Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Ceria-ceria semuanya

Sape baby cute ni??



Ceria sungguh!


Lompat jgn tak lompat!!

Kita layan gambar dulu.. Tak ada mood nak menulis, masuk jer office kerja dah menimbun..oh tidak!!

TAG....




Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog nuraarin untuk mendapatkan award anda".

Aarin telah di-tag oleh princesstortoise2. Terima kasih sebab tag aarin. Ini merupakan first tag yang aarin terima untuk blog ini dan juga tahun 2009.


10 fakta/hobi saya:
1) Hobi - main game
Main PC game. tapi takde lah sampai habiskan duit main kat cc ke mana ker, just kat rumah jer. Everyday wajib download satu game, then main kalau boleh sampai habis semua level. So far favourite game adalah nancy drew, diner dash, westward..


2) Hobi - Tengok tb
Walaupun suka main game, tapi tengok tb pun satu kemestian juga, tapi sejak akhir2 ni susah skit sbb sejak abah dah pencen selalu berebut tenhok tb ngan dia. So sbb tu aarin beralih main game lebih.


3) Tak suka seterika baju
lipat baju, basuh baju aarin ok, tapi seterika baju mmg malas giler. Kadang2 tahap malas sanggup tak seterika baju sekolah, baju kedut pun buat muka selamba jer pergi sekolah..hehehe sekarang pun sama gak, selalu kalau beli baju raya, cari yg tak payah gosok sangat


4) Tak suka laici
Tak kiralah buah atau air laici, mmg tak masuk tekak langsung.. Pernah kena tipu ngan membe kata air sprite, sekali minum air laici mmg member kena semburlah, main2kan aarin lagi!!


5) Hobi terbaru - suka baca buku komik
Dulu suka baca novel tapi sekarang dah bertukar..Ini gara-gara terikut hobi adik aarin la, latest komik yang aarin baca lawak kampus karya keith.. yang lain yang best underage 18, lawak gengkey dan macam-macam lagi.. Sila layari http://www.gempakstarz.com untuk senarai lain yer.


6) Makanan - hantu sayur
Aarin mmg suka makan sayur, kalau makan kat mana2 tak ada sayur mesti rasa mcm lauk tak lengkap, semua jenis sayur saya makan, lauk lain tak ada tak apa, janji mesti ada sayur


7) Suka cakap laju
Yang ini baru2 ni baru aarin perasan, sbb bila member asyik tak faham apa yang aarin cakapkan, baru aarin tahu yang saya cakap laju sangat, maybe selalu cakap mandarin so automatik cakap melayu pun laju juga.


8) Setia pada yang satu
Cakap pasal setia ni bukan hanya pada lover k, tetapi termasuk benda2 lain.. Contoh pakai no hotlink ni dari mula sampai sekarang almost 10 years, tak tukar2 walaupun talian komunikasi lain ada lebih murah (org kata lah) tapi aarin tetap setia juga, hp pun sama tapi tukar sbb rosak lah tapi jenama tetap sama, so far hp yg ada ni pun dah pakai almost 3 years...


9) Boros...
Walaupun dah kurang sikit sifat boros tu tapi aarin masih lagi admit yang aarin selalu beli benda yang tak perlu.. Masa remaja dulu lagilah, majalah apa pun beli (URTV,MEDIA HIBURAN, HAI,MAGGA, REMAJA DAN SEBAGAINYA), semua aarin rembat..sekarang pula, asyik beli baju, tapi bila pakai kat rumah rasa tak best lak..nak bg kat member size aarin nie XL, jadi simpan je la


10)Mudah marah dan mudah sejuk
Ini pun satu attitute yang nak kena ubah, Aarin nie senang naik angin, kadang2 benda kecik2 pun dah marah2 lepas tu menyesal lak... Terutama masa keje, kalau ada org pandai2 sendiri tanpa tanya pendapat aarin, aarin pun naik angin lah apa lagi..tapi lepas tu bgtau diri lak apsal nak marah2, biarlah diorang berdikari sendiri tak gitu


OK, memandangkan blog ini pun baru lagi, aarin nak tag kawan2 yang mengenali aarin selama blog ini dibuka tapi sikit jer iaitu:
a) nurperjuangan
b) LadyIda
c) KakLady

Histeria....


Dah lama sangat tak layan movie, last week tengok 2 movie kat Jusco Ipoh, mula-mula layan movie HISTERIA.. aarin bukanlah peminat horror movie tapi tak tahulah kenapa movie ini menarik minat saya teramat-amat. Lagipun berita pasal Histeria di sekolah2 makin menular, jadi keinginan tu makin meluap-luap.


Beginning movie ini agak slow skit, mungkin sbb kebanyakan pelakon adalah pelakon baru except liyana jasmay ngan scha (awan dania) yg lebih dikenali.. Ianya bermula budak2 yang cari pasal sbb pergi menyeru hantu busut (lupa nama hantu) , then diikuti mengambil barang yang bukan hak milik kita..



Kumpulan pink flamingo yang terdiri dari 6 pelajar nakal akhirnya terbunuh seorang demi seorang, cuma seorang saja yg survive, murni (liyana jasmay) tetapi disyaki sebagai pembunuh.. Rupa-rupanya dia dah berkawan ngan hantu busut tue, tanpa dia sendiri sedari sbb dia dah ada 2 personaliti. Sebab utama hantu busut bunuh kawan2 murni adalah tak mahu org buli tuannya..


Overall movie ini menghiburkan(betul ke ayat ni) @ menyeramkan, seram tu kurang yg lebih adalah ngeri, adegan pembunuhan yg amat real bagi saya.. make-up mmg best ar..




Filem yang kedua adalah cerita THE DAY THE EARTH STOOD STILL. Aarin tengok movie ini sbb terpikat ngan iklan yg pemberita buat ala-ala huru hara jadi curious nak tahu ceritanya.
Cerita ini banyak bermain ngan emosi, mengenai alien yg dtg ke bumi dimana mereka perlu musnahkan manusia untuk menyelamatkan bumi itu sendiri. kalau action movie mesti ada mengenai letupan, saintis dan kereta kebal tetapi di-penghujungnya alien tu meninggalkan bumi tanpa memusnahkan manusia kerana terharu ngan ketulusan hati heroin ngan anak tirinya dalam mengubah persepsi manyarakat supaya jangan melakukanlagi kemusnahan.
Cerita ini saya pun tak tahu nak explain macam mana, tetapi untuk sesiapa yg minat keanu reeves and action movie boleh lah layan cerita ini.

Related Posts with Thumbnails