Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
KFC zinger double down



 Kotak cantik..  gambar burger menarik..


Nampaknya, KFC ada menu baru lagi iaitu ZINGER DOUBLE DOWN.. Bagi yang tak suka makan roti dan sayur, menu ini amat sesuai..Zinger Double Down ini sebenarnya adalah burger KFC ZINGER yang diolah dengan dua kepingan ayam dijadikan sebagai satu burger…ditengahnya diletakkan crispy chicken strip, cheese dan sos keju..

Makan begitu saja, terasa seperti makan ayam sahaja, sangat full.. 

Tengok tu.. hanya ada ayam semata-mata.. Budak-budak mesti suka punya..

Harga KFC zinger Double Down 
RM7.95 Ala Carte
RM9.95 – BURGER + SOFT DRINK


Nota kaki:
Masih lagi rasa snack plate paling berbaloi hanya RM10...

 

Yum yum.. sedap juga rasanya chocolate drink eazy mix dutch lady



Saya percaya ramai yang selalu minum susu dutch lady ni, saya pun minat sangat perisa coklat dan sering makan koko krunch bersama dengan susu fresh milk rendah lemak. Sekarang ni ada product baru iaitu chocholate drink eazy mix, kalau kawan-kawan jumpa yang promosi siap ada thumbler eazy mix yang sangat comel.

 Kenapa mesti beli? Rasa coklatnya yang penuh seperti membeli air kotaknya. Buat yang suka minum coklat panas, minuman ini memang sesuai. Minuman Coklat ini juga sangat berkhasiat kerana mempunyai Omega 3 dan 6 serta mempunyai 8 jenis Vitamin B (Vitamin B Kompleks)

Macam mana nak sediakan, senang sahaja: 
 Bancuhkan 4 sudu serbuk coklat ini bersama 200mL air panas (kalau dapat thumbler senang nak sukat) dan goncang. Kalau nak sejuk boleh tambah ais atau sejukkan dalam peti ais, dijamin sama dengan rasa air kotak.

 Bukan iu sahaja, sekarang ini adalah masa promosi, dengan melayari FB dutch lady anda berpeluang untuk memenangi RM50 apabila menyertai permainan biar betul, cuba rasa




Peraduan ini bermula dari 21 sept sehingga 18 okt 2012. Mari kita rebut peluang dengan menyertai permainan "Ezy Mix Party" sempena pelancaran produk Minuman Coklat Dutch Lady baru. 


 Saya dah cuba permainan ini, markah melebihi boleh dapat voucher RM2. Saya dalam proses untuk mendapat markah tertinggi, jadi kawa-kawan semuanya jangan berlengah lagi, mari join sekali.


 

Tips Percintaan Jarak Jauh


Sedih juga dengar Percintaan antara Yuna dan Qi berakhir sebab bagi saya mereka adalah pasangan yang sangat secocok. Mengikut kata yuna, mereka taking a break dan ingin menumpukan pada kerjaya mereka, masalah duduk berjauhan juga membuatkan hubungan mereka sukar diteruskan..

Bagi saya yang bercinta hampir 11 tahun, tahu betapa susahnya untuk mengekalkan hubungan jarak jauh ini. Tetapi, alhamdullilah jodoh saya dengan Abg N kuat dan kami telah disatukan pada 12 March 2011.

Untuk pasangan yang menjalinkan percintaan jarak jauh (PJJ) ini saya ada beberapa tips untuk mengekalkan PJJ melalui pengalaman saya sendiri:

a) Kepercayaan atau kejujuran
Ini adalah yang paling penting sebab kalau kita tidak mempercayai pasangan kita, pasti hubungan takkan bertahan. Kalau pasangan kita kata yang dia ada di sesuatu tempat, janganlah pula kita suruh 3G sebab nak pastikan dia berkata benar, tapi yang penting percaya. Tapi janganlah dia percaya dan jujur pada kita, kita pula buat hal kan..

b) Sentiasa berhubung
Dalam dunia teknologi ini, macam-macam cara kita boleh hubungi pasangan kita. Tetapi janganlah sms atau fb sehaja.. kenalah berkomunikasi melalui telefon juga. Sebabnya melalui sms, kita tak tahu samada pasangan kita sedih atau gembira, tapi kalau dengar suara dah tentu kita boleh dengar nada suara dia, jadi pasangan kita akan rasa dihargai kalau kita boleh menyelami perasaan dia masa itu.

c) Jangan cepat marah
Ini saya kena tekankan.. ramai pasangan yang akan marah-marah bila call pasangannya lambat angkat telefon atau masuk voice mail. Cuba kita memahami keadannya, mungkin dia sibuk bekerja, meeting dengan boss ataupun ke washroom ke. Takkan lah dalam jamban pun nak angkat telefon kan..Jadi, perlu lebih bersabar.

d) Semarakkan rasa cinta
Saya tahu sekarang ni ada FB yang memudahkan kita hantar madah-madah cinta pada pasangan kita, tetapi bukankah lebih elok kalau kita sendiri yang design kad atau cenderamata. Tak perlu tunggu special date, bulan-bulan biasa pun boleh hantar.  Apa yang saya buat paling special adalah, kompilasikan semua sms-sms cinta yang pernah abg N hantar saya, kemudian selang-selikan dengan madah- madah cinta yang kita boleh google je kan.. sertakan sekali lirik lagu yang menjadi kesukaan dan juga gambar. Jadikan ianya seperti sebuah buku.. bila boring-boring buka buku tu, mesti pasangan kita akan rasa dihargai.

e) Mengambil Berat
Dah duduk jauh-jauh ini, mesti sukar kalau kita nak bermanja selalu tetapi jadi bila pasangan kita sakit pun, susah nak jumpa kan.. Semasa ini kita kena lebih memahami, Kalau pasangan kita duduk rumah bujang, cuba call kawan-kawan dia (masa inilah penting unuk kita kenal kawan-kawannya) dan pesan tolong tengokkan pasangan kita.

f) Tidak terlalu mendesak..dan kesabaran yang kuat
Ok, dah duduk jauh ini mestilah kalau nak berjumpa tu kenalah set time yang betul, jadi kalau pasangan kita tak dapat nak datang pada masa yang dijanjikan, janganlah marah. Kalau dia kelam kabut bawa kereta , terjadi apa-apa siapa yang susah, kita juga kan..

Itu sahaja tips dari pengalaman saya.. saya sebenarnya mengamalkan yang cara no.1 iaitu PERCAYA.. percaya pada dia dan juga percaya pada hati sendiri, klau kita sendiri was-was dengan perasaan kita, memang payah nak kekalkan hubungan..

Tahun kedua meraikan syawal.. Alhamdullilah..

Nota kaki:
Tips dari http://theotherkhairul.blogspot.com ini sangat bagus..



Kenduri di Felda Tementi


Sempena cuti satu malaysia, kawan Abg N kahwin di Felda tementi, triang, pahang. First time ikut Abg N ke kenduri kahwin untuk bermain kompang.. Jangan tak tahu, Abg N ni pemain kompang tegar.. Meh layan gambar dulu


Ini posing sebelum nak berarak...

Posing dengan Pengantin pula... Jangan tak tahu, saya seorang sahaja perempuan yang ikut konvoi ini, tak kisahlah bila lagi nak ikut Abg N berjalan kan...

Perarakan pengantin pun bermula...Ewah... Pukul abg bagi gegar satu felda

 Siap ada mercun lagi.. terkejut saya sebab tak perasan pihak perempuan nak bakar mercun

Ini dia  banner Raja sehari.. Khairi dan Wani

Semasa Acara bersanding, kompang pancaran sri cahaya pun tak mahu kalah, Pukul gendang, jangan tak pukul

Jangan lupa bergambar bersama pengantin yer.. Senyum semua..

Sebelum balik, sempat berhenti sebab nak bergambar di papan tanda Triang ini.. nasib baik tak berlaku kemalangan sebab berhenti mengejut..



 

Sengkuang Calit

Selalu kita masa kecik-kecik dulu mesti selalu ada makan sengkung yang diletakkan kuah rojak diatasnya..Untuk kawan-kawan yang lahir tahun 90-an mesti selalu ada makan kan??

Saya dan suami adalah penggemar sengkuang ini, so tiap2 kali ada kelapangan mesti pergi cari sengkuang sekeping yang diletakkan kuah dan ditabur kekacang. Tapi baru-baru ini saya jumpa stall yang sangat comel berhampiran rumah suami di taman medan.. iaitu stall SENGKUANG CALIT.



Saya amat teruja, yang best mengenai stall ini adalah ada dua perisa, original dan spicy. Jadi bagi gemarkan rasa pedas, boleh rasa yang spicy punya. Saya pula lebih suka yang original.. Bagi saya apa yang lain sengkuang calit ini dengan tempat lain adalah rasa kekacangnya.. Mmg banyak dan sangat crunchy.


Dan yang bagusnya juga kebersihan terjaga, tengok abang ni pakai sarung tangan.. nak makan sekeping besar macam tu pun boleh atau minta potong kecik-kecik diletakkan dalam polisterin.  Selidik punya selidik, abang sengkuang calit kata minggu depan ada jual kuah dan kekacangnya.. tak sabar nak buat kat rumah.. Buat rumah terbuka, makan sengkuang calit je, boleh??

Jadi kalau sesiapa yang berminat nak rasa, layarilah laman web mereka di http://oldtimesengkuang.blogspot.com.ataupun boleh ke FB mereka

Nota kaki:
Sangat merindui zaman kanak-kanak bila rasa sengkuang calit ini, nasib baik ada suami yang mmg suka.. sangat excited tau!!

 

Premium Rush


Actually saya nak tengok filem step up revolution, dah setuju pun ngan hubby, tapi masa nak beli tiket dah terlepas waktu tayangan, so hubby suggest tengok cerita premium rush. Saya pun setuju memandangkan sebelum ni tengok trailer macam best kan..

 Premium rush mengisahkan seorang courier service, wilee yang menggunakan basikal tanpa brek. Dia sangat cekap menjalankan tugasnya sehingga kadang kala membahayakan nyawa. Suatu hari, dia menerima pesanan untuk menghantar barang yang ingin dimiliki oleh orang lain sehingga terjadinya aksi kejar-mengajar yang amat menarik.

Apa yang best mengenai filem ini:
a) Setiap watak diceritakan satu persatu dengan baik supaya kita tahu apa yang terjadi
b) Saya sangat suka apabila wilee memikirkan cara untuk melepaskan diri dalam kesesakan dengan pilihan A, B dan C nya..
c) Merenung anak Nima apabila belum berjaya naik ke kapal untuk diseludup sangat meruntun jiwa!!

Apa yang saya tak suka:
NO!! Saya sangat enjoy

 P/S -  yang belum tonton, moh ke panggung wayang!!


 

Related Posts with Thumbnails