Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Happy new year 恭贺新禧 (gong he xin xi)

Corotan sepanjang 二零零八 (er ling ling ba) 2008, memandangkan saya baru saja memulakan nuraarin.blogspot ni pada bulan december, jadi rasa tak best kalau tak mengimbas kembali apa yang menarik terjadi dalam hidup aarin sepanjang tahun 2008:

二零零八三月 (er ling ling ba san yue) - mac 2008

  1. Saya kini sudah berkerja 4 tahun bekerja di company ni, bermula sebagai assistant R&D dan sekarang sebagai HOD of QC, saya berbangga dgn pencapaian saya di company ini tetapi masih mahu memajukan diri lagi.. next year target is BIG THING!! Dengan masalah ekonomi sekarang, company saya hanya merasa tempias sahaja tanpa melibatkan pemecatan sesiapa tapi better beware juga...
  2. Abah pula masuk hospital untuk minor operation, tapi menjadi kenangan sangat2 sbb ayah mmg takut bab2 operation ni, semua sedara mara semua dipanggil untuk menguatkan semangat abah dan alhamdullilah takde apa-apa..

二零零八五月 (er ling ling ba wu yue) - may 2008
Tahun 2008 sepatutnya aarin melangkah ke alam baru @ status baru tapi terpaksa ditunda kerana bakal ibu mertuaku tak sihat dan perlu menjalani pembedahan kerana mengalami minor strok.. Maybe jodoh belum sampai lagi walaupun mmg merancang nak bersatu tahun 2008 nie.

二零零八六月 (er ling ling ba liu yue) - jun 2008
Mama bermula sebagai pesakit pusat dialisis, di mana perlu menjalani dialisis seminggu 3 kali selama 4 jam, mmg penat tapi itu adalah jalan yang terakhir sebagai pesakit buah pinggang. Sebagai ahli keluarga, kami mmg mengharapkan yang terbaik utuk mama.

二零零八八月 (er ling ling ba ba yue) - Ogos 2008
8 tahun percintaan yang terjalin membawa banyak makna dalam hidup aarin, aarin jarang cerita bab-bab percintaan ni sbb takut over-exposed, saya selalu nasihatkan my friend jgn over-exposed sbb takut nn percintaan tak lama tapi memandangkan percintaan saya dah 8 tahun, bolehlah nak cerita skit2 sbb banyak benda yang berlaku patut di-ingati.. So itu next year punya story k

二零零八 十月 (er ling ling ba shi yue) - october 2008
Ini adalah bulan 2008 yang paling memilukan, eksiden kereta pada pagi hari raya. Nasib baik cuma pakcik saja yang patah tangan dan yang lain2 cuma cedera kecil sahaja, claim insurand almost rm25000 (apa lah workshop repair sampai mahal2 camtu), nampaknya insurans kereta nexy year naik balik lah. Tersadai gaklah kat workshop for 2 months dan saya jadi minah rempitlah, bawa motor balik, masa tu rasa bahagia sbb harga minyak tengah mahal..hehehe


Tahun 二零零八
Ramai kawan-kawan yang meninggalkan dunia bujang dan menuju ke alam perkahwinan, 2008 tahun 'ong' tuk kahwin agaknya.. ada gak membe yang nikah pada 08082008. Tahniah yer baby rien, bila nak dapat baby lak?

Itu adalah sekadar corotan yang berlaku yang aarin rasa aarin akan ingat sampai bila2 (sbb tu buat entri nie supaya aarin pun ingat gak).. Anyway, selamat tahun baru semua dan moga 2009 menjanjikan lebih kebahagiaan buat semua.

mari memasak sayur..煮菜

Tadi tengok cerita rona-roni makaroni, dapat idea nak mengajar tentang sayur lak, ayah pun menanam sayur jadi dua dalam satu gak ni...

Ayah saya menanam sayur-sayuran seperti:

(qie) - terung
菠菜 (bo cai) - bayam
辣椒 (la jiao) - cili
香油草 (xiang you cao) - serai
青菜 (qing cai) - sawi

Itu yang termampu utk tanah yg sekangkang kera, mari kita lihat yang lain pula:

萝卜 (luo bo) - lobak
瓮菜 (weng cai) - kangkung
红葱 (hong cong) - bawang merah
(suan) - bawang putih
(zhi) - halia
荷兰豆 (he lan dou) - kacang buncis
蕃茄 (fan qie) - tomato
(shu) - kentang
上等绢 (shang deng juan) - petola
苦瓜 (ku gua) - peria
黄瓜 (huang gua) - timun
莴苣 (wo ju) - salad

hmm... macam mana, nnt kalau masak sayur tu bolehlah sebut perkataan nie sikit-sikit kan.

Saya nak ucapkan selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti, saya pun cuti juga tapi taklah lama sangat...kita bertemu lagi minggu depan.

Cita-citaku (我的志愿 - wo de zhi yuan)

Memandangkan cuti sekolah nie, teringat masa zaman budak-budak dulu, cikgu pulak suka sangat every year tanya apa cita-cita kamu, masa tu mula lah terbayang cita-cita yang selalu budak-budak sekolah mesti jawab..antaranya

老师 (lao shi) - cikgu
医生 (yi sheng) - doktor
(jun) - askar
警官 (jing guan) - polis
飞行员 (fei xing yuan) - juruterbang

Tu adalah cita-cita yang kalau kita tanya budak-budak zaman 90an, macam saya hehe.. tapi sekarang agak-agaknya cita-cita budak-budak mesti:

科学家 (ke xue jia) - ahli sains (ini kerja saya sekarang)
画家 (hua jia) - pelukis
经理 (jing li) - pengurus
会计师 (kuai je shi) - akauntan
护士 (hu shi) - jururawat
研究员 (yan jiu yuan) - penyiasat

Sekarang saya tengok semua kanak-kanak dah berlumba-lumba nak jadi:

音乐家 (yin yue jia) - pemuzik
歌手 (ge shou) - penyanyi
艺人 (yi ren) - pelakon
记者 (ji zhe) - wartawan
空中小姐 (kong zhong xiao jie) - pramugari
模特儿 (mo de yi) - peragawati / model
太空人 (tai kong ren) - angkasawan
商人 (shang ren) - ahli perniagaan

Sampai di sini saja penterjemahannya..kalau diikutkan mmg banyak jenis pekerjaan kat dunia nie, yang saya utarakan di entri ni kerja yang biasa kita dengar.. untuk yang lain, sila kemukan di bahagian komen, insya-allah saya akan cuba carikan yer..

Warna-warna kehidupan

Tajuk entri dah memberitahu cikgu akan mengajar mengenai 颜色 (yan se) -warna hari ini:

(hong) - merah
(hei) - hitam
(bai) - putih
(lan) - biru
(qing) @ 菉 (lu) - hijau
(huang) - kuning
(zi) - ungu
(he) - coklat
粉红 (fen hong) - merah jambu
(cheng) - oren
(hui) - kelabu

Warna kesukaan saya masa kecik-kecik dulu adalah biru dan hitam, bila nak beli baju jer mesti warna biru @ hitam, masa tu rasa biru tu tenang, hitam lak ala2 bergaya lah. Tapi masa meningkat remaja, tetiba rasa suka tu bertukar, macam kita suka tukar cita-cita saya..selalunya kecik2 semua nak jadi guru, doktor, askar..sbb masa tu tak tahu yang bukan senang nak jadi doktor, belajar bertahun-tahun..eh eh dah melalut ke arah lain lak.

Berbalik ke cerita warna tadi, Bila saya dah masuk UiTM baru terbuka mata skit nak suka warna lain, tapi masih lagi setia pada biru, sampailah suatu hari ayah saya menegur dengan mengatakan "ko ni asyik pakai baju warna gelap jer, cuba lah ceria2kan sedikit baju tu, walaupun badan besar tapi ok je kalau pakai baju ceria". Terduduk pula saya memikirkan-nya.

So, saya pun bertukar arah (sbb takut abah marah), cubalah warna-warna lain..kuning, hijau, merah apa jer la asalkan bukan warna yang gelap2. dan jeng jeng jeng tindakan yang paling drastik adalah masa membeli kereta.. Dan saya membeli warna merah. Memang tak sangka, masa tu abah pun sokong sbb dia suka warna ceria2 nie.
Jadi sekarang ni, warna kesukaan saya adalah merah..tapi sejak akhir2 ni saya cenderung membeli warna hijau..mungkin nak bertukar lagi.. Tunggu..
p/s - adakah semua warna saya dah cover untuk translate. kalau nak tahu warna lain2, sila komen k

Continue..wo de jia ren

Sebelum nie belajar keluarga saya, hari ini saya nak detailkan lagi mengenai keluarga saya, di samping itu kita belajar lebih lagi bahasa mandarin, untuk permulaan kita belajar yang basic dulu, sebab saya pun dah lama sangat meninggalkan dunia bahasa mandarin nie, so kita mulakan sekarang, cerita mengenai keluarga saya:
爸爸 (ba ba) - bapa
Abah ni luarannya nampak serius tapi bila dapat bersembang, ramah tak ingat punya. Abah seorang pesara gomen, so sekarang aktivitinya adalah menanam sayur-sayuran, jadi kalau kengkawan (yang dekat2 ngan rumah lah cam intan) bolehlah dapatkan harga borong..sawi, bayam, bendi, terung macam2 ada...24 jam..hahaha
妈妈 (ma ma) - ibu
Ibu pula berbangsa cina, sebab tu lah saya boleh bertutur b.mandarin,sebab selalu berlatih di rumah tapi ada sejarah juga mengenai macam mana saya boleh mahir b.mandarin nie, itu kena cerita kat bab lain lah. Ibu saya seorang yang sempoi, memahami kehendak anak dier yang manja ala-ala nie, sekarang masih bekerja di sebuah hotel, tapi akan berhenti tak lama lagi kerana masalah kesihatan..
弟弟 (di di) - adik lelaki
Sebenarnya saya ni anak tunggal, adik lelaki saya ini sebenarnya adalah cousin saya (表弟-biao di), tapi dijaga oleh kami sejak berumur 1 tahun, kini dia sudah pun berumur 15 tahun dan belajar di sekolah cina juga, mengikut jejak yong ni. Dier ni nakal skit selalu sangat berebut nak main game ngan saya...

Lain-lain perkataan mengenai keluarga:
  1. 妹妹 (mei mei) - adik perempuan
  2. 姐姐 (jie jie) - kakak
  3. 哥哥 (ge ge) - abang
  4. 公公 (gong gong ) - atuk
  5. 婆婆 (po po) - nenek
  6. Pakcik ada banyak kategori: 叔叔 (shu shu) - adik abah, 伯伯 (bo bo) - abang abah, 舅舅 (jiu jiu), abang/adik mak
  7. (yi) - makcik

Kita belajar basic keluarga dulu...next time kita pergi lebih mendalam....

Welcome to my new world..


Assalammuaalaikum sahabat-sahabat semua..tak tahu kalau kalian semua masih mengingati diri ini lagi atau tidak (ayat skema nie). Saya memang tak pandai nak berkata-kata apatah lagi menulis tapi bila mengenangkan bahawa banyak perkara menarik yang terlepas di mana saya tak abadikan dalam blog ini membuatkan saya rasa terkilan, oleh itu saya mewujudkan lagi satu blog ini, sebelum ini di http://nuraarin.blogdrive.com/ tapi dah sebab lama tak kemas kini jadi rasa nak cuba lah blogspot lak kan.

Rasanya ramai yang tahu bahasa ketiga ini, selain melayu dan english, ini ilham dapat dari
http://princesstortoise2.blogspot.com/ sebab kat blog tu kita belajar peribahasa, di sini saya nak sertakan pemahaman bahasa cina, sebenarnya teringin nak jadi guru tapi sebab dah tahu saya nie kurang kasih-sayang nak jadi guru, so saya abadikan di sini sahaja.

Perkataan @ ayat pertama saya untuk hari ini: 我的家人 dibaca sebagai wo de jia ren maksudnya keluarga saya. Di atas adalah gambar keluarga saya.




Related Posts with Thumbnails