Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Binatang yang saya mahu pelihara sangat-sangat adalah

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

TAK ADA!!

Kenapa?
Pertama: Saya takut dengan binatang yang berbulu, maknanya kucing, burung mmg tak sesuai
Kedua: Saya geli dengan binatang yang kulitnya licin, maknanya ular, putera katak memang gagal
Ketiga: Saya tak pandai menguruskan binantang yang memerlukan perhatian lebih seperti ikan, hamster.. takut jadi serial killer macam adik cik pia pula.. hehehe

Jadi kesimpulannya saya memang tak sesuai memelihara apa-apa binatang di rumah...
Tapi di rumah saya ada seekor kucing, namanya TomTom Bak. Saya gelarkan kucing sewa sebab dia tak dijaga seperti seekor binatang peliharaan yang biasa. Bila lapar dia akan muncul, kenyang dia hilang sampai berhari-hari.. Dan dia suka tidur dalam bilik saya walaupun dia tahu saya takut dengan dia.. Memang pendera betul kan tom tom bak nie..

Tolong ayah cepat!!

Minggu lepas adik saya menerima sms daripada no yang tidak dikenali bertulis

"tolong top upkan untuk ayah RM50 pada no baru ayah 071xxxxxxx, ayah ada masalah di balai polis, jangan telefon ayah, nnt ayah telefon balik,cepat!"
Adik saya menunjukkan sms itu pada saya, saya berfikir sejenak dan membuat kesimpulan sms ini menipu sebab :
a) abah saya tidak pernah membiasakan dirinya dengan panggilan ayah!!
b) Jika di balai polis, kenapa tak guna telefon balai polis untuk memberitahu sahaja. takkan polis tak benarkan??
c) kenapa tak beri kami telefon untuk bertanya apa yang terjadi
d) Kalau dpt sms pada seseorang, mesti kita akan beritahu kita di mana bukan minta top up jer

So dari kesimpulan itu, saya dengan yakin mengatakan ini sms palsu, balik ke rumah tengok abah sedang seronok menonton tv.. Lega kerana apa yang saya fikirkan betul.

Tapi ada juga yang terkena dan berita lanjut di SINI...


Jangan tungu lama-lama, nanti diambil orang!!

Jangan terkejut, tak ada sesiapa yang diambil orang tapi saya terlepas butik idaman saya..

Saya dah survey butik pengantin sejak 8 bulan yang lepas.. Dah ada yang berkenan di hati dengan harga yang sangat-sangat berpatutan, tapi sebab rasa tarikh kahwin macam lambat lagi, jadi tak tempah betul-betul.. tapi semalam pergi ke butik yang saya mahu itu terkejut sebab dah fully booking. Oh.. terkesima sekejap sebab rasa blur, benda yang lama rancang dah tak jadi..

Ini contoh pelamin yang saya berkenan, tapi tak jadi ambil

Tapi alhamdullilah, survey di tempat lain ada pelamin yang berkenan di hati, orang kata tertutup satu jalan, banyak lagi jalan lain yang terbuka. Yang penting perlu berfikir secara positif dan RELAX!!


Nota kaki:
Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaiannya..

Apa ada dengan gusti?

Saya selalu tertanya-tanya mengapa kalau dalam filem sekalipun mesti ada menunjukkan orang melayu suka menonton gusti? Saya tak pernah tonton drama cina atau tamil yang menunjukkan mereka suka menonton gusti, jadi saya buat kesimpulan orang melayu memang suka menonton gusti.

Antara yang saya kenali adalah hulk hogan, The rock, undertaker dan macam-macam lagi. Saya tak minat dengan gusti tapi kadang-kadang terpaksa menonton bila abah saya nak tengok juga. Memang seronok tengok gelagat abah yang teruja dan tangan pun bergerak-gerak macam abah yang lawan di gelanggang.

Baru-baru ini saya tanya abah kenapa tak mahu cukur misai, katanya sebab nak tiru imej hulk hogan. Anda tahu tak siapa hulk hogan? Bagi saya hulk hogan adalah ahli gusti yang pertama saya kenali, trademark dia adalah mengoyak baju kuningnya di gelanggang

hulk hogan: baju murah jer, senang koyak!

Apa yang saya pelik dengan dunia gusti:
  1. Kalau nak berlawan, mengapa perlu bercakap-cakap, kadang-kadang bercakap punya lah panjang tapi bila beraksi sekejap jer.. abah saya pun dah naik boring
  2. Setahu saya kalau berlawan guna tangan (tanpa perlindungan mcm boxing), kalau dah tumbuk hidung, mesti tangan atau hidung itu akan berdarah, tapi saya tengok mereka dah pukul bertalu-talu, tapi tak ada apa-apa kecederaan pun
  3. Bila dah turun dari gelanggang, guna kerusi lipat untuk memukul pun tak ada kecederaan juga, saya dah pelik bin ajaib ni
  4. Semasa dipukul dengan kerusi lipat boleh bangun lagi, tapi bila kena hentak secara terlentang terus kalah, logik ke tak?

Ada juga ahli gusti yang berjaya menjadi terkenal, antaranya The rock.. Siapa yang tak kenal The rock ni. Traemark kening dah macam ziana zain..


Sekarang ni the the rock dah bersara dari dunia gusti dan menumpukan perhatian pada dunia lakonan. Banyak filem the rock yang best seperti The game plan, Tooth fairy, The other guy dan macam-macam lagi.

Kalau ada sesiapa yang mahu menonton filem yang ramai ahli gusti di dalamnya, bolehlah menonton filem the longest yard. Filem ini sungguh kelakar dan saya dah berapa kali tengok pun tak jemu.

Mari bermain tanah liat bersama saya yang berumur 3.......3+++

Nak kata saya ni masa kecil dulu tak dimanjai dengan barang mainan rasanya tak ada, dulu mainan barbie doll, main masak-masak, teddy bear, lego dan pelbagai mainan lagi yang saya ada. Tapi tak tahu sejak umur makin meningkat ni ehemm... saya sangat-sangat terpikat dengan mainan yang ada di pasaran.


Baru-baru ini saya beli permainan tanah liat biskut maker, ooo teruja habis tengok.. bukan sahaja biskut maker, ada pizza maker, aiskrim dan macam-macam lagi.. Nasib baik jalan-jalan dengan mama, mama kata 'lepas ko main, nnt bagi cucu mama pula main'. Eh, mama mana ada cucu, saya pun tak kahwin lagi... Nampaknya saya kena perli..

Rasanya tak pelik kalau saya nak terpikat pada mainan zaman sekarang, sebab masa kita kecil-kecil dulu selalunya mainan kita buat sendiri. Contoh masa main tanah liat ni, kalau kita nak buat bentuk bulat, kita akan gunakan cawan, tapi sekarang ni dah acuannya sendiri. Jadi dengan sendirinya kita nak mencuba.. 

Rasanya permainan barbie doll lagi banyak fungsi baru yang muncul, dengan barbie yang boleh berkata-kata, baju boleh disembur warna lain.. semuanya memikat kanak-kanak dan juga dewasa seperti saya, hehehe..

Nota kaki:
Sebenarnya saya terkilan sebab koleksi barbie doll saya, mama dah beri pada jiran sebab mama ingat saya tak nak main. Itu adalah permainan paling yang paling saya suka, sampai sekarang terkenang-kenang. Rasa macam nak kumpul balik.



Ngangkung dan Aku tak Bodoh


NGANGKUNG

Tunggu dan tunggu akhirnya saya marathon 2 filem dengan Abg N.. hehe tercapai hajt nak tengok ngangkung, nasib baik panggung wayang sitiawan ni ada lagi tayangan walaupun dah lepas 3 minggu, mungkin sebab dapat sambutan lagi, masa saya tengok pun ramai lagi penonton.

Tapi saya sedikit kecewa, bukan nak kata filem ini tak bagus tapi rasanya yang bagus-bagus semua dah keluar dalam iklan jadi tinggal yang biasa-biasa sahaja untuk ditonton. Oh ye, suara sam mmg menyakitkan dah macam orang terncat (kata Abg N).. Kalau nak lari dari karektor adnan sempit sekalipun, tak perlulah ubah suara mungkin boleh ubah penampilan, rambut bg pendek, jambang bg panjang sikit ker ..ini rambut panjang mesti kita ingat adnan sempit lagi.

Tak mahu ulas banyak filem ngangkung sebab saya percaya ramai dah tengok, kalau tak takkan boleh box office melebihi 7 juta.


AKU TAK BODOH VS I'M NOT STUPID

Sekali tengok aku tak bodoh rasa macam ulang tayang i'.m not stupid, dari segi penceritaan memang sama dan lakonan pelakon kanak-kanak tidak mengecewakan sebaliknya pelakon berpengalaman seperti amy mastura dan riezman yang kurang berkesan di hati. Amy, sila menangis dengan keluar air mata, sudin menangis lagi 'touching'.. Nak tahu siapa sudin sila baca review dari Hans, sangat bagus!!

Saya tak mahu ulas lebih lanjut sebab nnt saya bandingkan 2 filem ini, tapi satu jer nak beritahu aku tak bodoh best dari ngangkung, ini pendapat saya!!

Day 5 – How important you think education is?

Ini adalah satu soalan yang menarik, adakah pelajaran itu sangat penting?

Secara jujurnya, pelajaran adalah keutamaan saya. Saya tahu sesetengah orang memang tidak mampu untuk menyerap ilmu bukan sebab kemiskinan atau malas tapi memang otak tidak boleh menerima, Tetapi mereka ini dikurniakan bakat yang lain seperti boleh melukis, pandai membuat kraftangan, boleh memasak dengan sedap dan macam-macam kemahiran yang tidak memerlukan pelajaran yang tinggi untuk berjaya. 

TETAPI pelajaran tetap nombor satu. Sekiranya ada bakat apa sekalipun, habiskan pelajaran sehingga SPM sekurang-kurangnya dan dari situ baru kita mulakan karier berdasarkan pada bakat dan kemahiran kita..

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.


Gambar kesukaan kawan baik saya adalah semasa perkahwinannya. Kami ini sebaya dan birthday pada tarikh yang sama, jadi kami sangat memahami satu sama lain. Mungkin kerana persamaan ini, saya belum berkahwin dan kawan baik saya pun belum lagi. Jadi semasa saya bertunang, saya sentiasa mendoakan semoga beliau juga akan bertemu jodoh secepat yang mungkin.

Dan siapa sangka beliau bertemu jodoh dan mengakhirinya dengan perkahwinan awal daripada saya. Saya mendoakan moga kamu, wanie dan suamimu norman akan sentiasa berbahagia hingga hujung nyawa.

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Dulu sebelum bercinta dengan pemikiran yang sangat lah naif, impian first date saya mesti mahu dimulakan dengan candle light dinner, makan steak cam orang putih sebab terpengaruh dengan filem-filem barat.

Dinner minum air oren tau!!

Selepas dinner, berjalan di tepi pantai.. Sambil berbual untuk mengenali hati masing-masing....

Sekarang tidak lagi, bagi saya untuk first date yang pertama adalah mengajak si dia menonton wayang, kalau untuk first date dia memberikan kebebasan untuk kita memilih wayang yang mahu ditonton, mmg layak untuk diajak second date.

Wayang pertama yang saya tonton, ginger snaps, ganas tak ganas pilihan saya for date, haha

Habis wayang, lepak di kedai yang selesa (bukan mamak k) seperti kedai ais krim atau coffee house yang memudahkan untuk kita berbual (tanpa membesarkan speaker suara k, first date tatasusila mahu jaga ye)

Kalau ais krim macam ni, tiap kali dating mesti mahu..

Temujanji yang pertama amatlah penting kerana dari situ kita tahu si dia sesuai atau tidak untuk kita, kalau first date tangan menjalar-jalar mmg nahas, saya tak pandai bersilat atau ada apa-apa seni mempertahankan diri tapi jangan buat saya marah, laki kuat mana pun saya belasah (haha, cukup ganas tak)

Itu adalah my perfect first date, kalau dah date ke-5, kena acara lain la yer...

"LITTLE FINGERS contest 3"

 
Contest yang ke-3 ini bersempena dengan birthday Aerish yg ke-2 padan 4th january 2011...
 
" Selamat hari jadi aerish, auntie doakan moga aerish membesar dengan sihat dan ceria "


Kategori satu: Gambar masa kecik-kecik

Maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan. 

Saya paling suka gambar ini sebab saya baru saja masuk sekolah cina, umur 7 tahun dan pertama kali rambut dipotong pendek so terasa sangat cute. (eh, puji diri nampaknya). Rasa macam model kanak-kanak pula, dengan memegang skirt dan bunga.. Gambar ditangkap di dalam studio, tiap-tiap tahun memang saya akan tangkap di studio dari umur saya setahun hingga 18 tahun. Selepas itu, saya tangkap gambar luar sahaja sebab masa tu camera pun dah canggih kan..


Kategori dua: Kenangan tidak dapat dilupakan

Saya pun tak tahu cerita saya ini kategori sedih atau lucu. Pn Eb tolong nilaikan la.Semasa saya berumur 7 tahun, semasa itu saya demam tapi saya berkeras nak ikut mama saya ke pasar. Pasar tak jauh pun jalan kaki dalam 10 minit sampai tapi kerana demam mama tak bagi pergi. Tapi saya ikut juga, so dah sampai pasar mama masuk kedai nak beli ayam, kedai ayam yang tempat memproses ayam tu, saya pula nak menutup payung. Tiba-tiba terdengar bunyi seperti sesuatu yang amat berat jatuh, dengan kedengaran bunyi ayam-ayam yang bising, rupa-rupanya saya pitam dan tumbang berdekatan dengan ayam-ayam. Patutlah ayam tu bising. Saya memang bergelumang dengan bulu dan taik ayam la. Akhirnya pakcik jual ayam yang hantar saya balik naik lori. Malu ooo sampai sekarang kalau jumpa pakcik jual ayam mesti kena perli "jangan tumbang lagi. nnt kena taik ayam"

Pengajaran: Jangan melawan cakap mama!!

Kategori tiga: Nama manje

Setahu saya nama manje masa saya kecik-kecik dulu adalah INTAN PAYUNG. Saya ni kecik-kecik kuat merajuk juga jadi ayah saya yang menamakan saya intan payung kalau nak pujuk saya. kan ke bila orang pujuk suka kata "ala ala intan payung, janganlah merajuk" lebih kurang macam tu dialognya. Lama-kelamaan melekatlah nama tu.

Dah bercerita panjang, mari kita tengok hadiah..



Kalau mahu join, klik pada gambar hadiah di atas INI.

Day 2 — Your favorite movie

Saya peminat filem filem dari disney tak kira siri kartun atau pun tidak, tapi dalam banyak-banyak saya lebih sukakan filem Mulan.



 Bagi saya filem Mulan ini banyak mengajar daripada cerita-cerita dongeng yang lain seperti cinderella dan snow white. Mulan ini adalah adaptasi dari lagenda Cina mengenai seorang gadis yang menyamar menjadi lelaki untuk menggantikan ayahnya ke medan perang. Kasih sayang yang kuat kepada ayahnya yang sakit serta semangat cintakan negara yang menebal mendorong dia melakukan penyamaran ini.

Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kawan seperjuangan sehingga cedera

Dalam masa yang sama, si gadis lasal ini juga mendambakan seorang lelaki yang mencintai dirinya seadanya, bukan seperti lelaki yang lain yang menganggap wanita hanya perlu ada di dapur sahaja. Pada zaman dahulu, wanita dilarang ke medan perang.


Penamat cerita ini berakhir dengan manis sekali. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Mulan bertemu cinta sejati yang menerima dia seadanya.



Nak tanya pendapat! Perlu tak beli insurans untuk kad ??

Saya sebenarnya dalam dilema ni, saya rasa macam nak batalkan insurans untuk kad kredit dan ATM kad saya, setahun bayar RM98.. Saya dah ambil selama 2 tahun dan ini nak masuk tahun ketiga, tapi masalahnya perlu ke saya ambil insurans untuk kad kredit ni?

Kebaikan insurans kad kredit ini:
a) Sekali call, syarikat ini akan batalkan semua kad yang kita ada (berguna kalau kita hilang dompet)
b) Sekiranya kad hilang, dan berlaku pembelian melalui kad itu, saya tak perlu bayar sbb insurans ini akan cover
b) Sekiranya kad hilang di luar negara, hanya perlu hubungi syarikat insurans ini dan mereka akan bayarkan semua perbelamjaan kita seperti hotel, tiket kapal terbang.

Kenapa saya rasa macam tak nak memperbarui insurans:
a) Dulu saya ada banyak kad kredit, tapi sekarang semua dah batalkan
b) Bukan selalu ke luar negara
c) Insurans ni macam tak ada follow up ngan kita seperti call dan survey, hanya hantar surat sahaja senang kata not friendly dengan customer

Jadi, patut tak saya batalkan insuran ini?


Day 1 — Your favorite song

My favorite song

Sarah Connor - Still crazy in love 
 
Saya tak mengenali siapa sarah connor, dapat lagu ni pun masa beli hp baru suruh 'leng chai' jual hp masukkan semua lagu yang sedap. Balik dengar dan bila dengar lagu ni terus terpikat.. Permulaan yang sungguh mendayu dan merdu betul-betul memikat hati saya.

Let's enjoy the song..







Look at me now
Look into my eyes
Do they reveal the pain I feel inside
And do they show I feel like run and hide
From the look upon your face tonight

I can see your heart is broken
And your smile is gone
If I could only make the wrong, I did, undone

Forgive me now
For all the times I wasn't there
For all your doubts
When you were think I didn't care
But no matter what I do
Together we will make it true
I'm still crazy over you

But no matter what I do
No matter what they say
It's true
I'm still crazy in love with you

With you I've overcome so many rough and stormy weathers
The cold of the winter we traded for the summer
Together we can fight and we can make the bad much better
Without you I'd be someone else
Without you I would lose myself

Forgive me now
For all the times I wasn't there
But no matter what I do
Together we will make it true
I'm still crazy over you

Oh yes I am
But no matter what I do
No matter what they say
It's true
I'm still crazy in love with you


New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ

Rasa macam nak Honeymoon ke sana.. Tawaran ini bermula 3 hingga 5 december.. Cepat!!



Memang destinasi yang menarik untuk melancong atau honeymoon.. Jom kita ke New Zealand..

30 Days Project

30 Hari mencari Cinta, eh eh bukan ini projek selama 30 hari @ 30 entry (sebab tak mungkin saya boleh siapkan dalam 30 hari, biasalah idea lambat sangat nak mucul)

 Yeah!! Saya sedang bersemangat ni.. hehehe
 
Day 25 – Who are you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


Upin & ipin: Kebanggaan Malaysia

Kepada rakyat malaysia yang tidak mengenali Upin & ipin rasanya macam tertinggal bas, akan rasa kecewa kerana tidak mengenali karektor watak ini dengan lebih mendalam.Ayat yang keluar dari mulut ipin isitu 'betul, betul, betul' dah jadi ikutan baik kanak-kanak atau yang dewasa. Tapi mengapa sebenarnya watak Upin & ipin dicipta?

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia (sumber wikipedia)
Sejak saya menonton Upin & ipin, saya memang terpikat dengan gelagat mereka, anak yatim piatu tetapi amat bahagia dijaga dengan baik oleh opah, adik nakal yang suka mengusik kakak juga kawan-kawan yang sangat mencuit hati.


Walaupun ini adalah watak karton, tapi cara penyampaiannya sangat dekat dengan hati kita. Bila saya menonton setiap episod secara semulajadi saya akan tersenyum dan rasa terhibur. Tapi bukan Upin dan Ipin sahaja yang patut kita ingat, kawan-kawannya seperti mail yang pandai berniaga, Mei mei yang bijak, Jarjit yang suka berpantun dan ramai lagi juga sangat meninggalkan kesan.


Watak Upin & Ipin juga memikat hati penonton Negara jiran kita, Indonesia sehingga berjaya bekerjasama dengan Kumpulan Padi

Pada 29 September 2010, Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini. Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos, menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin. (Sumber wikipedia)

Siapa kata Malaysia ketinggalan menghasilkan karton yang baik? Saya amat berbangga dengan penjenamaan Upin & ipin kerana mereka kini dikenali luar dari Malaysia.


Related Posts with Thumbnails