Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts
Istanbul aku datang & Cold war


 Saya mengambil kesempatan sempena cuti Depavali untuk mengajak hubby menonton wayang Istanbul aku datang dan cold war.




 Istanbul aku datang

 

Apa yang saya suka:
  1. Fashion Dian (Lisa surihani) sangat gorgeous, yang paling cantik adalah kasut-kasutnya.. Nak sangat
  2. Masa Dian takut kucing, sangat2 funny, sebenarnya saya pun takut kucing dan pernah melompat semasa makan kat kedai makan, so saya faham bila watak dian takut dgn kucing, it's not over reaction
  3. Zaman sekarang ni, memang senang utk salah faham mengenai hubungan lelaki –lelaki, wanita-wanita…. Jadi berhati-hati bila judge seseorang
  4. Maggie asam laksa.. saya rasa student di luar Negara sangat memahami betapa desperatenya tak jumpa Maggie…. So hadiah Maggie sangat bermakna

Apa yang kurang dlm filem ini:
  1. Ending yang boleh diteka, tapi masih sweet
  2. Tomok.. I don't know….hmmmmm

Conclusion:
Buat peminat lisa surihani, filem ini wajib tonton kerana boleh menonton lakonan lisa yang ceria, sweet dan sad... Beto is currently actor yang sedang meningkat naik so berbaloi untuk menonton filem ini.. Saya bagi 4/5 star

 


Cold war

Police story untuk filem hong kong tak pernah kering idea.. ada sahaja jalan cerita yang menarik untuk ditonton dan yang terbaru dari hong kong filem cold war sangat interesting.

Sedikit sipnosis dari wikipedia:
Asia’s safest city is about to be tested.
In Asia’s safest city, the police have long been untouchable. Approaching midnight in Hong Kong, police headquarters receives an anonymous call: a fully loaded police van carrying the force’s most advanced equipment and five highly trained officers has disappeared off the grid. The hijackers possess direct knowledge of police procedures and are already several steps ahead. The police must meet a list of demands to ensure the hostages’ release, including the delivery of a large ransom. Any delay will cost lives. The clock has begun to tick.

Terasa tekanan semasa menonton kerana kalau terleka sedikit kita akan terlepas untuk menangkap segala maklumat daripada cerita ini, saya suka filem yang membuatkan kita meneka-neka siapa sebenarnya dalang dalam sesebuah rancangan jenayah. Tambahan pula kalau kita boleh mengesyaki semua yang terlibat, sangat mendebarkan.. saya bagi 4.5/5 star ( i love aaron kwok hehe)


Sangat puas dapat tonton 2 filem yang menepati citara.. sejak akhir-akhir ini kualiti filem melayu semakin menurun.. jadi kita kena bijak memilih filem yang mahu ditonton kerana kita adalah pengguna dan kita berhak meminta filem yang baik untuk ditonton..

Istanbul aku datang


Dah lama sangat rasanya tak tonton filem. Last wayang yang saya tonton adalah premium rush. Filem yang saya mahu tonton sangat-sangat untuk tahun ini adalah 


ISTANBUL AKU DATANG


 Saya adalah peminat filem arahan bernard chauly sejak gol & gincu serta pisau cukur, filem arahannya lebih fokus kepada wanita. Jadi saya sangat tak sabar untuk menonton filem ini..

Mari kita tonton sedikit trailer filem ini


Filem Istanbul Aku Datang ini mengisahkan mengenai seorang gadis lakonan Lisa Surihani yang terbang sejauh 8000km ke Istanbul, Turki untuk bersama kekasih hati namun terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk meneruskan kehidupan di sana.

 Best kan.. jom kita tengok filem yang sangat sweet ini.. eee, tak sabar tak sabar tak sabar!! Dah tonton filem ini nanti, saya akan review k

Pengarah dil to pagal hai, yash chopra meninggal dunia



Pengarah dan penerbit Yash chopra meninggal dunia akibar denggi. Berita dari Mstar. Sebelum demam K-pop ni, kita mesti ingat tahun 2000 kita pernah demam bollywood. Saya masih ingat lagi ada rancangan seperti irama bollywood, radio pun memainkan lagu-lagu bollywood dari filem kuch kuch hota hai, mohabattein, dil to pagal hai dan pelbagai filem lagi.




Saya sebenarnya bukan peminat bollywood sebab sebelum itu saya lebih minat filem dan lagu dari hong kong (saya kipas susah mati aaron kwok). Filem shah rukh khan yang pertama saya tonton adalah duplicate, saya tonton di Uitm Arau. Itu pun sebab kawan-kawan ajak, kalau tak mungkin saya tak pergi sebab saya bosan filem yang banyak lagu ni, lambat habis. Tapi jangkaan saya salah sebab saya sangat terhibur dengan lakonan shah rukh khan dan dari situlah demam bollywood sudah mula melanda malaysia.

Semasa itu, semua orang kenal SRK, salman khan, amir khan, kajol, karisma kappor dan pengarah karan johar pun sangat terkenal sehingga setiap filem arahannya dengan pelakon SRK dan kajol mendapat perhatian seluruh dunia.


 Mari layan salah satu lagu dari filem 'dil to pagal hai'


Sehingga sekarang saya masih lagi layan filem hollywood, so far saya suka sangat filem 'three idiot' kerana filem ini bukan mengenai cinta sahaja, tetapi mengenai persahabatan dan mengajar kita untuk mengejar cita-cita bukan hanya memenuhi kehendak orang lain.





 

Premium Rush


Actually saya nak tengok filem step up revolution, dah setuju pun ngan hubby, tapi masa nak beli tiket dah terlepas waktu tayangan, so hubby suggest tengok cerita premium rush. Saya pun setuju memandangkan sebelum ni tengok trailer macam best kan..

 Premium rush mengisahkan seorang courier service, wilee yang menggunakan basikal tanpa brek. Dia sangat cekap menjalankan tugasnya sehingga kadang kala membahayakan nyawa. Suatu hari, dia menerima pesanan untuk menghantar barang yang ingin dimiliki oleh orang lain sehingga terjadinya aksi kejar-mengajar yang amat menarik.

Apa yang best mengenai filem ini:
a) Setiap watak diceritakan satu persatu dengan baik supaya kita tahu apa yang terjadi
b) Saya sangat suka apabila wilee memikirkan cara untuk melepaskan diri dalam kesesakan dengan pilihan A, B dan C nya..
c) Merenung anak Nima apabila belum berjaya naik ke kapal untuk diseludup sangat meruntun jiwa!!

Apa yang saya tak suka:
NO!! Saya sangat enjoy

 P/S -  yang belum tonton, moh ke panggung wayang!!


 

Tolong awek aku pontianak



Apa yang mendorong saya menonton filem ini adalah sazzy falak.. Sejak saya menonton filem 'gol & gincu', saya amat meminati fazura dan juga sazzy, jadi sebagai peminat saya takkan ketinggalan untuk menonton filem ini. Lagipun tagline filem ini juga menarik. Janji gua ada awek, lu ada??

Filem ini bermula dengan sedikit slow, kisah lelaki lurus bendul, bob (zahiril) yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mengambil hati aweknya, tapi akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Jadi untuk mengubat hati yang lara, bob berpindah ke tempat baru bersama BFFnya, pian.

Di sana dia berkenalan dengan 2 adik beradik Maya (sazzy) dan Liyana (liyana jasmay) tanpa mengetahui mereka adalah pontianak yang terkena sumpahan. Di akhir cerita tentulah happy ending di mana bob berjaya memulihkan maya menjadi manusia semula.

Filem ini sedikit fantasi kerana cara untuk memulihkan maya adalah dengan cinta sejati seperti filem disney hollywood. Walaupun mekap menjadi pontianak seperti filem zombi kampung pisang, tapi saya terhibur dengan jenaka yang spontan.

Pian sebagai BFF bob sangat menghiburkan, saya tidak mengenali pelakon baru ini, tapi lakonannya memikat hati saya. Rasidhi ishak juga istimewa, lakonan playboy kontrol machonya juga menarik. Bagi saya setiap pelakon tambahan cerita ini adalah mempunyai peranan yang berjaya menghidupkan filem ini dengan baik.

Bila saya menonton sesebuah filem, saya mahukan hiburan dan Tolong awek aku pontianak tidak mengecewakan saya..


Saya dan CUN!!



Mula-mula saya baca review dalam oh bulan dan akhbar2 tempatan, dah sangat terpikat nak tengok filem ini tapi malangnya di manjung ni tak ada pula tayangannya. Tapi mungkin dah jodoh nak bagi saya tengok, saya ada training di KL, apa lagi tariklah hubby tengok filem ini.


Pendapat saya:

Mula-mula start filem ini rasa macam eh ni filem gossip macam 'diva popular' ke sebab luna (maya) jadi pengacara gossip meletops! Kemudian Luna dapat tangkap pakwenya (jehan miskin) ada scandal dengan masha. So cara terbaik mengelak dari wartawan selain ke luar negara hehehe adalah balik kampung ok!!

Masa di kampung barulah saya nampak di mana seronoknya menonton filem ini.. luna dan atan (rem ishak) pertama kali berjumpa, bergaduh macam budak-budak kemudian bagaimana cinta mereka semakin erat juga cara yang sangat comel.

Watak-watak sampingan juga bagus, saya kagum dengan manis (nadia nissa) kerana dia sangat senang membuatkan orang terpikat dan sayang padanya.

 Apa yang best!
  • Pemandangan kampung yang sangat indah..Selalu kalau lalu highway nampak sawah bendang ni, dapat tengok dalam filem jadi sangat cantik
  • Remy ishak pemuda kampung yang mmg menjadi, dengar khabar remy pernah bekerja sebagai buruh kasar, jadi menjiwai watak pemuda kampung yang bergelut dengan lumpur dan sawah bukan masalah besar
  • Nak beritahu sekali lagi, Manis mmg terbaik!!
  • Kembang (si kerbau) pun apa kurangnya.. CUN!!
  • Adengan jamban terbakar sangat kelakar.. saya memang tak jangka

Apa yang tak best!
  • Banyak kali candy (ning baizura) menyakitkan hati Luna, kenapa Luna tak nagi penampar se-das jer, saya rasa geram sangat-sangat
  • Sama dengan Ryan (Jehan), patut makan penampar!! Geram, geram, geram
  • Terlalu banyak adegan kebetulan terlanggar, tersentuh antara luna dan atan
  • Ending mungkin tak perlu peluk-peluk kut, sebab di kampung.. tak sesuai ma... Terbuka sangat pemikiran tok chah pun

Tapi so far ini adalah filem yang menghiburka.. Kalau anda berkesempatan dan masih ditayangkan, pergilah tengok... Best!!

Filem hebat untuk tahun baru cina

Tahun baru cina ni saya sibuk membeli barang-barang untuk majlis perkahwinan saya dan juga mengemas apa yang patut tapi nasib baik Abg N sudi juga nak bawa saya tengok wayang lepas penat seharian membeli barang.

Saya kalau dapat tengok wayang tak sah kalau tak tengok sampai 2 (itu pun kalau ada cerita best la..).. Filem pertama saya tengok filem komedi ALL'S WELL ENDS WELL 2011


Bagi penonton melayu mungkin kurang tahu mengenai filem all well end well 2011. Filem ini adalah filem ke-6 yang mengunakan tajuk yang sama yang ditukarkan hanyalah tahun. Secara ringkasan kesemua filem All's Well Ends Well ini mengisahkan pencarian cinta yang pasti berakhir ke jinjang pelamin. Dan hanya ditayangkan sempena tahun baru cina sahaja.

Filem ini dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti louis khoo, cecilia cheung, carina lau, Donnie yen (pelakon utama ip man). Sangat mencerikan menonton filem ini.

___________________________________________________________________________

Selepas filem komedi, saya beralih ke filem kungfu, SHAOLIN


Lakonan mantap andy lau yang mengisahkan kerana kuasa seseorang sanggup melakonkan apa sahaja termasuk membunuh abang angkat sendiri tanpa belas kasihan. Perkhianatan oleh orang kanannya pula menyebabkan hilang kuasa dalam sekelip mata dan mengorbankan nyawa anak perempuan sendiri.

Semasa berteduh di dalam shaolin, hati terbuka untuk lebih mengasihani dan memaafkan orang yang pernah mengkhianatinya. Dan secara tidak langsung cuba untuk menasihati  orang kanan untuk bertaubat walaupun sehingga nyawa melayang.

Itu dia filem-filem yang saya tonton sempena tahun baru cina.. Bagi saya kedua-duanya bagus kerana komedi ada baiknya dan action kungfu pun sentiasa buatkan kita gementar untuk adengan-adengan seterusnya.



Apa ada dengan gusti?

Saya selalu tertanya-tanya mengapa kalau dalam filem sekalipun mesti ada menunjukkan orang melayu suka menonton gusti? Saya tak pernah tonton drama cina atau tamil yang menunjukkan mereka suka menonton gusti, jadi saya buat kesimpulan orang melayu memang suka menonton gusti.

Antara yang saya kenali adalah hulk hogan, The rock, undertaker dan macam-macam lagi. Saya tak minat dengan gusti tapi kadang-kadang terpaksa menonton bila abah saya nak tengok juga. Memang seronok tengok gelagat abah yang teruja dan tangan pun bergerak-gerak macam abah yang lawan di gelanggang.

Baru-baru ini saya tanya abah kenapa tak mahu cukur misai, katanya sebab nak tiru imej hulk hogan. Anda tahu tak siapa hulk hogan? Bagi saya hulk hogan adalah ahli gusti yang pertama saya kenali, trademark dia adalah mengoyak baju kuningnya di gelanggang

hulk hogan: baju murah jer, senang koyak!

Apa yang saya pelik dengan dunia gusti:
  1. Kalau nak berlawan, mengapa perlu bercakap-cakap, kadang-kadang bercakap punya lah panjang tapi bila beraksi sekejap jer.. abah saya pun dah naik boring
  2. Setahu saya kalau berlawan guna tangan (tanpa perlindungan mcm boxing), kalau dah tumbuk hidung, mesti tangan atau hidung itu akan berdarah, tapi saya tengok mereka dah pukul bertalu-talu, tapi tak ada apa-apa kecederaan pun
  3. Bila dah turun dari gelanggang, guna kerusi lipat untuk memukul pun tak ada kecederaan juga, saya dah pelik bin ajaib ni
  4. Semasa dipukul dengan kerusi lipat boleh bangun lagi, tapi bila kena hentak secara terlentang terus kalah, logik ke tak?

Ada juga ahli gusti yang berjaya menjadi terkenal, antaranya The rock.. Siapa yang tak kenal The rock ni. Traemark kening dah macam ziana zain..


Sekarang ni the the rock dah bersara dari dunia gusti dan menumpukan perhatian pada dunia lakonan. Banyak filem the rock yang best seperti The game plan, Tooth fairy, The other guy dan macam-macam lagi.

Kalau ada sesiapa yang mahu menonton filem yang ramai ahli gusti di dalamnya, bolehlah menonton filem the longest yard. Filem ini sungguh kelakar dan saya dah berapa kali tengok pun tak jemu.

Ngangkung dan Aku tak Bodoh


NGANGKUNG

Tunggu dan tunggu akhirnya saya marathon 2 filem dengan Abg N.. hehe tercapai hajt nak tengok ngangkung, nasib baik panggung wayang sitiawan ni ada lagi tayangan walaupun dah lepas 3 minggu, mungkin sebab dapat sambutan lagi, masa saya tengok pun ramai lagi penonton.

Tapi saya sedikit kecewa, bukan nak kata filem ini tak bagus tapi rasanya yang bagus-bagus semua dah keluar dalam iklan jadi tinggal yang biasa-biasa sahaja untuk ditonton. Oh ye, suara sam mmg menyakitkan dah macam orang terncat (kata Abg N).. Kalau nak lari dari karektor adnan sempit sekalipun, tak perlulah ubah suara mungkin boleh ubah penampilan, rambut bg pendek, jambang bg panjang sikit ker ..ini rambut panjang mesti kita ingat adnan sempit lagi.

Tak mahu ulas banyak filem ngangkung sebab saya percaya ramai dah tengok, kalau tak takkan boleh box office melebihi 7 juta.


AKU TAK BODOH VS I'M NOT STUPID

Sekali tengok aku tak bodoh rasa macam ulang tayang i'.m not stupid, dari segi penceritaan memang sama dan lakonan pelakon kanak-kanak tidak mengecewakan sebaliknya pelakon berpengalaman seperti amy mastura dan riezman yang kurang berkesan di hati. Amy, sila menangis dengan keluar air mata, sudin menangis lagi 'touching'.. Nak tahu siapa sudin sila baca review dari Hans, sangat bagus!!

Saya tak mahu ulas lebih lanjut sebab nnt saya bandingkan 2 filem ini, tapi satu jer nak beritahu aku tak bodoh best dari ngangkung, ini pendapat saya!!

Day 2 — Your favorite movie

Saya peminat filem filem dari disney tak kira siri kartun atau pun tidak, tapi dalam banyak-banyak saya lebih sukakan filem Mulan.



 Bagi saya filem Mulan ini banyak mengajar daripada cerita-cerita dongeng yang lain seperti cinderella dan snow white. Mulan ini adalah adaptasi dari lagenda Cina mengenai seorang gadis yang menyamar menjadi lelaki untuk menggantikan ayahnya ke medan perang. Kasih sayang yang kuat kepada ayahnya yang sakit serta semangat cintakan negara yang menebal mendorong dia melakukan penyamaran ini.

Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kawan seperjuangan sehingga cedera

Dalam masa yang sama, si gadis lasal ini juga mendambakan seorang lelaki yang mencintai dirinya seadanya, bukan seperti lelaki yang lain yang menganggap wanita hanya perlu ada di dapur sahaja. Pada zaman dahulu, wanita dilarang ke medan perang.


Penamat cerita ini berakhir dengan manis sekali. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Mulan bertemu cinta sejati yang menerima dia seadanya.



Seribu kali cinta = 50 first date

 Sipnosis kredit to yanmieonline


Masa mula-mula baca sipnosis drama seribu kali cinta yang akan mengantikan drama Chinta slot akasia dah rasa macam pernah tengok jer drama ni.. Baru teringat sama dengan filem hollywood 50 first date lakonan adam sadler dan drew barrymore.

50 first date mengisahkan mengenai henry (adam sandler) seorang playboy dan takut dengan perkahwinan tetapi akhirnya dia jatuh cinta kepada lucy (drew barrymore) tanpa mengetahui lucy mempunyai penyakit amnesia di mana dia hanya mengingati apa yang berlaku pada hari itu sahaja (kebetulan hari jadi ayah lucy), bila dia tidur dan bangun keesokan harinya dia akan sentiasa ingat hari itu adalah hari jadi ayahnya. Dan adam setiap hari perlu memikirkan jalan bagaimana untuk mendekati lucy kerana bagi lucy, adam adalah orang asing dalam hidupnya.

Kalau kawan-kawan nak baca sipnosis 50 first date, klik SINI untuk seribu kali cinta pula klik SINI.. Saya amat suka dengan filem 50 first date dan harapan saya seribu kali cinta tidak akan mengecewakan.


Aku tak bodoh


Walaupun filem  'aku tak bodoh' yang dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Ariel Zafrel, Aizat Hassan, Wan Noor Aizat, Namron dan Adibah Noor dikatakan menciplak daripada filem singapura' i'm not stupid' tapi saya sokong filem ini dibuat kerana ianya secara tidak langsung boleh menyedarkan ibubapa di luar sana bahawa mencari duit bukan sega-galanya, anak yang terabai adalah salah ibubapa.






Saya sebenarnya menyukai filem arahan jack neo ini kerana pengarah ini berani menceritakan apa yang berlaku di sekelilingnya, antaranya filem 'Just follow law' yang mengambarkan keadaan kakitangan pekerja kerajaan di sana serta 'money not enough' mengenai manusia yang hanya tahu mencari duit sehingga mengabaikan ibubapa sendiri.

Tetapi melalui filem i not stupid ini menceritakan bukan hanya pelajaran sahaja yang mampu mencorak masa depan anak-anak (selalunya ibubapa berfikir kena belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat pekerjaan yang baik), tetapi melalui cabang lain juga mampu menjamin. Anak-anak juga perlu diberi pendedahan dan sebagai ibubapa jangan terlalu melindungi mereka sehingga mereka dibuli atau digelar lembik...

Saya dah banyak becerita mengenai filem I not stupid dan harapan saya filem aku tak bodoh ini mampu memberikan impak yang sama seperti filem singapura ini. Pengajarannya cuba sampaikan dengan berkesan, jangan hanya sekadar siap sebuah filem.

Nota kaki:
Sekali sekala layan filem komedi yang bermesej bukan filem yang mengutuk sesama manusia!!

Magika: Menarik @ Mengarut?


Sebelum ini saya memang beria-ia mahu menonton Filem Magika. Setelah ditunda dari Bulan March sehingga kini baru dapat tonton di pawagam. Mula-mula tahap terujaan memang tinggi sebab mahu melihat karektor dongeng melayu yang semakin dilupakan.

Di awal cerita agak menarik dengan karektor nenek kebayan (ziana zain), pak pandir (Aznil)  tapi selepas berjumpa bad (Mawi) terasa sedikit kekurangan, entah mungkin terasa pelik percintaan ayu (diana daniel) dan bad.

Apa yang saya suka filem Magika:
  • Watak ziana zain yang menjadi, senang kata kalau tak ada ziana zain, cerita ini tak ada ummp
  • Watak M. Nasir yang misteri memang bagus
  • Bawang merah dan bawang putih, cute and funny


Apa yang saya tak suka mengenai filem Magika:
  • Badang (Mawi) dan rambut palsunya
  • Lagu kalau kerap sangat boleh menimbulkan kebosanan


Antara masalah teknikal yang saya nampak:
  • Apabila bad cedera di tangan dan ayu membalutnya dengan sapu tangan tapi bila scene lain tetiba sapu tangannya hilang
  • Bila Bad berlawan dengan nenek kabayan, sapu tangan dan hilang tapi bila bad jumpa ayu, tetiba muncul kembali sapu tangannya..

Nota kaki:
Tetap sokong filem melayu

Shrek, orga hijau yang penyayang

Di saat hollywood sering menampilkan filem-filem yang berunsurkan aksi dan teknik CGI yang canggih-maggih itu, terselit sebuah filem yang menyentuh perasaan,  shrek forever after... Saya amat gemarkan filem animasi yang berunsurkan kasih sayang begini...




Ingat shrek 2 , betapa kasihnya Shrek pada Fiona hingga sanggup mengubah diri sendiri menjadi hensem tapi akhirnya dia tahu bahawa Fiona cintakan diri dia seadanya, bukan bersandarkan pada paras rupa semata-mata.

Ok, untuk blogger-blogger male di luar sana, bawalah isteri dan anak2 menonton filem yang lebih tenang dan lucu... tak ada darah memancut-mancut atau penggal-penggal kepala...

Bagi blogger-blogger female pula, mari kita ajak pasangan kita menonton sambil gelak ketawa, ini tengok filem aksi ganas sampai penat otak berfikir... Renung-renungkan


Nota kaki:
Rasanya shrek adalah filem animasi pertama yang ada sambungan hingga 4 filem!!

Mencari kebenaran dalam BELUKAR!!

Cerita Cuti No 4

Kebenaran filem belukar ini... hanya penghujung cerita baru kita tahu apa ada dalam belukar, dan its perfect!

Poster yang menarik

Dibintangi oleh Bront palarae, Dapne iking dan diarahkan oleh Jason Chong (salah seorang pelakon sitkom Fara).. Filem ini hanya berlokasikan keindahan Negeri Sabah.. Mula-mula its a bit slow sehingga saya rasa macam menyesal tapi bila dah masuk ke bab operasi, baru ianya menjadi menarik sedikit demi sedikit...

Filem Belukar mengisahkan Eva (Daphne Iking) seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insuran profesional. Dia berjaya menuntut lebih RM100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak. Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Eva bersalah. Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaitu seorang penyiasat insurans syarikat ABG. Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik. Adakah Nik dan Eva bergelut dengan cinta, sandiwara atau keikhlasan semata-mata?

Apa yang menarik mengenai filem ini?
  • Tertanya-tanya samada Nik benar-benar cintakan Eva atau hanya mainan untuk membongkar rahsia Eva?
  • Tertanya-tanya juga adakah Eva sudah menjumpai cinta sejati atau dia hanya mempergunakan Nik?
  • Siapa sebenarnya Eva dan Nik? Permulaan filem ini mmg ramai yg akan tertipu bila tahu kesudahannya.
  • Banyak perkara yang tak disangka, bukan macam sesetengah filem melayu dimana kita tahu si hero mesti dapat bersama dengan si Heroin..
  • Tajuk 'BELUKAR', tapi anda hanya tahu makna belukar di akhir cerita ini...


Nota kaki:
  • Md Eyzendy (Hitam) lakonannya saya suka, bg saya dia adalah pelakon yg mempunyai bakat walaupun kurang dari paras rupa.. Takkan nak tengok pelakon jambu jer tapi lakonan hampeh
  • Ini entry yang terakhir mengenai filem melalui cerita cuti saya..

Bagi peminat filem aksi, saksikan lah Ip Man 2


Cerita cuti No.3

Cuti dengan wayang lagi....Kali ini saya menonton filem Ip Man 2,  Nuffnang pun ada juga promote filem Ip Man 2 ni sedikit masa dulu, dan saya mmg awal-awal lagi mahu menonton sambungan filem Ip man ini.. bagi yang kenal Bruce Lee, tahukah anda bahawa sifu Bruce Lee adalah Ip Man?

Tengok muka Ip man (donnie yen) Cool kan..

Ketangkasan Ip man dengan muka coolnya berjaya meruntun jiwa saya semasa menonton, ramai yang bertepuk tangan semasa Ip Man berjaya mengalahkan peninju yang ego itu.. saya pun rasa mcm nak beri standing ovation tapi nnt org belakang marah pula kan...

Cerita ini tak ada cinta-cinta, kasih sayang yang ditunjukkan pun begitu bersahaja, pengorbanan isteri kepada suaminya... Kata-kata Hung chung man (sammo hung) dlm filem ini yang amat patriotik, patut disematkan dalam diri kita..

Saya boleh bersabar kerana sesuap nasi, tapi sekiranya menghina seni mempertahan kungfu kita, saya tak boleh sabar

Memang puas hati, kalau saya menonton filem dari hong kong, saya memang jarang tak berpuas hati.. dulu masa filem shaolin soccer, Abg N pun kata mmg tak menyesal tengok (sbb saya yang ajak dier), penuh aksi komedi dan kungfu, walaupun banyak teknik komputer digunakan..Tapi persembahan pelakonnya yang mempesonakan...



Nota Kaki:
Filem apa yang menarik di panggung lagi? Saya ada sebuah lagi filem ingin dikongsi... tunggu..

Hopperz...Mari melompat!!

Cerita cuti saya No 1

Saya ni bukanlah boleh dikategori sebagai remaja lagi... Tapi keinginan untuk menonton filem Hooperz ada dalam diri setelah terpikat dengan unsur-unsur permainan bola jaring yang dipamerkan, walaupun saya bukan peminat bola jaring tapi demi menyokong industri filem malaysia, saya dengan  penuh sukahatinya menonton filem ini...


 Gambar dari gua.com

Filem ini dimulakan dengan kisah seorang gadis bernama atilia yg dilahirkan tangan cacat (tangan terbalik) tapi mempunyai kemahiran dalam menjaringkan gol... ahli Pasukan bola jaringnya pula mempunyai pelbagai jenis karektor

Yang best mengenai filem ini:
  • Cara pengarah menceritakan mengenai karektor pemain-pemain, cara yang amat unik kerana ada unsur-unsur komik..
  • Nilai persahabatan yang tinggi. Walaupun satu pasukan bukan semuanya bersatu hati, ianya adalah realiti
  • Ada sari yanti... (mcm lari tajuk jer)

Yang tak best mengenai filem ini:
  • Walaupun unik cara penceritaan setiap karektor, tetapi tiada sebab cth: kenapa Nino mencuri setelah kematian bapanya, hanya kerana sukakan risiko?? Tak logik pada pandangan saya
  • Walaupun Nik pernah merogol kawan atilia, apa hukuman patut diterima oleh Nik? Setakat kena marah dengan Atilia jer?
  • Dah kalau beberapa permainan, tapi masih lagi boleh masuk separuh akhir?
  • Kenapa Couch D dah tak mengajar bola jaring? Dan kenapa couch Q nak meminta maaf?

Walaupun ada kepincangan sana sini, tapi saya perlu memuji kerana walaupun ada cinta-cinta juga dalam filem ini tapi ianya segar kerana nilai persahabatan yang diuji secara tidak melebih-lebih..

Nota kaki:
Saya nak melompat!!

Hooperz dari Gua.com
Hooperz dari sinema malaysia

Lagenda Budak Setan

Sekarang ni sana sini bercakap mengenai Filem Lagenda Budak Setan Novel Karya Ahadiat Akashah..

Saya pun tak terkecuali untuk jatuh cinta dan menghayati tiap watak dalam novel ini, sebuah percintaan yang begitu meruntun jiwa dan mengusik perasaan..


Sedikit sipnosis bg yang ingat-ingat lupa:

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

Wah. wah.wah Bring memory back...
Jangan lupa mari kita ramai-ramai serbu panggung wayang untuk menyaksikan Filem Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan pasangan serasinya Lisa Surihani...

Untuk sedikit teruja, saya hidangkan trailer ini




Nota Kaki:
Oh, tak sabarnya

The Storm Warriors

Semalam seronok cuti, layan DVD yang dah beli berkurun lama tapi tak tengok-tengok lagi...

Tapi dalam banyak2 tu layan cerita The storm Warriors dulu sebab ada aaron kwok (ok, saya peminat dia dari dulu2 lagi).. konon-konon sambungan the storm riders tapi watak aaron kali ni 'striking cloud' lebih berperikemanusiaan. ada jiwa n perasaan..





Bila ada sambungan, kita selalu mengharapkan lebih baik dari yang pertama... kali ini dari segi graphic mmg mantap, rasa macam tengok buku komik pun ada, sebab tu boleh menang Best visual effect di Hong Kong Film Awards, tapi penceritaannya macam selalu dah kita tengok kat mana-mana filem, lepas tu endingnya buat kita tertanya-tanya.. Untuk peminat Aaron kwok macam saya tentulah tak nak hero saya nie mati kan...

Untuk sesiapa yang terasa nak baca review cerita ini, peringatan amatlah panjang boleh check di sini...

Dah habis baca review? Mari layan lagu tema filem ini



Nota Kaki:
Walau macam mana pun, I still love you Aaron (childish tapi kenangan oooooo)

Alice in wonderland Vs Magika


Sepatutnya filem Magika terbitan adik-beradik KRU akan ditayangkan pada bulan march ini tapi mereka mengundurkan diri sebab tak mahu bersaing dengan filem lain, so maybe dalam bulan 9 baru boleh tonton filem ini.. Info filem magika, sila klik sini ,boleh tengok watak2 dlm filem magika ini macam aznil - pak pandir, marsha- puteri santubong, raja azura - mak andeh, mawi - badang, dan ramai lagi lah


Tapi tak mengapa, untuk mengubat hati bagi yg minat cerita dongeng ini, kita tonton filem Alice in wonderland dulu... Masa kecik2 dulu mmg minat baca cerita dongeng orang2 barat nie macam cinderella, snow white..sekarang TV3 pun ada tayangan cerita2 begini macam mayang mengurai (rapunzel versi barat), puteri salju(snow white)..


Tak sabar nak tonton alice in wonderland kerana:
1. Minat sangat dgn johnny deep
2. Minat sangat sangat dgn jonny deep
3. Minat nak tengok filem2 dongeng dan berfantasi


Mula2 ingatkan nak tonton 2 filem ini dan bandingkan tapi:
1. kalau kita bandingkan dengan filem barat rasa tak adil sebab budjet mereka berbilion-bilion, kita boleh berjuta-juta jer..

2. Sekarang tak boleh tonton sebab KRU tak mahu tayang sekarang, so tak boleh nak compare..Anyway saya percaya filem magika ini mesti best.. tak sabar nak tunggu bulan 9 nanti..

p/s - Kawan2 semua excited macam aarin tak?

Related Posts with Thumbnails