Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Marathon filem 电影 dian ying



Dah lama tak marathon movie, secara kebetulan masa ke kl minggu lepas (masa nak pergi menempah kasut), selesai semua hal-hal penting ada masa so penuhkan masa dengan menonton wayang.. Tiga wayang ditonton antaranya:

Pertama: Tooth fairy

Menghiburkan tambahan saya meminati the rock semenjak dia berlakon cerita the game plan, sesuai untuk kanak-kanak even org dewasa macam saya yang ingin menonton filem yang santai.
Pengajaran dari filem ini adalah jangan terlalu berputus asa sebelum mencuba, senang kata belum cuba belum tahu...


Kedua: The spy next door

Mengecewakan kerana terlalu hollywood. kenapa saya berkata begitu? Jackie chan tak beraksi sepenuhnya, nampak semua pergerakan dirancang, tidak seperti filam jackie chan yang lain. Saya tengok cerita ini sambil berfikir bilalah nak habis....


Ketiga: Adnan sempit


Memang menghiburkan..Dah lama tak menonton filem komedi (喜剧 xi ju)yang menghiburkan selepas papadom.. setiap bait kata-kata adalah mencuit hati dan saya suka sangat dialog (对话 dui hua) terakhirnya, "walaupun muka saya ganas, tetapi dalam hati ada taman", that genius..



Nak kalahkan majlis tunang anak chef wan ker?

Ntah, masa dengar belah pihak lelaki nak beri sampai 15 dulang (盘子 pan zhi) hantaran (untuk majlis tunang je) saya dah terpegun kejap....

ok ok mmg terpegun lama sbb masa mula-mula dulu dah janji nak beri 5-7 dulang sahaja, ini tetiba lagi 2 minggu nak tunang, bakal tunang kata nak bg 15 dulang... Tak ke saya kena balas paling minimum 17 dulang..

Saya dah mula pening, pening sebab ingat nak buat simple-simple dan senang-senang je, kan dah beritahu saya ni tak ada pengalaman, so jalan senang adalah buat simple-simple jer..

Nampaknya kek (蛋糕 dan cao) dan makanan jadi banyak lah sbb barang hantaran dari saya pd pihak lelaki sikit sahaja..

P/s - bakal tunang hadiahkan basikal (自行车 zi xing che) senaman, nak suruh saya kecilkan badan sikit, patut rasa terharu @ rasa kena sindir????

Siapa suruh kaki besar gedabak...

Saya gembira hari ini, banyak benda yang hampir selesai, kasut (鞋 Xie) yang jadi masalah size dah settle dengan menempah di Dios astana, kat sana kasutnya cantik-cantik betul, nasib baik tak tempah sampai 2, membazir pula sbb cantik dan berenda, nak buat jalan-jalan rasa cam tak sesuai pula..

Kepada bakal pengantin yang mengalami masalah nak cari kasut saiz (尺寸 chi cun) besar, boleh lah menempah di dios astana, puchong..harga murah jer, RM90 sepasang.. Terima kasih pada LadyNoe sebab sebarkan maklumat ini( http://misi5april2009.blogspot.com/ ) , blog ini memberi banyak maklumat pada bakal pengantin untuk merancang perkahwinan kerana ianya menceritakan suka duka semasa membuat persiapan..




Ini contoh design, saya ambil warna putih campur silver

Ok, masalah yang paling utama telah pun selesai, nanti nak buat gubahan pula... Saya tak pandai pasal gubahan ini, jadi minta tolong makcik gubahkan, saya tolong sikit-sikit bolehlah.. gunting-gunting dan gam gam..

Perlanggaran yang menyakitkan hati

Ada org kata alam pertunangan banyak dugaan, tapi saya belum lagi mencapai status itu sudah diuji...

Semalam semasa rehat untuk keluar membeli makanan, terjadi satu perlanggaran yg mengakibatkan kerete (车 che) saya kemek, calar dan patah side mirror, masa tu mmg rasa cuak, takut sbb org yang melanggar (motor 摩托车 mo tuo che) tergolek di jalan raya, so tindakan refleks saya adalah untuk melihat budak motor itu tanpa menyedari sebenarnya yang mengalami kerugian adalah saya kerana budak itu cuma mengalami luka2 kecil oleh itu nasihat saya:

1. kena rileks..
2. ambil no plate motor / kereta yang melanggar kita
3. check keadaan kereta kita
4. ambil nama n alamat org yg melanggar kita

So kalau nak buat report polis untuk claim insurans pun senang, ini tak pasal2 kena repair sendiri..Itu adalah nasihat (@ bebelan) dari ayah dan bakal tunang yer, kita yg kena langgar kita pula yg kena marah... Nasib nasib patutnya mereka bersyukur saya tidak mengalami sebarang kecelakaan..

Related Posts with Thumbnails