Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
saya dan peristiwa

Ini rentetan daripada kisah saya bengang!!

Situasi 1
Saya bersama sepupu di sebuah pasaraya terkemuka. Sepupu saya ni mmg jenis cerewet sedikit dalam bab membeli baju ni, so that day seperti biasa dia hampir mencuba semua baju yang ada kat satu jenama 'mahal' ni, jurujual pun dah buat muka, saya pula sekadar peneman setia yang melihat sepupu saya mencuba baju sehelai demi sehelai..


Jurujual 1 : ling, zou qu chi fan < Ling (bukan nama sebenar), jom pergi makan >
Jurujual 2: Deng yi xia, hai you qu ke <nanti dulu lah, ada customer ni>
Jurujual 1: Ze ke bu shi qang cai de qu ke ma? Hai mei you mai yi fu? ni bukan customer yg tadi ke, tak beli baju lagi>
Jurujual 2: Dui, bu zhi dao you mei you qian. huo je zhi yao shi yi fu < betullah tu, entah ada duit ke tak? mungkin diorang ni nak try baju jer kut>


Saya yang mendengar ni pun berapi dan terus memberitahu sepupu saya yang jurujual ini memperlekehkan kami, mentang-mentang cuba banyak baju kata kami ni nak try baju free. Apa lagi dengan ke'tension'nan sepupu saya ini, terus dia sambar 5 helai baju, mmg habis beratus2 jugalah hari itu.. Tapi sebelum dia bayar saya balas dengan kata-kata ini


Saya: Ru gua wo yao shi yi fu, wo men hui zai lai. < kalau kami nak cuba baju, nanti kami datang lagi yer!>


Melopong kedua-dua jurujual tu.. malulah tue


Situasi 2
Saya bersama abg N di sunway pyramid. Lalu di sebuah gerai yang menjual rantai-rantai yang sangat comel dan abg N bercadang nak belikan untuk saya. Setelah bertanya harga, kata bos jurujual itu ada diskaun 20%. Semasa kami membelek-belek, terdengar jurujual itu bersembang dengan boss nya


Jurujual : lau ban niang, na ke lian you 30% diskaun. <Boss, rantai tu diskaunnya 30%)
Bos: shi ma, bu yau jin la < ye ker, tak kisahlah>


Setelah mendengar perbualan ini, saya pun saja bertanya balik harga rantai itu dan bos jurujual itu tetap berkata diskaun 20% sahaja. Saya dah beri peluang untuk dia berkata benar. Jadi saya pun pujuk abg N jangan beli rantai itu sebab rasa tertipu, tetapi malangnya Abg N sangat berkenan dan nak beli juga, jadi saya pun pilih juga. Tapi Abg N rasa pelik juga sebab saya menolak pemberian dia. Kemudian dia bertanya, dan saya berbisik kepadanya mengenai perbualan bos dan jurujualnya tadi.


Sebelum beredar, 
Abg N : Percaya tak awek saya ini boleh bercakap mandarin?
Bos: ye ke (dengan muka dah lain)
Abg N: ye, awek saya ini half chinese tau
Boss: Ooo patutlah muka ada macam cina sikit.
Saya: Zhu ni seng yi hing long <semoga bisness makin maju> (dengan sindiran k)
Boss: xie xie <terima kasih> (dengan muka kelat)


Buat apa nak menipu, tak lama lepas tu saya tengok kedai tu dah tutup.Padan muka.. menipu lagi


Sebab tu bila jadi kes membeli crosstich tu saya bengang dan tak nak beli terus sebab rasa tertipu. Buat apa nak menguntungkan depa semua ini kalau mereka tak jujur dalam perniagaan. Tapi bukan semua macam tu k, tengok nasib kita juga...

4 memberi idea:

Intan and The Boys said...

bestnya faham dan tahu cakap cina. senang kan aarin?

aarin buatkan kita terfikir nak masukkan khalish ke skolah cina pulak. hehe.

cikpia said...

akupun nak blajar bahasa mandarin la...... sebab diaorang selalu jer ngutuk malays dalam baser diaorang...... aku kena bertindak sekarang!!!

nuraarin-life said...

intan: ya betul, anak2 patut belajar bahsa ketiga

nuraarin-life said...

sofia: jom kita bergerak sekarang, aarin nak belajar bahasa korea pula lah, addicted ngan drama korea ni, hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails