Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
PJJ amatlah menrunsingkan

Semalam sembang panjang dengan abg N, kami merancang lepas kahwin akan duduk jauh-jauh juga (Perkahwinan jarak jauh-PJJ) sebab saya ada tuntutan kerja di sini dan juga menjaga mama yang sakit (mama saya dialisis di sini) sementara abg N pula bawa teksi di KL. Masing-masing ada masalah yang membuatkan kami tak boleh membuat keputusan di mana perlu kami tinggal selepas kahwin.

Sebelum bertunang saya rasa idea ini ok sebab kami 10 tahun kami bercinta elok je jauh-jauh, so saya rasa lepas kahwin perasaan akan jadi sama, maknanya kalau jumpa sekali sekala perhubungan makin erat.. tapi rupanya sangkaan saya sangat-sangat meleset, lepas tunang saya jadi makin rindu dengan abg N.. Then, baca pula cerita princess N yang juga PJJ, tiap-tiap minggu rindukan hubbynya. Saya dah dapat gambarkan perasaan selepas kami kahwin kelak.

Ok, saya jadi amatlah serba salah sekarang, dalam masa yang sama ingin bersama dengan abg N tambahan pula mak abg N baru sahaja meninggal, saya ingin menjadi seorang isteri yang boleh menemaninya suka dan duka.. Nasib baik Abg N pun sangat memahami keadaan saya disini..

Nota kaki:
Bercinta lain perasaannya, bertunang lain perasaanya, berkahwin tak tahu lagi perasaannya!!

3 memberi idea:

Kancilbiru said...

insya Allah...niat yang baik akan di permudahkan oleh Allah..sy doakan yang terbaik untuk anda sbb perasaan lps khwin ni sangat best! hehe

rasp said...

smoga akan capai kata putus yg memuaskan hati kesemua pihak...
tapikan sis, i nie spesis rasanya tak leh PJJ nie...rasanyalah kan...

nuraarin-life said...

kancilbiru:
terima kasih atas doa itu! kahwin best yer, hehehe

rasp:
hehe.. sebenarnya saya pun tak tahu boleh ke tidak PJJ ni

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails