Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Seronok ke dapat jumpa selebriti??

Hehe..sebenarnya masa jalan2 ke blog mamatisya, ada bercerita mengenai jumpa yusry KRU dan erra fazira.. So perasaan mesti best kan?? Jadi terimbas kembali kenangan-kenangan saya berjumpa dengan artis nie... Nie bukan jumpa mcm tengok konsert tapi betul-betul face to face yer...

Pengalaman pertama
Masa nie belajar di UiTM tahun 2001, saya jumpa Ella dan Ajai, mereka sebenarnya ada rakaman radio dengan Uitm so dapatlah ambil autograph.. Ella mmg manja giler and she even say my name cute..sib baik tak kata 'awak busuk' kan, kecoh seantero..Ajai pun cool and cute, masa tu ajai dgn nurul lagi kan...

Pengalaman kedua
Masa ni terasa boring-boring, jadi  ikut member pergi bercuti ke KL.. lepak di rumahnya selama 3 hari dan 3 hari berturut-turut saya jumpa selebriti..

Hari pertama 
- jumpa AG hotfm, dia dgn wife dan anaknya nak makan di ampang, so duduk bersebelahan lagi..

Hari kedua 
- jumpa bell ngasri selepas menaiki Eye of malaysia, tasik titiwangsa.. Masa ni bell ada rakaman tv mengenai eye of malaysia, dia sangat friendly dan ingat saya chinese.. (dlm gambar ni nampak saya mcm chinese ker?)



Masa nie saya dah gurau-gurau ngan member.. kata 2 hari kat sini 2 kali jumpa selebriti, silap-silap esok saya jumpa siti nurhaliza pula... kan masin mulut saya, jumpa betul-betul

Hari ketiga
- saya jumpa siti nurhaliza di dalam panggung wayang nak tengok cerita the holiday, masa ni mmg full seat ada baris 2 di hadapan saja yang kosong, so saya dan kengkawan ambil barisan kedua sebab nak sgt tengok cerita ini..and guess who in front me.. yes.. CT and family... datuk K dan anak-anaknya yg comel pun ada.... Saya sungguh excited sebab bila member imbas balik kata-kata saya mengenai akan jumpa CT ari ni.. tapi tak sempat nak ambil gambar sebab belum betul-betul habis wayang, CT dah balik tapi sempat lah saya salam dengan dia...




Pengalaman ketiga.. Jom heboh
Ini rasanya semua pernah rasa kut, tapi yg saya nak cerita ialah saya dipilih untuk join satu aktiviti dengan fara fauzana dan menang, dapat hadiah CD hujan


Itu pengalaman dapat jumpa face to face.. yang lain2 setakat nampak dalam kereta or konsert sahaja..
Sebenarnya excited juga dapat jumpa selebriti ini, hahaha

Nota kaki:
Selebriti pun manusia biasa juga, kita tak boleh nak jadikan mereka sebagai idola kerana manusia tidak sempurna...

hotlink.. kamu dimana yer?

Sesape yang guna prepaid hotlink di sini? Angkat tangan, kalau guna 2 handphone dan dua-dua guna no hotlink juga, sila angkat kedua-dua tangan.. ok ok saya bukan nak mengira undi nak semua orang angkat2 tangan ni, cuma nak lahirkan rasa pelik dan hairan...

Saya rasa saya boleh dikategorikan sebagai kaki tv juga..tiap2 malam mesti melayan macam2 cerita, tak kiralah tv berapa pun, semua saya layan.. tapi sejak akhir-akhir ini (rasa dah berbulan-bulan juga) saya tak nampak iklan hotlink di tv lagi, yang nampak hanya iklan DIGI (terbaru mengenai durian bola) dan juga Celcom blue (yg patung bear biru comel)

Semua rangkaian sedang berperang iklan, tapi hotlink buat bodoh jer.... Saya rindu nak tengok iklan-iklan kelakar dari hotlink nie..  tak ada idea nak buat iklan best-best ker?

Di sini nak imbas kembali Iklan hotlink yg paling saya suka




Ada satu lagi iklan yang saya suka, nora danish pelakonnya, masa tue nak memperkenalkan ringtone (kalau tak silap saya), yang nora danish pakai kostum bear tu.. ada sesiapa ingat tak?


Nota kaki:
Kalau ada sesiapa perasan iklan terbaru hotlink, beritahu saya yer!! Mmg terasa pelik yang amat sangat nie, ker saya yang terlepas pandang??

KFC.. tak payah lah tukar resepi lagi...


Masa kecil-kecil dulu, saya tak tahan makan pedas, saya hanya makan KFC perisa original jer.. Then dah besar skit, barulah makan KFC hot & spicy dan sejak itu saya memang peminat KFC hot & spicy.. walaupun KFC ada macam-macam jenis makanan yang muncul seperti burger, twister dam mcm2 lagi yg saya pun tak ingat namanya.. Tapi saya tetap setia dgn hot & spicy saya..

Baru-baru ini, KFC ada resepi baru diberi nama


Tak silap saya sebelum ini pun ada bermacam-macam jenis resepi yang diperkenalkan seperti tom yam. kari.. tapi semua tak memenuhi citarasa saya, hanya hot & spicy sahaja yang dapat melekatkan hati saya dengan KFC..

Ingat lagi masa tu mmg teringin sgt nak makan KFC, tapi cuma ada perisa tom yam je, so cuba juga tapi mmg tak sedap ar kan, tak masuk ngan tekak saya ni (berterus-terang nie), 2 minggu lepas tu pergi KFC tapi masih lagi perisa tom yam sampai saya tanya manager KFC tu bila nak tukar Hot & spicy balik sbb perisa tom yam tak sedap!!


Nota kaki:
Tak boleh ker buat 2 perisa sekali??

Revolusi telefon bimbit

Revolusi..revolusi... tergiang-giang lagu Bunkface di kepala semasa menaip tajuk enri ini...

Entry ini khas menceritakan sepanjang sedekad menggunakan alat yang dikenali sebagai 'telefon bimbit' or nama glamournya handphone..Semasa saya belek2 handphone terbaru saya ni, terkenang 10 tahun lepas masa saya mula-mula guna handphone, terasa sangat2 excitede, jadi nak kenangkan kembali jenis2 dan jenama handphone yg pernah saya gunakan...

1998 - Alcatel (google gambar tak jumpa dah...)
Masa tu baru first time dapat duit gaji lepas SPM..Masa tu, dunia hp tak meluas lagi, nak beli line pun makan beratus-ratus, kalau masa tu ada hp org mmg ingat kita nie org berduit la..


2000 - Nokia 3210




Mummy belikan hp nokia 3210 sempena saya dapat masuk UiTM, masa ni harga hp ni dekat2 RM1000 juga lah..

2002 - Nokia 3310

Masa ni baru dapat PTPTN, jadi joli sakan.. Adik2 jangan ikut aksi ini, duit PTPTN tu untuk kegunaan belajar @ kecemasan sahaja



2003 - Nokia butterfly (tak ingat nama modelnya)


Hp ini dihadiahkan oleh Abg N sebab hp kena curi masa pergi tengok konsert sambut tahun 2002 di KLCC, jadi Abg N rasa bertanggungjawab untuk gantikan..hehehe Masa nie harga sim kad dalam RM138 jer


2005 - Nokia Flip phone (2650)

Hp ni saya pujuk abah belikan sebab masa tu dapat duit pencen, mmg teringin nak pakai hp flip phone, macam best jer, tapi tak tahan lama, saya tengok kat pasaran pun ada kejap jer

2005 - Sony erricson Flip phone
Tak serik lagi dgn hp flip phone, hp ini Abg N punya, pinjam jer (tapi tak pulang2 pun)


2006 -  Nokia 6680
Beli ni sebab dapat bonus, mmg puas hati sebab ada 3G, tangkap gambar pun cantik.. ada memori kad...Masih elok sampai sekarang...




2008 - Sony erricson
Masa ni tengah glamour cyber shot, jadi terpengaruh so pakai 2 phone, masa nie sim kad dah murah sgt2 (baru RM8.80)


2009 - Nokia express music


Hp ini dipakai sehingga kini... Warna merah menjadi pilihan, memory sampai 8GB, ntah nak masukkan software apa lagi dlm nie.. ada special sbb ada Garmin, kalau sesat ada guideline kan.. baru-baru ini ke melaka guna software ini lah


* gambar hasil carian goggle

Nota kaki:
I wish for blackberry next year.. ke Iphone...Hmmm cannot make a decision now!!

Pemenang nuraarin contest....Tahniah! Tahniah!


Terima kasih diucapkan kerana menyertai contest anjuran aarin ini.... Segala keputusan adalah di tangan mama saya, Pn Faridah.. mengikut pemarkahan mama saya...


Pemenang utama:
Kategori perkahwinan abadi adalah


Pemenang utama :
Kategori pertunangan terindah adalah

Pemenang untuk yg bujang:
(hadiah biasa2 jer, harap berpuas hati yer)

Mula-mula ingat nak tunda sbb lupa bawa kabel kamera, tapi tak syok kalau tak umum hari ini juga, so ini adalah pemenang cabutan bertuah:


Tahniah kepada yg menang, nanti aarin buat giveaway lagi!!



Nota kaki:
  • Sila email nama penuh, nama blog, alamat penuh dan no tel ke nuraarin@yahoo.com
  • Tajuk email 'contest nuraarin' 

Selamat ulang tahun yg ke-31 buat mummy dan abah


Sebelum saya umumkan pemenang bg contest khas untuk meraikan anniversary mummy dan abah saya yang ke-31 ini... Mari kita layan gambar mereka semasa muda-muda dulu..

Inilah satu-satunya gambar perkahwinan yg ada, yg lain semua hilang akibat banjir...



Di sini saya nak ucapkan happy anniversary... Semoga mummy dan abah berbahagia selalu...I love you with all my heart!!


Nota kaki:
  • Mengharapkan perkahwinan yang akan kekal selamanya...
  • Pemenang akan diumumkan dalam pukul 3ptg nanti..

Saya bertuah juga akhirnya...


Sangat-sangat seronok kerana berjaya memenangi hadiah sebagai peserta pertama giveaway dari mamazakwan..


Ingatkan hadiah akan dapat selepas habis giveaway ini iaitu 3/6/10, rupa-rupanya hadiah sampai dulu...Sungguh berdedikasi mamazakwan ini...

Apa yang saya dapat dari mamazakwan adalah........



Sebuah beg dari Vietnam ni,.. bertambahlah koleksi beg dari vietnam sbb baru-baru ini pun saya menerima beg tangan dari kawan yg melancong ke vietnam..


Nota kaki:
  • Terima kasih mamazakwan!
  • Bertuah sebelum saya umumkan pemenang nuraarin contest!!

Shrek, orga hijau yang penyayang

Di saat hollywood sering menampilkan filem-filem yang berunsurkan aksi dan teknik CGI yang canggih-maggih itu, terselit sebuah filem yang menyentuh perasaan,  shrek forever after... Saya amat gemarkan filem animasi yang berunsurkan kasih sayang begini...




Ingat shrek 2 , betapa kasihnya Shrek pada Fiona hingga sanggup mengubah diri sendiri menjadi hensem tapi akhirnya dia tahu bahawa Fiona cintakan diri dia seadanya, bukan bersandarkan pada paras rupa semata-mata.

Ok, untuk blogger-blogger male di luar sana, bawalah isteri dan anak2 menonton filem yang lebih tenang dan lucu... tak ada darah memancut-mancut atau penggal-penggal kepala...

Bagi blogger-blogger female pula, mari kita ajak pasangan kita menonton sambil gelak ketawa, ini tengok filem aksi ganas sampai penat otak berfikir... Renung-renungkan


Nota kaki:
Rasanya shrek adalah filem animasi pertama yang ada sambungan hingga 4 filem!!

Mentor Mentee

Siapa yang layan Mentor di TV3? Aarin masa mula2 start audition tu layan juga sebab nak tengok budak-budak yg rasa bakat mereka amatlah bagus itu, sedar akan kekurangan yg mereka ada... Tidak dinafikan ada yang bagus, mentor pun dah 2 minggu berlangsung, mcm2 kontroversi yer!!

Ok, rasa melalut sbb mukadimah tak ada kena mengena dgn cerita dibawah...

Siapa yang pernah main @ terlibat dengan permainan 'MENTOR MENTEE' masa di sekolah @ Uni dulu.. Permainan MENTOR MENTEE ini boleh berfungsi secara terbuka atau rahsia...

Saya pernah terlibat dengan MENTOR MENTEE secara rahsia.. Org yang terlibat satu floor masa di Uni dulu, biasalah ramai budak2 junior yg baru masuk, so dengan cara ini kita boleh mengeratkan persahabatan bg yg malu-malu tu kan.. MENTOR kenal MENTEE, tapi MENTEE tak tahu siapa MENTOR mereka, so mmg excited sgt..

Kalau dpt mentor @ mentee yg jenis suka bagi hadiah, mmg bertuah, saya pernah dapat mentee yg jenis suka guna tulisan berwarna-warni, mmg cute, biasalah budak-budak baru lepas SPM.. Nama  Samaran saya pula sebagai MENTOR adalah SEPENUH HATI (masa tu lagu spoon tengah glamour).. Mentee saya pula baik dgn saya, kadang2 suka lepak di bilik, mmg sukar juga nak menutup identiti sebagai mentor ni, tapi itu yg buat permainan ini lebih menyeronokkan..

Pernah sekali tertinggal surat MENTEE kat meja, ingatkan MENTEE tu terbaca so lama juga saya tak berutus surat dgn dia.. alih2 dia hantar surat tanya kenapa saya diam..rasa kesian pula, amknay dia tak kenal saya lagi..Selamat!!

Untuk acara kemuncaknya, hujung tahun masing2 akan kenalkan diri pada Mentee masing2, masa tu mmg terbongkar rahsia sebab ada sesetengah mentor dah jadi kawan baik kpd mentee, macam mana boleh tak kenal yer? Mesti tukar tulisan tangan atau guna taip kan...tak pun guna cara gunting2 kertas lepas tu lekat, macam surat ugutan lak, hahaha

Itu adalah salah satu pengalaman indah masa saya di UiTM Arau, Perlis..


Nota Kaki:
Siapa budak UiTm perlis? Sila angkat tangan....yeyeye
Ada sesiapa ada pengalaman mcm nie tak?

Berdebar-debar menunggu keputusan...

Aarin pun tak tahu kenapa link yang aarin buat untuk sesetengah peserta yang masuk nuraarin contest jadi page not found.. jadi kalau ada sesiapa yang rasa nak baca entry kisah perkahwinan mereka ini KLIK sini k...

Untuk semua peserta, jangan risau... entry anda semua sedang disemak oleh mama saya, Pn Faridah Loo dan beliau yang akan menentukan siapa yang bakal memenangi hadiah Utama ini...kalau saya pilih, nanti pilih kasih pula kan.. So untuk keadilan, saya berikan tanggungjawab ini kepada Pn Faridah...


Aarin akan umumkan Pemenang contest dan cabutan bertuah pada hari Jumaat ini bersamaan 21 May 2010...


Nota kaki:
Lega sebab semua peserta sempat memberikan link masing-masing!

Romantiknya dia....bertuah fasha sandha

Siapa yg romantik nie, abg N ker? Hmmm abg N pun romantik gak, tapi kalau nak dibandingkan dengan Duda nora danish, Toh muda rizal nie kalah Abg N beb (dari segi material la. kasih sayang tak boleh diukur)...

Gambar diambil dari beautifulnara

Sanggup buat surprise dengan menaiki helikopter ke tempat pengambaran fasha sandha ni, masa nie fasha ada pengambaran drama 'Duyung aridinata'...

“Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur.

“Tujuan Rizal hanya untuk memberikan kejutan kepada saya dan tidak bermaksud apa-apa. Kebetulan Rizal datang waktu makan tengah hari, jadi saya dan krew penerbitan yang lain sempat menjamu selera bersama ketika waktu rehat,” katanya yang masih terkejut.

Kalau dah macam ni gayanya... eloklah dicepatkan tarikh keramat buat mereka, bukan apa nak kata menyampah pun ada, kesian pun ada sebab saling suka sama suka tapi dihalang kerana kisah2 lalu... Tak nak komen panjang, kita tunggu dan lihat sahaja...


Sumber dari Hmetro


Nota kaki:
Kalau kahwin nanti berarak naik helikopter, gempak juga kan!!!

Tele-marketing konon...


Tertarik dengan entry abang gula-gula mengenai tele-marketing yg makin berleluasa ini, teringat semasa saya yang hampir-hampir nak terkena juga...

Saya dah memakai kad kredit maybank ini agak lama juga, bertahun-tahun tapi tetiba ada satu company insurans (tak ingat langsung nama company tue, sbb tak pay attention pun) call dan tawarkan insurans, mula-mula saya ingat percuma (biasalah siapa tak nak kalau percuma), dia dah terangkan benefit2 yang akan saya terima dan tetiba kata nak charge kad saya, aik kata free tetiba nak charge pelik juga nie..

Then dia kata cik, saya ada beritahu mula-mula tadi yang kami akan kenakan bayaran RM299 untuk setahun, saya fikir eh eh eh, bila masa plak, saya rasa saya dengar dengan jelas tadi... oooo nasib baik saya tak setuju (untuk makluman, mereka ada buat rakaman, in case kalau kena saman mereka terlepas)

Tapi tak seteruk kes bother abang gula-gula, sebab wife dia dipaksa untuk terima.. Tapi pengajaran juga buat saya.. sebab saya selalu gak accept nak dengar apa yg mereka nak cakap melalui tele-marketing ni, sbb saya tahu mereka pun cari makan jua...

Apa yg perlu kita lakukan apabila menerima panggilan begini:
  1. Catat nama org yg call kita tue, make sure nama company dan no tel pun ada
  2. Kalau private number, baik ignore sahaja, nampak sangat mereka nak menyembunyikan diri..
  3. kalau mereka memperkenalkan nama company yg kita rasa baru first time in life kita dengar nama company tue, dan mereka perlu repeat banyak kali sbb tak jelas, baik lupakan sahaja
  4. Kalau ada rakaman, make sure jangan jawab ya untuk semua soalan, nnt kita tak boleh nak tarik diri dari program merapu  mereka ini
  5. Ini penting, buat apa kita terima scheme vacation kalau kita nak melancong setahun sekali pun payah.. (that's me, but lucky saya tak terima scheme ini, my friends did accept)
  6. Cara paling senang, Just say NO pada sesiapa yg call untuk tawarkan apa sahaja, kalau kita nak any insurans kita boleh pergi direct ke companynya terus, kan lebih terjamin....

Nota kaki:
Thanks abang gula-gula for the good info

Khalish dalam gengaman...

Siapa khalish nie..tiba-tiba nak genggam-genggam lak... Khalish adalah anak seorang blogger yg mula-mula aarin kenal sejak start berblog ini....Iaitu Intan....

Dah lama bercita-cita nak jumpa Intan bersama ngan anak terunanya yang comel itu, khalish.. Dirancang-rancang selalu tak jadi kan.. Ini terus jadi kebetulan.. Nak tahu kisah kami, jemput ke blog Intan yer



Akhirnya auntie dapat jumpa kamu juga, khalish... Sampai lupa nak snap gambar, sebab auntie asyik nak tengok kamu jer...Sib baik mama khalish teringat yer...
 Tapi baru nak dukung, dia nangis..takpe, takpe tak biasa lagi..nanti kita jumpa lagi tau!!

Nota kaki:
It's a sweet memory

Tag: Blogger Award Friendship

Dah Lama hutang Tag ni dari  MUMMYAR, so hari ini saya bayar hutang tag ini yer
Ini syarat2 tag nie..

Copy Award Ini Macam Terima Grammy Award. 

Beritahu Siapa Dan Link Pemberi Award Ini.
Dari Mummyar, mama yg punya anak-anak nama yg vougue gitu

Apa yang perlu dibuat??

1. Tajuk Post Korang Mesti Ada Lima Perkataan

2. 5 Name That People Call You
  • Nur (ini panggilan dari family)
  • Fatimah (nama ini terkenal di zaman sekolah rendah n menengah)
  • Aarin (Nama ini dikenali masa sy sek rendah juga kerana sy minat aaron kwok, sampai sekarang sy guna nama ini kan...)
  • Cik Tim (Nama ini dikenali masa sy belajar di UiTM Arau, Perlis)
  • Mak unggey (Nama ini dikenali di kalangan anak sedara, sbb sy anak tunggal kan )


3. 5 Important Dates In Your Life
  • 08 March (Mestilah tarikh lahir saya)
  • 29 April (My mum n dad anniversary)
  • 01 August (The date I found my soul) 
  • 01 March (The date i start my first serious work)
  • 15 Feb (The date Abg N and me bertunang)
4. 5 Things You Done Yesterday
Kemas bilik
cuci kereta
shopping ngan mama
Cuci langsir, penat oooo
layan filem Ip man 2

  • 5. 5 Ways To Be Happy
  • Dengar lagu yg best-best..
  • Dapat dengar Abg N buat lawak melalui panggilan telefon...
  • Dpt shopping tanpa memikirkan poket kering
  • Bila dapat layan DVD yg banyak2 kat rumah tue
  • dapat jumpa my lover..hehehe
6. 5 Favourite Movies
7. 5 Favourite Hobbies
  • Main Game
  • Layan DVD or drama2 cina
  • baca buku komik
  • dengar lagu
  • cari pasal ngan kengkawan.. (sembang2 la)

8. 5 Favourite Places For Vacation
  • Shanghai.............nak sangat-sangat
  • Pulau perhentian.. dengar tempat tue romantik kan
  • ada tiga je...satu lagi nak keliling 1 malaysia... (ada perancangan, nnt jadi sy cerita di sini k)

9. 5 Reasons You Answer The Survey
  • Bila jawab tag, kawan-kawan boleh kenal kita dengan lebih rapat
  • Kalau jawab tag dapat award best-best
  • Tak nak kecilkan hati mummyar, penat-penat tag saya kan
  • tak boleh fikir reason dah....

10. 5 Persons To Tag
Ini kena skip sbb saya tak nak tag sesiapa, semua adalah kawan yg saya nak tag, so everbody mari jawab tag ini...




Nota kaki:
Lega..dapat jawab tag

Saya sokong Suria FM



Saya tahu ramai peminat Hot FM sebab ada pengacara Fara Fauzana dan FBI, saya tak nafikan suatu masa dulu saya mmg minat dengar radio Hot FM.. Tapi sejak awal tahun ini, apabila saya tahu yang Linda Onn akan berpindah dari Era FM ke Suria... Saya terus menjadi pendengar setia Suria FM..

Setelah bertahun mendengar radio Hot FM, saya perlukan pemikiran yang lebih segar daripada idea prank orang .. Di Suria kelolaan Linda onn, ada terowong masa dimana kita mendapat Info dan entertaiment dalam masa yang sama.. kalau bersama 'the kerinting bro' Halin dan Zizi ada seribu seminit, di mana perlu menjawab 10 soalan dalam masa 1 minit, banyak Info yang kita dapat melalui segmen ini...

 Pencapaian Suria ini saya banggakan kerana mereka layak untuk menerimanya, dan saya adalah salah seorang pendengar yang membantu mereka mencapai sehingga 165% peningkatan pendengar itu...

Pendapat dari saya sebagai pendengar:
  • Bila dah popular, jangan jadikan radio tempat menyiarkan iklan sahaja..
  • Kekalkan segmen yang memberikan Info
  • Gandingan pagi 'The kerinting Bro' harap dikekalkan, tapi halim maybe u patut lebih releks... (budget halim baca jer ni, hehehe)
  • Lagu yang diputarkan amatlah sesuai terutama masa segmen Linda sebab banyak lagu yang kita jarang dengar dapat dengar balik(linda, u pilih lagu tu sendiri ker?)
  • Dj Lin, suara u memang romantik..Bila layan malam-malam terasa syahdu... dengar lagu yang jiwang-jiwang itu

Nota kaki:
Memilih yang mana sedap halwa telinga mendengar..

Lama tak bererti kita pandai, dah tahu tak bererti kita boleh mendabik dada

Wah, tajuk macam ahli falsafah mana yang sedang berbahas pula kan....

Sebenarnya tajuk ini adalah untuk menyedarkan saya sendiri bahawa walaupun setelah sekian lama saya berkecimpung dalam bidang sains ini, tak bermakna saya tahu mengenai segala-galanya... Oleh sebab itu, saya selalu ingin memajukan diri dengan menyertai mana-mana seminar yang berkaitan...

Baru-baru ini saya ke seminar dengan tajuk 'Quality standards in the laboratories and monitoring of measuring cylinder', saya amat tertarik dengan tajuk ini sehingga saya memujuk boss saya untuk membenarkan saya ke sana... Nasib baik ada budget so dapatlah pergi...



Apa yang saya dapat tahu melalui seminar ini:
  • Setiap measuring cylinder (silinder penyukat) akan mengalami hakisan setelah digunakan bertahun-tahun ,jadi setiap sukatan kita mungkin mengalami ralat
  • Sekiranya ada para-para guru @ budak-budak sains yang nak tahu cara mengelaknya, sila komen yer
  • All human make mistake so lets machine do it for us (boleh?)
  • Maksud ayat di atas adalah, bila kita mempercayai akal dan mata untuk melihat, kadang kala ia menipu kita cth jika kita merasa letih, secara otomatik mata akan menipu dan kita akan nampak apa yg kita nak nampak sahaja
  • Melalui machine pipette or burette, kita dapat menjimatkan masa dan juga tenaga semasa melakukan 'titration'
  • Bukan senang nak mendapatkan ISO untuk lab, ISO untuk documentation pun pening apatah lagi lab.. I surrender buat masa ini....


Nota kaki:
Banyak sangat istilah sains di sini....
Minta maaf sekiranya entry ini membosankan anda, hanya sekadar Info....

Nampak perbezaan tak?


Mari kita menguji mata dengan 2 gambar ini....









 My Family....
























Nampak tak perbezaannya?

Betul... Saya dah ada watermark sendiri... Terima kasih kepada elissmie.com untuk watermark yang menarik ini...


Nota kaki:
Dah semak nama untuk nuraarin contest?

Kerana asam pedas, saya ke Melaka

Cerita cuti No 5



Tujuan asal mahu ke Nilai untuk melihat sendiri cenderamata dan barangan lain untuk kegunaan hari perkahwinan kami nanti... Selepas habis survey. Abg N kata teringin sangat nak makan asam pedas, jadi saya mengunakan kepakaran teknologi melihat peta melalui Garmin, kedai asam pedas yang terdekat ada di MELAKA, Perjalanan lebih kurang 1 1/2jam, abg N kata ok! Mari kita ke MELAKA!! Saya sungguh teruja..


 Ini adalah kedai hasil carian Garmin

Saya dah lapar, asam pedas ikan pari, marvelous

Kalau dah sampai Melaka, tak kan tak nak jalan- jalan kan.... Di bawah gambar-gambar kami di Melaka, tapi semua gambar aksi secepat mungkin, kami kejar masa sebab Abg N kerja malam tu, so tour melaka dalam 1 jam jer... mana cukup masa kan..


Mula-mula ingat nak masuk, tapi sebab mengejar masa, jadi kami tangkap gambar di luar sahaja

Ramai pelancong (tak silap dari jepun) masa ni, so tangkap gambar pun cepat-cepat, hehehe

 Ala.. buat aksi model pula kat sini kan...

Malas sangat nak panjat tangga yang tinggi ni, setakat nie je saya mampu...hahaha



 Ok, dah nak balik, muka saya tak puas hati kan... nak pergi Melaka lagi sekali... Nak cari tour guide la.. Tedi boleh jadi pemandu pelancong tak?? Mesti ada tempat lain yang asam pedasnya lebih sedap lagi...Sila cadangkan sebab saya nak pergi lagi...

Selamat tinggal Melaka, saya akan datang menemuimu lagi...


Nota kaki:
Asam pedas.. oh asam pedas..

Mencari kebenaran dalam BELUKAR!!

Cerita Cuti No 4

Kebenaran filem belukar ini... hanya penghujung cerita baru kita tahu apa ada dalam belukar, dan its perfect!

Poster yang menarik

Dibintangi oleh Bront palarae, Dapne iking dan diarahkan oleh Jason Chong (salah seorang pelakon sitkom Fara).. Filem ini hanya berlokasikan keindahan Negeri Sabah.. Mula-mula its a bit slow sehingga saya rasa macam menyesal tapi bila dah masuk ke bab operasi, baru ianya menjadi menarik sedikit demi sedikit...

Filem Belukar mengisahkan Eva (Daphne Iking) seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insuran profesional. Dia berjaya menuntut lebih RM100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak. Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Eva bersalah. Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaitu seorang penyiasat insurans syarikat ABG. Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik. Adakah Nik dan Eva bergelut dengan cinta, sandiwara atau keikhlasan semata-mata?

Apa yang menarik mengenai filem ini?
  • Tertanya-tanya samada Nik benar-benar cintakan Eva atau hanya mainan untuk membongkar rahsia Eva?
  • Tertanya-tanya juga adakah Eva sudah menjumpai cinta sejati atau dia hanya mempergunakan Nik?
  • Siapa sebenarnya Eva dan Nik? Permulaan filem ini mmg ramai yg akan tertipu bila tahu kesudahannya.
  • Banyak perkara yang tak disangka, bukan macam sesetengah filem melayu dimana kita tahu si hero mesti dapat bersama dengan si Heroin..
  • Tajuk 'BELUKAR', tapi anda hanya tahu makna belukar di akhir cerita ini...


Nota kaki:
  • Md Eyzendy (Hitam) lakonannya saya suka, bg saya dia adalah pelakon yg mempunyai bakat walaupun kurang dari paras rupa.. Takkan nak tengok pelakon jambu jer tapi lakonan hampeh
  • Ini entry yang terakhir mengenai filem melalui cerita cuti saya..

Bagi peminat filem aksi, saksikan lah Ip Man 2


Cerita cuti No.3

Cuti dengan wayang lagi....Kali ini saya menonton filem Ip Man 2,  Nuffnang pun ada juga promote filem Ip Man 2 ni sedikit masa dulu, dan saya mmg awal-awal lagi mahu menonton sambungan filem Ip man ini.. bagi yang kenal Bruce Lee, tahukah anda bahawa sifu Bruce Lee adalah Ip Man?

Tengok muka Ip man (donnie yen) Cool kan..

Ketangkasan Ip man dengan muka coolnya berjaya meruntun jiwa saya semasa menonton, ramai yang bertepuk tangan semasa Ip Man berjaya mengalahkan peninju yang ego itu.. saya pun rasa mcm nak beri standing ovation tapi nnt org belakang marah pula kan...

Cerita ini tak ada cinta-cinta, kasih sayang yang ditunjukkan pun begitu bersahaja, pengorbanan isteri kepada suaminya... Kata-kata Hung chung man (sammo hung) dlm filem ini yang amat patriotik, patut disematkan dalam diri kita..

Saya boleh bersabar kerana sesuap nasi, tapi sekiranya menghina seni mempertahan kungfu kita, saya tak boleh sabar

Memang puas hati, kalau saya menonton filem dari hong kong, saya memang jarang tak berpuas hati.. dulu masa filem shaolin soccer, Abg N pun kata mmg tak menyesal tengok (sbb saya yang ajak dier), penuh aksi komedi dan kungfu, walaupun banyak teknik komputer digunakan..Tapi persembahan pelakonnya yang mempesonakan...



Nota Kaki:
Filem apa yang menarik di panggung lagi? Saya ada sebuah lagi filem ingin dikongsi... tunggu..

Sila semak nama untuk peserta nuraarin contest




Ini adalah senarai peserta nuraarin contest:Perkahwinan abadi:
1. Anin
2. Zai Kulim
3. Nana
4. putri_nian
5. Mama zharfan
6. Aishah Megahasz
7. mama hannah
8. Thaqifamsyar
9. Norell
10. LisaVsKhusairi
11. Rasp
12. Ammi sara
13. Asya
14. Marsha alris


Peserta Pertunangan terindah:
1. Princess_N
2. JIVEBUMZ
3. biha
4. Iedayah







Kategori bujang:
1. S.o.f.i.a
2. Cadlynn


Nota kaki:
  • Sila semak nama anda, mana tahu ada yang tertinggal...
  • Kalau ada yg menyertai dan tiada dlm senarai, sila tinggalkan permanent link anda dalam entri ini..
  • Persaingan hanya ada untuk kategori perkahwinan abadi dan pertunangan terindah...
  • Memandangkan peserta kategori bujang hanya 2 orang, jadi saya dengan sebulat suara akan memberi kedua-duanya hadiah yang sama...Nanti saya umumkan hadiah bersama pemenang kategori yg lain sekali...

Bukti....

Cerita cuti No 2

Bukti saya dah sampai IKEA...

Ni masa di pintu depan..

Ini baru melangkah masuk...


Tajuk Utama IKEA bulan MEI ini mengenai bedroom so mmg menepati citarasa sebab saya mmg nak survey barang-barang untuk bilik..

Sampai rambang mata hingga lupa nak snap picture...Hahaha

Abg N pun excited, duduk jer dekat KL tapi nak juga pergi IKEA dengan saya.. akhirnya dua-dua jadi excited sampai tak tangkap gambar dalam IKEA, so jakun ok....

Nota kaki:
Macam- macam rasa nak borong... sabar sabar, dah dekat masanya baru kita plan..

Hopperz...Mari melompat!!

Cerita cuti saya No 1

Saya ni bukanlah boleh dikategori sebagai remaja lagi... Tapi keinginan untuk menonton filem Hooperz ada dalam diri setelah terpikat dengan unsur-unsur permainan bola jaring yang dipamerkan, walaupun saya bukan peminat bola jaring tapi demi menyokong industri filem malaysia, saya dengan  penuh sukahatinya menonton filem ini...


 Gambar dari gua.com

Filem ini dimulakan dengan kisah seorang gadis bernama atilia yg dilahirkan tangan cacat (tangan terbalik) tapi mempunyai kemahiran dalam menjaringkan gol... ahli Pasukan bola jaringnya pula mempunyai pelbagai jenis karektor

Yang best mengenai filem ini:
  • Cara pengarah menceritakan mengenai karektor pemain-pemain, cara yang amat unik kerana ada unsur-unsur komik..
  • Nilai persahabatan yang tinggi. Walaupun satu pasukan bukan semuanya bersatu hati, ianya adalah realiti
  • Ada sari yanti... (mcm lari tajuk jer)

Yang tak best mengenai filem ini:
  • Walaupun unik cara penceritaan setiap karektor, tetapi tiada sebab cth: kenapa Nino mencuri setelah kematian bapanya, hanya kerana sukakan risiko?? Tak logik pada pandangan saya
  • Walaupun Nik pernah merogol kawan atilia, apa hukuman patut diterima oleh Nik? Setakat kena marah dengan Atilia jer?
  • Dah kalau beberapa permainan, tapi masih lagi boleh masuk separuh akhir?
  • Kenapa Couch D dah tak mengajar bola jaring? Dan kenapa couch Q nak meminta maaf?

Walaupun ada kepincangan sana sini, tapi saya perlu memuji kerana walaupun ada cinta-cinta juga dalam filem ini tapi ianya segar kerana nilai persahabatan yang diuji secara tidak melebih-lebih..

Nota kaki:
Saya nak melompat!!

Hooperz dari Gua.com
Hooperz dari sinema malaysia

Saya Kembali..



Wah wah wah... seronoknya bekerja sambil bercuti..ahakssss

Ok ok, banyak cerita saya nak kongsi ngan kengkawan semua.. So tunggu yer....

Berilah peluang....

Saya pun nak berehat juga.. Berilah peluang saya menghirup udara segar di luar sana... Penat dah terperap di bilik berhawa dingin ini...

Tapi jangan lupa... Contest yang Aarin jalankan belum tutup lagi... Tarik tutup 11 may  ini...

Ada 3 kategori...

Kategori pertama dan kedua, Klik Sini

Kategori Ketiga, Klik Sini

Hadiah contest, Cek kat sini


Nota kaki:
Saya akan ke kl.. nak jalan2 ke IKEA....cemburu dgn mereka2 yang pernah sampai ke sana..

Are you in love?

Are you in love? Bulan ini Lin handmade greeting cards mengadakan giveaway khas for love theme card.


Kali ketiga join giveaway, tak pernah berputus asa, saya tahu masanya akan tiba jua... Kad yang dibuat oleh Lin ini mmg mwnawan.. so all my friends mari join giveaway ini..

Selamat Hari Pekerja


Setelah setahun bekerja keras, kini hari pekerja menjelma kembali...


Tema hari pekerja tahun 2010 adalah

Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi
Saya tak nak ulas mengenai tema di atas, saya bukan pekerja yang cemerlang untuk huraikan tema yg begitu inovatif ini.. Yang saya tahu, saya bekerja untuk kesenangan keluarga saya..

Selamat hari pekerja saya ucapkan kepada semua rakyat malaysia yang bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga tersayang.. Ambillah kesempatan hari ini untuk beriadah bersama keluarga.. keluar berkelah ke, melancong bersama keluarga ataupun temankan keluarga dirumah pun dah cukup menggembirakan kan...




Nota kaki
  • Saya nak celebrate hari pekerja ini dengan bershopping bersama mummy saya, banyak jualan murah...:
  • Info hari pekerja adalah dari sini

Related Posts with Thumbnails