Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Filem hebat untuk tahun baru cina

Tahun baru cina ni saya sibuk membeli barang-barang untuk majlis perkahwinan saya dan juga mengemas apa yang patut tapi nasib baik Abg N sudi juga nak bawa saya tengok wayang lepas penat seharian membeli barang.

Saya kalau dapat tengok wayang tak sah kalau tak tengok sampai 2 (itu pun kalau ada cerita best la..).. Filem pertama saya tengok filem komedi ALL'S WELL ENDS WELL 2011


Bagi penonton melayu mungkin kurang tahu mengenai filem all well end well 2011. Filem ini adalah filem ke-6 yang mengunakan tajuk yang sama yang ditukarkan hanyalah tahun. Secara ringkasan kesemua filem All's Well Ends Well ini mengisahkan pencarian cinta yang pasti berakhir ke jinjang pelamin. Dan hanya ditayangkan sempena tahun baru cina sahaja.

Filem ini dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti louis khoo, cecilia cheung, carina lau, Donnie yen (pelakon utama ip man). Sangat mencerikan menonton filem ini.

___________________________________________________________________________

Selepas filem komedi, saya beralih ke filem kungfu, SHAOLIN


Lakonan mantap andy lau yang mengisahkan kerana kuasa seseorang sanggup melakonkan apa sahaja termasuk membunuh abang angkat sendiri tanpa belas kasihan. Perkhianatan oleh orang kanannya pula menyebabkan hilang kuasa dalam sekelip mata dan mengorbankan nyawa anak perempuan sendiri.

Semasa berteduh di dalam shaolin, hati terbuka untuk lebih mengasihani dan memaafkan orang yang pernah mengkhianatinya. Dan secara tidak langsung cuba untuk menasihati  orang kanan untuk bertaubat walaupun sehingga nyawa melayang.

Itu dia filem-filem yang saya tonton sempena tahun baru cina.. Bagi saya kedua-duanya bagus kerana komedi ada baiknya dan action kungfu pun sentiasa buatkan kita gementar untuk adengan-adengan seterusnya.



0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails