Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Pencapaian yang membanggakan..

Aku ni budak Uitm, jurusan ijazah sarjana muda (kepujian) kimia gunaan, dulu masa kecik-kecik cita-cita nak jadi guru sebab selalu dengar peribahasa guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain, terasa pengorbanan guru amat besar..


Akukah lilin (蜡烛 la zhu) itu?


Tetapi bila dah masuk sekolah menengah, masa tue dunia IT tengah mencanak-canak naik so tukar cita-cita nak mendalami ilmu komputer tapi masa dapat masuk U dapat course sains gunaan, jadi teruskan saja sampai ke ijazah..

Habis ijazah ingat nak sambung Master hingga PhD, tapi rasa tanggungjawab pada ibu dan ayah jadi saya tangguhkan dulu niat tue dan cari kerja, alhamdullilah dapat kerja yang baik dan gaji yang memuaskan di sebuah syarikat yang baru hendak membangun di kg acheh, pelabuhan lumut ni..

Sudah hampir 6 tahun saya disini, bermula sebagai assistant chemist (化学家 hua xue jia) hingga HOD of QC & Admin, saya puas, setiap tugasan saya cuba selesaikan sebaik mungkin..

Saya di lab

Cantikkan pokok bunga nie, ibu suruh saya letak di office untuk ceriakan suasana


Moral of the story: Walau setinggi mana pun kita belajar, tetapi sekiranya tiada peluang untuk menunjukkan bakat pun tak guna juga, ramai sekarang nie graduan2 yang tidak mendapat peluang pekerjaan atau gaji yang setimpal dgn pendidikan mereka kerana banyak syarikat yang nak ambil pekerja yang ada pengalaman.. Nasihat saya, semasa belajar teori, praktikkan sedikit kemahiran supaya kita lebih senang mendapat kerja

Panjang pula membebel nie, ok selamat bercuti hujung minggu untuk yang bekerja....



0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails