Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Berebut siaran tv sehingga maut

Terkejut juga baca berita mengenai remaja yang maut akibat berebut tv dengan adik yang mennyebabkan kemarahan adik di mana berlaku pergaduhan sehingga kakak mengacukan cebisan cermin tingkap tapi terlepas dan terkana pangkal paha remaja itu sehingga mengakibatkan kematian.. Itu akan menjadi trauma buat kakak, mungkin selepas ini si kakak tidak mahu melihat tv lagi, siapa tahu??

Kita akan berkata mengapa perkara sekecil ini iaitu berebut tv sehingga boleh membawa kepada kecelakaan? Tapi saya tak akan nafikan sebab buat sebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai mesti mahu menonton siaran tv yang berlainan, si ayah mahu menonton berita, si anak mahu menonton kartun, si ibu mahu menonton drama air matanya.. jadi siapa yang mahu beralah?

Cara paling senang mungkin membeli tv lagi satu, tapi sekarang ini pelbagai siaran ada, tv3, tv9, ntv7, siaran astro lagi. kalau sebuah keluarga itu ada 5 ahli keluarga takkan sampai nak beli 5 tv kan? Semasa saya kecil dahulu, saya sering kena beralah pada bapa saya yang suka menonton berita, jadi saya dah tahu pukul 8 malam dan 11 malam (berita dunia, rtm 1) adalah waktu bapa saya menonton tv. Jangan sesiapa pun kacau.

Itu masa saya kecil, sekarang teknologi dah berubah di mana kita dah boleh menonton sesebuah cerita di laman web. Jadi tak ada masalah lagi.. Hmmm, patutlah ramai yang lebih suka melayari internet daripada lepak di depan tv..

1 memberi idea:

nuraarin-life said...

betul tu, kerana perkara sekecik ini nyawa melayang, sgt mendukacitakan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails