dah patah sebelah tapi masih lagi boleh berdiri teguh... then suruh adik renovate sikit, tapi sebab kecuainya terus patah... tak boleh nak berdiri lansung... saya naik angin terus keluar rumah and beli baru, walaupun tahu masa tue dah hujung bulan. tak pikir gaji lambat lagi oo...

Kes keempat:
Member janji nak dlm pukul 8 nak pergi dinner makan ikan bakar bersama bf dan famili dier, saya pun pakai lawa-lawa sbb teringin nak makan ikan bakar yg orang kata sedap2 sangat ni... tiba2 member call, kata lambat skit, ok takper saya rilek jer... walaupun tunggu kat rumah dah bosan giler nie, perut lak dah keroncong..

Dlm 1/2 jam, member call balik kata kena tunggu lagi sbb tetiba famili ada hal skit, so takper saya ok jer fikir member baik kan... tapi kalau dah call kali ketiga dan kata lambat g, saya pun angin nak makan pun dah tak ada, so saya kata tak nak pergi (dgn nada merajuk k)


Nota kaki:
  • Saya mengaku saya nie childish walaupun membe2 rasa saya nie matang orangnya!!
  • Ehh.. nape tetiba beraku aku pula nie, ok saya stress k

Saya mahu blog saya dijelajah oleh ben ashaari kerana....






Dah lama tengok ben Ben ashaari menjelajah ke blog-blog lain, mula2 rasa takut dan berfikir saya ni tahan dikritik ker, kalau dikritik nnt nak baling kerusi, hentak hentak kaki ker?

Tapi orang kata kalau tak ada kritikan, macam mana nak maju.. So saya dengan rasa berbesar hati ingin menjemput Blogger yg glamour ini untuk menjelajah dan mengkritik blog ini..

Blog ini macam-macam ada, senang kata apa yang berlaku disekeliling saya atau yang saya rasa menarik nak berkongsi / menulis akan saya bentangkan di blog ini.

Jadi En. Ben
Sila jalankan tugas anda... Kritikan yg menbina saya amat nantikan..

Nota kaki:
Seram menanti...

Anugerah pilihan pembaca, anda setuju tak?

Semalam semasa perjalanan balik, dengar Suria fm, sejak Linda Onn dah pindah ke suria, mmg saya pun ikut pindah juga, nak kata minat linda sangat tak juga, cuma rasa penyampaian linda onn lebih teratur dan santai, tu yang best..

Nak balik kepada tajuk cerita, Linda ada umumkan pemenang untuk Anugerah pilihan pembaca media hiburan (APPMH), tak tahu sama ada dah umum kat majalah ke belum, so kalau yang tak tahu lagi boleh godek2 pemenangnya di sini:

Artis Lelaki Paling Bergaya - Anuar Zain

Artis Wanita Paling Bergaya - Erra Fazira

Artis Lelaki Berkulit Cantik - Dafi

Artis Wanita Berkulit Cantik - Siti Nurhaliza (gunalah simplysiti)

Artis Lelaki Mata Mengancam - Dr Fadzley

Artis Wanita Mata Mengancam - Rozita Che Wan (mmg patut pun, bulu mata dier galak orrr)

Artis Lelaki Hidung Memukau - Jimmy Shanley

Artis Wanita Hidung Memukau - Rita Rudaini

Artis Lelaki Gigi Tercantik - Diddy AF

Artis Wanita Gigi Tercantik - Lydia Ibtisam

Artis Lelaki Bibir Seksi - Norman Hakim (hmmmm.....)

Artis Wanita Bibir Seksi - Linda Onn

Artis Lelaki Rambut Menawan - Anuar Zain

Artis Wanita Rambut Menawan - Fouziah Gous

Artis Kacak - Kamal Adli ( saya suker)

Artis Jelita - Diana Danielle

Pesona Artis Baru - Scha Al Yahya (lisa surihani pun ok juga)

Artis Lelaki Paling Sensasi - Azwan Hj Ali (ohh..amatlah betul)

Artis Wanita Paling Sensasi - Abby Abadi

Anugarah Khas Media Hiburan - Dato' Siti Nurhaliza

Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan - Ramlah Ram (Sempena 25 tahun penglibatan dalam industri seni)


Nota kaki:

  • Setuju ke dengan piliham pembaca media hiburan ini?
  • Kalau tak, cuba cadangkan siapa yang patut menang utk kategori di atas?
  • Bagi saya, artis wanita paling sensasi adalah fasha sandha, anda setuju?

Zhaneez Craft: giveaway besar punya!!!


Ada 4 jenis giveaway untuk dimenangi..hooray!! Daripada zhaneez-craft

Di sini Aarin nak ucapkan  

HAPPY 1st ANNIVERSARY, MOGA BISNESS MAKIN MAJU!!

Cadangan Aarin:
1.Beg for make up (dimana dalamnya ada ruang khas utk letak lipstik, benda yg kecil)
2. Beg handphone
3. Perbanyakkan lagi design dlm katalog, lagi banyak pilihan lagi banyak org order..


Nota kaki:
Ramai betul org yg kreatif2 nie, saya jahit pun lintang pukang lagi!!

The Storm Warriors

Semalam seronok cuti, layan DVD yang dah beli berkurun lama tapi tak tengok-tengok lagi...

Tapi dalam banyak2 tu layan cerita The storm Warriors dulu sebab ada aaron kwok (ok, saya peminat dia dari dulu2 lagi).. konon-konon sambungan the storm riders tapi watak aaron kali ni 'striking cloud' lebih berperikemanusiaan. ada jiwa n perasaan..





Bila ada sambungan, kita selalu mengharapkan lebih baik dari yang pertama... kali ini dari segi graphic mmg mantap, rasa macam tengok buku komik pun ada, sebab tu boleh menang Best visual effect di Hong Kong Film Awards, tapi penceritaannya macam selalu dah kita tengok kat mana-mana filem, lepas tu endingnya buat kita tertanya-tanya.. Untuk peminat Aaron kwok macam saya tentulah tak nak hero saya nie mati kan...

Untuk sesiapa yang terasa nak baca review cerita ini, peringatan amatlah panjang boleh check di sini...

Dah habis baca review? Mari layan lagu tema filem ini



Nota Kaki:
Walau macam mana pun, I still love you Aaron (childish tapi kenangan oooooo)

Hari ini saya beri cuti pada orang perak...

Jangan buat provokasi ye... hari ini perak cuti kerana:

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'



Hari keputeraan yang ke -82

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu


Buat pekerja di negeri-negeri lain, saya ucapkan selamt bekerja.. jangan monday blues

Walaupun ramai yang mempertikaikan mengenai hak sultan, bagi saya ia perlu dikekalkan... Ianya adalah nilai sejarah yang amat bernilai untuk malaysia.

Nota kaki:
Daulat Tuanku!!

World cup 2010, adakah anda sudah bersedia?

Ini ada pesanan untuk isteri / teman wanita yang tidak meminati bola sepak?

Untuk isteri / awek /kekasih tersayang,

Di mana saja anda berada....

Seperti yang ayang sedia maklum, abg terpaksa menghadapi mood ayang yg berubah pasang surut setiap bulan kerana datang bulan. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal semasa ayang datang bulan. Amat besarnya pengorbanan abg selama ini utk menjaga kerukunan rumahtangga. Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abg?

Dr. Josept Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan megalami period abg yang hanya akan berlaku 4 thn sekali ini dari 11hb Jun hingga 11hd Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga semiggu selepas tarikh tersebut. Abg akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga sehigga awal pagi.

Untuk mengurangkan tekanan & mood abg dlm tempoh tersebut, preskripso & cadangan di bawah telah disarankan:
       Dlm tempoh tersebut, ayg digalakkan membaca berita sukan yang menfokus tentang Piala dunia 2010        di south Africa.Jika ayg gagal, ayg mungkin akan terasa terabai @ menghadapi masalah komunikasi.


Dlm tempoh itu juga, ayg diberikan kebebasan utk menonton rancangan tv dari 6 pg hingga 9 mlm. Dari 9mlm ke atas, abg berhak memegang remote control utk memilih channel yg abg nak. Ayg dilarang sama sekali menjeling ke arah remote control itu pada masa tersebut.

Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv pada waktu tersebut, ayang terpaksalah menunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abg.

Semasa perlawanan berlangsung, abg seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abg memerlukan pertolongan ayang utk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah sekiranya aang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia.

Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama tetapi ayang hanya boleh bercakap sema half time @ commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abg pada masa ini terutama jika pasukan yang abg sokong sedang ketinggalan atau diambang kekalahan.

Replay utk setiap gol adalah penting. Berapa kali replay disiarkan abg tetap mahu tengok. Ayang tak perlu merungut mengatakan bahwa gol tu dah tengok, kenapa nak tengok lagi?

Ayang perlu memberitahu saudara mara @ rakan karib bahawa jemputan ke kenduri @ jamuan yang diadakan selepas pukul 9mlm tidak dapat dipenuhi.

Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abangsokong menang piala dunia @ pemain yang abg sokong menang bola emas..pandai-pandailah ayang bodek abg belikan hadiah. Jika sebaliknya, hendaklah ayang turut berduka.

Abang akan sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

Dari.
Suami / bf / kekasih yang tersayang


Nota kaki:
  • Sumber dari email.
  • Sudahkah kita kaum wanita bersedia?

TCB 1st giveaway

Wanna give giveaway from Dubai... Join Tinta cyber bonda giveaway


Kenapa saya patut menerima giveaway dari TCB nie..
Sebab yang paling reasonable ialah saya nak hadiah tue dan
Saya tak pernah dapat barangan dari DUBAI (nak sampai sana pun tak tahulah bila), boleh tambah koleksi barangan hadiah dari luar negara


Nota kaki:
Dapat unta seekor pun best juga, kita kenduri oooo!!

Saya dipermainkan lagi...

Ingat entry mengenai saya direject tu, hari ini pihak itu menelefon saya lagi, saya ingatkan mereka dah insaf dan kini menawarkan sesuatu yang lebih berharga untuk saya...

Ok, saya pun beri peluang kepada mereka untuk menerangkan segala benefit yang ada..Boleh cover inilah itulah.. Mmg menarik perasaan saya yang semakin tertarik ini... Tapi kali ini kadar premiumnya lebih tinggi, sebab tu saya ingatkan mereka telah membuat homework sebelum menelefon saya...

Rupa-rupanya... Saya telah dipermainkan sekali lagi, sebelum mereka bertanyakan pekerjaan saya, terlebih dahulu saya memberitahu mereka, apa lagi nak tanya supervisor pula.. maknanya mereka tidak bersedia dan akhir kata saya tak layak dicover sekali lagi...Nasib baik saya cool masa dalam telefon, tapi hati bagai diremuk dan dipijak-pijak. ooooooo

Baiklah, dengan ini saya mengatakan prudential insurance, sila jangan telefon saya lagi, jangan lukakan hatiku ini lagi...

Nota kaki:
Dedalie, you tinggal di mana sebenarnya? Nanti email pada saya polisi yang bagus k.. my email nuraarin@yahoo.com

m.e 1st giveaway

Jangan berlengah lagi, menangi cute handcraft from izzlin


Nak join, klik sini

Nota kaki:
Banyaknya guveaway boleh join nie...

Reveal the prize picture: Contest Perkahwinan abadi @ pertunangan terindah

Tak best kalau anjur contest, dah announce hadiah tapi tak ada gambar..no excitement kata orang putih kan..Jadi mari kita tengok hadiah yang menanti


Kategori perkahwinan abadi



Sepasang kain merah hati + candle gift (seperti kategori pertunangan terindah) + sepasang tabung pasangan suami isteri (hadiah misteri tak misteri dah)

Kategori Pertunangan abadi

 Hadiah misteri reveal - Sepasang tabung pasangan kekasih (ini simbolik sbb nak suruh pasangan simpan duit) + candle gift

Hadiah untuk yang bertuah




Sepasang kunci berbentuk hati @ simbol kekasih dan candle gift


Nota kaki:
Masih ada lagi lebih kurang 2 minggu sebelum contest ini ditutup !!

Honeymoon year for my brother

Saya ada adik dan saya sayang adik saya (kenapa jadi ayat skema nie??)

Azman hidayat, dah 16 tahun dah umurnya.. sekarang sekolah di sek vokasional seri manjung.. Orang kata 16 tahun ni tahun honeymoon.. dah habis PMR dan SPM pun lagi setahun kan...

Belum sempat lagi nak celebrate sweet sixteen, tapi dah dapat kad special yang saya tempah khas di Lin handmade

Mari layan gambar dulu.. Biar semua teruja sikit


Adik saya nie Peminat MU, tiap2 minggu pujuk saya hantar dia tengok bola kat kedai mamak, kadang2 layan juga tapi kalau pukul2 pagi, perit juga kan (tapi abah saya yg layan).. Bukan tak mahu pasang ASTRO kat rumah tapi takut dia asyik layan bola, nnt apa pun tak jadi...


Siap kek pop up lagi.. sila kagum hehehe.. Thanks pada Lin handmade, saya suka kad special ni, sebab lain dari yang lain.. Pada

Pada yg sesiapa nak dpt kad ni secara percuma boleh join giveaway di SINI


Nota kaki:

Azman hidayat, Yong ucapkan 生日快乐...

Anda akan rasa rugi kalau tak cuba

Macam tak percaya, tetapi percayalah ada sampai 10 giveaway untuk dimenangi dan barangan giveaway ini menarik, nnt kalau nak menyambut tetamu atau sesiapa yang istimewa, boleh lah pakai kan, mesti tetamu puji sedap masakan dan lawa pinggan n cawannya..





Siapa yang amat berbesar hati menaja menjalankan giveaway ini.. Pn .saidah dari ipoh
Dan ada hadiah misteri untuk referrer tertinggi, so kalau sesiapa yang join nnt jangan lupa sertakan nama saya yer... So mari terjah SINI

updated: sorry terlupa nak beritahu referer saya zai kulim
Nota kaki:
Sejak dah bertunang nie, minat pula dengan cawan n pinggan yg ala2 klasik nie

Gangguan yang terpaksa dihapuskan

Semalam melawat blog zie fauzi, baru saya tahu mengenai sesuatu..



Saya tak tahu kalau ramai yang tahu seperti saya bahawa widgeo ini akan menyebabkan orang yg melawat blog kita akan buka tab-tab iklan yang banyak.. kebanyakkan mmg mengganggu.

Jadi saya dengan sedihnya terpaksa me'remove' carta mengira pelawat nie.. saya baru pasang tak sampai dalam 2 bulan dan alhamdullilah ramai juga yang melawat.. Tapi saya kanak-kanak yang masih belajar, bila ada sifu berkata ini akan memudaratkan blog anda, seeloknya dihapuskanlah..

Tapi tak mengapa, banyak lagi sistem pengiraan yang lain kan..


Nota kaki:
Kita mulakan hari yang baru dgn pengiraan yang baru...
Opss tak jadi mula dengan angka 688 (8 ada ong or)






Saya tak layak dicover oleh insurans

Oh...sedihnya, baru-baru ini saya telah dihubungi oleh syarikat insurans terkenal ini dan mereka telah men'offer' untuk menginsuranskan diri dengan pakej yang agak murah pada pandangan saya.. (insurans pun ada pakej juga)..

Tapi malangnya setelah maklumat peribadi saya diambil tetiba pihak insurans kata mereka tak boleh nak cover saya dengan alasan kerja saya niberisiko tinggi, saya tahu kerja ni berisiko sbb hari-hari tuang acid kan tapi cubalah bg alternatif lain, bg pakej yg tinggi skit ker.. Sebelum call tu, cuba lah kaji selidik saya nie kerja apa, ini alih2 saya dah bersetuju, dah ambil data semua.. kau reject pula...kau hancurkan hatiku...

Kini saya terpaksa beralih arah ke ayarikat insurans lain pula.. Syarikat insurans mana yang paling baik yer selain yang reject saya tue...

Nota kaki:
Saya di'reject' oleh  prudential insurance (sila highlight kalau nak tahu jawapannya)

Oh merahnya Mak Ngah

Dah hampir 4 bulan sejak aktif ber-blog nie asyik guna template basic jer.. so hari ni satu pagi mencari template yang menarik untuk menceriakan blog saya nie.. dan saya jumpa 'love is in the air', maksudnya bersesuaiannya dengan mood saya yang in love gitu...

Dah tukar template nie, macam2 pula kena tukar yer, patutlah bila ada kwan2 yang lain tukar template beritahu nanti nak kena adjust sana sini... Sampai Nuffnang pun kena pindah ke bawah..sorry yer nuff.. So saya kena buat code between post pula yer.. sebelum nie dah selesa nuff di atas post..hmmmm

Nota Kaki:
Template ni didownload dari freetemplate4u.com

Polis dah bagi amaran, tapi kenapa boleh terjebak juga??

Ini adalah iklan nasihat daripada nuraarin... wah wah mcm dalam radio pula

Bukan apa, nak cerita mengapa orang tua @ warga emas lebih senang ditipu oleh agensi gores & menang ataupun SMS yang mengatakan

' kami dari _______ (syarikat yg terkenal), tahniah anda baru sahaja memenangi RM______ ( berapa RM yg anda rasa banyak) dari syarikat kami, sila hubungi ibu pejabat ______________ (no hp)'

Beberapa hari yg lepas, mama saya ada dpt sms nie dan dia teruja suruh saya call company nie (tapi no hp), saya dah rasa lain mcm, kalau company buat apa bg no hp patut beri no pejabat lah..  Masalahnya mama saya baru saja masuk contest anjuran syarikat gergasi ini (yg betul k), so sbb tu mama saya percaya dia dah menang berpuluh-puluh ribu ni..

Jadi saya sebagai anak yg taat (ewah) pun call, yg angkat phone guna loghat indon, saya pun pelik, takpe saya ikut jer rentaknya.. minta no akaun konon nak masukkan duit tapi tanya saya dlm akaun tu ada berapa bakinya (saya hairan, apa kena mengena kan).. saya pun kata ada bebarapa ratus jer, pihak sana kata tak boleh, saya kena guna akaun yg at least ada RM2000, apsal pula kan..

Last2 saya kata 'takpe lah, bg jer duit tu pd org lain' terus tutup telefon.. then saya nasihatkan mama saya, jangan mudah terpengaruh dgn sms macam nie..

Kenapa mama saya terpengaruh?

  • Mestilah sbb ganjaran yg lumayan
  • Mama saya baru masuk peraduan & kebetulan SMS dari konon2 syarikay yg dia masuk tu
  • Mama saya kurang mengambil tahu pasal dunia luar, biasalah surirumahtangga sepenuh masa


Nota kaki:
Adakah pihak polis tak cukup bg amaran, atau mmg senang nak menipu dengan cara ini?

Tanda-tanda kamu wanita berdikari

 * abaikan meja yg berselerak yer



Saya tinggalkan tanda-tanda kamu wanita berdikari pada pagi ahad ini

  1. Setiap kali keluar, ibubapa tidak lagi menetapkan jam berapa kamu patut pulang
  2. Kamu mampu membayar hidangan di restoran mahal-utk diri sendiri mahupun teman-teman-secara tunai
  3. Menjelang hujung bulan, akaun bank kamu masih berbaki angka besar, selain tak perlu pun ikat perut menunggu gaji masuk
  4. Kamu tak ambil hati pun sekiranya teman lelaki @ suami @ rakan baik kamu sibuk ketika hujung minggu. Pada kamu lepak di taman atau bershopping sendirian juga aktiviti yg menyeronokan.
  5. Kamu tidak panic walaupun tak boleh keluar rumah akibat kunci jeriji hilang, malah sambil tunggu tukang kunci tiba, kamu relaks sambil menonton DVD
  6. Setiap kali ada temujanji, kamu tidak lagi meminjam barang kepunyaan adik-beradik @ kawan2.
  7. setiap kali raya, wang poket adik2 dan anak buah meningkat 2 kali ganda
  8. bila demam, kamu tidak lagi merengek-rengek minta ibu suapkan makanan ke mulut, malah memandu sendiri membeli bubur ayam
  9. kamu sudah mula merancang membeli asset jangka panjang-seperti kereta @ rumah
  10. kamu boleh mengawal emosi apabaila dimarahi boss dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapan
Kredit to majalah cosmo

Nota kaki:
Adakah anda ada ciri-ciri diatas.. kalau ada tahniah!! Wanita perlu berdikari, nak bermanja sekali sekala boleh lah yer

    Byzura Razali blog giveaway

    Selalu giveaway dapat barangan kraf, kain dan sebagainya, tapi kali ini ada giveway toys from Byzura


    Sangat2 cute barang permainan yang di-givewaykan.. saya nak juga!!hehehe

    Pot Pet Mek Rose giveaway







    Wah.. Aarin nak teka dalam sampul surat tue fortune cookies.. Harap2 betul lah.. kawan-kawna nak join klik SINI

    ilovehandmadestuff giveaway

    Barangan yang comel.... Nak menang tak??


    1.roxy keychain
    2.coklat cadbury zip
    3.coklat toblerone
    4.ribbon
    5.satu keychain nama you all :D
    (limit to five alphabets )


    Join ilovehandmadestuff giveaway yer...

    Kalau mak bapa tak beri, kenapa nak ingkar??

    Saya bukanlah anak yang mendengar kata, tapi di sudut hati saya sangat sayang mak dan abah saya.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membahgiakan mereka..

    Dan saya tak faham kenapa remaja di luar sana selalu sangat membuat sesuatu yang boleh buat mak bapa diorang sakit hati sampai pening-pening kepala memikirkan masalah yg dicari oleh anak mereka sendiri?

    Ini kes terbaru yang kecoh di akhbar mengenai Adik Halimaton yg percaya dengan 'cinta monyet' dan nak sehidup semati dengan teman lelakinya.. tapi yang susah siapa.. ibubapa dia juga perlu turun naik mahkamah untuk dapat kelulusan untuk nikahkan anak mereka yang mereka sayang sangat nie..

    Walaupun saya belum berkeluarga tapi saya boleh selami perasaan ibu yang mengharapkan anak-anaknya berjaya tambahan halimaton seorang pelajar pintar.. Saya sedih sangat



    Nota Kaki:

    • Sayangilah keluarga anda, berfikir sebelum membuat sesuatu yang akan anda sesalkan
    • Boleh baca kisah keluarga ini di SINI dan SINI

    Lin handmade April give away

    Dah bulan april. saya masuk lagi giveaway by Lin handmade.. nak cuba nasib lagi coz kali ini kad nya ada tema bridal.. Saya suker..


    Jangan berlengah2 lagi.. Nak join Klik SINI, syarat2nya mudah saja

    Lembaga hasil dalam negeri..tolonglah saya

    Untuk yang berpengalaman mengisi borang cukai, tolonglah saya nie

    a) Kalau kita dah daftar dan majikan tolong bayarkan (maksud saya tolak gaji kita) , adakah kita still kena isi borang cukai?

    b) Adakah lebih senang kalau daftar e-filling?

    c) kalau nak nak dapatkan pengecualian cukai seperti  pembelian komputer peribadi, majalah, insurans dan perubatan ibubapa. kena sertakan resit sekali ker? kalau resit takada (hilang) macam mana yer?

    d) kalau ada suggestion mana2 web yg menolong bagaimana mengisi borang cukai, beritahu saya yer...

    Nota Kaki:
    Tolong lah.. pening nie

    FabuLOVE giveaway

    Mari join untuk menang barangan kraft yang cute miut ini


    Amatlah tertawan dengan hasil kerja ezyane ini..

    Anda pun mahu menang? Apa lagi Join lah

    Nota kaki:  Happy advance birthday to ezyane!!

    Dah lama tak buat tag.. Mari kenal aarin lebih mendalam

    Aarin ditag oleh Mrs.e..

    SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
    Aarin sebenarnya anak tunggal dalam keluarga.. kacukan (ewah,ewah) chinese + malay..
    Ada seorang adik lelaki (sebenarnya sepupu) yang kami jaga dari kecil lagi, so kiranya saya mengakui saya ada adik lelaki dan saya sayang adik saya..




    SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
    Hmmm..sendiri menilai diri sendiri..
    Disamping rakan, saya adalah seorang yg kurang bercakap, berterus terang, tak suka campur tangan hal kawan2 tapi sebenarnya ambil berat. Kiranya saya beri pendapat tapi nak mereka fikir sendiri logik tak pendapat saya tue. kalau sembang2, tangan mesti naik sekali, baru trill bercakap mcm berpidato.
    Tapi kalau tak kenal saya, sila abaikan muka sombong yang amat dan tak reti2 nak senyum kat sesape pun. Artis lalu pun baik senyum kat saya dulu yer


    5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
    1) Saya nak kahwin,hehehe
    2) Saya nak ada aset sendiri iaitu rumah sbb kereta dah ada
    3) Nak sangat melawat negeri china actually dah pergi tapi urusan kerja, saya nak yg betul2 melancong
    4) Nak ada bisness sendiri, tak kira bidang apa pun sbb rasa buat bisness lagi best dari makan gaji
    5) Nak ada duit juta2..hehe, tak adalah sampai juta2 tapi kalau kecemasan sekurang2nya tak panik kan

    SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
    Boleh rahsia dulu tak..kita panggil abg N dulu yer

    CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
    1) Sangat-sangat kelakar
    2) Sangat-sangat mengambil berat tentang apa sahaja dari segi penampilan hingga urusan kerja
    3) Punctual dan secara tak langsung mengajar saya untuk menepati masa juga
    4) Berkeyakinan tinggi dan selalu memikirkan masa depan
    5) Dia menyayangi familynya so saya tahu dia adalah seorang yg bertanggungjawab

    BILA TARIKH COUPLE
    Tarikh sebenarnya tak tahu sbb masa tue rasa mcm di awang-awangan lagi, hahahaha yg tahu bulan Ogos tahun 2000.. ada detik masa pengiraan kami di bawah sekali k

    KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
    Memang ada, sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi kawan-kawan.. Tapi saya tak nak huraikan di sini kerana saya anggap sebagai pengalaman berkawan, kini kami pun dah baik


    LAGU TEMA CINTA ANDA
    Lagu tema macam drama pula
    Sebenarnya banyak sbb abg N memang suka karaoke.. tapi dalam banyak2 saya kena pilih lagu Oh Fatimah (sbb tajuk tue nama saya) dan juga sillaturahim (samudera)




    Mmg layan betul lagu nie tapi abaikan video klip yg poyo skit nie


    APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
    Perubahan... Saya perlu berubah kalau mahukan dia juga berubah..maknanya tiada siapa yang sempurna.. saya terima dia seadanya


    TAG 10 RAKAN LAIN
    Tak nak tag sbb rasa dah ramai yang jawab tag nie.. tapi sesiapa yg rasa nak kenalkan diri, sila jawab tag ini k

    Nota Kaki: Jom karaoke!

    Friendship forever_zati contest

    Tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh Zati..Friendship forever


    Masa nie rasa sangat cun sbb baru kerinting rambut, boleh kan??

    Pic ini saya rasa paling menarik sbb kerana kawan baik saya, wanie berkongsi kegembiraanya bersama saya


    Perihal saya bersama kawan baik, wanie

    a) Perkenalan kami seperti kawan2 yg lain iaitu kawan persekolahan, tahun 2010 genap 17 tahun persahabatan kami..Walaupun kami berpisah selepas SPM kerana menyambung pelajaran, saya di utara wanie di Timur, tapi persahatan kami kekal sehingga kini.

    b)Apa yang saya suka mengenai wanie?
    Sikap berterus terang, banyak bercakap dan happy go lucky. Berkawan dengan wanie seperti segala masalah anda akan selesai, dia akan tolong selagi termampu, majlis pertunangan saya kalau dia tak ada mesti tak lengkap sbb dia yang buat kecoh, dia yang sediakan sebahagian barangan pertunangan saya, dia jurugambar saya,dia yang mententeramkan saya..semuanya dia...


    c)Peristiwa yg tak dapat dilupakan
    Banyak sangat!! Antaranya..
    Hari lahir: kami mempunya tarikh lahir yg sama 8/3/1980, bermakna setiap tahun kami akan teringatkan saat2 gembira menyambut birthday bersama
    Hubungan Percintaan: kami saling menasihati satu sama lain mengenai perhubungan percintaan kami..Saat putus cinta, meratapi kesedihan.. saat dilamun cinta berkongsi kegembiraan

    Apa yang saya tahu, saya sangat bertuah mempunyai kawan seperti wanie kerana dia tahu mengenai semua susah senang, suka duka saya..
    Nota kaki:
    Setiap org mesti ada sahabat, tapi bukan senang nak cari sahabat semasa suka dan duka.. saya bertuah kerana mempunyai sahabat yang sanggup berkongsi segalanya...
    Mari ramai Join contest menarik dari Zati.. Hadiah Misteri

    1st giveaway from zati

    Saya pernah memiliki pasu dari sarawak nie, tapi dah pecah jadi saya nak menang pasu/kraftangan sarawak giveaway dari zati




    Referrel saya: malaysia giveaway

    Simple entry but full of meaning (maknanya nak menang lah)

    Indian wedding

    Sabtu lepas temankan mama saya ke majlis perkahwinan bekas kawan sekerjanya..

    Tahniah pada pasangan yogeswaran dan isterinya, priya rasa mcm nama hindustan jer


    Pasangan lelaki sedang menunggu isterinya untuk diikat 'thali'.. Dah lama tak pergi ke indian wedding, ingatkan nanti ada pokok pisang dan bau2an mereka..(saya tak tahu nama bauan itu yer).. rupa-rupanya sekarang dah moden.. siap ada pelamin dengan kerusi cantik2..mmg kagum kejap!!


    Antara kawan-kawan mama yang hadir juga..masa nie semua muka lapar.. Bila umum untuk makan jer, terus serbu. Dapat makan kari kambing mmg marvelous lah

    Gambar lain semua tak cantik sbb lepas pengantin lelaki ikat 'thali' pd pengantin perempuan, semua orang berdiri depan pelamin so no nice picture..


    Nota kaki:
    Kenyang sampai pagi esoknya!!

    Hadiah yang menanti untuk peserta contest perkahwinan abadi @ pertunangan terindah

    Harap maaf kepada yang menunggu untuk mengetahui apa hadiah yang bakal dimenangi.. Minggu nie busy skit so proses
    mencari hadiah pun tergendala..

    Mama saya berbesar hati untuk menaja tapi cuma sepasang kain sahaja.. Memandangkan setelah seminggu contest dijalankan tiada penyertaan daripada contest Pertunangan terindah, maka hadiah sepasang kain ini saya akan hadiahkan kepada contest perkahwinan abadi


    Hadiah utama (kategori Perkahwinan abadi)
    • Sepasang kain berwarna merah hati 
    • candle gift
    • Hadiah misteri: Bila dah 50% siap baru saya war-war kan, takut tak jadi


    Hadiah utama (kategori pertunangan terindah)
    • candle gift
    • Hadiah misteri juga

    Hadiah untuk yang bertuah (untuk 2 orang)
    • Sepasang keychain berbentuk hati / pasangan kekasih
    • Candle 
    Nota kaki:
    Hadiah tak cukup menarik lagi, jangan risau,ada lagi yg menanti.... sedang memujuk abah pula untuk menaja

    Nak join contest aarin, klik SINI

    aprilgiveaway by ziefauzi

    Syarat-syarat yang cukup mudah untuk join giveaway ini



    Referrel saya : Zai kulim

    SYARAT-SYARATNYA

    1. Follow blog den ni untuk mengetahui sebarang updated2 terbaru tentang giveaway ni.
    2. Tulis entry paling2 simple yang pernah anda buat dan nyatakan darimana anda tahu mengenai giveaway ni.
    3. Akhir sekali,tinggalkan 
    • jejak anda (link url entry) 
    • nama follower anda (kadang2 nama bahagian komen dan follower berbeza)
    • email (utk den hubungi sekiranya menang)... 
    • Semua maklumat diatas tinggal di entry giveaway ni saja tau.. kalau tinggal di lain2 entry@shoutmix tidak akan dilayan
    Ada hadiah untuk referrel terbanyak dan 2 org yg bertuah..

    Apa lagi, Mari Join

    Mior ahmad fuad Mior Badri @ Din Beramboi:Insan seni yg Versatile

    Saat kita bergembira dan ketawa kerana lawak beliau, jangan lupa bahawa insan seni ini juga adalah insan biasa.. Pemergiannya cukup dirasai oleh semua peminat yang mengenali beliau..Termasuklah saya..

    Saya mengenali Din beramboi dengan panggilan 'Shasha' semasa beliau mengendalikan segmen di radio Time Highway Radio (THR) dan kali terakhir mendengar  coloteh 'Shasha' ini di radio Era..

    Dalam berlawak, Din beramboi juga mampu berlakon serius. Lihat klip di bawah, tentu ramai yg ingat klip ini



    Nota kaki: Mior ahmad Fuad Mior Badri @ Din beramboi..Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    Related Posts with Thumbnails