Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Hanya ucapan terima kasih buatmu......

Tak habis cerita kahwin lagi walaupun dah hampir 2 bulan... hehe rasa macam nak ulang sanding lagi jer, hehe (ngada lak aarin ni kan)


Terima kasih kepada teman blogger cik pia kerana sudi hadir di majlis perkahwinan saya... gambar ini adalah kenangan kita.. rupa-rupanya cik pia kita nie sweet orangnya...

Q utk cik pia:
Saya takut salah org tapi kawan cik pia ni blogger GC ke?

Tamagotchi versi 2011


Tamagotchi yang amat terkenal tahun 90-an sebenarnya amat memikat hati saya untuk memilikinya.. tapi masa tu harganya boleh tahan mahal juga di pasaran malaysia, nak minta mama belikan memang takut.. bukan takut mama tak belikna tapi takut mama terpaksa susah payah belikan mainan yang 'cinonet' ini dengan harga yang mahal... Kalau beli barbie doll, siap boleh dapat baju cantik beberapa helai dengan kasut lagi...



Tapi setelah berpuluh tahun dan setelah saya mendirikan rumahtangga akhirnya saya memiliki tamagotchi yang dibelikan oleh my hubby.. dan harganya much much much cheaper... Mula-mula saya main sampai my hubby pun merajuk sebab saya melayan my pet sahaja..hahaha betul-betul addicted la..

Ada lagi satu mainan yang saya mahukan, bukan tak mampu nak beli tapi saya tetap nak orang hadiahkan juga sebab rasa lebih bermakna.. pelikkan?



Terbang ke awan biru...



Kalau Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Halina boleh terbang... Saya pun tak nak ketinggalan juga.. Mari terbang bersama saya



Mari melompat lebih tinggi!!

Bersantai seketika..




Pengalaman fotograf outdoor memang menyeronokkan..sebab kita boleh buat macam-macam aksi gila-gila dan angle yang pelbagai.. Hubby pun sangat sporting nak lompat dan buat macam-macam gaya.. sangat gembira dengan pengalaman ini.

Buat para pengantin di luar sana.. terutama cik pia, nnt buat outdoor cantik2 gak.. saya nak tengok tau!!

Terima kasih princess N



Terima kasih wahai teman blogger, princess N.. Sekarang ni kan tengah hangat kisah putera william ngan katherine nak kahwin, saya dapat frame gambar yang berfotokan ala-ala princess dulu-dulu, sesuai sangat.. Macam tahu- tahu jer saya baru ambil gambar kahwin, bolehlah saya framekan gambar kahwin saya nanti..

Nota kaki: N, kalau foto princess tu ganti ngan aryyan pun ok gak! Hehehe


Related Posts with Thumbnails