Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lelaki jambu Vs lelaki macho

Sekarang ni ramai gadis-gadis di luar sana yang minat dengan pelakon korea yang berkulit putih dan gebu yang mana lebih jambu, sehingga adik saya pun nak kulit putih dan gebu macam itu.. tapi kenapa?? Saya rasa bengang juga sebab pengaruh drama telah mempengaruh adik saya ini.. (adik saya macho ok, suara garau bukannya 'adik-adik')

Lee min ho, mmg jambu dengan baju pink dan kitten itu

Rain.. kalau dia datang malaysia mmg 'raining'

Tetiba teringat kisah masa saya sekolah menengah dahulu, sanggup tukar sekolah sebab admire dengan seorang lelaki yang chinese look. Masa itu saya mmg minat dengan lelaki chinese look sebab terpengaruh dengan minat saya terhadap aaron kwok, jadi dipendekkan cerita saya mmg minat dengan lelaki jambu masa zaman tu.

Tetapi tetiba juga saya beralih arah, bila dah semakin dewasa saya jadi kurang minat pula dengan lelaki jambu ini, saya minat pula dengan lelaki-lelaki melayu yang boleh bersilat, di mana terserlah kelakian mereka, bukan yang bercerita mengenai kosmetik apa yang boleh melicinkan kulit atau baju apa yang paling 'in' sekarang ini. Saya rasa lelaki macho ini boleh melindungi kita semasa kita dalam kesusahan, nnt kalau kena samun takkan saya pula yang nak selamatkan lelaki jambu ini, oh tak kuasa I!!

Berkata mengenai lelaki chinese look, ada seorang pelakon hong kong yang berkulit gelap iaitu louis koo. Dia sanggup menghitamkan lagi kulitnya supaya nampak berbeza dengan pelakon yang lain dan tidak sia-sia usahanya itu kerana dia mmg antara pelakon yang terkenal di hong kong.



Nota kaki:
Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.. kerana Abg N adalah lelaki macho saya. ^_^ !!

10 memberi idea:

Mak Su said...

alah comelnya hero korea tu...anak2 saya minat kat dia. saya tak minat ler

nuraarin-life said...

mak su: mmg comel pun... sbb tue dipanggil jambu

Hazzy Ishak said...

suka louis koo, actor cina yang gelap.hehe

nuraarin-life said...

hazzy: kita sama

:: p R i n c E s S _ N :: said...

x suke laki jambu..putih2...N suke laki gelap...dan hasilnyerr...ngeeee

Vinnie said...

I pun suka gak kat louis koo, hehehe coz skin dia lagi gelap dan hansem pulak tu... :)

.s.o.f.i.a. said...

he he..... aku dari dulu memang minat lak kulit gelap...... tatau naper. time kawan2 dok gila kat leonardo de caprio (time titanic) aku sikit pun tak heran...... time orang dok gila kat sein (ruffedge), aku lagi minat kat damian seet (VE). he he..... cacat tak taste aku? tak kan???

nuraarin-life said...

N: Hasilnya memuaskan hehehe

nuraarin-life said...

Vinnie: tu lah actor cina yang lain dari yg lain kan, sbb tu kita suka

nuraarin-life said...

pia:
cacat ke mereng ke, itu citara masing2..
Anyway taste kalau sama nnt berebut ngan bff lak

p/s-masa zaman KRU, org lain minat norman ngan yusry, sy pula minat edry

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails