Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Histeria....


Dah lama sangat tak layan movie, last week tengok 2 movie kat Jusco Ipoh, mula-mula layan movie HISTERIA.. aarin bukanlah peminat horror movie tapi tak tahulah kenapa movie ini menarik minat saya teramat-amat. Lagipun berita pasal Histeria di sekolah2 makin menular, jadi keinginan tu makin meluap-luap.


Beginning movie ini agak slow skit, mungkin sbb kebanyakan pelakon adalah pelakon baru except liyana jasmay ngan scha (awan dania) yg lebih dikenali.. Ianya bermula budak2 yang cari pasal sbb pergi menyeru hantu busut (lupa nama hantu) , then diikuti mengambil barang yang bukan hak milik kita..



Kumpulan pink flamingo yang terdiri dari 6 pelajar nakal akhirnya terbunuh seorang demi seorang, cuma seorang saja yg survive, murni (liyana jasmay) tetapi disyaki sebagai pembunuh.. Rupa-rupanya dia dah berkawan ngan hantu busut tue, tanpa dia sendiri sedari sbb dia dah ada 2 personaliti. Sebab utama hantu busut bunuh kawan2 murni adalah tak mahu org buli tuannya..


Overall movie ini menghiburkan(betul ke ayat ni) @ menyeramkan, seram tu kurang yg lebih adalah ngeri, adegan pembunuhan yg amat real bagi saya.. make-up mmg best ar..




Filem yang kedua adalah cerita THE DAY THE EARTH STOOD STILL. Aarin tengok movie ini sbb terpikat ngan iklan yg pemberita buat ala-ala huru hara jadi curious nak tahu ceritanya.
Cerita ini banyak bermain ngan emosi, mengenai alien yg dtg ke bumi dimana mereka perlu musnahkan manusia untuk menyelamatkan bumi itu sendiri. kalau action movie mesti ada mengenai letupan, saintis dan kereta kebal tetapi di-penghujungnya alien tu meninggalkan bumi tanpa memusnahkan manusia kerana terharu ngan ketulusan hati heroin ngan anak tirinya dalam mengubah persepsi manyarakat supaya jangan melakukanlagi kemusnahan.
Cerita ini saya pun tak tahu nak explain macam mana, tetapi untuk sesiapa yg minat keanu reeves and action movie boleh lah layan cerita ini.

1 memberi idea:

puterikurekure said...

anda telah di tag - sila layari blog princesstortoise2 untuk mendapatkan award anda

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails