Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Berfikir sebelum bertindak.. Ujian adalah perlu untuk menilai tahap prestasi sendiri


Bila kita tukar menteri pelajaran mesti ada perubahan yang bakal dibawakan oleh mereka.. tetapi adakah releven dengan keadaan semasa ini? Berita yang terbaru didengar adalah kemungkinan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)..

Pandangan peribadi saya, UPSR perlulah dikekalkan kerana setelah pelajar belajar selama enam tahun di peringkat sekolah menengah, semestinya ibubapa mahu melihat prestasi pelajaran mereka. Jika hanya melalui peperiksaan dalaman sahaja tidak mampu menyakinkan ibubapa tetapi melalui UPSR yang diambil oleh semua pelajar Di Malaysia, kita dapat menilai dengan lebih baik lagi. Saya amat berbangga dengan pencapaian saya dlm UPSR, hehehe

PMR pula saya setuju dimansuhkan kerana setahu saya samada kita berjaya atau gagal dalam PMR, kita masih lagi diterima untuk naik ke tingkatan 4, jadi adalah lebih baik kita mansuhkan PMR supaya tingkatan 4 tidak lagi digelar 'honeymoon year'. Pelajar pula perlu belajar dengan lebih tekun untuk melayakkan diri ke Universiti hanya melalui penilaian SPM sahaja..

Walau apapun, janganlah membuat keputusan yang akan meyulitkan orang sekeliling, saya sampai sekarang tak pasti samada ujian SPM dalam bahasa melayu @ bahasa english? Boleh sesiapa tolong saya ungkaikan masalah saya ini?

Nota kaki:
Suka dengan peperiksaan kerana kita akan jadi rajin secara tiba-tiba, hahaha!!

6 memberi idea:

iedayah said...

sy sokong cik aarin..

sI tEDI said...

UPSR kena kekal!

rasp said...

me oso sokong u....

bellar0ssa said...

hmm UPSR mesti kene kekal.kalo tak macam mana nak pilih kan pelajar2 ke asarama penuh atau tidak..

hmm PMR pon sebeanrnye patot diteruskan.. supaya boleh pilih pelajar aliran mana yang mereka rasa mareka patut teruskan..

Kak anie said...

Setuju PMR dihapuskan...tapi kekalkan UPSR

nuraarin-life said...

iedayah:
terima kasih atas sokongan

tedi:
betul betul betul

rasp:
thanks thanks

bella:
masing2 ada pendapat, saya hormati pendapat anda

kak anie:
UPSR penting kan??

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails