Tak sangka pula di facebook pun kawan-kawan boleh bergaduh... Tapi gaduh mulut atau dengan lebih tepat dengan kata-kata sahaja, bukan bertumbuk atau sepak-sepak ke... Kalau depan mata sure jadi, '
saya tak nak kawan dengan awak dah' sambil memuncungkan mulut, hahahaha
Jadi kepada kawan-kawan yang suka komen di facebook tue, berpada-padalah jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Untuk yang berkenaan pun, janganlah bila komen-komen tetiba lari tajuk pula.
Contoh kejadian: Kalau gambar mengenai gambar kelas, janganlah nak bermanja-manja ngan buah hati di ruang itu, gunalah inbox anda sendiri ker, wall sendiri, bila ditegur tetiba melenting pula kan... Ramai yang sakit mata membaca komen yang berbaur over romantik nie...
Tujuan kita ber-FB sebab nak cari kenalan lama, bertanya khabar setelah mempunyai keluarga sendiri dan juga berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan. Jadi, sematkanlah rasa hormat pada kawan-kawan kita sendiri...
Nota kaki:
Saya suka komen-komen nie....