Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Sengkuang Calit

Selalu kita masa kecik-kecik dulu mesti selalu ada makan sengkung yang diletakkan kuah rojak diatasnya..Untuk kawan-kawan yang lahir tahun 90-an mesti selalu ada makan kan??

Saya dan suami adalah penggemar sengkuang ini, so tiap2 kali ada kelapangan mesti pergi cari sengkuang sekeping yang diletakkan kuah dan ditabur kekacang. Tapi baru-baru ini saya jumpa stall yang sangat comel berhampiran rumah suami di taman medan.. iaitu stall SENGKUANG CALIT.



Saya amat teruja, yang best mengenai stall ini adalah ada dua perisa, original dan spicy. Jadi bagi gemarkan rasa pedas, boleh rasa yang spicy punya. Saya pula lebih suka yang original.. Bagi saya apa yang lain sengkuang calit ini dengan tempat lain adalah rasa kekacangnya.. Mmg banyak dan sangat crunchy.


Dan yang bagusnya juga kebersihan terjaga, tengok abang ni pakai sarung tangan.. nak makan sekeping besar macam tu pun boleh atau minta potong kecik-kecik diletakkan dalam polisterin.  Selidik punya selidik, abang sengkuang calit kata minggu depan ada jual kuah dan kekacangnya.. tak sabar nak buat kat rumah.. Buat rumah terbuka, makan sengkuang calit je, boleh??

Jadi kalau sesiapa yang berminat nak rasa, layarilah laman web mereka di http://oldtimesengkuang.blogspot.com.ataupun boleh ke FB mereka

Nota kaki:
Sangat merindui zaman kanak-kanak bila rasa sengkuang calit ini, nasib baik ada suami yang mmg suka.. sangat excited tau!!

 

2 memberi idea:

cikpia said...

arghhh!! sangat memori itu sengkuang calit!!!

*lap air lior*

nuraarin-life said...

tu ar cik pia.. sampai sekarang rasa nak makan lagi, sedap sangat ooo

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails