Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Persiapan Bertunang 订婚 (ding hun) Part 1



Wah, kali ini aarin nak buat entry ada sambung-sambungan boleh?
Cuma nak ceritakan persiapan pertunangan aarin..
25/12/2009 adalah hari pertama aarin bershopping beli barang.. Tema ungu jadi pilihan so warna baju pun kena warna ungu lah

Ini kain pasang, belum siap lagi, cadang nak buat baju kurung moden, sesuailah untuk org montel cam saya ini

Untuk pertunangan ini aarin cadang nak buat simple-simple jer tapi bila dah jadi anak tunggal perempuan ini susah nak cakap.. macam anak chef wan, kata buat majlis sederhana tapi grand yer teramat-amat (apa kena mengena majlis chef wan ngan bapa saya??)

Cantikkan dia, berseri-seri (kredit gambar: budiey.com)

nak tahu lebih lanjut sika klik http://www.budiey.com/majlis-berinai-dan-bertunang-serina-redzuwan-gavin/


Nantikan part 2 yer...

Menanti 15 feb 2010

Berdebar-debar menantikan 15 feb 2010...bukan hari kekasih tau tapi hari pertunangan aarin...

Sehingga hari ini, banyak lagi yang belum siap, alhamdullilah ramai kawan yang menolong.. aarin ni anak tunggal tambahan pula mak orang berbangsa cina so bab-bab membuat kenduri memang kurang arif.

Kain dah hantar untuk ditempah, cadar pun dah ada, nanti nak hantar dobi bagi wangi..

Untuk majlis pertunangan ini, tema warna ungu, bukan sebab aarin minat warna ungu tapi sebab memang ada cadar ungu yang cantik (beli masa trip kerja di China) sulamannya amat cantik sekali, jadi teruskan je lah...

Esok cuti, masa ni adalah sesuai untuk mengemas rumah...

2010 yang mendatang

Dear all my friends...

Selamat kembali ke blog ini kalau ada yang notice saya start blogging balik..

Tahun ini ada banyak perkara yang saya nantikan si mana dimana saya amat mengharapkannya... Saya akan ceritakan satu persatu nanti okay!!

Untuk permulaan.... My little brother dapat masuk sek vokasional seri manjung, perak... kalau ada sesiapa yang ada adik @ abg @ kakak yang nak tahu aktiviti sekolah ini boleh melayari laman web guru sek vokay (miss cheah) sila klik http://vokasmatoday.blogspot.com/

Anyway, kita tak boleh lupakan matlamat blog ini iaitu mengajar bahasa mandarin:

saya tinggalkan dengan words for today:

a) Sekolah 学校 - xué xiào
b) pelajar 学生 - xue sheng
c) matapelajaran 课程 - ke cheng
d) guru 老师 - lao shi

Azam (决心 - jue xin)

Setelah lama meninggalkan blog ini, saya kembali dengan tekad yang baru, bukan nak update tiap-tiap hari (itu mmg kelemahan saya) tapi tekad saya adalah untuk merealisasikan azam yg sudah bertahun-tahun lamanya diucapkan iaitu kurus atau lebih elok dikatakan mengurangkan berat badan..Saya mahu (kurus - sou 瘦).

Banyak langkah-langkah yang saya ambil antaranya:
a) Pujuk bf belikan alat senaman (hahaha)
b) Pergi senam orebik 体操 - ti cao
c) mengurangkan makan nasi 减少吃饭 - jian shao chi fan
d) makan sebelum pukul 7

Buat masa ini langkah (a) dan (b) dah berjalan dengan lancar, yg lagi 2 tu kurang lancar sebab asyik skip2 jer(mak masak sedap ooo).. Jadi saya rasa perlukan masa 6 bulan untuk melihat hasilnya..kawan-kawan doakan saya tabah yer.. Lagipun nanti nak pakai songket ooo...

Nanti saya update perkembangan selanjutnya..


Related Posts with Thumbnails