Info grafik di atas telah menceritakan segalanya dari awal sampai akhir sebuah perkahwinan.. Maklumat lanjut di Adlan Khalid, kreativitinya memang terbaik!!

Saya dah bertunang... and saya happy sangat-sangat. Perhubungan selama 10 tahun ini insya allah akan berakhir dengan perkahwinan pada bulan mac ini.
Tadi baca entry kat blog mamaanje mengenai heartbeat, sebenarnya dah lama tahu mengenai heartbeat ni, daripada MamaZharfan lagi, tapi tak tahu kenapa tak tergerak hati lagi nak join.. Tapi bila buka web heartbeat dan rasa macam nak order something, so fikir baik join.. boleh dapat diskaun kan..
So, dengan ini saya mengistiharkan saya adalah ahli heartbeat.. oh ye, heartbeat takkan kacau geli-geli nuffnang tau, so apa lagi jom ar join...
Selalu kalau baca blog mana-mana yang membuat persiapan kahwin, jarang yang membuat entry mengenai baju ibubapa.. Saya awal-awal dah ingatkan mama saya untuk survey mana-mana baju yang mama kenan, bila sampai time pergi rembat jer. Tapi sampai sekarang mama masih lagi rileks sebab apa? Sebab banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana.. Tengok, bukan sahaja bakal pengantin ini pening, bakal jadi ibu pengantin pun naik pening juga..
So, semalam saya dah bawa bapa dan adik saya shopping baju melayu dahulu, raya dah lepas so nak cari baju melayu yang murah tetapi berkualiti dan ada size serta same design memang payah sikit, nasib baik ada satu kedai ni, Namanya GENE MARTINO memang mencipta khas design untuk satu keluarga, dari bapa, ibu sampai ke anak-anak kecil.. Tapi seperti awal entry tadi, mama saya dah ada pilihan so mama awal-awal lagi dah reject nak beli kat kedai ini.
Tapi bukan mudah juga bershopping dengan orang lelaki ni yer.. Saya awal-awal dah pesan tema kahwin saya merah hitam, tapi memandangkan bapa saya tak minat warna-warna gelap ni, jadi saya kena ubah plan, baju melayu putih bersama sampin merah, asal ada merah tapi jangan jadi macam pemuda umno sudahlah, hehehe
Gambar?? Suprise dulu ye.. oh ya kedai Gene Martino ni ada banyak cawangan, kawasan manjung ni pun dah ada tiga, mengalahkan 7-11 pula..
Kepada bakal-bakal pengantin di kawasan manjung, lekir, dan sitiawan.. Hari untuk membuat ujian HIV di klinik kesihatan sitiawan adalah pada hari ahad. Jangan pergi hari yg lain, nnt tak pasal-pasal kena datang lagi sekali.
Saya datang hari jumaat sebab dah dapat maklumat awal.. Ramai juga yang buat ujian hari ini adalah dekat-dekat 5 orang juga, kalau tiap-tiapp minggu macam ini maknanya dalam masa terdekat 2-3 bulan ini memang ramai yang nak kahwin.. hehe termasuklah saya
Sana sini memperkatakan mengenai anugerah juara lagu ke 25 dengan tema muzik mapping
Ini antara ramalan-ramalan:
1. Beautiful nara meramalkan bakal juara adalah faizal tahir dengan lagu hanyut.
Baju nikah dah ditempah dan design yang terbaik adalah baju kurung moden untuk saya yang berbadan comel ini. Lagi pun lebih sopan untuk sebuah majlis pernikahan. Pergerakan pun lebih mudah dan harapan saya baju nikah ini boleh dipakai semula, nanti glamour sangat dah segan untuk majlis lain pula.