Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Terima kasih KFC atas keprihatinan anda kepada aduan pelanggan


 2 minggu lepas saya redeem point daripada snax card KFC dan telah mendapat surat untuk mendapatkan snack plate.  Lama juga saya simpan point, hampir 2 tahun baru saya redeem. Jadi saya sangat excited untuk redeem makanan free, hehe

Tapi semasa saya hendak redeem, kakitangan KFC menjelaskan bahawa kandungan surat menjelaskan saya hanya mendapat snack plate tanpa air, padahal semasa saya redeem, gambar menunjukkan ada air. Tapi memandangkan orang pun ramai, saya malas nak bercerita panjang.

Ini adalah gambar yang diambil dari laman web KFC snax card

 Semasa makan, rasa macam tak puas hati sebab saya berhak mendapat apa yang dipaparkan dalam laman web mereka. Jadi akhirnya saya membuat aduan di FB mereka dan saya gembira kerana mereka mengambil berat aduan pelanggan. Baru sahaja pihak yang menjaga branch area manjung dan teluk intan, En sharizal menerangkan bahawa mereka sedar akan kesilapan ini dan akan mengantikan set yang baru untuk saya.

klik untuk tumbesaran

Tapi itu bukan sahaja masalahnya, saya redeem snack plate dan whipped potato. Tapi voucher yang sampai, saya dapat snack plate dengan chezzy wedges.. padahal front page letter tulis snack plate dan whipped potato. Mula-mula ingat tak kisah, tapi bila check pointnya perbezaan hampir 400 point, rasa tak berbaloi pula.

Sekali lagi, saya buat aduan di FB KFC. Feedback yang saya terima amat baik, dan pihak KFC akan menggantikan satu hidangan baru snack plate beserta air dan voucher untuk whipped potato serta saya boleh simpan voucher chezzy wedges.
 
Saya percaya pelanggan berhak mendapatkan apa yang dipaparkan jadi sekiranya kita rasa tertipu, adukan sahaja dan pastikan mereka feedback kita balik. Takkan company besar, RM1 - 2 pun tak mampu nak gantikan..





0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails