Terkejut juga bila baca utusan hari ini bila Penganalisis jenayah yang popular ini, Kamal Affandi Hashim mengatakan wanita makin agresif di jalan raya dan secara tidak langsung menjadi punca kemalangan jalan raya.
En kamal Affandi
Mengenai pandu perlahan tetapi masih lagi memandu di lorong kanan juga amatlah menyakitkan hati saya, saya mengakui saya bukanlah seorang yg penyabar dalam pemanduan dan teknik pemanduan saya bukannya tip top sangat tetapi sekurang-kurangnya saya tahu lorong kanan untuk yg laju dan lorong paling kiri untuk org yg nak bercinta..
Lagi satu perkara mengenai memberi signal. Saya pun tak tahu mengapa sesetengah pemandu dan penunggang motosikal berat sangat nak memberi signal apabila hendak membelok, jadi apa gunanya lampu singal itu, buat cantik dipandang sahaja? Jadi ringankan lah tangan untuk memberi signal..
Pesanan ini untuk pemandu kaum adam dan juga hawa..
Nota kaki:
Maaf kerana emo, tersentak bila baca artikel utusan itu!!
1 memberi idea:
setuju dengan kamu - ramai pengguna yg malas nak beri signal - mereka ambil mudah sahaja - kekadang geram juga rasa
catatan baru saya: Kisah Rumah Tangga
Post a Comment