Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Ramalan pemenang piala malaysia 2010

Ok, Ok penyokong negeri sembilan dan kelantan pasti berdebar-debar dan tak sabar memasuki stadium.. Mari kita tengok apa ramalan nujum pak belalang?




Yang tak melayan piala malaysia pun teruja sebab ada sketsa lawak sebegini..

* Kredit to giantpolar, Hasil kreativiti beliau mmg terbaik..

Aku tak bodoh


Walaupun filem  'aku tak bodoh' yang dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Ariel Zafrel, Aizat Hassan, Wan Noor Aizat, Namron dan Adibah Noor dikatakan menciplak daripada filem singapura' i'm not stupid' tapi saya sokong filem ini dibuat kerana ianya secara tidak langsung boleh menyedarkan ibubapa di luar sana bahawa mencari duit bukan sega-galanya, anak yang terabai adalah salah ibubapa.






Saya sebenarnya menyukai filem arahan jack neo ini kerana pengarah ini berani menceritakan apa yang berlaku di sekelilingnya, antaranya filem 'Just follow law' yang mengambarkan keadaan kakitangan pekerja kerajaan di sana serta 'money not enough' mengenai manusia yang hanya tahu mencari duit sehingga mengabaikan ibubapa sendiri.

Tetapi melalui filem i not stupid ini menceritakan bukan hanya pelajaran sahaja yang mampu mencorak masa depan anak-anak (selalunya ibubapa berfikir kena belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat pekerjaan yang baik), tetapi melalui cabang lain juga mampu menjamin. Anak-anak juga perlu diberi pendedahan dan sebagai ibubapa jangan terlalu melindungi mereka sehingga mereka dibuli atau digelar lembik...

Saya dah banyak becerita mengenai filem I not stupid dan harapan saya filem aku tak bodoh ini mampu memberikan impak yang sama seperti filem singapura ini. Pengajarannya cuba sampaikan dengan berkesan, jangan hanya sekadar siap sebuah filem.

Nota kaki:
Sekali sekala layan filem komedi yang bermesej bukan filem yang mengutuk sesama manusia!!

Finally, hadiah sudah di pos!!

Sangat-sangat lega kerana hadiah untuk pemenang GA nuraarin telah berjaya di pos dengan cemerlangnya!! Maaf kalau ada yang sampai lupa pernah menang di blog ini, kelewatan disebabkan arissacrafshoppe menerima banyak tempahan jadi tempahan pemenang terpaksa menunggu giliran.. Jadi 2 @ 3 hari ini cek pos box masing2 k!!

Mari kita layan hadiah-hadiah yang dimenangi kerana hadiah-hadiah ini adalah pilihan pemenang itu sendiri..

Ini adalah hadiah utama

Crosstich 'bear and moon' (hasil tangan saya yer!)

hair clip and wall deco


Ini antara hadiah untuk pemenang saguhati

 Car charm and hair clip

 Bear key chain and hair clip

 Hair clip

Nampaknya ramai yang meminati hair clip, hampir setiap pemenang memilih hair clip mesti ada anak perrempuan yang comel ataupun anak saudara kan..

Nota kaki:
Alhamdulillah.. janji telah dikotai..

SENYUM

Tengah addicted dengan lagu ini.. Senyum by Malique ft najwa




Cuba nak tonton kalau ada Official video klip tapi tak ada lagi, tapi Video klip ini sangat menarik sebab setiap baris lirik digambarkan dengan baik sekali...

Nota kaki:
Kacak luar kacak dalam... hmmmmm

saya dan peristiwa

Ini rentetan daripada kisah saya bengang!!

Situasi 1
Saya bersama sepupu di sebuah pasaraya terkemuka. Sepupu saya ni mmg jenis cerewet sedikit dalam bab membeli baju ni, so that day seperti biasa dia hampir mencuba semua baju yang ada kat satu jenama 'mahal' ni, jurujual pun dah buat muka, saya pula sekadar peneman setia yang melihat sepupu saya mencuba baju sehelai demi sehelai..


Jurujual 1 : ling, zou qu chi fan < Ling (bukan nama sebenar), jom pergi makan >
Jurujual 2: Deng yi xia, hai you qu ke <nanti dulu lah, ada customer ni>
Jurujual 1: Ze ke bu shi qang cai de qu ke ma? Hai mei you mai yi fu? ni bukan customer yg tadi ke, tak beli baju lagi>
Jurujual 2: Dui, bu zhi dao you mei you qian. huo je zhi yao shi yi fu < betullah tu, entah ada duit ke tak? mungkin diorang ni nak try baju jer kut>


Saya yang mendengar ni pun berapi dan terus memberitahu sepupu saya yang jurujual ini memperlekehkan kami, mentang-mentang cuba banyak baju kata kami ni nak try baju free. Apa lagi dengan ke'tension'nan sepupu saya ini, terus dia sambar 5 helai baju, mmg habis beratus2 jugalah hari itu.. Tapi sebelum dia bayar saya balas dengan kata-kata ini


Saya: Ru gua wo yao shi yi fu, wo men hui zai lai. < kalau kami nak cuba baju, nanti kami datang lagi yer!>


Melopong kedua-dua jurujual tu.. malulah tue


Situasi 2
Saya bersama abg N di sunway pyramid. Lalu di sebuah gerai yang menjual rantai-rantai yang sangat comel dan abg N bercadang nak belikan untuk saya. Setelah bertanya harga, kata bos jurujual itu ada diskaun 20%. Semasa kami membelek-belek, terdengar jurujual itu bersembang dengan boss nya


Jurujual : lau ban niang, na ke lian you 30% diskaun. <Boss, rantai tu diskaunnya 30%)
Bos: shi ma, bu yau jin la < ye ker, tak kisahlah>


Setelah mendengar perbualan ini, saya pun saja bertanya balik harga rantai itu dan bos jurujual itu tetap berkata diskaun 20% sahaja. Saya dah beri peluang untuk dia berkata benar. Jadi saya pun pujuk abg N jangan beli rantai itu sebab rasa tertipu, tetapi malangnya Abg N sangat berkenan dan nak beli juga, jadi saya pun pilih juga. Tapi Abg N rasa pelik juga sebab saya menolak pemberian dia. Kemudian dia bertanya, dan saya berbisik kepadanya mengenai perbualan bos dan jurujualnya tadi.


Sebelum beredar, 
Abg N : Percaya tak awek saya ini boleh bercakap mandarin?
Bos: ye ke (dengan muka dah lain)
Abg N: ye, awek saya ini half chinese tau
Boss: Ooo patutlah muka ada macam cina sikit.
Saya: Zhu ni seng yi hing long <semoga bisness makin maju> (dengan sindiran k)
Boss: xie xie <terima kasih> (dengan muka kelat)


Buat apa nak menipu, tak lama lepas tu saya tengok kedai tu dah tutup.Padan muka.. menipu lagi


Sebab tu bila jadi kes membeli crosstich tu saya bengang dan tak nak beli terus sebab rasa tertipu. Buat apa nak menguntungkan depa semua ini kalau mereka tak jujur dalam perniagaan. Tapi bukan semua macam tu k, tengok nasib kita juga...

Berebut siaran tv sehingga maut

Terkejut juga baca berita mengenai remaja yang maut akibat berebut tv dengan adik yang mennyebabkan kemarahan adik di mana berlaku pergaduhan sehingga kakak mengacukan cebisan cermin tingkap tapi terlepas dan terkana pangkal paha remaja itu sehingga mengakibatkan kematian.. Itu akan menjadi trauma buat kakak, mungkin selepas ini si kakak tidak mahu melihat tv lagi, siapa tahu??

Kita akan berkata mengapa perkara sekecil ini iaitu berebut tv sehingga boleh membawa kepada kecelakaan? Tapi saya tak akan nafikan sebab buat sebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai mesti mahu menonton siaran tv yang berlainan, si ayah mahu menonton berita, si anak mahu menonton kartun, si ibu mahu menonton drama air matanya.. jadi siapa yang mahu beralah?

Cara paling senang mungkin membeli tv lagi satu, tapi sekarang ini pelbagai siaran ada, tv3, tv9, ntv7, siaran astro lagi. kalau sebuah keluarga itu ada 5 ahli keluarga takkan sampai nak beli 5 tv kan? Semasa saya kecil dahulu, saya sering kena beralah pada bapa saya yang suka menonton berita, jadi saya dah tahu pukul 8 malam dan 11 malam (berita dunia, rtm 1) adalah waktu bapa saya menonton tv. Jangan sesiapa pun kacau.

Itu masa saya kecil, sekarang teknologi dah berubah di mana kita dah boleh menonton sesebuah cerita di laman web. Jadi tak ada masalah lagi.. Hmmm, patutlah ramai yang lebih suka melayari internet daripada lepak di depan tv..

Saya amat bengang!!

Saya amat bengang kerana kedai yang selalu saya beli crosstich tu menaikkan harga barangnya dengan alasan supplier naikkan harga tapi nyonya (ya, penjual itu berbangsa cina) stok yang u jual tu stok lama, saya tahulah sebab plastik pun dah lunyai nampak sangat dah kena belek berkali-kali.. Saya pun tengok gambar tu bertahun-tahun tak ada orang beli pun..sebab apa? Sebab tak lawa lah!!

Saya cuba minta harga lama (saya kan regular customer), tiap2 kali beli crosstich mesti kat situ tapi tak boleh, katanya bagi diskaun jer.. eh eleh naik harga sampai RM2.50 bukannya RM0.50 tau! tapi bagi diskaun RM1 jer.. pastu nak speaking chinese lak ngan pekerja dia.. ini yang saya menyampah!! Ingat saya tak faham bahasa cina ker?? Last-last tak beli pun takpe.. kat rumah pun ada stok lagi, tujuan ke sana cuma nak tengok ada gambar baru jer..Saya ada macam2 peristiwa dengan penjual berbangsa cina, saya cite kat next entry lah.. tak ada mood nak cite yang itu lagi

Nanti saya pergi beli kat supplier terus, bukannya jauh kat teluk intan jer, takat drive sejam dah sampai, nnt saya borong satu kereta jual sendiri, lagi bagus.. ada sesiapa nak beli ngan saya?... hahaha ( ini fikiran masa tengah marah tadi)

Lelaki jambu Vs lelaki macho

Sekarang ni ramai gadis-gadis di luar sana yang minat dengan pelakon korea yang berkulit putih dan gebu yang mana lebih jambu, sehingga adik saya pun nak kulit putih dan gebu macam itu.. tapi kenapa?? Saya rasa bengang juga sebab pengaruh drama telah mempengaruh adik saya ini.. (adik saya macho ok, suara garau bukannya 'adik-adik')

Lee min ho, mmg jambu dengan baju pink dan kitten itu

Rain.. kalau dia datang malaysia mmg 'raining'

Tetiba teringat kisah masa saya sekolah menengah dahulu, sanggup tukar sekolah sebab admire dengan seorang lelaki yang chinese look. Masa itu saya mmg minat dengan lelaki chinese look sebab terpengaruh dengan minat saya terhadap aaron kwok, jadi dipendekkan cerita saya mmg minat dengan lelaki jambu masa zaman tu.

Tetapi tetiba juga saya beralih arah, bila dah semakin dewasa saya jadi kurang minat pula dengan lelaki jambu ini, saya minat pula dengan lelaki-lelaki melayu yang boleh bersilat, di mana terserlah kelakian mereka, bukan yang bercerita mengenai kosmetik apa yang boleh melicinkan kulit atau baju apa yang paling 'in' sekarang ini. Saya rasa lelaki macho ini boleh melindungi kita semasa kita dalam kesusahan, nnt kalau kena samun takkan saya pula yang nak selamatkan lelaki jambu ini, oh tak kuasa I!!

Berkata mengenai lelaki chinese look, ada seorang pelakon hong kong yang berkulit gelap iaitu louis koo. Dia sanggup menghitamkan lagi kulitnya supaya nampak berbeza dengan pelakon yang lain dan tidak sia-sia usahanya itu kerana dia mmg antara pelakon yang terkenal di hong kong.



Nota kaki:
Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.. kerana Abg N adalah lelaki macho saya. ^_^ !!

Harap bersabar, saya pasti akan tunaikan

Masa BW ke blog eryati. beliau meminta maaf kerana belum pos hadiah saya lagi, hadiahnya beg tangan pink tu, saya sebenarnya pun hampir terlupa sehingga lah tuan punya blog menwar-warkan kelewatan mempos hadiah..

Yang saya nak ceritakan adalah saya juga ingin menwar-warkan kepada pemenang GA nuraarin untuk bersabar kerana hadiah belum boleh saya pos lagi kerana belum menerima semua item daripada arissacraftshoppe  lagi, bila semua item dah siap, saya akan pos kan sekali k..

Buat masa ini hadiah 2 peserta sudah siap, tinggal lagi 2, harap-harap saya bolah pos sebelum hujung bulan ini. Jadi buat semua peserta harap bersabar, saya pasti akan poskan hadiahnya..

Strawberry bersalut coklat

Dah lama sangat teringin nak rasa strawberry bersalut coklat, saya bukanlah penggemar buah strawberry tapi keinginan tetap ada untuk mencuba sesuatu yang baru.. Ni pun gara -gara Siti nurhaliza punya penangan.. Dan kemuncaknya saya berjaya juga menikmati keenakkan makanan ini..

Posing bersama coklat strawberry saya, tengok mountain coklat di belakang, kalau boleh bawa balik, best nyer!! Abg N masa ni dah jeling, kalau boleh bawa, confirm saya ambil, hahaha

Ini dia yang di-idamkan.. rasa masam-masam manis, begitu juga lah dengan kehidupan kadang-kadang masam dan kadang-kadang manis.. saya harapkan kenangan manis yang lebih banyak dalam ingantan ini..

Nota kaki:
Gerai ini terletak di dalam sunway pyramid!! Tempat lepak saya kalau saya ke Kl, wajib!!

Kad Watsons: Your passport to health, wellness & beauty



Baru-baru ini ada daftar untuk mengambil kad watsons, belum tahu lagi apa yang menarik mengenai kad ini, tapi biasanya mesti mengumpul mata dan tebus kan.. Yang menariknya kad watsons ini adalah kita hanya perlu membayar RM12 untuk menjadi ahli dan di dalam passport watsons ada pelbagai voucher diskaun dari serendah RM1 sehingga RM10. Vouchernya dalam 30keping juga so berbaloi membayar RM12.



Dengan menjadi ahli, kita bakal dijemput menghadiri event, sales dan workshop. So pada sesiapa yang memang suka join events sebegini memang patut jadi ahli. Maklumat lanjut layarilah laman web mereka, Watsons

Magika: Menarik @ Mengarut?


Sebelum ini saya memang beria-ia mahu menonton Filem Magika. Setelah ditunda dari Bulan March sehingga kini baru dapat tonton di pawagam. Mula-mula tahap terujaan memang tinggi sebab mahu melihat karektor dongeng melayu yang semakin dilupakan.

Di awal cerita agak menarik dengan karektor nenek kebayan (ziana zain), pak pandir (Aznil)  tapi selepas berjumpa bad (Mawi) terasa sedikit kekurangan, entah mungkin terasa pelik percintaan ayu (diana daniel) dan bad.

Apa yang saya suka filem Magika:
  • Watak ziana zain yang menjadi, senang kata kalau tak ada ziana zain, cerita ini tak ada ummp
  • Watak M. Nasir yang misteri memang bagus
  • Bawang merah dan bawang putih, cute and funny


Apa yang saya tak suka mengenai filem Magika:
  • Badang (Mawi) dan rambut palsunya
  • Lagu kalau kerap sangat boleh menimbulkan kebosanan


Antara masalah teknikal yang saya nampak:
  • Apabila bad cedera di tangan dan ayu membalutnya dengan sapu tangan tapi bila scene lain tetiba sapu tangannya hilang
  • Bila Bad berlawan dengan nenek kabayan, sapu tangan dan hilang tapi bila bad jumpa ayu, tetiba muncul kembali sapu tangannya..

Nota kaki:
Tetap sokong filem melayu

Saya dah balik!!!


Saya dah balik dari bintulu.. ada sesiapa yang rindu ker? Sekarang macam-macam report nak buat sebab dah tinggalkan opis 3 hari 3 malam, jadi kerja menimbun, so bila saya dah berjaya menipiskan kertas-kertas di depan mata nie, saya sambung kisah hidup saya..

N, nanti aarin korek balik gambar-gambar ke China yer.. Aarin pun dah lama tak tengok gambar tu.. nak kena imbas kembali.. hehehe

Mari terbang ke bintulu!!

Kapal terbang ini ada di dalam teksi Abg N, saya beli sempena Hari merdeka

( Ini adalah auto-publish)

Semasa entry ini dipublish, saya dalam perjalanan ke Bintulu... Jadi saya akan meyepikan diri seketika kerana urusan kerja, jumpa bila saya balik nanti yer! Dah lama tak naik flight, last masa outstation ke Nanning, China 4 tahun lepas..Ada Caexpo, saya mewakili syarikat saya sebab boleh berbahasa Cina, untung juga boleh speaking bahasa ketiga ini

Nota kaki -Ada sesiapa nak tengok gambar saya pergi China tak? Kalau ada request, baru saya upload sebab peristiwa tu dah lama sangat berlaku..

Related Posts with Thumbnails